Artikel Terkini

CECAIR KELUAR DARI PAYUDARA

  “Assalamualaikum doktor, Dr Zubaidi. Saya bangun pagi ini dan mendapati puting payudara saya sakit. Apabila saya picit, keluar cecair putih bercampur darah. Masalah ini pernah terjadi kepada saya tiga tahun lepas. Ketika itu, saya telah menjalani mamogram dan terdapat ketulan kecil. Saya juga telah menjalani biopsi, dan alhamdulillah doktor mengatakan tiada apa-apa yang serius. Namun, kali ini ia berlaku lagi”.   ********   Waalaikumussalam   Saya faham perasaan risau yang puan alami. Berdasarkan maklumat yang puan berikan, terdapat beberapa kemungkinan penyebab cecair putih bercampur darah dari puting payudara, termasuk :   1. Papiloma intraduktal : Ini adalah tumor jinak …

Read More »

TAHAP CREATININE SAYA TINGGI

“Assalamulaikum Dr Zubaidi. Kalau bacaan buah pinggang creatinine 340, apa maksudnya. Adakah normal atau tinggi? Berapa bacaan normal sebenar? Terima kasih”. ******** Waalaikumussalam. Bacaan creatinine 340 µmol/L adalah tinggi dan menunjukkan bahawa terdapat masalah dengan fungsi buah pinggang. Bacaan creatinine yang normal biasanya berada dalam julat berikut : 👉 Lelaki dewasa : 74-107 µmol/L 👉 Wanita dewasa : 44-80 µmol/L Creatinine adalah bahan buangan yang dihasilkan metabolisme protein termasuk protein yang kita makan dan otot tubuh kita. Ia dikeluarkan dari badan melalui buah pinggang. Bacaan creatinine yang tinggi menunjukkan bahawa buah pinggang tidak berfungsi dengan baik dan tidak dapat menapis …

Read More »

CUKA TEEN MENYEBABKAN TULANG RAPUH?

  “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya seorang pengamal makanan sunnah. Saya juga mengambil setiap hari cuka buah. Pengambilan cuka buah seperti cuka teen, cuka kurma dan cuka apel dalam jangka masa panjang, boleh mengakibatkan hakisan kalsium pada tulang dan antara punca tulang rapuh ? Mohon pencerahan. Terima kasih.”   *******   Waalaikumussalam.   Pengambilan cuka buah terutama cuka teen, dan cuka yang lain secara istiqamah mempunyai beberapa manfaat kesihatan.   tetapi ada juga beberapa perkara yang perlu diambil kira.   Cuka Teen mengandungi antioksidan seperti karotenoid, polifenol, dan flavonoid yang boleh membantu melawan radikal bebas.   Ia mengandungi mineral seperti kalium …

Read More »
error: Content is protected !!