Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan.
Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan:
PERTAMA untuk melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan.
KEDUA untuk membuang ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (eg sakit perut, ketidakteraturan kitaran haid etc) atau saiz diameternya melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain.
KETIGA untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka ovarian cyst biasa) telah disahkan sebagai ovarian cancer.
Walau tidak semua ovarian cyst mesti dibuang, namun semua kes kanser ovari mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari.
Bagi ovarian cyst yang bukan kanser, dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbangkan antara risiko dan kebaikan pembedahan itu.
Pembedahan akan dipertimbangkan jika :
1. Ovarian cyst itu berlaku di kedua-dua belah ovari.
2. Ovarian cyst itu melebihi saiz 5cm (3inci).
3. Ovarian cyst itu masih kekal (tidak berkurang saiznya) selepas 2-3 kitaran haid.
4. Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa, (functional ovarian cyst)
5. Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan disamping itu:
• Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haid langsung atau
• Pesakit adalah gadis remaja.
• Pesakit telah menopause.
• Menggunakan pil perancang kehamilan.
Walaupun saya menuliskan beberapa kriteria di atas, namun tidak bermakna jika anda mempunyai ovarian cyst dan menepati kriteria di atas, anda harus dibedah.
Ianya bergantung kepada pertimbangan doktor yang merawat anda. Dia akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu.
Jadi berbincanglah dengan beliau. Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan, doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT scan abdomen supaya dapat melihat dengan lebih jelas imej bagi ovarian cyst itu.
Doktor akan mengesyaki pesakit mengalami ovarian cancer berdasarkan :
1. Imej CT scan abdomen, dan
2. Laporan pathology tisu yang diambil, atau
3. Jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami penyakit kanser ovari, atau
4. Wanita itu sudah mengalami menopause atau
5. Saiz ovarian cyst itu tidak menjadi kecil walaupan setelah 2-3 kitaran haid.
Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosa sama ada pesakit menghidap penyakit ovarian kanser atau tidak.
Ovarian cyst boleh dikeluarkan tanpa mencederakan organ ovari. Teknik ini dinamakan sebagai (cystectomy), ini bermakna hanya ketumbuhan cyst saja yang dipisahkan dari ovari. Kesuburan wanita itu akan kekal.
Namun begitu ketumbuhan ovarian cyst yang baru boleh muncul. Ia boleh terjadi di ovari yang sama atau ovari di sebelah satu lagi ataupun selepas pembedahan cyctectomy.
Jika wanita itu sudah ‘lengkap keluarga’nya dan telah menopause, kadang kala doktor mencadangkan keseluruhan ovari dibuang (oophorectomy).
#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#cyst
#ovariancyst
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :