Artikel Terkini

Krim Dermovate tidak sesuai untuk wanita hamil

  Salam doktor, saya hamil 31minggu dan mengalami dermatitis sejak umur 20tahun. Saya mendapati bahawa ubat krim paling berkesan untuk saya guna adalah kream Dermovate. Sekarang saya di UK dan kream itu tidak boleh dibeli di farmasi kerana memerlukan preskripsi doctor. Mohon penjelasan.     Wa alaikum mus salam. Bahan aktif dalam kream Dermovate adalah clobetosol propionate iaitu sejenis steroid yang agak kuat.   Ia selalu digunakan untuk meredakan masalah kekeringan kulit akibat penyakit eczema, psoriasis dan dermatitis. Kream Dermovate sangat berkesan untuk mengurangkan bengkakan, kegatalan dan keradangan pada kulit.   Sayangnya kream ini tidak sesuai untuk wanita hamil dan …

Read More »

Haid Dua Kali selepas Henti Pil Perancang

  “As salammu alaikum, doktor. Saya keliru dgn period yg sy alami sekarang. Saya sudah berkawin dan mempunyai seoorg anak berumur 2 tahun dan melahirkan secara pembedahan caserian. Saya bercadang mahu menambah anak pada tahun depan.   Saya mengalami haid pada 11.12.13 dan haid semula pada 28.12.13. Saya sudah menghentikan pengambilan pil perancang keluarga pada bulan Nov. Mengapa kitaran haid saya tidak normal? “   Wa alaikum mus salam. Saya memahami kerisauan puan.   Puan mengalami masalah kitaran haid seperti ini kerana tahap hormon wanita puan (yang dibekalkan melalui pil perancang keluarga) tiba-tiba merudum keran puan baru menghentikannya.   Ini …

Read More »

Rasa Kebas pada Kaki dan Masalah Kencing

“As salamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya satu soalan. Kebelakangan ini saya merasa kebas, bermula dari bahagian tapak kaki dan semakin lama naik sehingga ke bahagian bawah pinggang. saya tidak merasa sakit. Tetapi apabila saya pakai seluar, saya boleh merasa kebas apabila seluar yang saya pakai bergesel dengan bulu kaki saya khususnya. Saya juga kebelakangan ini merasa agak sukar untuk membuang air kecil. untuk pengetahuan dr, saya masih belum ke klinik untuk membuat sebarang pemeriksaan. saya mengesyaki antara sebabnya adalah motorsikal saya yang tempat duduknya sangat keras. adakah perkara ini biasa ataupun apa nasihat dr untuk saya. terima kasih”.   …

Read More »
error: Content is protected !!