Artikel Terkini

ADAKAH PESAKIT DIABETIS MEMPUNYAI KENCING BERBUIH?

“Doktor, kalau kencing manis tinggi, bolehkah air kencing berbuih?”.   Waalaikumussalam.   Secara amnya, pesakit kencing manis (diabetes) tidak mengalami masalah kencing berbuih.   Tetapi pesakit diabetes yang mempunyai masalah ginjal boleh mempunyai kencing berbuih. Ia bukan disebabkan masalah diabetis, tetapi akibat ginjal mereka yang mula mengalami kerosakan sehingga tidak mampu menapis kehadiran protein.   Istilah yang biasa digunakan adalah buah pinggang bocor. Ia membawa gambaran bagaimana alat penapis yang bocor tidak mempu lagi melakukan proses penapisan yang sempurna.   Oleh itu pesakit diabetis harus mengawal paras gula supaya kekal normal dengan pemakanan yang betul, dan mengambil ubat yang diberikan. …

Read More »

BATUK BERDARAH

Assalamualaikum Doktor. Dua hari lepas isteri saya mengalami batuk berdarah. Pada masa itu beliau sedang tidur, tiba-tiba batuk berdarah darah segar dalam suku botol mineral yang kecil. Saya buat pemeriksaan di hospital dan telah menjalani pemeriksaan darah dan xray. Doktor mrmberitahu keputusan kedua-dua ujian itu normal. Dia tiada rasa sakit tekak atau sukar bernafas. Sekarang beliau batuk berdarah sikit-sikit sahaja. Tidak seperti tempuhari. Mohon nasihat doktor. Terima kasih.   Waalaikumussalam.   Batuk berdarah adalah sesuatu yang tidak normal, jika ia berlarutan beberapa hari. Apatah lagi jika jumlah darah yang keluar agak banyak (suku botol mineral kecil).   Batuk dengan darah …

Read More »

MAKAN BUAH TERDAHULU SEBELUM MAKAN MAKANAN LAIN

Dalam satu ayat al-Quran ada menyebut buah-buahan terlebih dahulu sebelum daging, dalam rujukan keadaan luar biasa yang berlaku pada orang yang beriman apabila dihidangkan makanan dalam syurga.   “Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih. Serta daging burung (ayam) dari jenis-jenis yang mereka ingini.” [Surah Al-Waqi’ah : ayat 20 – 21]   Jadi ada ulamak yang mencadangkan agar kita mengambil dan memakan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan lain seperti karbohidrat, lemak atau protein.   Ini bermakna kita digalakkan makan buah sebelum memakan hidangan berat (nasi) kita. Jika tiada buah-buahan, ambillah sayur-sayuran (terutamanya ulam-ulam) dahulu.   …

Read More »
error: Content is protected !!