“Kenapa anak saya kerap sangat diserang asthma, doktor?”
Saya menarik nafas panjang. Hari ini saja sudah enam orang pesakit asthma yang diberikan nebulizer. Cuaca di luar sangat panas, ditambah dengan jerebu yang menyesakkan.
Alhamdulillah mereka respond baik dengan rawatan nebulizer. Walaupun masih berkahak ketika batuk, mereka mengakui merasa amat lega kerana dapat bernafas dengan baik dan tidak rasa sakit dada lagi.
“Cuba puan perhatikan cuaca sekarang. Panas membahang”
“Tapi bukankah asthma disebabkan oleh cuaca sejuk?”
“Betul puan, cuaca sejuk boleh menyebabkan asthma. Namun ada satu lagi punca asthma, iaitu kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi)”
“Ya lah doktor, sekarang pun kita tengah berpuasa Ramadhan. Kurang air agaknya”
Asthma bukanlah satu perkataan yang asing di Malaysia. Ramai kanak-kanak menghidap penyakit ini dan sering dihantar ke klinik atau hospital untuk rawatan. Ia adalah penyakit kronik yang disebabkan oleh radang pada lapisan dalam saluran pernafasan seseorang pesakit.
“Saya hairanlah doktor. Apa penyebab asthma sebenarnya?”
Sukar saya mahu menjawab soalan ini. Pernafasan kita boleh terjejas disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya bahan kimia yang irritants, alahan atau gangguan emosi.
Bagi mereka yang biasa, faktor-faktor ini dapat ditangani oleh fisiologi tubuh dengan baik. Tetapi bagi pesakit asthma, rangsangan-rangsangan ini menyebabkan saluran pernafasan memberikan tindakbalas yang keterlaluan. Antara tindak balas yang terjadi dalam paru-paru ialah saluran pernafasan akan mengeluarkan banyak lendir dan mula mengecut menyebabkan mereka mengalami keadaan sukar bernafas.
Tanda-tanda mengalami asthma ialah kedengaran bunyi ketika bernafas (wheezing), batuk berlendir, dada berasa ketat dan tidak puas menarik nafas.
Bagaimana asthma dikaitkan dengan amalan minum air?
Dr. F. Batmanghelidj, seorang doktor Iran memberikan teori bahawa asthma dan masalah alahan yang lain berkait rapat dengan dehidrasi. Dehidrasi bukan saja disebabkan tidak meminum air. Minuman berkafein, seperti kopi, dan soda serta minuman beralkohol boleh menyebabkan dehidrasi.
Beliau mendakwa ramai pesakit asthma yang sembuh dengan memastikan meminum air yang cukup dalam sehari iaitu 8 gelas sehari dengan berkala.
Beliau mencadangkan agar sekurang-kurangnya meminum 2-3 gelas air selepas bangun tidur, 2 gelas 1/2 jam sebelum memulakan makanan, 1-2 gelas setiap selepas makan, 2 gelas sebelum tidur.
Beliau memberikan teori, banyak air yang digunakan untuk proses penghadaman makanan dalam perut. Dengan meminum air sebelum ½ jam makan, pengeluaran enzim dan asid dalam perut telah disediakan . Jika tidak meminum air sebelum makan, air terpaksa diambil dari bahagian tubuh lain dan ini menyebabkan dehidrasi dalaman.
Apabila badan mengalami dehidrasi, kepekatan histamine dalam darah bertambah. Ia akan menyebabkan tubuh memberikan tindakbalas yang kuat pada saluran pernafasan terhadap rangsangan yang ringan. Selain itu lendiran yang dikeluarkan dalam paru-paru akan menjadi pekat.
Beliau mencadangkan lagi, bagi pesakit yang mengalami alahan kulit yang kronik, air yang banyak perlu diminum bagi membantu proses penyembuhan. Begitu juga jika pesakit mengalami tanda-tanda alahan yang lain seperti gatal-gatal, bersin dan batuk yang kering, perlu meminum air dengan banyak.
Walaubagaimanapun teori-teori beliau tidak diterbitkan dalan jurnal-jurnal perubatan kerana kekurangan bahan kajian. Namun begitu kebanyakan doktor termasuk saya sendiri merasakan pesakit asthma dan alahan kulit harus meminum air yang secukupnya. Dengan cara ini mereka dapat mengurangkan kebergantungan pada ubat-ubatan.
Wallahu a’lam.
Susunan: Dr Zubaidi bin Hj Ahmad (160911)
Rujukan:
- Yawn, BP (September 2008). “Factors accounting for asthma variability: achieving optimal symptom control for individual patients”. Primary Care Respiratory Journal 17 (3): 138–147.
- Kumar, Vinay; Abbas, Abul K; Fausto, Nelson; Aster, Jon (2010). Robbins and Cotran Pathologic Basis of Disease (8th ed.). Saunders.
- Fanta CH (March 2009). “Asthma”. N Engl J Med 360 (10): 1002–14.
- Lemanske RF, Busse WW (February 2010). “Asthma: clinical expression and molecular mechanisms”. J. Allergy Clin. Immunol. 125 (2 Suppl 2): S95–102.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
thanks dr. for the info.
Sy baru didiagnose ada asthma.. sy diberi singulair. satu tablet setiap malam lepas makan. 10mg. sy rasa sy kena ni sbb sejak tidur pakai aircond (hipotesis sy).
sy minum plain water (love it so much) more than 2 liter/day.
sy jarang guna inhaler ventolin yg dibekalkan. tp sy perasan kalau sy kehabisan singulair (tak makan dlm 2-3hari), sy akan mgalami wheezing yg agak kuat setiap malam…
tp pelik satu je..bila buat lung test (yg tiup kat pipe yg ada indicator tu) doctor kata lung sy clear. ok..dpt measurement yg agak tinggi (bukn mcm pesakit asthma)