Wanita yang hamil adalah wanita yang seharusnya sihat. Mereka bukan pesakit. Kehamilan adalah proses fisiologi yang sihat. Orang tidak pernah hamil dikatakan tidak mempunyai proses fisiologi yang normal. Namun orang yang hamil lebih mudah menderita pelbagai penyakit akibat kehamilannya. Antara penyakit yang mudah dialami oleh wanita yang hamil ialah buasir. Ia adalah penyakit yang boleh dielakkan jika dari awal, seseorang berhati-hati menjaga kesihatan dirinya. Namun apabila telah ditimpa penyakit, banyaklah bersabar dan berusahalah untuk mendapat rawatan yang sesuai. Saya mendapat email dari seorang wanita yang hamil dan mengalami penyakit buasir. “Assalammualaikum, saya berusia 27 tahun, sekarang hamil 25 minggu. pada …
Read More »Umum
Habbatus Sauda Boleh Membantu Mengelakkan dan Merawat Batu Karang di Ginjal?
Sesiapa yang pernah diuji dengan sakit akibat terdapat batu pada ginjal, pundi kencing atau saluran kencing, pasti tahu betapa deritanya sakit yang dialami. Selain kencing berdarah dan sakit pinggang, kebanyakan lelaki yang datang berjumpa saya memberitahu, mereka tidak dapat menahan kesakitan apabila kerandut zakar mereka seperti dipulas. Suntikan penahan sakit hanyalah rawatan sementara menunggu pengesahan penyakit melalui pemeriksaan x ray dan ultrasound. “Doktor, saya sudah dua kali mengalami kesakitan akibat serangan batu di ginjal kanan saya. Rasa mahu putus nyawa. Saya telah menjaga pemakanan saya. Berat saya sudah berkurangan. Boleh tak doktor cadangkan apa-apa supplemen untuk mengelakkan pembentukan batu di …
Read More »Tidak Boleh Menderma Darah Setiap Bulan
Banyak berita yang mewar-warkan keperluan pendermaan darah. Setiap hospital awam di seluruh negara menggesa masyarakat setempat mendermakan darah bagi menampung keperluan rawatan yang semakin berkurang. Darah diperlukan untuk menggantikan darah mangsa kemalangan jalanraya, pesakit yang sedang menjalani pembedahan, atau pesakit-pesakit kronik yang memerlukan darah seperti leukemia atau thalassemia. Dalam hal ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan ‘Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya’. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Menderma darah hukumnya harus. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada …
Read More »Aqueous Cream dan Eczema
Saya mempunyai seorang rakan yang telah lama tidak bersua. Suatu hari beliau membawa anak lelaki beliau yang mengalami eczema di pelipat siku dan peha dan lutut. Saya mendapati eczema yang dihadapi oleh anaknya agak teruk. “Sudah dibawa berjumpa doktor pakar kulit?” “Sudah doktor. Ini tahun ke-lima. Tak ada perubahan. Pakai krim sapu pun tak berguna”, kata beliau seperti putus harap. “Penyakit kulit memang lambat sembuh, kena banyak bersabar. Kalau tidak disapukan ubat tentu akan jadi lebih teruk”. Saya ingin menambah nasihat lagi tetapi tidak sampai hati. Dahulu di sekolah dia lebih baik daripada saya, selalu mengajak saya ke surau. …
Read More »Keberkesanan Elortinib (Tarceva) untuk Pesakit ‘Advanced Non-Small Cell Lung Cancer’
“Assalamualaikum. Ibu saya berumur 69tahun didiagnosa sebagai pesakit kanser paru-paru level 4. Sekarang badannya agak lemah dan kami adik beradik bimbang dengan kesan rawatan chemotheraphy. Bagaimanapun beliau masih lagi sembahyang, makan walaupun kurang selera dan berasa letih. Doktor yang merawat beliau mencadangkan penggunaan pil Elortinib Tarceva. Kos RM7875 sekotak/sebulan. Oleh kerana harganya yang agak mahal, saya ingin bertanyakan pendapat doktor jika ubat ini dapat merawat ibu saya. Harap doktor beri pandangan sebagai panduan. Atas segalanya terlebih dahulu diucapkan terima kasih. saya amat berharap jawapan dari tuan doktor.” Saya bersimpati dengan ujian yang dihadapi ibu dan saudara sekeluarga. Semoga dengan berkat kesabaran …
Read More »Asthma dan Dehidrasi
“Kenapa anak saya kerap sangat diserang asthma, doktor?” Saya menarik nafas panjang. Hari ini saja sudah enam orang pesakit asthma yang diberikan nebulizer. Cuaca di luar sangat panas, ditambah dengan jerebu yang menyesakkan. Alhamdulillah mereka respond baik dengan rawatan nebulizer. Walaupun masih berkahak ketika batuk, mereka mengakui merasa amat lega kerana dapat bernafas dengan baik dan tidak rasa sakit dada lagi. “Cuba puan perhatikan cuaca sekarang. Panas membahang” “Tapi bukankah asthma disebabkan oleh cuaca sejuk?” “Betul puan, cuaca sejuk boleh menyebabkan asthma. Namun ada satu lagi punca asthma, iaitu kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi)” “Ya lah doktor, sekarang pun kita …
Read More »Perlukah Suntikan Antitetanus Vaccine Selepas Kemalangan atau Kecederaan?
“Aduh..aduh..aduh” Seorang pemuda 20an sedang dibersihkan luka kemalangan jalanraya oleh pembantu klinik saya. Dia menjeling apabila saya menyediakan suntikan. “Itu apa tu doktor? Tak boleh ke kalau tak inject?” “Eh janganlah mengada-ngada. Kalau dah datang klinik kenalah injek. Pakai jarum besar, doctor !!” Ada suara wanita, saya mengagak ia suara ibunya yang berdiri di belakang saya. Saya menoleh ke arahnya. Dia tersenyum. “Jangan bagi chance, doctor. Anak saya ini memang mengada-ngada. Siapa suruh bawak motor laju-laju, nasib baik tak patah riuk”, dia menambah. “Saya akan suntik kamu dgn suntikan anti vaksin sebab luka kamu dalam dan kotor” Saya merujuk kepada …
Read More »Kesan Jangka Panjang Cafergot
“Doktor, saya selalu membeli cafergot di farmasi untuk sakit kepala. Ubat tahan sakit yang lain tidak berkesan untuk saya sebab saya dah cuba bermacam-macam jenis. Agaknya ada tak kesan sampingan mengambil cafergot dalam jangka masa yang lama? Saya sudah menggunakannya selama 6 tahun” Saya menerima e-mail itu dengan rasa bantahan. “Sudah 6 tahun menggunakan cafergot, baru tanyakan kesan sampingan. Masa ambil ubat ini dulu tidak ada doktor yang menerangkannya atau selama ini memang dia membelinya dari farmasi tanpa perskripsi?” detik hati saya. Saya menarik nafas panjang. Bersangka baiklah… Tentu lebih baik dia bertanya sekarang daripada terus memakan ubat itu dan …
Read More »Khasiat Durian Belanda Masih Diperdebatkan
Saya diminta untuk memberikan pandangan terhadap kebaikan buah durian belanda. Bukan niat saya untuk memperkecilkan kebaikan buah ini, apatah lagi jika ada pihak dari Jabatan Pertanian yang ingin mempromosi buah ini. Namun biarlah kebaikan-kebaikan buah ini diberitahu berdasarkan fakta yang benar. Saya akan berikan pandangan berdasarkan pengamatan saya terhadap kajian-kajian yang telah dibuat. Terserah pada pembaca sama ada untuk menerimanya atau menolaknya. Semoga kita selamat dari sekumpulan manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kealpaaan kita. Saya ucapkan terima kasih atas pertanyaan rakan FB saya. “Doktor, saya mendapat tahu dari seorang rakan bahawa buah durian belanda mempunyai khasiat untuk merawat …
Read More »Mengurangkan Sakit Kepala Ketika Berpuasa
Saya tercengang dan bagai tidak percaya apabila seorang pesakit Melayu beragama Islam meminta saya menuliskan surat pelepasan dari berpuasa. “Doktor boleh tak tuliskan surat pelepasan untuk saya tidak berpuasa kerana saya mengalami migraine dan tidak boleh berpuasa. Kalau saya berpuasa pasti migraine menyerang. Saya terpaksa makan ubat” “Surat pelepasan?!!” Sepanjang menjadi doctor, tidak pernah saya mendengar ada surat pelepasan untuk tidak berpuasa. Melampaunya! “Ya, surat pelepasan untuk saya tidak berpuasa. Mana tahu kalau saya tengah makan, pegawai Jabatan Agama lslam Johor menyerbu. Boleh saya tunjukkan surat pelepasan itu..” Saya mengurut dada. Saya dipaksa untuk bersubahat. Tak pasal-pasal saya mendapat dosa …
Read More »Bengkak Pergelangan Kaki di Kalangan Warga Tua
Bulan Ramadhan baru memasuki hari yang kedua. Di kebanyakan masjid penuh dengan jemaah yang mengimarahkannya. “Abang, mak telefon, kata kaki dia bengkak..” “Jangan risau. Berdiri solat tarawih lama sangat kot”. Itu detik hati saya. “Tak bahaya ke? Mak ada darah tinggi..” Saya tergamam. Mungkinkah bengkak di pergelangan kaki berkait dengan penyakit darah tingginya? Ramai di kalangan warga tua yang mengadu mengalami bengkak di pergelangan kaki. Bengkak ini tidak menyakitkan dan ia akan hilang dengan sendiri setelah beberapa hari, tanpa perlu mengambil apa-apa ubat. Ia tidak bahaya. Bengkak ini dinamakan ankle edema iaitu pengumpulan cecair pada pergelangan kaki akibat kesan graviti. …
Read More »Apa Maknanya Jika Najis Terapung?
APA MAKNANYA NAJIS TERAPUNG? Saya tidak pernah memperdulikan najis saya sehingga satu hari di ruangan chatting Facebook, seorang rakan bertanyakan kepada saya, “salam…kalau najis tidak tenggelam dlm mangkuk jamban…apa penyakit dan sebab-sebabnya..?” Kembang tekak bila mengingati najis yang terapung di mangkuk najis. Namun begitu ada beberapa ‘clue’ yang memberikan gambaran tentang kesihatan seseorang berdasarkan najis yang dikeluarkannya. Najis manusia yang dikenali sebagai human faeces atau stool, dalam bahasa Inggeris, adalah bahan kumuh yang mengandungi kuman dikeluarkan melalui dubur. Oleh itu bentuk dan warnanya berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan seseorang dan diet yang diambil. Najis yang biasa selalunya berbentuk semisolid dan …
Read More »Ibrar Pemakanan Rasulullah SAW: Banyakkan Serat dalam Diet
Seorang rakan menghantar SMS menyatakan dia tidak dapat berjumpa saya dan kawan-kawan di sebuah café. Kebetulan petang itu memang beberapa orang teman berkumpul untuk berbual-bual dan berkongsi informasi baru. Rakan tadi memberitahu bahawa dia sedang berada di Jabatan Kecemasan di salah sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan. Menurutnya lagi, kemungkinan besar dia akan ditahan di wad bagi menjalani beberapa pemeriksaan. “Apa ?? Berak darah??” … “Ini mesti perbuatan khianat. Aku tahu ini mesti santau sebab ramai orang dengkikannya. Bukankah dia tu peniaga di pasar malam?” “Tak baik menuduh. Kita tidak ada bukti dan tuduhan itu boleh jatuh pada sesiapa saja …
Read More »Berusaha Yang Betul Tanpa Melawan Takdir
“Doktor tahu ke kalau anak saya akan cacat?” Saya terkedu dengan serangan itu. Umpama satu letupan akibat bedilan peluru berpandu ketika perang Iraq dulu. Saya baru sahaja meng’update’kan status di wall, memberitahu akan menulis kebaikan folic acid kepada bayi yang berada dalam rahem. Serangan dalam ruangan chatting FB amat mengganggu perasaan saya. “Maaf puan, saya tidak mengetahui. Semuanya dalam pengetahuan ALLAH” “Haa..tahu pun. Jadi kenapa doktor pandai-pandai bagi nasihat tentang anak yang belum lahir?’ Saya menggeleng-gelengkankan kepala. Ini pemikiran puak mana? Saya mengurut-ngurut dada. Saya percaya ini adalah wakil golongan Jabariyyah Melayu atau pembaca yang tiada asas pengetahuan agama, tetapi …
Read More »Selamatkah MSG untuk Bayi dan Wanita Hamil?
Tahun lepas saya dan isteri singgah di sebuah gerai di bandar Kota Baru. Oleh kerana waktu tengah hari sudah tiba, saya memesan sup tulang bersama dengan nasi putih. “Emm..sedapnya sup tulang ni. Boleh minta resepi untuk kita cuba di JB..” Saya menghirup baki sup di mangkuk. Ketika membayar, saya memanggil isteri saya dan memintanya mengenalpasti bahan-bahan masakan di dalam mangkuk-mangkuk yang tersedia sebelum ia ditambahkan dengan sup panas. “Padanlah sedap, dia sudah sediakan sesudu MSG bagi setiap mangkuk..” Cerita MSG tidak berhenti di situ saja. Baru-baru ini saya ditemui seorang wanita hamil di pusat kesihatan. “Saya amat bimbang dengan makanan …
Read More »Komplikasi Rawatan Gigitan Lintah
“Doktor, saya nak marah ini. Kenapa leher anak saya berdarah tak berhenti-henti. Saya nak samanlah..” Saya terpaku apabila mendengar perkataan saman. “Masa buat rawatan, sudah diberitahu tentang risiko?” “Manalah diberitahu. Dia cuma kata boleh keluarkan darah kotor. Ini darah bersih pun keluar. Sudah tiga hari tidak berhenti…” Sama ada percaya atau tidak, saya pernah merawat seorang gadis yang datang ke pusat kesihatan di tempat saya bertugas kerana dia mahu menghentikan pendarahannya di leher. Ia bermula tiga hari sebelum itu apabila gadis ini bersama ibunya cuba mendapatkan rawatan alternatif lintah kerana selalu menghidap sakit kepala. Perawat yang hanya berkelulusan SPM itu, …
Read More »Mengapa Selalu Mengantuk Di Siang Hari
Saya menegur seorang rakan yang memesan secawan lagi Nescaffe setelah baru menghabiskan secawan. Saya cuba menduganya. “Dalam satu hari berapa cawan minum nes ?” “Saya tidak merokok doktor. Jadi saya minum nescaffe ini untuk hilangkan rasa mengantuk” “Teruk sangat ke rasa mengantuk?” “Mana tak teruk, doktor. Kadangkala rasa berat je kelopak mata ini. Tak boleh buka mata langsung. Pernah sekali hampir berlaku kemalangan jalan raya kerana terlalu mengantuk. Satu ketika pula, saya tertidur bila berhenti di simpang lampu isyarat. Saya terjaga bila terdengar bunyi hon kuat dari kereta di belakang” Saya mengangguk-angguk kepala. Saya percaya bahawa keadaan rakan saya ini …
Read More »Bahan Merkuri dalam Produk Kosmetik
Ramai wanita di Malaysia masih tidak menyedari tentang kehadiran merkuri dalam produk kosmetik mereka. Malah ramai yang tidak mengetahui kesan merkuri pada kesihatan mereka pada jangka masa yang panjang. Pada tahun ini sahaja banyak negara telah mengharamkan penggunaan merkuri dalam kosmetik. Merkuri selalunya digunakan dalam kosmetik mencerahkan kulit muka. Ia dijual dalam bentuk krim, losyen atau sabun. Apa yang membimbangkan ialah kebanyakan produk ini mengandungi antara 2-10% merkuri bagi setiap berat produk itu. Produk kosmetik ini telah dijual di negara Afrika, Asia dan Amerika Latin di mana ia mengandungi kandungan merkuri yang lebih banyak, antara 660-57 000 bahagian dalam sejuta (ppm). …
Read More »Diabetic Neuropathy: Kerosakan Saraf di Kalangan Pesakit Diabetes
Bagi pesakit diabetes, pernahkah kulit kaki anda berasa sakit apabila menyentuh sarung tilam di katil? Atau tiba-tiba jantung berdegup laju ketik anda rehat? Atau jika anda seorang lelaki, anda tidak mampu lagi menunaikan tanggungjawab sebagai suami bersama isteri kerani ‘mati pucuk’? Semua masalah ini biasa diceritakan oleh pesakit diabetis akibat kerosakan saraf yang dikenali sebagai diabetic neuropathy. Hampir separuh pesakit diabetes mengalami kerosakan saraf akibat beberpa faktor yang akan disebutkan nanti. Sebelum itu elok juga jika saya sebutkan bahawa dalam tubuh kita terdapat beberapa jenis saraf. Diabetes akan merosakkan saraf-saraf ini bergantung kepada jenisnya, iaitu: Peripheral Neuropathy, iaitu kerosakan saraf …
Read More »Bagaimana Cara untuk Menguji Gula dalam Darah
Ujian pemeriksaan glucose dalam darah adalah penting bagi pesakit diabetik. Glucose yang terhasil dari penghadaman makanan karbohidrat, menjadi sumber utama tenaga dalam badan. Insulin yang dikeluarkan dari organ pancreas membantu tubuh menggunakan glucose ini bagi menghasilkan tenaga. Biasanya kandungan glucose dalam badan akan meningkat sedikit selepas makan, lalu menyebabkan pancreas mengeluarkan insulin bagi mengawal kandungan gula. Tahap gula yang tinggi akan merosakkan mata, ginjal, saraf dan saluran darah. Pemeriksaan darah dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah dari hujung jari atau mana-mana bahagian badan dan diletakkan ke atas strip yang disediakan pada mesin glucometer. Beberapa jenis pemeriksaan glucose yang dijalankan: Fasting …
Read More »Nyanyuk di Usia Muda
Selalunya seseorang dikatakan mengalami penyakit nyanyuk apabila dia mula mencapai umur 65-70 tahun. Namun apa yang terjadi kepada rakan saya, seorang agen unit amanah yang berjaya, dia mengalami beberapa kelupaan yang merisaukan. “Doc, satu malam saya balik ke rumah. Oleh kerana kepenatan dan terasa mahu minum teh panas, jadi saya memasak air di atas dapur. Saya buatlah air teh dengan mencurahkan air dari atas dapur.” Saya menanti dengan penuh minat. “Pada pukul 4.30 pagi isteri saya menjerit. Dia memarahi saya kerana lupa menutup tombol dapur gas sepanjang malam. Mujur isteri saya bangun untuk membuatkan susu pada anak kami..” Saya mendiamkan …
Read More »Penerangan Umum Mengenai Ketagihan Seksual
Rakan FB saya, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil meluahkan kebimbangannya terhadap email yang baru diterima. Saya menyalin luahan dari wall FB beliau. “Berpuluh-puluh emel saya terima dengan kes yang sama. Anak muda yang soleh, tak pernah tinggal solat semenjak aqil baligh, tetapi ketagihan pornografi, merutin diri dengan masturbasi, dan aktif naik ke pentas memberi tazkirah dakwah. Meminta tolong daripada saya, Wallahi saya tak tahu nak nasihat apa, malah derita jiwa memikirkan anak-anak saya pula!” Begitu juga keluhan Ustaz Zaharudin Abd Rahman dalam blognya. “salam ustaz, ustaz macamana hendak berhenti dari masturbasi dan menonton filem lucah, padahal saya sembahyang cukup. Adakah selama …
Read More »Punca Keguguran Rambut di kalangan Wanita
Ramai wanita yang mengalami masalah keguguran rambut yang menyebabkan rambut mereka semakin menipis. Kebanyakan wanita hanya membeli ubat dari sengseh atau farmasi tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada dirinya. Adakah mereka hanya mengalami masalah keguguran rambut sahaja atau keguguran rambut itu tanda bagi ‘penyakit yang lebih serius’? Ada wanita tidak menyangka keguguran rambut mereka sebenarnya disebabkan oleh masalah yang serius sehinggalah tanda-tanda lain penyakit itu muncul. Jadi buatlah pemeriksaan sebelum masalah keguguran rambut ini menjadi kronik dan sukar dirawati. Jika awal berjumpa doktor, keadaan ini dapat dirawat dengan lebih baik. Masalah keguguran rambut ini melibatkan 5% wanita yang berumur …
Read More »Wajibkah Uri Bayi Ditanam?
Uri atau placenta adalah organ yang dibentuk di dalam rahem. Ia dibentuk bersama-sama dengan janin, bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibunya. Selain itu ia mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin kepada ibu agar dapat dibuangkan dari tubuhnya. Oleh itu uri adalah ‘sebahagian dari organ’ dalam proses pembentukan bayi. Ketika bayi dilahirkan, uri akan keluar bersama-sama bayi. Tali pusat yang menyambungkan antara uri dan bayi akan diputuskan. Selepas itu uri tidak ada lagi peranan. Uri dikira sebagai organ yang telah mati dan hukumnya najis. Ia sama hukumnya seperti kaki yang terputus dari tubuh badah. Hukumnya najis. Ia harus …
Read More »Merawat Luka Pembedahan
Saya mempunyai banyak pengalaman bersama pesakit yang telah menjalani pembedahan. Sepanjang lima tahun saya bekerja di wad pembedahan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, banyak teknik dipelajari yang kadangkalanya dikutip dari pengalaman. ”Entah apa-apa nurse kat pusat kesihatan tu. Cuci luka bapa saya cincai je. Lambat baik. Geram saya. Kalau dia orang tak nak kerja, baik balik saja” Baru-baru ini seorang lelaki yang berjawatan tinggi di sektor swasta mengeluh kepada saya. Melepas geram. Saya mengangguk-angguk kepala saja. Perlahan-lahan saya membaringkan bapanya yang berumur 62 tahun di atas katil pesakit. ”Sudah dua bulan. Luka masih macam ni !” Saya membuka balutan luka …
Read More »Apa yang Perlu Ada dalam ‘Air Mineral’?
Ramai yang keliru dengan pelbagai jenama air mineral yang ada di pasaran. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu yang mana yang harus saya pilih. Cuma saya ada beberapa jenama yang menjadi kegemaran saya berdasarkan deria rasa di hujung lidah saya. Air mineral yang ‘sedap’ diminum, itulah jenama pilihan saya kerana pada mulanya saya menganggap semua air mineral mempunyai kandungan mineral yang sama. Tetapi itu bukannya cara yang baik untuk memilih air mineral. Apatah lagi jika air yang berisipadu 500ml dibayar dengan nilai 1 ringgit. Bayangkan kalau ada pengilang yang hanya mengambil air paip dan membotolkannya sebagai air mineral. Tentu wang …
Read More »Mengapa Bulu Mata Selalu Gugur?
Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang pesakit wanita mengenai bulu matanya yang sering gugur. Walaupun kehilangan bulu mata tidak begitu jelas, namun saya memahami perasaan seorang wanita. Kehilangan sehelai bulu mata sudah cukup membuatkannya aneh dan runsing. Mungkin sebagai lelaki, saya menganggap keguguran itu remeh, tetapi amat dirasakan oleh seorang wanita. Kecantikan adalah senjata utama bagi memikat hati suami. Bulu mata (eyelashes) adalah sebahagian dari bulu yang tumbuh pada badan seseorang. Ia berfungsi sebagai struktur yang menghalang habuk daripada memasuki mata di samping menambahkan kecantikan seseorang. Seperti rambut, bulu mata akan gugur setiap hari. Ia adalah perkara yang normal. Tidak …
Read More »Kimia Toksik dalam Permainan dan Peralatan Bayi
Tanpa kita sedari banyak pencemaran toksik merbahaya berada di dalam rumah kita. Paling membimbangkan ialah bayi-bayi kita terdedah secara langsung kepada pencemaran ini. Sebelum ini saya ada menulis tentang bahaya pencemaran sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai BPA yang terdapat pada botol susu plastik. Kini saya cuba membawa beberapa kerisauan badan-badan bukan kerajaan tentang beberapa bahan-bahan kimia merbahaya lain yang ‘dekat’ dengan bayi kita. Belum banyak kajian saintifik mengenai kesan buruk pencemaran bahan kimia ini jika terdedah pada jangkamasa yang panjang. Malah bahan-bahan kimia ini menyebabkan banyak ‘penyakit-penyakit misteri’, telah dikategorikan sebagai “penyakit yang tidak diketahui sebabnya” atau unknown caused …
Read More »Harapan untuk Dapatkan ‘Muka’ Semula
Saya amat kagum dengan kepakaran yang dimiliki oleh satu pasukan pakar pembedahan di Hospital Brigham dan Wanita di Boston. Saya percaya ilmu dan kemahiran yang diberikan oleh Allah kepada Dr Bohdan Pomahac yang mengetuai pasukan ini adalah satu rahmat dari-NYA. Masakan tidak beberapa kes kerosakan muka yang teruk telah berjaya dipuilihkan dengan izin Allah. Sebelum ini James Maki telah berjaya dibedah pada 9 April 2009 di hospital yang sama. Walaupun James Maki memerlukan beberapa pembedahan plastik seterusnya, namun wajah barunya tetap lebih baik dari ‘muka tanpa wajah’ sebelum ini. Kali ini seorang pekerja pembinaan, Dallas Wiens, berumur 25, telah menjalani …
Read More »Adenovirus 14 (Virus Selsema Pembunuh)
Malaysia dikejutkan dengan beberapa kes jangkitan virus yang menyebabkan kematian berlaku di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL). Paling baru (saya menulis pada 21 mac 2011) seorang pelatih inspektor, Mohd Redzuan Ishak, 26, meninggal dunia 4.00 pagi 17 Mac 2011 selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana dijangkiti ‘Adenovirus’. Ia menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah dua orang sejak jangkitan pertama dikesan di pusat latihan utama milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu pada 4 Mac lalu. Kematian pertama membabitkan seorang pelatih konstabel, Mohd Azizan Azirid, 21, dari Kuala Kangsar, Perak yang meninggal dunia pada 8 Mac …
Read More »Tahyul Moden: Garam Boleh Halang Kesan Radiasi Nuklear?
Pasaraya di Beijing dan Shanghai, China telah kehabisan bekalan serbuk garam semenjak khamis 17 Mac 2011. Ini kerana rakyatnya mempercayai khabar-khabar angin mengatakan kebocoran radiasi dari Kompleks Nuklear Fukushima Daiichi, Jepun boleh menyebabkan kanser thyroid. Iodised salt (garam yang ditambah unsur iodin) yang dijual di pasaraya pula dipercayai boleh mengelakkan kanser thyroid ini. Kerajaan China gagal mengawal khabar-khabar angin ini dan rakyat China semakin panik walaupun tahap radiasi di 41 buah bandar di China masih normal. Tahap panik yang melampau membuatkan seorang pelanggan di bandar Ningbo membeli bekalan serbuk garam untuk bekalan selama lima tahun bagi melindungi dirinya dan keluarganya. …
Read More »Adakah BPA Selamat Pada Bayi Kita?
“Assalamualaikum, doktor. Maaf mengganggu. Apa pendapat doktor tentang penggunaan botol yang mengandungi BPA. Bagaimana kita mahu menganalpasti botol itu mengandungi BPA atau tidak?” Soalan ini amat mengujakan saya. Saya rasa mahu menjawab segera. Saya percaya ramai ibu-ibu muda yang masih alpa akan kesan buruk bahan-bahan kimia yang terdapat pada produk-produk yang selalu digunakan. Padahal kesan bahan-bahan kimia ini amat besar ke atas generasi kita yang akan datang. Tentunya kita tidak menyangka bahawa dalam botol plastik susu anak kita mengandungi sejenis unsur kimia yang bahaya. Ini juga salah satu fakta yang menggalakkan penyusuan ibu kerana botol plastik susu bayi sekarang semakin …
Read More »Deodorant Menyebabkan Kanser Payudara?
Kontroversi Saya tidak menyangka bahawa ramai di antara rakan-rakan FB belum pernah mendengar khabar angin yang beredaran di internet tentang penggunaan deodorant atau antiperspirant di ketiak akan menyebabkan kanser payudara. Padahal khabar angin ini telah beredar bertahun-tahun lamanya. Saya menganggap khabar-khabar angin telah terjawab kerana saya mengambil pendirian pakar-pakar Oncologist dari serata dunia. Saya sendiri pernah menerima email dari rakan-rakan yang memetik kontroversi itu di sebuah jurnal terkenal, Journal of the National Cancer Institute. Jadi elok juga saya mengupas isu ini dengan lebih lanjut. Ramai pakar oncologist tidak berpendapat bahawa deodorant/antiperspirant boleh menyebabkan kanser payudara. Tetapi ramai saintis yang bekerja …
Read More »Bagaimana Memeriksa Pertumbuhan Fizikal Anak?
Saya melapangkan masa menghadiri majlis kesyukuran kelahiran seorang bayi, anak rakan saya. Tersenyum bila saya mendengar perbualan kaum ibu. Mereka nampaknya amat peka terhadap apa yang berlaku pada anak yang dilahirkan. Mereka berbincang sesama sendiri dan memberikan beberapa petua agar anak mereka sihat. Malangnya, apabila di pusat kesihatan, saya dapati ramai bayi yang mengalami kekurangan berat badan. Kelihatannya seperti tidak diberikan perhatian. Namun saya ucapkan tahniah kepadaibubapa yang dapat memastikan anak mereka sihat dan mendapat berat yang sepatutnya mengikut umur mereka. Kali ini saya menulis agar dapat memberi panduan bagaimana pertumbuhan fizikal kanak-kanak dapat diawasi oleh ibubapa. …
Read More »Selamatkah Makan Mi Segera?
Saya sangat geram jika ada ibubapa bertanya pada saya, bolehkah anaknya yang berusia 5 tahun dan sedang demam memakan mi segera. Saya faham niat ibubapa yang cuba memberikan sesuatu pada anak yang menghadapi kelesuan dan tidak selera makan akibat demam. Namun itu bukanlah langkah yang bijak. Masih ingat tentang khabar angin mengenai kerajaan Taiwan telah mengharamkan mi segera yang dikeluarkan oleh satu syarikat dari Indonesia? Walaupun ia setakat khabar angin, ada iktibar yang dapat kita pelajari oleh mayarakat kita. Adakah mi segera kita selamat? Pengharaman itu disebabkan kadar bahan pengawet yang terdapat pada mi segera itu melebihi daripada kadar yang …
Read More »Airmata Darah: Fenomena Luar Biasa
Saya khuatir dengan sikap segelintir orang Melayu yang jahil dalam akidah, begitu mudah mempercayai khurafat. Pantang saja ada keganjilan berlaku, berbondong-bondong orang kita pergi melawat dengan penuh ketakjuban. Apa yang lebih bahaya apabila hati mula mempercayai kononnya orang itu wali kerana keajaibannya dan meminta pelbagai permintaan kerana percaya orang itu boleh menunaikan permintaan mereka dengan ‘kuasa’ yang dia ada. Tahun 2011 ini, saya mendapati ada beberapa keganjilan berlaku di beberapa tempat di dunia. Seharunya dijadikan iktibar supaya jika ianya berlaku di Malaysia, kita tidaklah mengikuti orang-orang jahil. Dua kejadian ganjil berlaku di India apabila kedua-dua wanita mengeluarkan airmata bercampur darah. …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
