Artikel Terkini

BIJI APRIKOT UNTUK PESAKIT KANSER LIMFOMA?

      “Assalamualaikum doktr, maaf ganggu, saya nak tanya betul ke appricot seed dapat mengurangkan kanser limfoma? Kawan baik saya ada kanser limfoma tahap 2. Ada tak rawatan alternatif selain dari kimo? Dia sudah buat kimo 2x. Adakah suplemen yang boleh kurangkan sel kanser. Saya harap sangat doktor boleh reply. Terima kasih sgt2.”     WALAIKUMUSALAM     Kanser Limfoma adalah sejenis kanser berkaitan dengan sejenis sel darah, iaitu sel limfosit, yang terlibat dengan sistem imunisasi manusia. Jadi pesakit akan mengalami gangguan daya tahan dan kemudaratan akibat sifat kanser yang agresif dan merosakan dilakukan oleh sel-sel kanser ini.   …

Read More »

APA MAKNA UHT PADA KOTAK SUSU?

Jika kita melihat kotak susu, hampir kesemua susu yang dijual di pasaraya mempunyai tulisan ​“UHT”. ​ UHT merupakan singkatan dari ​Ultra-High ​T​emperature ​Processing (UHT)​ iaitu proses basmi kuman menggunakan suhu yg tinggi dalam waktu yang singkat. Ini kerana apabila susu diperah (walaupun dalam tahap basmi kuman yg maksima), masih terdapat sebilangan kuman yg ada dalam susu. Ini menyebabkan susu tidak tahan lama apabila tidak disejukkan. Jadi ia akan segera rosak. Jadi dengan menggunakan teknik UHT yang hanya memerlukan masa 3 saat, dan dipanaskan hingga 135 darjah, hampir semua kuman yang masih ada di dalam susu UHT dapat dibunuh. Walau bagaimanapun …

Read More »

SETIAP PESAKIT ADA HAK TAHU NAMA GENERIK UBAT

Setiap pesakit ada hak untuk mengetahui nama generik ubat yang diberikan.  Nama generik ubat adalah nama sebatian kimia (atau bahan aktif) yang ada ubat tersebut.   Sebagai contoh, ‘Paracetamol’ adalah nama generik ubat, nama jenama mungkin berbeza-beza berbanding bergantung kepada nama yang diberikan oleh syarikat pengeluar. Parecetamol mungkin dijual sebagai “Umol”.   Jadi bertanyalah kepada farmasi atau doktor yang memberikan ubat tersebut akan nama generik ubat yang diberikan.   Semoga bermanfaat.

Read More »
error: Content is protected !!