Artikel Terkini

Bila Anak Saya Boleh Mula Berjalan?

Saya mendapati anak saudara saya yang berumur sebelas bulan sudah mula berjalan sendirian tanpa dibantu oleh bapanya. Sementara sepupunya yang berumur satu tahun dua bulan, belum lagi mahu mengatur langkah. Ramai ibubapa yang bertanyakan saya bila anak mereka boleh berjalan. ”Doktor, apa agaknya masalah anak saya ini. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan yang serius?” tanya ibubapa yang bimbang. Belajar berjalan adalah salah satu langkah yang penting dalam perkembangan fizikal bayi. Bayi yang membesar tidak lagi berbaring sahaja di dalam buaian. Mereka mula bangun berdiri, bertatih, berjalan  tanpa dipegang, berlari dan melompat dengan penuh keyakinan. Itu adalah perkembangan fizikal yang sihat. …

Read More »

Bolehkah Probiotik Diberi Kepada Bayi

  Seorang ibu membawa bayinya yang berumur 8 bulan, setelah mengalami ceret-beret selama tiga hari. Alhamdulillah keadaannya bertambah baik. Saya rasa amat bersyukur dengan perubahan baik ini. Beliau datang untuk bertanya kerana beliau keliru dengan istilah ‘kuman baik’ yang diberitahu oleh seorang doktor. “Doktor, ada ke kuman yang baik? Bahaya tak kalau kuman itu diberikan pada anak saya yang masih bayi?” Saya cuba memahami soalan yang diberikan. Soalannya pendek tetapi memerlukan jawapan yang agak panjang. Ramai pakar kanak-kanak mencadangkan pengambilan ‘kuman yang baik’ sebagai supplement. ‘Kuman yang baik’ yang dimaksudkan ialah probiotik. Ia dijual sama ada bersama dengan makanan seperti …

Read More »

Sakit Kepala ketika Hamil

“Doktor, bolehkah isteri saya yang hamil makan Panadol yang dijual di farmasi?” Saya berkerut dahi. Soalan ini seperti soalan perangkap. “Boleh, asalkan ikut dos yang ditetapkan.” “Bukan apa doc, isteri saya sudah telan 8 biji panadol pagi ini sebab sakit kepala yang kuat…” Ya Allah… Sahlah, soalan tadi adalah soalan perangkap. Kalau saya tidak jawab dengan sempurna, berkemungkinan isteri beliau akan terus menelan pil-pil itu sepanjang hari kerana saya yang ‘membenarkannya’. Bagi orang yang jarang-jarang menghadapi sakit kepala tentu memandang remeh terhadap pesakit yang mengadu sakit kepala. Sakit kepala kadang kala dianggap sebagai satu alasan untuk rehat dan mendapat MC. Sakit …

Read More »
error: Content is protected !!