Artikel Terkini

Habbatus Sauda Boleh Membantu Mengelakkan dan Merawat Batu Karang di Ginjal?

Sesiapa yang pernah diuji dengan sakit akibat terdapat batu pada ginjal, pundi kencing atau saluran kencing, pasti tahu betapa deritanya sakit yang dialami. Selain kencing berdarah dan sakit pinggang, kebanyakan lelaki yang datang berjumpa saya memberitahu, mereka tidak dapat menahan kesakitan apabila kerandut zakar mereka seperti dipulas. Suntikan penahan sakit hanyalah rawatan sementara menunggu pengesahan penyakit melalui pemeriksaan x ray dan ultrasound. “Doktor, saya sudah dua kali mengalami kesakitan akibat serangan batu di ginjal kanan saya. Rasa mahu putus nyawa. Saya telah menjaga pemakanan saya. Berat saya sudah berkurangan. Boleh tak doktor cadangkan apa-apa supplemen untuk mengelakkan pembentukan batu di …

Read More »

Bahayakah Menggunakan Minyak Berangin Ketika Hamil?

“Assalamualaikum wbt… Doktor, saya ingin bertanya, adakah sebarang kesan sampingan jika menggunakan minyak angin pada perut ketika hamil? Saya kerap menyapu minyak angin pada perut kerana rasa tidak selesa. Saya sudah hamil 31 minggu. Harap doktor  boleh berikan  pandangan dan nasihat. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam.. Saya percaya apa yang puan maksudkan ‘ketidakselesaan perut’ bukanlah suatu kesakitan perut yang merbahaya. Mungkin ‘tidak selesa’ yang dimaksudkan puan ialah rasa kembung (distension abdomen) akibat perkembangan fizikal bayi yang semakin membesar di dalam rahem, lalu mengambil ruang yang terhad di dalam abdomen. Jika puan rasa sakit perut yang kuat, sama ada bersama darah keluar …

Read More »

Kaitan Pil Perancang Keluarga Dengan Stroke

Baru-baru ini staff saya memberitahu bahawa kakaknya yang berusia 43 tahun dimasukkan ke hospital akibat pengsan di rumah ketika memasak. Pada mulanya keluarganya enggan membawa pesakit ke hospital kerana menyangka beliau diserang santau. Kebetulan sebelum ini pesakit ada bertengkar dengan keluarga berkenaan harta peninggalan nenek mereka. Setelah tidak sedarkan diri hampir 12 jam, dan berusaha semua ’cara kampung’, akhirnya atas nasihat seorang ustaz, mereka membawa pesakit ke hospital. Waktu itu tengah malam dan keadaan pesakit semakin teruk. Mukanya pucat dan mulutnya mula berbuih. ”Iskh, sah lah ini santau..” bisik orang kampung bila melihat keadaan pesakit. Namun apa yang mereka tidak …

Read More »
error: Content is protected !!