Artikel Terkini

Rasa letih, demam yang berpanjangan dan bengkak kelenjar bukanlah tanda orang yang sihat

“As salam mua alaikum, doktor.  Bapa saya telah mengalami demam lebih dari seminggu. Beliau telah pergi ke beberapa klinik, namun masih tidak sembuh. Keadaannya bertambah lemah dan tidak selera utuk makan. Boleh berikan pendapat? Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH memberikan kesembuhan kepada bapa puan. Rasa demam yang tidak tinggi dan berpanjangan, rasa mudah penat dan letih, tiada selera untuk makan dan kehilangan berat badan secara mendadak, mungkin menunjukkan penyakit yang lebih serius. Antaranya ialah penyakit lymphoma. Lymphoma adalah sejenis kanser darah apabila sel darah putih lymphocytes menggandakan bilanganya sehingga terlalu banyak dan tidak matang. Selain …

Read More »

Kecederaan saraf “Long Thoracic Nerve”

    Kecederaan pada saraf long thoracic nerve menyebabkan lumpuh atau lemah pada otot “serratus anterior”. Pesakit mungkin mengalami rasa sakit, atau tidak boleh mengangkat lengannya dan tulang belikat (scapula) akan kelihatan jelas menonjol bila melakukan pergerakan bahu. Kecederaan saraf ini boleh disebabkan oleh kecederaan trauma atau tanpa sebab yang jelas. Wallahu a’lam

Read More »

Doktors di Brazil melakukan pembedahan Caesarean pada wanita yang tidak hamil

Doktor di Brazil melakukan kecuaian? Ini suatu kecuaian yang besar dan luka akibat pembedahan bukanlah suatu yang kecil dan boleh diabaikan begitu saja. Walaupun luka itu akan sembuh selepas beberapa minggu, tetapi jika wanita ini pesakit diabetes luka akibat pembedahan itu mungkin akan sembuh setelah beberapa bulan atau lebih. Oleh itu doctor selalunya berhati-hati sebelum melakukan apa saja prosedur perubatan. Wanita yang tiba-tiba muncul di Jabatan Kecemasan dan mengadu sakit perut itu mengaku beliau sedang hamil 41 minggu. Setelah didesak oleh wanita itu, akhirnya doctor di sana terpedaya dan mempercayai bahawa itu itu sedang hamil dan sedang dalam proses melahirkan …

Read More »
error: Content is protected !!