Seorang ibu membawa bayinya yang berumur 8 bulan, setelah mengalami ceret-beret selama tiga hari. Alhamdulillah keadaannya bertambah baik. Saya rasa amat bersyukur dengan perubahan baik ini.
Beliau datang untuk bertanya kerana beliau keliru dengan istilah ‘kuman baik’ yang diberitahu oleh seorang doktor.
“Doktor, ada ke kuman yang baik? Bahaya tak kalau kuman itu diberikan pada anak saya yang masih bayi?”
Saya cuba memahami soalan yang diberikan. Soalannya pendek tetapi memerlukan jawapan yang agak panjang.
Ramai pakar kanak-kanak mencadangkan pengambilan ‘kuman yang baik’ sebagai supplement. ‘Kuman yang baik’ yang dimaksudkan ialah probiotik. Ia dijual sama ada bersama dengan makanan seperti yogut atau dalam bentuk serbuk dan kapsul.
Mengikut satu jurnal, International Journal of Food Microbioloy, dalam usus manusia yang sihat terdapat sebanyak 400-500 jenis mikroorganisma ‘kuman baik’. Antara kuman yang baik itu ialah Bifidobacteria, Lactobacillus dan Enterococcus.
Apa yang lebih penting ialah dalam susu ibu terdapat beberapa jenis ‘kuman baik’ yang membantu system penghadaman bayi, terutama dalam genera Bifidobacteria, seperti. Bifidobacteria infantis, Bifidobacteria bifidum, Bifidobacteria longum dan Bifidobacteria breve.
Kuman, sama ada virus, bakteria, dan fungus secara amnya akan merosakkan tubuh, menyebabkan pelbagai sistem dalam badan akan gagal dan menyebabkan daging menjadi busuk. Sementara ‘kuman yang baik’ akan membantu tubuh menghadamkan pemakanan, dan mengimbangi bilangan kuman-kuman yang merosakkan.
‘Kuman yang baik’ seolah-olah memberi perlindungan pelalian pada tubuh dan menyebabkan tubuh mempunyai daya tahan yang kuat.
Probiotik selalu dikaitkan dengan perkembangan otak yang sihat dan menjadikan mereka menjadi lebih bijak dari anak-anak lain kerana probiotik membantu pencernaan susu zat kalsium, fosforus dan amino asid yang mana penting untuk pertumbuhan tulang, gigi dan saraf-saraf dalam otak.
Secara semulajadi, apabila seorang bayi dilahirkan secara normal melalui vagina, ‘bakteria yang baik’ berada di saluran peranakan itu akan masuk ke dalam tubuh bayi. Kuman-kuman yang baik ini akhirnya akan memasuki sistem penghadaman bayi.
Malangnya kebanyakan kajian menunjukkan bahawa lebih 50% wanita mempunyai jangkitan pada saluran peranakan (vagina) ketika melahirkan anak. Ini bukan sahaja menyebabkan ‘kuman yang baik’ tidak diberikan, malah kuman yang merosakkan pula masuk ke tubuh bayi.
Oleh itu dalam usia baru beberapa bulan, ramai bayi yang mengalami masalah penghadaman sama ada ceret-beret, sakit perut, kembung dan muntah. Bayi juga boleh mengalami sembelit. Akhirnya mereka tidak mendapat berat yang bersesuaian dengan umur dan mempunyai daya tahan yang rendah.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila bayi disusukan dengan susu formula, dan diberikan rawatan antibiotik yang berpanjangan untuk penyakitnya. Ini tidak bermakna antibiotik tidak boleh diberikan kepada bayi, tetapi pemberian ubat itu haruslah mendapat nasihat doktor, supaya kesihatan bayi dapat dipantau.
Ubat antibiotik yang diberikan secara berpanjangan akan membunuh ‘kuman baik’ sementara susu formula pula tidak menggalakkan pembiakan ‘kuman baik’ dalam usus.
Selepas beberapa jam dilahirkan, usus bayi mendapat faedah dari penyerapan susu awal ibu mereka atau “colustrum”. Tidak berapa lama selepas itu, usus akan membentuk lapisan mukosa yang sesuai bagi pembiakan ‘kuman baik’.
Lapisan mukosa dan ‘kuman baik’ ini sama-sama menghalang kemasukan kuman yang bahaya ke dalam tubuh. Jika lapisan ini tidak berkesan, atau tidak mempunyai ‘kuman baik’, allergen (protein yang menyebabkan alahan) dan kuman bahaya akan memasuki tubuh bayi melalui usus.
Kuman yang bahaya (bakteria dan virus) boleh menyebabkan bayi mengalami masalah penghadaman (food poisoning) sementara allergen boleh menyebabkan bayi mengalami alahan makanan (food allergy).
Alahan makanan bukan sahaja boleh menyebabkan bayi mengalami kembung perut, ceret beret dan muntah, tetapi juga menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan kering. Banyak kajian mengait masalah alahan, sama ada alahan makanan, alahan kulit dan asthma, dengan kekurangan ‘kuman baik’ dalam usus bayi.
Oleh itu bayi yang lahir secara normal dan diberikan susu ibu adalah bayi yang mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi lebih sihat dan menjadi lebih cerdik.
Antara sebab bayi disyorkan untuk pemberian probiotik ialah bayi yang sedang menjalani rawatan antibiotik, bayi yang dilahirkan secara pembedahan cesarean atau normal dan menunjukkan tanda-tanda kekurangan ‘kuman baik’. Antara tandanya ialah mengalami jangkitan fungal Candida (keputihan dimulut), kerap mengalami kembung perut, ceret beret dan masalah penghadaman.
Terdapat kekeliruan apabila seorang ibu memberitahu saya bahawa anaknya mengalami alahan susu ibu yang diberikannya sendiri. Bayi berkenaan didapati mengalami kekeringan pada kulit dan mudah mendapat kekembungan.
Ini adalah suatu kekeliruan yang nyata. Susu ibu adalah susu terbaik bagi menyediakan nutrisi kepada bayi. Adalah suatu yang agak pelik apabila seorang bayi mengalami alahan pada susu ibunya sendiri.
Apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila bayi itu mengalami kekurangan ‘kuman baik’ (probiotic) untuk menghadamkan susu ibu dengan lebih sempurna.
Oleh itu saya amat mencadangkan agar bayi yang sering mengalami kekembungan agar diberikan kuman yang baik kepada mereka, terutama bagi bayi yang menyusu susu formula.
Tidak semua bayi boleh diberikan probiotik. Saya amat mencadangkan agar ibubapa berbincang dengan doktor sebelum memberikan probiotik ini kepada bayi mereka, sama ada bayi mereka seuai untuk diberikan probiotik atau tidak. Doktor juga akan menentukan dos yang sesuai mengikut umur bayi.
Walaubagaimanapun saya ingin nyatakan di sini, European Food Safety Authority tidak menerima dakwaan tentang kebaikan probiotik kerana banyak kaijan yang dibuat agak longgar. Namun begitu mereka tidak menghalang penjualannya di Eropah.
Wallahu a’lam.
Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (261011)
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
assalamualaikum Dr.maaf bertanya anak saya sering demam di taska.,berusia 2thn.sebulan sekali ada lah biasa,tpi kadng demam berpanjangn hingga sbulan ,on.n.off demamnnya dlm waktu sebulan itu.pernh buat bloodtest kata dr ada sedikit kuman dan ank saya dberi antibiotik melalui salur darah dilengan.setiap kli anak saya dmam selama seminggu dr menyarankan antibiotik.saya amt risau dgn pengmbilan yg kerap ini.dan setelah warded dgn bloodtest pun ank saya demam lagi kli ini.ada dr swsta menyarankan saya ambil probiotik.perlu ke dr?saya amt risua berat bdnya pun turun naik walaupun dpras normal.anak saya lahir melalui caesern,apakajh rawatan terbaik utk ank saya Dr.harap sagt dr membantu.terima kasih.
askm dr.saya ingin bertanyakan soalan mengenai anak saya yang baru lahir.anak saya dilahirkan dengan berat 4.15 kg.melalui pembedahan.sekarang ni dah berumur dalam 2 minggu lebih,sekarang ni masalahnya demam kuning masih dalam paras 224,walaupun dah melebihi 2 minggu.baru-baru ini saya dah rujuk dengan doktor di klinik kerajaan tempat tinggal saya.doktor tersebut menyarankan agar darah dan air kencing anak saya diambil untuk pemeriksaan lanjut.mengikut keadaan anak saya sekarang ni kulit muka terutamanya kemerah-merahan, mata masih ada tanda-tanda kuning lagi.membaca artikel diatas pemberian Probiotik boleh menambahkan kuman baik.adakah susu ibu itu sudah cukup tanpa pemberian Probiotik?atau perlu juga simplmen Probiotik bersamaan susu ibu?jika perlu apakah bentuknya sama ada cara suntikan,makan atau minum?sila beri penjelasan.wasalam
Salam. Bayi saya berumur 6 bulan dan mengidap edward syndrom dengan problem jantung avsd. Alhamdulillah, buat masa ini dia sihat. Cuma mengalami masaalah colic. Saya sudah memberi ubat anti-colic setiap kali menyusu tapi tidak berkesan. Apa yang harus saya lakukan? Apakah susu formula yang bagus untuk bayi yang menpunyai masaalah begini? Bolehkah saya beri dia supplement probiotik? Untuk pengetahuan doktor, setakat ini bayi saya cuma minum susu formula. Minta tolong doktor berikan penjelasan. Terima kasih