Artikel Terkini

MENGAPA KITA PERLU VITAMIN C?

Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air (water soluble), oleh itu ia tidak disimpan dalam tubuh dan penggunaannya dalam tubuh sangat cepat. Maksudnya tahap vitamin C akan mudah menjadi rendah dan perlu ditingkatkan setiap masa agar tubuh dapat menjalankan fungsi dengan berkesan. Tubuh memerlukan vitamin C untuk tugas seperti: Membantu tubuh menghasilkan kollagen, L-Carnitine, and beberapa bahan neurotrasmitter. Bertindak sebagai antioksida yg akan melawan reactive oxidative species (ROS) atau juga dikenali sebagai radikal bebas. Membantu penyerapan zat besi Meningkatkan sistem daya tahan melawan virus. Mempercepatkan penyembuhan luka ROS adalah sebatian yang terhasil dari proses semulajadi dalam tubuh (contoh metabolisme), …

Read More »

PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI PARU-PARU

PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI PARU-PARU Paru-paru adalah salah satu organ yang penting dalam sistem respirasi (pernapasan). Apabila udara masuk ke dalam paru-paru, berlakulah proses pertukaran antara oksigen dari luar tubuh, dengan karbon dioksida dari dalam darah. Jika paru-paru mengalami gangguan atau masalah, proses tersebut akan terganggu. ANATOMI PARU-PARU Bahagian  Struktur  Fungsi  Rongga nasal  Rongga yang terdiri dari tisu lembap dan rerambut halus.  Melembapkan udara yang melaluinya serta memerangkap habuk pada udara.  Trakea  Dinding luaran terdiri dari gegelang tulang rawan, manakala dinding dalamannya terdiri dari dari sel-sel epithelium dengan silia dan sel-sel yang merembeskan mucus.  Gelang tulang rawan menghalang trakea daripada …

Read More »

BAGUSKAH TIDUR PADA WAKTU SIANG?

BAGUSKAH TIDUR PADA WAKTU SIANG? Tidur pada waktu siang terutamanya pada waktu tengahari adalah digalakkan. Dalam Islam ia disebut qailullah. Ia boleh memberi rangsangan dari segi kecergasan sepanjang hari. Kajian menunjukkan bahawa tidur sebentar pada siang hari membantu  menurunkan tekanan darah. Namun demikian, tidur siang tidak dapat boleh menggantikan tidur pada waktu malam.  Jika kita sukar untuk lelapkan mata  pada waktu malam, kita patut mengehadkan tidur siang (kurang 20 minit). Ambil suplemen melatonin juga membantu jika mengalami rasa susah tidur, bagi mereka yang mengalami jetlag, terlalu penat atau terlalu runsing. Boleh dapatkan dan berbincang dengan farmasi yang berdekatan. #HealthDrZubaidi

Read More »
error: Content is protected !!