Umum

Kesan Coenzyme Q10 Pada Riadah Sukan

Saya bersama seorang rakan lama yang meminati sukan berbasikal jarak jauh. Sudah banyak wang yang dilabur untuk minat ini. Dia mengadu rasa cepat penat ketika berkayuh, berbanding dengan rakan-rakan pengayuh yang muda. Faham-faham sajalah apabila umur sudah memasuki 40an. “Doc, bolehkah saya ambil suplemen untuk menambahkan kekuatan tenaga saya?” Saya cuba menduga beliau. “Suplemen apa ?” “Anabolic steroid..!” “Bro, itu bukan suplemen. Itu racun… bahaya kalau gunakan tanpa pemantauan” Saya menggeleng-gelengkan kepala. Seorang rakan bina badan mengalami kesukaran untuk menimang cahaya mata setelah berbelas tahun berkahwin, mungkin akibat suntikan steroid anabolic yang diambil untuk memperkasakan tubuhnya. “Apa pilihan yang i …

Read More »

Debaran mengganggu perasaan

“Salam. Doktor,terima kasih di atas info ini. Saya juga mengalami migraine sejak 6 tahun yang lalu. Setiap kali sakit, saya rasa nak muntah,mata rasa nak terpejam setiap masa, tak boleh tengok cahaya,bosan dengan kebisingan, rasa nak marah orang…Bagi meredakannya, doktor telah bagi ubat CAFFOX. Jika saya makan ubat panadol semua tak berkesan. Hanya sebiji CAFFOX, saya perlu tidur dalam keadaan yang gelap sejenak…dan migraine saya terus hilang. Fikiran saya tenang dan tak ada apa yang perlu difikir. Kebiasaannya saya mengalami migraine kerana terlalu berfikir sesuatu masalah, kepala saya akan sakit. Sejak akhir-akhir ini, jika saya sakit kepala dan saya makan …

Read More »

Haramkan loket radioaktif

  Saya pernah menulis isu bahaya memakai loket  yang dibeli dengan harga mahal tetapi tidak mempunyai manfaat kesihatan. Malangnya saya diserang , diugut untuk disaman dan dicaci maki dalam FB. Saya dituduh menyekat rezeki orang. Tidak kurang yang mengatakan saya menfitnah.. Padhal pada waktu itu saya hanya mahu berkongsikan info dari salah seorang ‘orang kuat’  Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) Malaysia.   Saya masih ingat malam itu saya dibuli secara mental oleh penjual-penjual loket  itu (dari salah satu syarikat MLM), secara beramai-ramai. Sehingga 4 am saya masih menerima kutukan dan cacian, sehingga isteri saya menasihatkan saya agar memadamkannya kerana emosi …

Read More »

Kaitan migraine dan stroke

  Saya diberitahu oleh seorang rakan bahawa terdapat berita yang mengatakan bahawa kebarangkalian orang yang menghidap migraine untuk diserang stroke,  dua kali ganda lebih tinggi dari orang yang tidak mengalami migraine. Hal ini berlaku terutamanya di kalangan wanita.   Berita yang dikeluarkan oleh Reuters Health pada 2 Jun 2010 ini mengejutkan ramai pesakit migraine terutamanya wanita.  Ia dilapor memetik satu artikel dalam journal terkenal American Journal of Medicine. Walau bagaimana pun saya cuba mencari pautan journal tersebut tetapi gagal. Pautannya terputus.   Sebelum ini banyak kebimbangan yang disuarakan oleh masyarakat perubatan mengenai kemungkinan pesakit migraine diserang stroke.   Dalam satu …

Read More »

Kecederaan saraf selepas melahirkan anak menyebabkan kaki tidak boleh memijak ke lantai

  Assalamu a’laikum doktor. Saya berusia 28 tahun dan baru melahirkan anak 22 Julai yang lalu secara pembedahan. Ketika hamil 9 bulan, saya mengalami rasa sakit pada bahagian pinggul kiri sehinggakan saya tidak dapat berjalan.Kaki kiri tidak dapat memijak dan pinggang belakang terasa sakit. Bila berbaring, saya tidak dapat bangun dan terpaksa diangkat perlahan-lahan. Saya juga terpaksa mengesot dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Pihak hospital telah melakukan pemeriksaan xray tetapi menurut doctor, tiada masalah dengan tulang saya. Pemeriksaan ultrasound juga telah dijalankan namun tiada dapat mengesan masalah pada pada kaki kiri saya. Saya ingin bertanya adakah kesakitan ini akan …

Read More »

CoQ10 Sebagai Usaha Mencegah Sakit Kepala dan Migraine

Migraine adalah masalah sakit kepala yang berpanjangan dan berulang-ulang disertai dengan muntah. Punca migraine sangat banyak dan ia menyebabkan ketidakstabilan pada sistem neurovascular. Sakit kepala yang disebabkan oleh migraine selalunya sebelah saja, rasa bergenyut-denyut dan berlangsung antara 2 hingga 72 jam. Selain itu ia menyebabkan rasa loya, muntah, sangat sensitif pada cahaya (tidak boleh memandang pada cahaya yang terang), dan sensitif  pada bunyi (tidak boleh mendengar suara yang kuat). Migraines amat berkaitan dengan masalah keturunan dan kebanyakan mereka mengatakan ibu atau bapa mereka pernah mengalami migraine. Pesakit migraine ini kebanyakan wanita kerana sakit kepala disebabkan migraine berkaitan dengan ketidakseimbangan hormone …

Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis …

Read More »

Pemindahan rahem dari ibu kepada anak

Pada 14 Jun, 2011 dunia perubatan dikejutkan dengan berita dari Sweden di mana seorang  bernama Sara Ottoson berumur  25 tahun bersedia untuk menerima rahem ibunya, Eva Ottoson yang berumur 56 tahun. Pembedahan pemindahan itu dijadualkan dilakukan pada hujung tahun 2012.     Pemindahan ini dicadangkan oleh sekumpulan pakar bedah dari Sweden kerana Sara dilahirkan dengan masalah penyakit genetic yang jarang berlaku iaitu  Mayer Rokitanksy Kuster Hauser Syndrome, yang menyebabkan pesakit tidak mempunyai faraj (vagina) yang normal atau tiada vagina langsung bersama dengan masalah tiada rahem (uterus) langsung.     Selalunya penyakit ini dapat didiagnosakan apabila remaja wanita berumur 16 tahun …

Read More »

NUTRIEN Q10 UNTUK JANTUNG

Soalan: Saya berusia 40-an dan mengambil koenzim Q10 atas saranan ahli farmasi untuk menangani kelesuan. Malah, saya juga mendapat tahu beberapa rakan mengambil koenzim Q10 atau pernah disarankan pengambilannya kerana mereka sedang mengambil anti kolesterol. Adakah nutrien ini memberi manfaat yang besar kepada kesihatan jantung?   Jawapan: Koenzim Q10 boleh didapati dalam semua bahagian tubuh. Bahan yang menyamai vitamin ini merupakan anti oksida dan menjadi komponen penting kepada beberapa aktiviti berkaitan metabolisme tenaga. Koenzim Q10 banyak dijumpai dalam mitokondria, di mana beberapa siri reaksi biokimia mengambil tempat serta pembentukan tenaga yang diperlukan untuk menyokong kehidupan. Namun, koenzim Q10 paling banyak …

Read More »

Coenzyme Q10 Mengurangkan Keletihan

Seorang pesakit saya, baru berumur awal 40an mengadu mengalami keletihan yang agak ketara. Beliau kerap rasa letih, mengantuk dan kerap mengalami rasa sakit pada beberapa bahagian tubuhnya.  Padahal dia adalah seorang pengurus bank di bandar Johor Bahru, bukannya seorang buruh yang menggunakan kekuatan ‘tulang empat kerat’ untuk menjalankan kerjanya. Saya menasihatkan agar beliau menjalani pemeriksaan darah dan air kencing. Namun secara  amnya saya mendapati beliau sihat dan tidak mengalami apa-apa penyakit kronik. Jadi apa masalah beliau sehinggakan beliau sering tertidur ketika menonton rancangan berita di TV. Beliau juga mengadu sering rasa letih dan tidak puas tidur. Saya menghabiskan masa yang …

Read More »

Phthalates Menyebabkan Diabetes Mellitus

Seperti mana yang ramai ketahui bahawa peningkatan kes diabetes mellitus semakin menjadi-jadi di Malaysia. Saban hari saya berhadapan dengan kes-kes baru di pusat kesihatan tempat saya bekerja. Yang pelik, kebanyakan mereka berusia dalam lingkungan 30an. “Doktor bagaimana saya boleh kena diabetes. Badan saya tidak gemuk. Mak dan ayah saya tiada diabetes. Agaknya mesin yang doktor guna tersilap” Saya mengulangi pemeriksaan gula di awal pagi di mana pesakit belum lagi  bersarapan dan belum mengambil apa-apa makan semenjak pukul 10pm malam tadi. Bacaan pertama tadi 12.0mmol/L, bacaan ulangan kedua pula 12.5mmol/L. Lebih kurang saja. Saya mencadangkan pemeriksaan semula setelah dua jam pesakit …

Read More »

Kopi Luwak : Manfaat dan Hukum

  Kopi luwak atau juga dikenali sebagai civet coffee, adalah antara kopi yang termahal di dunia dan ia sangat sukar didapati. Ini kerana pengeluarannya sangat terhad.   Harga kopi luwak boleh mencecah antara US$100 dan $600 sekilo bergantung kepada kualitinya. Kopi yang dihasilkan oleh musang liar dalam hutan lebih mahal dari kopi yang dihasilkan oleh musang yang dijinakkan.   Kebanyakan pengeluaran kopi luwak ini dihasilkan di Pulau Sumatera, Jawa, Bali dan Sulawesi, Indonesia. Ia juga dikeluarkan di Vietnam, Filipina (dinamakan kape alamid) dan Timur Timor (kafé-laku).       Pengeluaran kopi ini bermula apabila bijian kopi yang dimakan oleh  musang …

Read More »

Bahayakah Menggunakan Suplemen ALFALFA?

Ramai yang bertanyakan tentang suplemen yang berasaskan Alfalfa. Pada pendapat saya tidak salah kita mengamalkan suplemen asalkan manfaat yang diperlolehi berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Pastikan juga suplemen itu dikeluarkan oleh syarikat yang boleh dipercayai, terutama dari segi penjagaan keselamatannya. Terserahlah pada pengguna untuk memilih suplemen yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Saya akan menulis secara ringkas mengenai alfalfa. Penulisan ini disesuaikan dari http://www.webmd.com/vitamins-supplements. Saya cuba bersikap lebih adil dan tidak berat sebelah dalam menerangkan mengenai suplemen alfalfa. Alfalfa adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa mempunyai kandungan protein dan kalsium yang tinggi …

Read More »

Jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV)

Baru-baru ini seorang rakan FB menandakan gambar anaknya yang sedang dirawat di ICU di sebuah hospital awam ke dalam dinding GB saya. Beliau mengesahkan bahawa nak beliau sedang dijangkiti oleh virus RSV. Melihat gambar bayi yang sedang dimasukkan tiub melalui mulut dan beberapa wayar di beberapa tempat di tubuhnya, saya dapat memahami kepiluan seorang ibu. “Bersabarlah dengan ujian ini, dan harapkanlah yang terbaik dari ALLAH.” Dalam keadaan ini, doctor hanya melakukan rawatan setakat yang mereka mampu. ALLAH yang akan menyembuhkan kanak-kanak ini. Banyaklah berdoa… Jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV), boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan yang lain, terutama …

Read More »

Peminum kopi menjadi lebih sihat

Baru-baru ini Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (National Institutes of Health) telah mengeluarkan satu kenyataan pada Rabu, 16 May, bahawa peminum kopi mempunyai risiko kematian awal yang rendah. Sudah semestinya ajal kematian seseorang itu hanya diketahui oleh ALLAH SWT, kerana hanya DIA yang memiliki ilmu pengetahuan terhadap perkara-perkara ghaib. Tiada sesiapa yang mengetahui dan tiada sesiapa yang dapat menghalangnya. Namun begitu sebagai usaha untuk hidup lebih lama agar dapat berbakti di muka bumi ini, kita digalakkan untuk mencari ikhtiar agar dapat mencapai tujuan  usaha kita. Jadi ini adalah berita baik untuk penggemar kopi. Kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute …

Read More »

Makanan Segera meningkatkan risiko Diabetes dan Sakit Jantung

Dulu ada seruan memboikot makanan segera seperti McD dan KFC atas alasan kedua-dua syarikat makanan segera ini menyumbangkan keuntungan mereka pada dana Israel. Saya tiada maklumat sahih mengenainya. Di Johor Bahru, McD dan KFC bagaikan cendawan tumbuh. Malah ada yang dibuka 24 jam. Maknanya perniagaan mereka mendapat sambutkan warga JB yang semakin sibuk dan mempunyai kuasa membeli. Saya tidak berasa jengkel atau irihati dengan perkembangan ini. Namun saya hanya berminat mengenai kandungan nutrisi makanan yang dihidangkan.  Jadi skop perbincangan ini, hanya membincangkan mengenai bahaya makanan ringan (fast food) dari sudut nutrisi, tanpa merujuk kepada mana-mana syarikat penyedia ‘makanan ringan’. Bahaya …

Read More »

Berkahwin semasa belajar dan belum sedia untuk hamil

  Saya memahami kehendak dan naluri orang muda yang sedang belajar terutama jauh di luar negeri. Suasananya mungkin agak berbeza dengan suasana di Malaysia. Di sini kita ada ibubapa yang dekat dan sering memantau perkembangan pelajaran dan kehidupan kita. Di luar negeri mungkin tiada siapa yang dapat kita minta nasihat kerana kebanyakan kita hampir sebaya. Ketika saya belajar di India dulu ketika melanjutkan pelajaran di bidang perubatan, umur saya sudah memasuki 21 tahun dan kebanyakan kami (batch pertama dan kedua) berumur sebaya. Saya tidak nampak di antara kami yang sama-sama selalu berjemaah di masjid di kariah kampus, mampu memberikan nasihat …

Read More »

Menghisap ‘rokok elektrik’ adalah amalan sia-sia

  Walaupun setelah sekian lama Kementerian Kesihatan Malaysia cuba mendidik rakyat Malaysia tentang bahaya merokok, namun kempen ini tidak memberikan kesan yang besar. Ramai perokok berusaha menghentikan tabiat merokok kerana harganya semakin mahal, bukan kerana bimbangkan kesihatan mereka terjejas akibat merokok. Tidak hairanlah ramai di antara perokok tegar yang cuba menukarkan tabiat menghisap rokok menggunakan ‘rokok tanpa asap’. Jadi ketika menghisap rokok ini, perokok mempunyai dua niat. Sama ada mahu mengurangkan tabiat merokok atau hanya mahu mengurangkan kos merokok, tetapi masih mahu meneruskan amalan merokok. Idea untuk mencipta ‘rokok elektrik’ (e-rokok) bermula pada tahun 1963 oleh Herbert A. Gilbert. Namun …

Read More »

Dapatkan Buku Ini Di Pasaran!

Petikan ‘back cover’ buku ‘Doktor, Saya Takut Jarum!’ Masyarakat hari ini semakin peka dengan tahap kesihatan mereka apabila setiap hari disogokkan dengan berita-berita kematian mengejut yang disebabkan oleh sesuatu penyakit. Kesedaran itu merupakan satu perkembangan yang positif, tetapi apa yang membimbangkan,terlalu banyak cakap-cakap orang yang tidak benar mengenai perubatan moden hari ini. Malah, ada yang lebih mempercayai bomoh daripada doktor yang bertauliah sekali gus mencetuskan kekeliruan masyarakat mengenai rawatan moden.     ‘DOKTOR, SAYA TAKUT JARUM!’ mengupas beberapa persoalan dan salah faham yang sering ditanya oleh para pesakit. Istimewanya buku ini, setiap topik dipaparkan berdasarkan pengalaman penulis se­bagai seorang doktor berserta kisah-kisah …

Read More »

Ruang Iklan telah Dibuka untuk Disewa

Mengapa Anda Perlu Beriklan di Blog Ini ?   1. Statistik Sentiasa Meningkat Blog ini mendapat trafik yang sangat tinggi setiap hari. Malah dengan kredibiliti Dr Zubaidi yang semakin dikenali ramai melalui Facebook, majalah-majalah dan akhbar, blog ini akan tetap dikunjungi pengunjung-pengunjung sedia ada dan juga pengunjung baru.   Berikut adalah statistik bulanan terkini setakat 1 Mac 2015 (sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)   Statistik bernombor untuk lawatan harian ke blog ini:   Ini menunjukkan blog ini adalah blog yang diminati dan dipercayai untuk mencari maklumat berkenaan perubatan moden. Kami mendapat testimoni dari pelawat bahawa blog ini …

Read More »

Mengapa minum air sejuk menyebabkan sakit kepala?

                                                        Saya ditanya oleh seorang remaja ketika mengadakan satu ceramah kesihatan bersama KEMAS JOHOR. Remaja itu bertanya mengapa beliau mengalami sakit kepala yang teruk apabila meminum air Coca-cola bersama ais. Apabila beliau menyedut air itu menggunakan straw, kepala beliau tiba-tiba menjadi sakit.   Saya tidak menafikan ramai orang yang mengadu sakit kepala yang keterlaluan apabila sedang minum air yang sangat sejuk (apabila bercampur dengan ais).  Rasa sakit kepala yang menyucuk-nyucuk itu berlangsung beberapa …

Read More »

Ujian Kesihatan Memerlukan Kesabaran

Tawakal bermakna berserah kepada Allah dengan sebulat hati, atas takdir yang ditentukanNYA setelah kita berusaha. Seperti mana seorang pelajar sedang menjalani pengajian di universiti. Setelah berusaha mendalami dan memahami bahan kuliah, maka tibalah masa untuk menghadapi peperiksaan. Maka pelajar itu menjawab soalan-soalan itu dengan cara yang terbaik. Akhirnya berserah dan menunggu sahaja keputusan yang bakal diumumkan oleh pensyarah. Begitu juga sebagai seorang hamba yang berusaha untuk memuaskan hati tuannya. Terserahlah kepada tuannya menilai pekerjaan yang dilakukan. Sabar dalam menerima keputusan yang bakal diterima setelah melakukan yang terbaik. Untuk mendapat kesembuhan penyakit, seorang pesakit harus berusaha mencari ubat dan rawatan terbaik …

Read More »

Saya Tidak Tahu

“Encik ini doktorkah?” seorang rakan FB yang baru saya ‘approved’ bertanya di dalam ruangan chatting FB. Dengan merendah diri, saya menjawab, “Ya..” “Doktor merawat apa..?” Rasa macam malas nak melayan, tapi demi siratur rahim saya menyambung, “Saya merawat manusia..” “Doktor ini doktor pakar apa?” “Saya doktor tapi tak pakar..” “Kalau tak pakar, kenapa jadi doctor..” Fuh, boleh tahan loyar buruk. Saya segera memberi salam dan memadamkan komputer. Orang yang bijaksana adalah tidak tergesa-gesa dalam mengeluarkan memberikan jawapan pada setiap soalan yang diberikan. Orang yang bijaksana akan bersifat berhati-hati dalam perbuatan mahupun perkataannya. Imam Ghazali memberitahu dalam kitab Ihya Ulumuddin mengenai …

Read More »

Spirulina Sebagai Makanan Tambahan

Hampir setiap syarikat jualan langsung menjual produk makanan kesihatan spirulina. Ia adalah produk yang amat laris di pasaran kerana dikatakan mempunyai kadar protein yang tinggi dan bagus untuk pembangunan minda. Spirulina sebenarnya adalah tumbuhan microalgae berwarna biru kehijau-hijauan yang dimakan oleh manusia dan haiwan sebagai suplemen nutrisi. Kebanyakan algae ini dari jenis Arthrospira platensis dan Arthrospira maxima yang dikeluarkan di United States, Thailand, India, Taiwan, China, Pakistan, Myanmar dan Chile. (rujuk: Vonshak, A. (ed.). “Spirulinaplatensis (Arthrospira): Physiology, Cell-biology and Biotechnology”. London: Taylor & Francis, 1997) Di Amerika Syarikat spirulina dianggap sebagai suplemen atau makanan kesihatan yang diwar-warkan sebagai nutraceutical, atau …

Read More »

Bahayakah Makan Kepak dan Leher Ayam Kepada Wanita?

Saya diminta untuk mengulas satu kenyataan yang disebarkan melalui internet. Teknologi “copy and paste” telah menyemarakkan penyebarannya. Kenyataan ini mulanya saya baca dalam versi bahasa Inggeris, kemudian saya mendapati ia telah dialihbahasakan dan ada yang diubahkan kandungannya. Saya tidak dibayar gaji oleh syarikat makanan segera, McDonald atau Kentucky Fried Chicken mahupun Persatuan Penternak Ayam untuk menerangkan hal ini. Saya menulis kerana saya percaya ada kesilapan pada kenyataan yang disebarkan dan perlu diperbetulkan. Saya tidak menyangkal bahaya penggunaan steroid pada haiwan ternakan kepada manusia. Namun niat yang baik tidak menghalalkan cara. Menakut-nakutkan orang ramai untuk tidak memakan leher dan kepak ayam …

Read More »

Menebuk Lidah (tongue-piercing) Perbuatan yang Memudaratkan

Saya tidak sangka, FB saya juga dibaca oleh rakyat Indonesia yang memahami bahasa Malaysia. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana FB dapat memanjangkan info yang berguna hingga ke luar negara. Assalamualaikum doctor, nama saya Hendry dari Indonesia . Saya mahu bertanya tentang “PIERCING”. Lidah saya ditebuk dan sekarang membesar sebesar jari tangan saya sendiri. Namun saya tidak merasakan sakit pada pada lidah saya. Doctor,  apakah kesan jangka panjang pada lidah saya ini ? Sebagai Muslim, saya tidak dapat mengelakkan perbahasan hukum Islam dalam hal ini. Menebuk (menindik) lidah atau ‘tongue piercing’ adalah sebahagian amalan menebuk anggota badan yang diamalkan oleh …

Read More »

Isu Kesihatan Dakwat Indelible Ink untuk PRU13

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan akan menggunakan dakwat yang kekal (indelible ink) untuk pilihanraya umum ke 13. Penggunaan dakwat yang kekal menjadi perbebatan ilmiah dan politik di kalangan ramai rakyat Malaysia. Saya sendiri tidak percaya bahawa penggunaan dakwat ini dapat mengurangkan ketidaktelusan ketika pengundian yang dijalankan. Secara peribadi saya melihat penggunaan dakwat ini hanya melambangkan ’rasa tidak percaya terhadap sistem pengundian yang dijalankan’ oleh SPR. Penggunaan dakwat ini belum tentu dapat meningkatkan ketelusan pilihanraya atau mendatangkan rasa puas hati pada pihak-pihak yang bertanding. Maksud saya, bolehkah kita menutup mulut-mulut mereka yang tidak puas hati apabila kalah …

Read More »

Bolehkah Makan Buah Oren dan Jusnya Ketika Hamil?

Sekarang sedang musim persediaan untuk untuk menyambut Perayaan Tahun Baru Cina. Bagi tahun 2012, perayaan ini disambut pada bulan Januari. Ramai rakan, pesakit dan rakan-rakan perniagaan menghadiahkan saya buah limau mandarin. Ada memberikan dua-tiga biji dan ada yang memberikan satu kotak. Kalau ia tidak ada kena mengena dengan urusan kerja saya dan pemberian limau itu tidak mempengaruhi saya membuat keputusan ketika bekerja, saya terima dan makan sebiji dua. Kebanyakannya saya akan kongsikan dengan staf-staf di sini. Kalau saya mahu membawa balik limau mandarin ke rumah, saya akan singgah di pasaraya dan membeli sekotak besar untuk isteri dan anak-anak. Saya cuba …

Read More »

Berhati-Hati Dengan Pembantu Rumah, Mereka Mungkin Ada TB

Ramai di antara kita yang mendapatkan perkhidmatan tenaga asing dari Indonesia, Bangladesh, Myammar, Nepal atau mana-mana negara dunia ketiga untuk membantu kita sebagai pekerja dalam industri perkilangan, pertanian atau apa sahaja. Namun kita harus berhati-hati. Walaupun mereka telah disaring di Negara mereka untuk mengesan penyakit berjangkit yang mungkin mereka hadapi,  tetapi kadar rasuah di negara-negara itu amat tinggi sehingga apa sahaja pengesahan dokumen boleh didapati dengan membayar wang rasuah. Oleh itu tidak hairanlah jika ramai di antara pekerja-pekerja ini yang dikesan mempunyai penyakit Pulmonary Tuberculosis (TB paru-paru), Hepatitis B, HIV, penyakit kelamin dan lain-lain apabila menjalani pemeriksaan saringan yang diwajibkan oleh FOMEMA …

Read More »

Seks Oral Akan Menjadi Penyebab Utama Kanser Oral di Malaysia?

Sepanjang ingatan saya semasa belajar di universiti, punca utama bagi kanser bahagian mulut dan tekak (kanser oral) ialah  tembakau dan alkohol. Saya telah menyaksikan betapa ngerinya kanser ini mencacatkan mulut dan wajah pesakit yang menderita akibatnya sebelum mereka meninggal dunia. Kebanyakan kes oral kanser berlaku pada penduduk Asia berumur 50-an, yang gemar mengunyah atau menghisap tembakau. Wanita lebih ramai menderita kanser oral berbanding dari lelaki. Namun sekarang corak jangkitan telah berubah. Kes penyakit kanser oral semakin meningkat di kalangan lelaki Caucasian yang tidak menghisap rokok dan berumur antara 20 hingga 50 tahun. Sebagai perbandingan hanya 23 peratus dari kanser oral …

Read More »

Silap Potong Ketika Berkhatan!

Terkejut saya membaca akhbar Harian Metro hari ini (22 december 2011). Mulanya saya ingatkan kanak-kanak yang dikhatan itu dipotong keseluruhan kemaluannya. Tetapi setelah selesai membaca berita itu, rupanya mereka dilaporkan telah dikhatankan menggunakan teknik yang salah oleh seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, pada 26 November lalu. Ini mengakibatkan hujung kulit zakar mereka tidak dipotong sepenuhnya. Mereka juga dilaporkan mengalami luka yang masih belum kering dan terpaksa memakai kain. Luka itu menjadi punca mereka akan merasa sakit setiap kali mahu membuang air. Kedua-dua orang kanak-kanak itu Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, …

Read More »

Scoliosis: Jalani Pembedahan atau Guna Brace?

Tidak ada yang lebih mengujakan perasaan saya apabila ada pembaca yang membaca artikel penulisan saya dan memberikan komen. Saya bersyukur kerana usaha saya menulis (yang sudah tentu mengorbankan banyak tenaga dan masa) tidak menjadi sia-sia. Untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh rakan FB, saya terpaksa mengorbankan masa rehat makan tengah hari. Bagi rakan-rakan yang tidak mengetahui skop tugasan saya, tentu mereka menganggap tugas saya hanya menjawab soalan-soalan yang dikemukan di ruangan FB saya. Mereka mungkin membayangkan saya hanya duduk di hadapan komputer dan menunggu soalan dikemukakan kepada saya. Pada hal, tugas utama saya ialah merawat pesakit dan tugas-tugas berkaitan dengan …

Read More »

Rawatan Suntikan untuk Buasir

Ramai yang mengalami ketidakselesaan akibat buasir. Penyakit ini telah saya cerita dengan agak panjang di penulisan saya sebelum ini. (Lihat https://drzubaidi.com/blog/?p=2227) Namun apabila saya membayangkan perkataan “bedah”, ramai yang menulis email kepada saya semula dan bertanyakan rawatan yang boleh didapati selain dari pembedahan. “Saya bukannya tidak mahu bedah, tapi menurut rakan saya yang mengalami masalah yang sama dan telah dibedah, luka pembedahan di dubur sukar untuk sembuh…” Saya tersenyum mendengar alasan yang diberikan. Sudah semestinya luka di bahagian dubur agak sukar untuk sembuh kerana di situ terdapat banyak kuman dan lendiran. Tidak mungkin luka di kawasan dubur akan kering dalam …

Read More »

Wanita Rebah dan Koma Selepas Warnakan Rambut

  Saya membaca akhbar harian dengan penuh debaran. Saya baru ditanya oleh seorang rakan FB mengenai kesan sampingan pewarna rambut yang biasa digunakan di salon. “Doktor, mengapa adik perempuan saya mudah diserang asthma selepas pulang dari mewarnakan rambut di salun? Adakah pewarna rambut itu yang menyebabkan serangan asthma?” Belum sempat saya menjawab pertanyaan itu, akhbar bertarikh 22 November 2011 memberikan saya satu ‘paksaan’ untuk segera menjawab soalan itu. “Kenapa mewarna rambut boleh menyebabkan koma?” “Saya amat risau kerana saya membuka salon rambut untuk wanita Muslim dan melayan permintaan para muslimah untuk mewarnakan rambut mereka. Tentu tidak salah membantu mereka kelihatan cantik …

Read More »

Bagaimana Mengesan Scoliosis di Peringkat Awal?

“Doktor, mengapa anak saya sering batuk?”   Itu antara soalan yang sukar saya jawab. Soalan semudah itu memerlukan saya mengambil ‘history taking’, pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan makmal dan pemeriksaan radiology. Tanpa pemeriksaan-pemeriksaan ini, saya ibarat bomoh yang boleh menjawab semua pertanyaan hanya memandang kepada air dalam mangkuk. Baru-baru ini seorang rakan membawa anak perempuannya yang berumur 13 tahun, mengalami batuk yang kerap. Sudah beberapa orang doktor ditemui, namun batuk anaknya tetap sama. Cuma dia belum mahu membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Saya bukanlah doktor pakar yang tahu banyak perkara. Tapi saya percaya ada bebarapa perkara yang mungkin doctor …

Read More »

Pastikan Tempat Itu Selamat!

  Saya amat sedih apabila membaca berita di akhbar harian, Utusan Malaysia dan Berita Harian pada 11 November 2011 lalu mengenai tragedi yang menyebabkan kematian empat orang dan 36 orang lagi cedera apabila sebuah bas membawa 39 penumpang terbalik sebelum dirempuh sebuah treler di Kilometer 382.1 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Behrang. Menurut laporan berita, dalam kemalangan pukul 4.20 pagi itu, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas melalui selekoh sederhana, beberapa meter dari tempat kejadian lalu terbalik di bahu jalan. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, sebuah treler yang sarat dengan muatan guni pasir merempuh bas berkenaan dari arah belakang ketika kebanyakan …

Read More »
error: Content is protected !!