Artikel Terkini

Ubat Penahan Sakit untuk Wargatua boleh menyebabkan AF dan MI

    Nonsteroidal ubat anti-radang (NSAID), termasuk NSAID nonselective dan cyclooxygenase-2 (COX-2) inhibitor, sering diberikan bagi mengurangkan rasa kesakitan pada sendi dan tubuh, serta akibat kecederaan, dan keradangan .   Dalam satu kajian meta-analisis yang diambil dari 31 kajian yang melibatkan 116,429 pesakit, memeriksa risiko berlakukan masalah kardiovaskular yang berkaitan dengan NSAIDs.   Berbanding dengan placebo, terdapat peningkatan yang ketara terhadap risiko serangan sakit jantung, strok, dan kematian akibat masalah kardiovaskular terhadap penggunaan NSAID (terutama wargatua).   Rujuk: Trelle S, Reichenbach S, Wandel S, et al. Cardiovascular safety of non-steroidal anti-inflammatory drugs: network meta-analysis. BMJ. 2011;342:c7086.   Antara punca wargatua …

Read More »

MAKANAN YANG MENGHASILKAN ANGIN DALAM ABDOMEN

Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis. Laktos ialah gula semulajadi yang terdapat pada susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan. Sorbitol diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal, pir, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah. …

Read More »

Bayi baru lahir Susu ibu tidak cukup

“Assalam mu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak beberapa minggu yang lepas. Saya tinggal di perantauan di KL bersama suami. Ibubapa saya berada di Sabah. Saya terpaksa menguruskan diri dan anak sendirian tanpa pengetahuan. Saya mendapati anak saya tidak mahu menyusu dengan baik. Dia menysusu sebentar dan mudah kenyang. Berat badan pun semakin menyusut. Banyak nasihat yang saya dengar. Adakah saya sudah tidak mempunyai susu yang cukup. Mohon nasihat doctor” Wa alaikum mus salam. Ramai dari ibubapa yang sering keliru apabila menerima nasihat yang salah dari teman-teman mengenai perkembangan anak mereka. Nasihat yang diberikan bukanlah atas fakta yang betul, tetapi …

Read More »
error: Content is protected !!