Artikel Terkini

Ubat Imodium mengandungi Kapsule Gelatin Babi ditarik balik

Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah mengarahkan syarikat pemegang pendaftaran ubat cirit-birit Imodium Capsule yang disahkan mengandungi unsur babi supaya menarik balik produk itu dari pasaran. Arahan tersebut dibuat selepas siasatan syarikat itu sendiri mendapati terdapat perubahan pada sumber gelatin yang digunakan oleh pembekal daripada bovine only source (lembu) kepada campuran lembu dan porcine (babi). Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman berkata, pihak pembekal bagaimanapun tidak memaklumkan kepada pengilang dan pemegang pendaftaran ubat berkenaan mengenai perubahan dalam ramuan ubat tersebut. “Kami sudah meminta mereka tarik balik kesemua bekalan ubat itu dari pasaran dan mengemaskinikan label agar ia menepati …

Read More »

Jangan terlalu ego dengan ilmu di dada

  Seorang doktor pakar terpaksa menaiki sebuah bot melintasi sebuah sungai yang panjang untuk pergi ke sebuah rumah pesakit. Dalam perjalanan yang agak lama, dia bercerita kejayaannya merawat pelbagai jenis penyakit kepada orang-orang di sekeliling. Ada yang hampir mati, berjaya sihat dengan rawatan diberi. Ada yang hampir buta dibantu dengan pelbagai pembedahan. Pakcik pemandu bot bertanya, “bolehkah doktor memberitahu pakcik mengapa mata pakcik kuning ni..” Doktor itu memeriksa mata pakcik dan tersebut, dan memberitahu “Ini jaundice. Pakcik tahu apa jaundice..?” Pakcik itu menjawab “Saya tidak tahu..” “Oh bahaya pakcik. Penyakit ini jika disebabkan oleh hepatitis B, pakcik akan mati dalam …

Read More »

Pesakit penagih dadah saya yang berubah ..

Seorang doktor siswazah bertanyakan saya, bagaimana memberikan dakwah kepada pesakit. Saya agak terperanjat kerana saya bukannya ustad yang mendalami usul dakwah. Saya diam dan memberitahu “Tunjukkan akhlak yang baik”. Orang yang sakit selalunya mempunyai pelbagai perasaan dalam minda mereka. Mereka mahu dibantu secara fizikal, mental dan spiritual. Semasa saya bekerja sebagai doktor siswazah dulu di Hospital Sultanah Aminah, saya pernah membantu seorang pesakit saya berusia 20an yang terbakar akibat kejutan eletrik kerana cuba mencuri pendawaian elektrik dalam bangunan terbengkalai. Beliau terkial-kial mencapai sudu di atas meja di sebelah beliau. Saya membantu beliau dan dapat menyuapkan beberapa sudu bubur ke mulut …

Read More »
error: Content is protected !!