HABBATUS SAUDA BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN?
“Assalammualaikum doktor. Saya ada satu soalan,saya ada terbaca satu artikel berkenaan habatussauda.Dalam artikel tersebut ada menyatakan wanita mengandung dan merancang untuk mengandung tidak digalakkan untuk mengambil habatusauda kerana ia boleh menyebabkan rahim mengecut.Adakah benar kenyataan tersebut sebab saya ada mengambil habatusauda untuk mengurangkan alahan saya.Dalam masa yang sama,saya merancang untuk mengandung anak kedua.Saya harap doktor dalam memberi jawapan dari soalan ini. Terima Kasih.”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Ya, pengambilan suplemen habatus sauda boleh menyebabkan keguguran bagi wanita yang mempunyai rahem yang sensitif, sebagai contohnya wanita yang sering keguguran atau mengalami senggugut yang kuat, kerana dalam beberpa kajian habatus sauda boleh menyebabkan rahem mengecut.
Jika pengecutan ini berlaku ketika hamil, maka dibimbangi boleh menyebabkan keguguran.
Walau pun begitu, pengambilan habatus sauda sebagai suplemen sangat baik untuk orang yang tidak mempunyai penyakit, sebagai meningkatkan daya ketahanan tubuh.
Ia juga digunakan oleh perubatan purba, semenjak zaman tamadun Firaun di Mesir, mereka menggunakan habatus sauda’ sebagai suplemen dan ubat.
Contohnya, Ratu Cleopatra menggunakan habitus sauda’ untuk merawat kecantikan beliau, Ratu Nefertiti juga menggunakan minyak habitus sauda’ untuk menghitamkan rambut dan mencantikkan kuku. Dari kajian archaeologist, Firaun (Raja Tut) menyimpan minyak habitus sauda dalam makam beliau. Ini menunjukkan betapa batatus sauda’dan minyaknya telah lama digunakan dalam perubatan purba.
Habatus sauda juga telah dirakamkan dalam satu hadis yang terkenal, “diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut” (Imam Bukhari).”
Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, habbatus sauda dikenal sebagai “al abbah al barokah”. Di dalam kitab beliau telah menyenaraikan kegunaan habbatus sauda’ untuk mengubati lebih 50 jenis penyakit.
Walau bagaimana pun beliau tidak menyebutkan kegunaan habbatus sauda’ bagi wanita yang hamil.
Dalam banyak journal yang saya baca mengenai kebaikan habatus sauda terhadap wanita yang hamil, terutama minyak habbatus sauda, yang sekarang dimasukkan ke dalam softgel.
Malangnya tiada kajian klinikal yang didokumentasikan.
Hanya ada beberapa laporan yang mengatakan bahawa sesetengah wanita hamil yang sensitif boleh mengalami kontraksi selepas menggunakan minyak habbatus sauda. Ia sangat jarang berlaku.
Jadi berhati-hati ketika mengamalkannya. Berjumpa doctor segera jika ada rasa kontraksi pada rahem.
Dalam kebanyakan wanita, habatus sauda banyak memberikan manfaat ketika hamil. Namun cuba elakkan diberikan di awal kehamilan, terutama sebelum usia kehamilan minggu ke 16.
Nasihat saya adalah amalkan terus obimin, dan boleh menggunakan softgel habbatus sauda selepas usia kehamilan 16 minggu
Wallahu a’lam
IKLAN
Klik pada gambar di bawah ini untuk mendapatkan Minyak Habbatus Sauda keluaran dari Olive House yang kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan.
