Artikel Terkini

APA PERBEZAAN ANTARA UBAT DRUG SINTETIK DENGAN SUPLEMEN?

“Assalamualaikum. Saya ada penyakit kronik. Diabetes, hipertensi, kolestrol yang tinggi, gout. Umur awal 40an. Sekarang saya diberikan pelbagai jenis. Namun ada kalanya ia terkawal dan ada kalanya ia tidak terkawal. Saya berminat untuk mengambil suplemen. Apa pendapat doktor?”   Waalaikumussalam.   Saya tidak menggalakkan tuan menghentikan pengambilan ubat sintetik dan mengganti sama ada suplemen atau herba, walaupun terdapat kesan sampingan pengambilan ubat sintetik yang diambil dalam jangka masa yang panjang.   Banyak punca masalah penyakit kronik yang tidak terkawal. Antaranya tidur yang tidak mencukupi, stress, tidak melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian dan tidak cukup minum air.   Cuba periksa samada …

Read More »

FUNGSI VITAMIN C UNTUK MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN TERUTAMA LUKA PEMBEDAHAN

Vitamin C memiliki peranan penting dalam penyembuhan luka.   Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbat adalah vitamin yang larut dalam air.   Ia berperanan dalam pembentukan kolagen. Kolagen adalah protein yang menjadi komponen utama pada kulit, tulang rawan, tendon, ligamen, dan pembuluh darah.   Ketika terjadi luka, tubuh meningkatkan penghasilan kolagen sebagai sebahagian dari respon untuk penyembuhan.   Vitamin C juga berperanan sebagai antioksidan, yang membantu melawan keradangan pada bahagian sekitar luka. Ini menjadikan luka tidak bengkak, berair dan terlalu sakit.   Vitamin C juga meningkatkan sistem daya tahan di sekitar luka, dan membantu mengurangkan jangkitan kuman yang menyebabkan …

Read More »

BOLEHKAH PESAKIT DIABETES MENGAMBIL KURMA?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi Hj Ahmad. Saya pesakit diabetes mellitus jenis 2. Ambil ubat metformin 500mg dua kali sehari. Bacaan gula saya ketika puasa 5-6 mmol/l. Di bulan puasa Ramadan ini saya teringin untuk berbuka dengan kurma. Bolehkan saya ambil kurma? Terima kasih Dr Zubaidi.”   WAALAIKUMUSSALAM.   Menurut sumber yang saya temui, pesakit diabetes mellitus boleh mengambil kurma dalam jumlah yang sederhana.   Kurma mempunyai nilai indeks glisemik (GI) yang rendah, yang bermakna ia lebih lambat meningkatkan gula darah.   Walau bagaimanapun, kerana kurma adalah manis dan mengandungi fruktosa, pesakit diabetes harus mengawal pengambilan mereka untuk mengelakkan lonjakan gula dalam …

Read More »
error: Content is protected !!