Adakah ia normal untuk payudara mengeluarkan susu semasa hamil?

SUSU KELUAR DARI PAYUDARA KETIKA HAMIL

 

“Assalamualaikum doctor.. saya sekarg tgh hamil 32 mggu.. pg td tiba2 sy bangun, payudar saya terasa sakit seperti bgkak susu.. dan ptg ni sy cuba untuk marmet dan keluar cecair pekat berwarna putih kehijauan. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih doktor”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Puan tidak perlu bimbang dengan cecair yang keluar dari payudara puan kerana ia adalah susu awal (kolustrum). Ia lebih pekat dan berkrim, mula dikeluarkan beberapa minggu sebelum masa puan melahirkan anak.

 

Untuk pengetahuan puan, kebiasaannya payudara wanita hamil akan mula membengkak sebagai persediaan untuk menghasilkan susu apabila memasuki minggu ke 16.

 

Semakin mendekati waktu melahirkan anak, payudara puan akan bertambah membengkak dan mula menghasilkan susu.

 

Adakalanya susu kolustrum ini keluar dan dikatakan bocor meleleh dari payudara, Saya mencadangkan puan menggunakan  pad payudara dalam coli bagi menyerap susu ini  suapaya ia tidak menjadi tompok basah pada baju puan. Ini tentu memalukan.

 

Tukar pad payudara ini setiap hari bagi mengelakkan bau tidak menyenangkan apabila susu kolustrum ini menjadi basi di coli.

 

Jika terlalu banyak, puan boleh mengepamnya dan mengumpulkan ke dalam peti sejuk, dan boleh diberikan pada anak puan apabila dilahirkan.

 

Wallahu a’lam.

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!