Artikel Terkini

Masalah Payudara Berlebihan

Malu bertanya akan sesat jalan’ itulah pepatah Melayu yang masih relevan sehingga kini. Harus juga bertanya pada mereka yang ahlinya. “Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43) Perkara yang berkaitan dengan Islam, tentulah ditanyakan kepada ulama atau paling kurang ustaz yang bertahun-tahun belajar membuka kitab di Asia Barat. Kalau perkara sains, tanyakanlah kepada ahli saintis atau doktor yang mengkaji sesuatu isu atau fenomena. Saya pernah ditanyakan tentang penyakit ‘susu kucing’ pada  wanita. Apabila saya bertanya dari mana istilah ‘susu kucing’ ini datang, dia hanya menjawab dari seorang wanita tua …

Read More »

Penggunaan Prednisolone Ketika Hamil

Ramai yang merasa tidak selesa apabila mendengar perkataan “steroids”, kerana ia dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan untuk jangka panjang. Saya pernah melihat seorang wanita berumur 50an yang mengalami patah tulang punggung, hanya kerana jatuh dari kerusi yang diduduki. Apabila xray dilakukan, dia diagnosa mengalami fracture of neck of femur akibat masalah osteophorosis yang dipercayai berpunca daripada pengambilan ubat herba bagi mengurangkan sakit lutut. Ubat itu dipercayai dicampur dengan steroid bagi mendapat kelegaan cepat. Mengambil ubat tanpa kawalan dalam waktu yang lama menyebabkan beliau mengalami kereputan tulang. Namun begitu ubat yang dianggap merbahaya ini amat diperlukan bagi menyelamatkan sesetengah pesakit. Sebagai …

Read More »

Bayi Yang Hidup Disangka Mati Dan Dibungkus Dalam Plastik

Semua orang melakukan kesilapan. Namun kesilapan boleh dielakkan jika setiap orang mengikut peraturan yang ditetapkan. Dalam satu industri besar, kesilapan dapat dielakkan jika setiap pekerja menggunakan ‘standard of procedure’ (S.O.P) dan mengelakkan diri dari mengambil jalan singkat. Jika kesilapan masih berlaku, maka ia adalah kesilapan yang dimaafkan dan S.O.P itu harus dikaji semula. Dalam dunia perubatan pula, kesilapan pasti berlaku atas pelbagai sebab antaranya kesilapan manusia. Doktor sebagai manusia juga mempunyai sikap yang suka mengambil ‘langkah lebih-kurang’. Sikap ‘cincai’ ini  adalah kelemahan yang akan menjerat nyawa pesakit dan juga masa depan doktor tersebut. Ketika saya bekerja di hospital awam dulu, …

Read More »
error: Content is protected !!