Uri atau placenta adalah organ yang dibentuk di dalam rahem. Ia dibentuk bersama-sama dengan janin, bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibunya. Selain itu ia mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin kepada ibu agar dapat dibuangkan dari tubuhnya. Oleh itu uri adalah ‘sebahagian dari organ’ dalam proses pembentukan bayi. Ketika bayi dilahirkan, uri akan keluar bersama-sama bayi. Tali pusat yang menyambungkan antara uri dan bayi akan diputuskan. Selepas itu uri tidak ada lagi peranan. Uri dikira sebagai organ yang telah mati dan hukumnya najis. Ia sama hukumnya seperti kaki yang terputus dari tubuh badah. Hukumnya najis. Ia harus …
Read More »Umum
Merawat Luka Pembedahan
Saya mempunyai banyak pengalaman bersama pesakit yang telah menjalani pembedahan. Sepanjang lima tahun saya bekerja di wad pembedahan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, banyak teknik dipelajari yang kadangkalanya dikutip dari pengalaman. ”Entah apa-apa nurse kat pusat kesihatan tu. Cuci luka bapa saya cincai je. Lambat baik. Geram saya. Kalau dia orang tak nak kerja, baik balik saja” Baru-baru ini seorang lelaki yang berjawatan tinggi di sektor swasta mengeluh kepada saya. Melepas geram. Saya mengangguk-angguk kepala saja. Perlahan-lahan saya membaringkan bapanya yang berumur 62 tahun di atas katil pesakit. ”Sudah dua bulan. Luka masih macam ni !” Saya membuka balutan luka …
Read More »Apa yang Perlu Ada dalam ‘Air Mineral’?
Ramai yang keliru dengan pelbagai jenama air mineral yang ada di pasaran. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu yang mana yang harus saya pilih. Cuma saya ada beberapa jenama yang menjadi kegemaran saya berdasarkan deria rasa di hujung lidah saya. Air mineral yang ‘sedap’ diminum, itulah jenama pilihan saya kerana pada mulanya saya menganggap semua air mineral mempunyai kandungan mineral yang sama. Tetapi itu bukannya cara yang baik untuk memilih air mineral. Apatah lagi jika air yang berisipadu 500ml dibayar dengan nilai 1 ringgit. Bayangkan kalau ada pengilang yang hanya mengambil air paip dan membotolkannya sebagai air mineral. Tentu wang …
Read More »Mengapa Bulu Mata Selalu Gugur?
Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang pesakit wanita mengenai bulu matanya yang sering gugur. Walaupun kehilangan bulu mata tidak begitu jelas, namun saya memahami perasaan seorang wanita. Kehilangan sehelai bulu mata sudah cukup membuatkannya aneh dan runsing. Mungkin sebagai lelaki, saya menganggap keguguran itu remeh, tetapi amat dirasakan oleh seorang wanita. Kecantikan adalah senjata utama bagi memikat hati suami. Bulu mata (eyelashes) adalah sebahagian dari bulu yang tumbuh pada badan seseorang. Ia berfungsi sebagai struktur yang menghalang habuk daripada memasuki mata di samping menambahkan kecantikan seseorang. Seperti rambut, bulu mata akan gugur setiap hari. Ia adalah perkara yang normal. Tidak …
Read More »Kimia Toksik dalam Permainan dan Peralatan Bayi
Tanpa kita sedari banyak pencemaran toksik merbahaya berada di dalam rumah kita. Paling membimbangkan ialah bayi-bayi kita terdedah secara langsung kepada pencemaran ini. Sebelum ini saya ada menulis tentang bahaya pencemaran sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai BPA yang terdapat pada botol susu plastik. Kini saya cuba membawa beberapa kerisauan badan-badan bukan kerajaan tentang beberapa bahan-bahan kimia merbahaya lain yang ‘dekat’ dengan bayi kita. Belum banyak kajian saintifik mengenai kesan buruk pencemaran bahan kimia ini jika terdedah pada jangkamasa yang panjang. Malah bahan-bahan kimia ini menyebabkan banyak ‘penyakit-penyakit misteri’, telah dikategorikan sebagai “penyakit yang tidak diketahui sebabnya” atau unknown caused …
Read More »Harapan untuk Dapatkan ‘Muka’ Semula
Saya amat kagum dengan kepakaran yang dimiliki oleh satu pasukan pakar pembedahan di Hospital Brigham dan Wanita di Boston. Saya percaya ilmu dan kemahiran yang diberikan oleh Allah kepada Dr Bohdan Pomahac yang mengetuai pasukan ini adalah satu rahmat dari-NYA. Masakan tidak beberapa kes kerosakan muka yang teruk telah berjaya dipuilihkan dengan izin Allah. Sebelum ini James Maki telah berjaya dibedah pada 9 April 2009 di hospital yang sama. Walaupun James Maki memerlukan beberapa pembedahan plastik seterusnya, namun wajah barunya tetap lebih baik dari ‘muka tanpa wajah’ sebelum ini. Kali ini seorang pekerja pembinaan, Dallas Wiens, berumur 25, telah menjalani …
Read More »Adenovirus 14 (Virus Selsema Pembunuh)
Malaysia dikejutkan dengan beberapa kes jangkitan virus yang menyebabkan kematian berlaku di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL). Paling baru (saya menulis pada 21 mac 2011) seorang pelatih inspektor, Mohd Redzuan Ishak, 26, meninggal dunia 4.00 pagi 17 Mac 2011 selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana dijangkiti ‘Adenovirus’. Ia menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah dua orang sejak jangkitan pertama dikesan di pusat latihan utama milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu pada 4 Mac lalu. Kematian pertama membabitkan seorang pelatih konstabel, Mohd Azizan Azirid, 21, dari Kuala Kangsar, Perak yang meninggal dunia pada 8 Mac …
Read More »Tahyul Moden: Garam Boleh Halang Kesan Radiasi Nuklear?
Pasaraya di Beijing dan Shanghai, China telah kehabisan bekalan serbuk garam semenjak khamis 17 Mac 2011. Ini kerana rakyatnya mempercayai khabar-khabar angin mengatakan kebocoran radiasi dari Kompleks Nuklear Fukushima Daiichi, Jepun boleh menyebabkan kanser thyroid. Iodised salt (garam yang ditambah unsur iodin) yang dijual di pasaraya pula dipercayai boleh mengelakkan kanser thyroid ini. Kerajaan China gagal mengawal khabar-khabar angin ini dan rakyat China semakin panik walaupun tahap radiasi di 41 buah bandar di China masih normal. Tahap panik yang melampau membuatkan seorang pelanggan di bandar Ningbo membeli bekalan serbuk garam untuk bekalan selama lima tahun bagi melindungi dirinya dan keluarganya. …
Read More »Adakah BPA Selamat Pada Bayi Kita?
“Assalamualaikum, doktor. Maaf mengganggu. Apa pendapat doktor tentang penggunaan botol yang mengandungi BPA. Bagaimana kita mahu menganalpasti botol itu mengandungi BPA atau tidak?” Soalan ini amat mengujakan saya. Saya rasa mahu menjawab segera. Saya percaya ramai ibu-ibu muda yang masih alpa akan kesan buruk bahan-bahan kimia yang terdapat pada produk-produk yang selalu digunakan. Padahal kesan bahan-bahan kimia ini amat besar ke atas generasi kita yang akan datang. Tentunya kita tidak menyangka bahawa dalam botol plastik susu anak kita mengandungi sejenis unsur kimia yang bahaya. Ini juga salah satu fakta yang menggalakkan penyusuan ibu kerana botol plastik susu bayi sekarang semakin …
Read More »Deodorant Menyebabkan Kanser Payudara?
Kontroversi Saya tidak menyangka bahawa ramai di antara rakan-rakan FB belum pernah mendengar khabar angin yang beredaran di internet tentang penggunaan deodorant atau antiperspirant di ketiak akan menyebabkan kanser payudara. Padahal khabar angin ini telah beredar bertahun-tahun lamanya. Saya menganggap khabar-khabar angin telah terjawab kerana saya mengambil pendirian pakar-pakar Oncologist dari serata dunia. Saya sendiri pernah menerima email dari rakan-rakan yang memetik kontroversi itu di sebuah jurnal terkenal, Journal of the National Cancer Institute. Jadi elok juga saya mengupas isu ini dengan lebih lanjut. Ramai pakar oncologist tidak berpendapat bahawa deodorant/antiperspirant boleh menyebabkan kanser payudara. Tetapi ramai saintis yang bekerja …
Read More »Bagaimana Memeriksa Pertumbuhan Fizikal Anak?
Saya melapangkan masa menghadiri majlis kesyukuran kelahiran seorang bayi, anak rakan saya. Tersenyum bila saya mendengar perbualan kaum ibu. Mereka nampaknya amat peka terhadap apa yang berlaku pada anak yang dilahirkan. Mereka berbincang sesama sendiri dan memberikan beberapa petua agar anak mereka sihat. Malangnya, apabila di pusat kesihatan, saya dapati ramai bayi yang mengalami kekurangan berat badan. Kelihatannya seperti tidak diberikan perhatian. Namun saya ucapkan tahniah kepadaibubapa yang dapat memastikan anak mereka sihat dan mendapat berat yang sepatutnya mengikut umur mereka. Kali ini saya menulis agar dapat memberi panduan bagaimana pertumbuhan fizikal kanak-kanak dapat diawasi oleh ibubapa. Ibubapa tidak seharusnya …
Read More »Selamatkah Makan Mi Segera?
Saya sangat geram jika ada ibubapa bertanya pada saya, bolehkah anaknya yang berusia 5 tahun dan sedang demam memakan mi segera. Saya faham niat ibubapa yang cuba memberikan sesuatu pada anak yang menghadapi kelesuan dan tidak selera makan akibat demam. Namun itu bukanlah langkah yang bijak. Masih ingat tentang khabar angin mengenai kerajaan Taiwan telah mengharamkan mi segera yang dikeluarkan oleh satu syarikat dari Indonesia? Walaupun ia setakat khabar angin, ada iktibar yang dapat kita pelajari oleh mayarakat kita. Adakah mi segera kita selamat? Pengharaman itu disebabkan kadar bahan pengawet yang terdapat pada mi segera itu melebihi daripada kadar yang …
Read More »Airmata Darah: Fenomena Luar Biasa
Saya khuatir dengan sikap segelintir orang Melayu yang jahil dalam akidah, begitu mudah mempercayai khurafat. Pantang saja ada keganjilan berlaku, berbondong-bondong orang kita pergi melawat dengan penuh ketakjuban. Apa yang lebih bahaya apabila hati mula mempercayai kononnya orang itu wali kerana keajaibannya dan meminta pelbagai permintaan kerana percaya orang itu boleh menunaikan permintaan mereka dengan ‘kuasa’ yang dia ada. Tahun 2011 ini, saya mendapati ada beberapa keganjilan berlaku di beberapa tempat di dunia. Seharunya dijadikan iktibar supaya jika ianya berlaku di Malaysia, kita tidaklah mengikuti orang-orang jahil. Dua kejadian ganjil berlaku di India apabila kedua-dua wanita mengeluarkan airmata bercampur darah. …
Read More »Kekuningan Pada Bayi: Normal atau Bahaya?
Kekuningan pada bayi menjadi kebimbangan kepada ibubapa yang baru mendapat cahayamata. Mungkin disebabkan tiada pengetahuan dan pengalaman menyebabkan mereka segera membawa anak mereka ke klinik. Kadang-kala saya rasa kasihan melihat anak yang berusia beberapa hari telah diusung ke klinik. Selalunya saya akan beri keutamaan kepada bayi. Saya tidak pasti sama ada penerangan telah diberikan oleh para jururawat sebelum anak mereka dibenar keluar dari hospital. Mungkin Kementerian Kesihatan harus memastikan para ibu menghadiri kelas selama sejam sebelum dibenarkan pulang agar dapat diterangkan perkara-perkara yang perlu mereka tahu mengenai bayi mereka. Saya masih teringat seorang nenek membawa cucunya yang …
Read More »Melasma Bukan Sumpahan Buatan Orang
Lama sudah saya tidak berbicara mengenai isu-isu yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ini mengakibatkan saya kekeringan idea untuk menulis isu-isu perubatan yang lain. Satu hari ketika saya sedang membaca sebuah jurnal perubatan, tiba-tiba inbox facebook saya dimasuki mesej. ”Salam doktor, harap tidak mengganggu. Saya baru balik dari kampong selama seminggu. Tanpa saya sedari kulit muka saya menjadi kehitaman di kedua-dua belah pipi saya. Saya amat risau kerana makcik di rumah ibu saya memberitahu ianya buatan orang. Untuk pengetahuan doktor saya, ini adalah perkahwinan saya kedua dengan seorang duda. Umur saya sudah 35 tahun dan ini kali ketiga saya hamil” Saya …
Read More »Kematian di Jalan Raya Bagaikan Mangsa Perang Palestine
Saban tahun saya akan mengira purata kematian di jalan raya. Saya bukannya sudah tidak siuman mencatit jumlah kematian setiap tahun. Tiada kegembiraan di hati saya. Saya cuma menduga-duga, bahawa kematian rakyat Malaysia di jalan raya memang sesuatu yang tidak berbaloi. Saya membuat pengiraan kematian rakyat Malaysia setiap tahun secara puratanya 15 orang sehari di jalanraya. Di hospital kerajaan di tempat saya bekerja dulu pun tidak kurang 3 hingga 5 orang mangsa yang meninggal dunia di Jabatan Kecemasan. (Semasa saya bekerja di hospital dahulu, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru adalah hospital yang menerima rujukan kes-kes berat dari bahagian selatan. Banyak kes-kes …
Read More »Muntah Selepas Makan Makanan Bergoreng
Klinik FB saya ditanya oleh seorang remaja yang menghadapi masalah kerap muntah sebaik saja selepas makan. Selamat pagi doktor,,saya berumur 19thn dan saya ingin pandangan doktor tentang masalah saya. Selama beberapa tahun ini saya selalu muntah selepas makan. Setiap kali makan saya akan muntah terutama jika saya makan makanan berminyak. Apakah masalah ini bahaya? Saya berharap doktor dapat menolong saya, saya sangat risau doktor dengan keadaan saya ini. Sessungguhnya Maha Puji bagi Allah yang memberikan setiap manusia kelainan dalam hidup. Kita sebagai hambanya haruslah mengadaptasi mengikut kelainan yang diberikan. Banyak hikmah yang tersirat. Ramai yang ingin mengurangkan berat badan dan …
Read More »Rawatan Ketuat (Foot Warts) Pada Kaki
Ketuat pada kaki adalah masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan kita. Saya tidak pernah menderita akibat ketuat, namun saya telah berpuluh kali melihat masalah ketuat di kaki. ”Doktor, saya bukan pengotor. Setiap hari saya membersihkan kaki saya” kata seorang lecturer UTM. Saya tidak dapat memberikan komen sama ada seseorang itu pengotor atau tidak kecuali jika terlalu nyata, kakinya berbau apabila membuka kasut kerana mahu menunjukkan masalah ketuatnya pada saya. Namun saya percaya dengan membasuh kaki 5 kali sehari ketika mengerjakan solat, membantu kita menjaga kebersihan kaki. Basuhlah celah-celah jari kaki dengan teliti kerana itu adalah kesempurnaan wudhu dan faedah duniawinya amat …
Read More »Pesakit Berhak Pilih Doktor
“Susah sangatkah hendak bercakap? Kita hendak tanya lagi tetapi dia cepat-cepat suruh keluar dan ambil ubat.” Itu komen seorang pesakit yang baru mendapatkan perkhidmatan di sebuah klinik kecil di taman perumahannya. Ketika mengadu mengenai sakitnya, si doktor terus memberi beberapa ubat dan si pesakit yang mahu mengetahui ubat yang diberi seperti nama ubat, tujuan diberi dan kesan pengambilannya, dia tidak diberi penjelasan terperinci. Ternyata doktor itu begitu berat mulut hendak berkomunikasi dan membuat penerangan. Tentu ada yang pernah mengalami pengalaman ini dan rasa kecewa lantas membuat keputusan tidak mahu mengunjungi klinik yang sama lagi. Bolehkah doktor bersifat ‘pendiam’ di dalam …
Read More »Rawatan Untuk Kulit Kaki Kering dan Pecah
Kembali lagi dengan isu kecantikan. Bagi lelaki, kulit kaki yang kering dan pecah tidak menjadi hal penting. Mereka tidak akan datang mendapatkan rawatan sehinggalah kaki mereka yang merekah dan pecah itu dijangkiti kuman dan menyebabkan kesakitan. Bagi wanita pula, kulit kaki yang kering dan pecah memberikan kesan kosmetik yang tidak menyenangkan. Mereka berasa malu berjalan dengan kaki yang sedemikian apatah lagi jika duduk bersempuh bersama-sama dengan rakan. Pasti ada rakan yang akan menegur. ”Doktor, kulit yang kering dan merekah bahaya ker?” Tiada bahaya bagi kaki yang kering kecuali ia menyebabkan masalah kosmetik. Ia lebih melambangkan seorang wanita itu tidak menjaga …
Read More »Rawatan Terbaik untuk “Anxiety Disorder”
Ketika saya sedang merangka penulisan tentang ‘Anxiety Disorder ’ di wall fb, ada rakan-rakan fb yang mahu berkongsikan masalah. Saya percaya masalah gangguan emosi ini amat ketara di kalangan masyarakat kita. Saya amat bersimpati apabila membaca masalah dan kesedihan yang dialami oleh salah seorang daripada mereka. ”Just want to share. Saya pernah mengalami anxiety attack pada awal tahun lepas. Saya berasa sesak nafas dan tangan saya mula terasa kebas dan melarat keseluruh badan, sehinggakan kaki dan tangan saya bengkok. Saya berasa panik dan fikir saya diserang stroke. Saya dikejarkan hospital dan alhamdulillah selepas beberapa jam keadaan bertambah pulih dan diberikan ubat …
Read More »Acanthosis Nigricans: Bukan Setakat Daki di Kulit
Masalah kegemukan di kalangan kanak-kanak telah menjadi isu yang sering diperkatakan dalam komuniti perubatan. Ini kerana kegemukan mereka bukan setakat masalah kosmetik dan penampilan fizikal kanak-kanak itu atau saiz baju yang mereka yang terpaksa ditempah. Ia boleh menjadi lebih parah daripada itu kerana mampu menyebabkan penyakit kronik dalam jangka masa yang panjang. ”Doktor, cuba doktor nasihatkan anak saya ini. Baru darjah tiga beratnya sudah 45kg!” Keluh seorang ibu yang saiz badannya juga agak gempal meminta saya menasihatkan anaknya. Katanya, ayam dan telur ayam menjadi kegemaran si anak. Tidak aktif dan suka duduk di rumah. Tiada apa yang boleh saya nasihatkan …
Read More »Berapa Lamakah Diperlukan untuk Puas Tidur?
Alhamdulillah, maha puji bagi Allah. Saya tidak mengalami masalah tidur sekarang. Sewaktu memulakan kerjaya sebagai doktor, tidur yang nyenyak adalah suatu kemewahan. Keletihan akibat tidur yang tidak mencukupi membuatkan saya stress fizikal dan mental. Kini, letak saja kepala di bantal, otak saya terus masuk ke fasa rehat. Bila bangun tidur berasa puas. Mungkin beban kerja yang semakin berkurangan walupun tanggungjawab semakin bertambah. Saya tidak lagi on call di malam hari. “Dan Dialah yang menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirahat, dan dijadikan siang untuk bertebaran (mencari rezeki)”Al-Furqan:47 Bagi mereka yang terpaksa berjaga malam kerana maslahat umum seperti kerja …
Read More »Appendicitis dan Adhesion Colic
Ibarat jatuh ditimpa tangga. Saya bersimpati kepada pesakit yang mengalami masalah appendicitis. Baru saja dibedah untuk membuang appendixnya yang busuk beberapa bulan lepas, sekarang abdomennya sakit semula. ”Ada kemungkinan kah ada tisu appendix yang tertinggal?” Ramai yang khuatirkan appendix stump yang telah ditanam di dalam caecal lumen. Semasa saya bekerja di Jabatan Pembedahan, saya telah melakukannya berpuluh-puluh kali. Tiada masalah komplikasi pembedahan appendicectomy. Sekurang-kurangnya saya sendiri belum pernah melakukan kesilapan ketika melakukannya. ”Jadi bagimana doktor? Mengapa masih terasa sakit lagi walaupun dah 3 bulan saya menjalani pembedahan” Jangan risau tentang tisu appendix yang telah dibuang. Jika pembedahan dilakukan oleh …
Read More »Anak Dalam Kandungan Dilarikan Bunian
“Doc, you kena tolong sepupu I. Kesian dia. Doktor di Pusat Kesihatan kata dia tak mengandung!” Rakan saya membawa sepupunya yang dikatakan sedang hamil. Abdomennya tidaklah membesar tetapi wanita itu kelihatan seperti sukar berjalan. Agak mengangkang dan menjulurkan abdomennya. ”Mana suaminya?” soal saya. ”Dia ni ada masalah sikit dengan suami dia. Suami dia nak ceraikan dia”, kata rakan separuh berbisik. Saya melengkapkan prosedur biasa. History-taking, pemeriksaan ultrasound dan lainnya. Mengikut kiraan saya, umur kehamilan ialah 23 minggu. Namun saya tidak mengesan imej bayi yang sepatutnya bergerak-gerak dalam rahemnya. Ujian UPT juga negative. “Bro, dia memang tak mengandung lah !” “Habis …
Read More »Sedu dan Kaitan dengan Sakit Jantung
Saya menerima pertanyaan berkenaan sedu (hiccup) dan kaitannya dengan sakit jantung. Ini adalah soalan yang menarik. “salam doc. mgkin boleh dikupas mengenai perkaitan antara sedu (hiccup) dgn sakit jantung. suami sy pernah dimasukkan ke wad kerana sedu yg berterusan bbrp hari and doc kata ada masalah dgn jantung. itu kes 4 tahun lps… dan skrg ia berulang kembali. setakat ni doc kata mgkin angin. dah 2 hari ubat diambil, suami masih sedu… doc ada berpesan, kalau sedu tak berkurang, perlu buat further check-up. harap dpt doc perjelaskan… terima kasih ;-)” Sepanjang ingatan saya bekerja di Jabatan Kardiothorasik (Pembedahan Jantung dan …
Read More »Saya Diabetic, Tolong Saya!
Saya dilanda keresahan sepanjang minggu lalu. Banyak isu kesihatan yang selama ini saya tangguhkan. Sibuk dengan pelbagai aktiviti. Nasib baik saya telah menarik diri daripada aktiviti politik dan NGO yang sentiasa memerlukan komitmen yang berpanjangan. Umur 40 ibarat lampu kuning Apabila memasuki umur 40 tahun saya berazam untuk menjadi manusia lebih baik dan lebih sihat. Saya perlu berhati-hati dan lebih berazam kuat kearah itu. Secara logiknya saya masih lagi ada 15 tahun sebelum bersara, insya Allah. Namun kerjaya doktor selalunya berkhidmat sehingga akhir hayat. Saya harus menukar jadual kerja. Tidak mampu lagi bekerja selama 14 jam sehari, berada dalam ruang …
Read More »Kemoterapi Dan Kesuburan
Saya menghadiri satu seminar mengenai kanser payudara tidak lama dulu. Ia diadakan berikutan rendahnya kesedaran wanita Malaysia khasnya wanita Melayu luar bandar mengenai bahaya kanser ini. “Secara keseluruhan, semua wanita yang menghidap penyakit kanser payudara (breast cancer) dan masih lagi subur haruslah bertanyakan doktor yang merawat mengenai kesan ubat kemotherapi pada kesuburan mereka. Kemotherapi menjejaskan kesuburan setiap wanita” Itulah kata pembukaan yang diberikan oleh penceramah yang namanya saya sudah lupa. Dalam menggalakkan pesakit kanser payudara untuk mendapatkan rawatan, sebagai doktor, tidak harus berbohong kepada pesakit tentang risiko ketidaksuburan yang bakal mereka hadapi. Memang terdapat risiko ketidaksuburan jika menjalani rawatan …
Read More »MASALAH SEKSUAL WANITA
Banyak pertanyaan berkaitan dengan seksual yang memaksa saya menjawabnya. Saya amat bimbang jika tidak menghiraukan pertanyaan ini, ia akan mengundang kekeliruan akibat mendengar kata-kata teman. Selama ini kebanyakan masalah seksual ini diajukan oleh kaum lelaki yang begitu sensitif terhadap ‘performance’ mereka. Tetapi banyak juga dari kaum wanita. Mereka adalah penderita senyap. Kebanyakan mereka bukan saja tidak menikmati malah ada yang terpaksa ‘menyerahkan diri’ pada suami. Cuma saya mengharapkan jika mereka tidak menikmati, sekurang-kurangnya mereka tidak rasa terseksa dengan hubungan bersama suami. Antara pertanyaan yang saya terima adalah seperti ini… ”Dr, saya mahu bertanya … saya sudah berkahwin 5 tahun, saya …
Read More »Selesema Yang Membawa Maut
Tarikh 16 Februari adalah tarikh saya dilahirkan. Namun saya bukan mengingati tarikh ini sebagai tarikh kelahiran saya semata-mata. Tarikh itu merupakah tarikh kesedihan saya mengingati pemergian Maliki, rakan sekolah yang pernah menjadi teman karib saya dahulu. Kami sama-sama berkumpul, bergurau dan bermain bola di padang sekolah. Ketika berumur 15 tahun, tentulah banyak yang dibualkan termasuklah perancangan masa depan. ”Zubaidi, agaknya bila kau dah berkahwin nanti, berapa orang anak yang kau mahu?” ”Dua orang cukup kot… Aku kan nak jadi doktor, mesti sibuk. Mana ada masa nak jaga anak ramai”, saya masih mengingati dialog itu. ”Ooo..apasal sikit sangat. Aku nak tiga …
Read More »Pembedahan Menyelamatkan Tangan MI LING
Bila membaca akhbar NST semalam (20 nov 2010), saya rasa kanak-kanak perempuan bernama Mi Ling yang yang berada di China, amat beruntung. Walaupun tangan kirinya cedera teruk dan terputus, dengan izin Allah, tangannya dapat disambung semula. Lima belas tahun lalu ketika saya bekerja di wad pembedahan di hospital awam di Johor Bahru, seorang pekerja buruh warga Indonesia datang ke hospital kerana tiga jarinya terputus. Beliau telah pergi ke salah sebuah hospital swasta, namun tidak dapat disambung kerana ketika itu tiada pakar microsurgery. Malang sungguh nasib pesakit itu kerana bila sampai ke hospital awam tempat saya bekerja, tidak dapat disambungkan jari-jari …
Read More »Kekurangan Berat Badan (Underweight)
Baru-baru ini, saya dikunjungi oleh seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun. Anaknya mengalami sakit perut dan ceret beret. Mulanya saya menjangkakan ia adalah masalah keracunan makanan atau acute gastroenteritis yang disebabkan oleh virus. Namun apabila saya diberitahu bahawa anaknya minum teh herba pelangsing, saya terdiam. Saya terkejut dengan tindakan nekad gadis itu. Saya cuba menyelami pemikiran gadis itu secara serius. Seorang gadis muda sanggup minum tea herba pelangsing kerana ‘desakan rakan sebaya’ yang meletakkan kecantikan seorang wanita pada tahap kerampingan pinggangnya. Tidak lama selepas itu datang pula seorang gadis berumur awal 20an memberitahu bahawa dia sangat kurus. Berat badannya 55 …
Read More »Peluh Berlebihan dan Bau Badan
”Baguslah kalau kita selalu berpeluh. Itu tandanya kita sihat, betul tak doktor?” Saya hanya mendiamkan diri. Berfikir laju tentang berpeluh dan sihat. Orang yang sihat selalunya berpeluh kerana bersenam. Orang yang berpeluh, tanpa bersenam adakah beliau sihat? Saya memutarkan ayat 180 darjah. Seorang rakan FB pula bertanya “Apa yang harus saya buat, tangan saya ni kerap berpeluh. Segan nak bersalam denga pelanggan dan kenalan baru” “Doktor, kalau saya makan pedas, mesti saya berpeluh. Itu tanda saya sihat ke berpenyakit?” ”Suami saya beratnya 110kg, selalu berpeluh. Bau badannya masam memalukan!. Tolong minta nasihat, doktor” Itu semua soalan yang biasa saya …
Read More »Perlukah Lebam Gigitan Jin Diberikan Rawatan?
Semasa mengajar kursus First Aids dan CPR kepada para pekerja di sebuah kilang baru-baru ini, saya bertanyakan kepada peserta, “Perlukah lebam yang disebabkan kecederaan dihantar ke hospital?” Sebelum sempat pertanyaan saya dijawab, seorang daripada peserta bertanya, “Doktor, perlukah lebam yang disebabkan gigitan jin diberikan bantuan Pertolongan Kecemasan?” Lebam akibat gigitan jin Saya terdiam dan memandang tepat ke muka peserta yang bertanya. Saya cuba membaca fikirannya. Dia bertanya kerana ‘ikhlas atas kebodohannya’ atau ‘mahu buat lawak jenaka’? Saya pernah juga terbaca tentang gigitan jin ini di majalah, namun saya menolaknya kerana tiada asas hadis atau penerangan ulama’ yang muktabar yang pernah saya …
Read More »Sapaan Maut dengan Strok Ringan
Saya masih ingat seorang sahabat tiba-tiba rajin berkopiah dan solat jemaah di masjid. Tabiat menghisap rokok juga telah dihentikan. Dia mula menjaga makan dan minum. Semuanya tawar belaka, tiada gula dan tiada garam. Saya amat kehairanan namun tidak berani bertanya. Rakan-rakan sekampung membisikkan kepada saya “Dia baru kena angin ahmar kecil. Doktor di hospital suruh dia berjaga-jaga !” Oh patutlah dia menukar gaya hidupnya 180 darjah. Dia ‘disapa’ malaikat maut. Perjuangan mengekalkan kesihatan sering dilupakan Namun bila saya pulang ke kampung semasa hari raya yang lepas, beliau telah berbalik semula ke perangai yang lama. Semasa singgah ke sebuah kedai mamak …
Read More »Bahaya ’Badi’ Melawat Pesakit di Hospital bagi Anak Kecil
Saya agak keliru apabila segerombolan ahli keluarga pesakit memenuhi wad. Tidak kurang 8-10 orang mengerumuni katil kecil pesakit di hujung wad. Ada yang tua, muda dan tidak kurang anak-anak kecil. Semuanya seperti ”meraikan” pesakit. Saya perhatikan yang tua menangis teresak-esak di tepi katil, meratapi pesakit yang terbaring separuh sedar. Yang muda pula ambil kesempatan bertanya khabar berbual-bual sesama sendiri. Kadang-kala dengar juga gelak ketawa mereka mungkin cuba menceriakan suasana. Anak-anak kecil pula lari berkejar-kejaran, sudah tidak diperduli oleh ibubapa. Antara mereka ada yang terjatuh di lantai dan menangis pula. Masing-masing dengan dunia mereka sendiri. Adab melawat pesakit yang dilupakan Apa …
Read More »