Saya mempunyai banyak pengalaman bersama pesakit yang telah menjalani pembedahan. Sepanjang lima tahun saya bekerja di wad pembedahan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, banyak teknik dipelajari yang kadangkalanya dikutip dari pengalaman.
”Entah apa-apa nurse kat pusat kesihatan tu. Cuci luka bapa saya cincai je. Lambat baik. Geram saya. Kalau dia orang tak nak kerja, baik balik saja”
Baru-baru ini seorang lelaki yang berjawatan tinggi di sektor swasta mengeluh kepada saya. Melepas geram.
Saya mengangguk-angguk kepala saja. Perlahan-lahan saya membaringkan bapanya yang berumur 62 tahun di atas katil pesakit.
”Sudah dua bulan. Luka masih macam ni !”
Saya membuka balutan luka dan mendapati luka pembedahan laparotomy nya ’ternganga’ besar. Bagaikan kawah letupan gunung berapi. Nanah, lendir dan darah bercampur di dasar ’kawah’ itu.
”Awak yang menjaga dan membawa bapa setiap hari ke?”
“Saya duduk KL, sesekali saya balik JB ni. Bila saya tengok luka macam ini, itu saya jadi marah. Bayangkan sudah dua bulan, masih tidak sembuh!”
Saya merengus dalam hati. Kalau sesekali bawa orang tua, dan marah-marah begini, itu tandanya emosinya terganggu. Banyak faktor yang mempengaruhi luka pembedahan lambat baik.
”Dia ada penyakit apa-apa tak.. Penyakit kronik lain..”
”Entahlah. Awak kan doktor. Check lah sendiri..”
Saya menggeleng-gelengkan kepala. Beristighfar panjang.
Apa salahnya berkomunikasi dengan baik. Cakap dengan sopan dan kawal emosi. Kalau mahu layan seperti ‘tuan’ kenalah berakhlak seperti ‘tuan’. Apakah seorang penyangak akan dilayan seperti seorang raja?
Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan luka pembedahan lambat sembuh. Ia bukan masalah ’cara membersihkan luka’ sahaja tetapi bagaimana tubuh bertindakbalas dalam proses penyembuhan. Tindakbalas ini bergantung kepada diri pesakit itu sendiri.
Antara pesakit yang berisiko tinggi untuk lambat sembuh lukanya dan mengalami jangkitan kuman pada luka pembedahan ialah warga emas (orang berumur lebih 60 tahun), pesakit yang sebelum ini mengalami kekurangan berat badan akibat malnourishment, terutama kekurangan protein atau elemen zinc, pesakit yang kurang vitamin C, pesakit kronik seperti diabetes, pesakit kanser yang dirawat dengan radiotherapy atau chemotherapy, pesakit autoimmune seperti SLE yang dirawat dengan sterois, dan penghisap rokok.
“Orang tua ni memang degil. Tak mahu makan. Puas saya belikan makanan yang sedap-sedap tapi dia tetap degil”
Sungguh biadap. Sekarang dia mengundang kemurkaan Allah dengan ’menghina’ bapanya.
Selera orang tua tidak akan datang dengan makanan yang sedap. Lebih-lebih lagi ketika mereka sakit. Hanya kata yang memberi semangat dengan kasih sayang saja yang boleh melembutkan hati ibubapa.
Dia ingat kasih sayang ibubapa semasa menjaganya semasa kecil dapat dibeli semula dengan wang ringgit?
Saya bosan dengan perangai anak pesakit ini. Namun masih bersabar dan membersihkan luka pesakit itu bukan kerana ‘caj konsultasi’ yang saya terima. Saya lakukan kerana saya kasihan pesakit ini.
Pesakit ini sebaya dengan ayah saya di kampung. Tidak tergamak saya memanggilnya ’orang tua’ apayah lagi melabelkannya sebagai ’degil’. Tidakkah anaknya tahu bahawa pesakit ini adalah bapanya yang uzur, sakit dan memerlukan kasih dan sayang dari anaknya?
Ketika saya membungkus luka, datang pula anak perempuannya. Dialah yang selalu menghantar bapanya ke hospital. Dia mendekati saya.
”Doktor, maafkanlah abang saya ini. Perangai dia memang macam ini. Panas baran. Doktor jangan berkecil hati ya..”
Sejuk sedikit hati saya apabila ada yang memujuk. Belum sempat saya pulang ke rumah untuk dipujuk oleh isteri, anak perempuan pesakit ini telah menunjukkan akhlak yang baik dan meminta maaf bagi pihak abangnya. Jika tidak, saya akan ‘download’ kan semua bebanan emosi saya pada isteri bila sampai di rumah.
”Boleh doktor beritahu apa supplemen yang sesuai dimakan oleh ayah saya?”
Saya memandangnya. Dia bertanya ikhlas.
”Saya tidak mahu berikan nama mutivitamin yang banyak dijual di farmasi. Bolehlah cari sendiri jenama yang sesuai. Namun multivitamin ini haruslah mengandungi beberapa unsur yang penting”
Berminat mahu tahu? Ketika membeli pil supplemen multivitamin lihatlah label di kotak. Vitamin dan mineral-mineral ini akan mempercepatkan masa untuk proses penyembuhan kulit dan tisu.
- Beta-carotene (250,000 IU sehari) atau vitamin A (25,000 IU sehari). Dos ini dikira sebagai dos yang tinggi, maka tidak harus diambil melebihi 2 minggu. Kurangkan dos kepada 50,000 IU beta-carotene dan 15,000 – 25,000 IU vitamin A sehari, selepas 2 minggu. Doktor akan mengurangkan lagi dos ini jika seorang itu sedang hamil atau mempunyai masalah hati (liver disease).
- Vitamin C (1,000 mg dua kali sehari)
- Vitamin E (400 – 800 IU sehari)
- Zinc (10 – 30 mg sehari)
- B complex vitamins (1,000 mcg sehari)
- Glucosamine (1,500 sehari) jika pembedahan itu melibatkan sendi.
- L-arginine (17 – 25 g sehari).
Selain itu boleh mengamalkan madu satu sudu besar setiap hari bagi pesakit bukan diabetic.
Penambahan jumlah kandungan protein dalam pemakanan juga penting. Pemakanan harus mempunyai 2-3 g protein pada setiap kilogram berat badan pesakit. Sebagai contoh jika pesakit mempunyai berat 60kg, jumlah protein yang harus diambil ialah 120-180gm sehari.
Cara terbaik mengambil protein ialah dengan mengambil ‘daging putih’ seperti telur (bagi mereka yang tidak ada alahan protein telur), ikan dan ayam. Selain itu protein juga terdapat pada sayur-sayuran seperti soya dan kacang. Memakan ’daging merah’ tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan pesakit mengalami sembelit. Namun boleh dimakan dengan kadar yang sederhana.
Jika pesakit tidak ada selera untuk makan, semua supplemen ini (termasuk protein) harus diberikan dalam bentuk minuman. Banyak susu yang dijual di farmasi yang mengandungi vitamin, elemen dan protein yang mencukupi untuk pesakit yang baru menjalani pembedahan.
Oleh kerana banyak faktor yang boleh menyebabkan jangkitan kuman, saya selalu menyarankan agar luka pembedahan dibersihkan oleh mereka yang terlatih seperti jururawat, doktor atau paramedik sehingga ianya kering dan boleh dibersihkan sendiri di rumah.
Kebanyakan luka pembedahan yang kecil akan sembuh dengan cepat. Namun bagi luka pembedahan besar (major surgery) akan sembuh dengan mengambil masa yang lebih lama. Dengan ini ia akan meningkatkan lagi risiko jangkitan kuman. Antara tanda-tandanya ialah bengkak, sakit, warna berubah menjadi lebih gelap dan terdapat nanah.
Selain itu beberapa komplikasi lain seperti pembentukan parut keloid (parut yang melampau), dan gangrene. Dapatkanlah nasihat yang betul dari doktor yang merawat.
Wallahu a’lam.
Susunan Dr Zubaidi Hj Ahmad (120411)
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
sy br sahaja menjalani pembedahan utk acute appendicitis,perforated dan luka pembedahan sy infected. namun skrg sudah beransur baik. sy ingin bertanya berkenaan pengambilan mineral spt beta-carotene,vitamin c dan lain2. adakah sy perlu mengambil kesemuanya serentak bg mempercepatkn proses penyembuhan atau hanya perlu mengambil mineral yg khusus shj? terima kasih
sedih pulak baca artikel ni..tQ Dr byk info dlm artikel ni boleh guna dlm kehidupan harian..moga Allah memberkati Dr :)
Saya berumur 47 tahun dan pada 30/1/2012 saya telah melakukan “breast reduction” ini adalah disebabkan saya sering merasakan sakit dibahagian dada dan bahagian belakang saya serta mengalami tanda dibahu kerana keberatan menampung buah dada saya yang sgt besar (size 42G)masalahnya sekarang selepas lebih 3 minggu luka saya masih lagi belum sembuh sepenuhnya dan saya terpaksa pergi kehospital setiap hari untuk “dressing” ini amat menyulitkan saya kerana terpaksa berulangalik ke hospital. Menurut doktor sekiranya luka saya tidak sembuh juga dalam masa terdekat ini saya perlu melakukan pembedahan sekali lagi untuk membuang puting buah dada saya, saya merasakan amat terkejut dan “depression” saya tidak mahu kehilangan puting buah dada saya sebab saya tidak dapat menerima kenyataan yang saya bakal kehilangan benda yang berharga bagi semua wanita melainkanlah sekiranya saya menghidap kanser buah dada. Jesteru itu saya mohon doktor boleh memberikan saya nasihat serta panduan pemakanan1,sekian terima kasih
sgt berguna info mcm ni,kebetulan mk sy jg msh blm sembuh luka operation,.···tq
salam ,umur sy 49 tahun pada 1/4/13 sy telah dibedah hidung bahagian dalam .sy telah dibenarkan pulang pada 4/4/13. sy ingin mendaptkan nasihat DR tentang makanan tambahan yg perlu sy ambil untuk mempercepatkan luka dalam sy sembuh. sy juga mengambil ubat darah tinggi yg dibekalkan oleh pihak hospital
tkasih
salam ,umur sy 49 tahun pada 1/4/13 sy telah dibedah hidung bahagian dalam .sy telah dibenarkan pulang pada 4/4/13. sy ingin mendaptkan nasihat DR tentang makanan tambahan yg perlu sy ambil untuk mempercepatkan luka dalam sy sembuh. sy juga mengambil ubat darah tinggi yg dibekalkan oleh pihak hospital
tkasih
Dr Zubaidi: Suplemen yang baik untuk merawat luka pembedahan ialah Vitamin E dan C.
tkasih
sya bru lepas pembedahan di payu dara kerana ada ketumbuhan di payu dara tapi blm pun sampai seminggu jahitan sya t’buka kerena ikantanya tidak kuat lepas tu t’buka bsr sya b’usaha untuk memperbaiki luka ini tapi sampai skrg luka dia masi jg basah dah ada nanah sedikit..bagi mana lg caranya sya menjaga luka ini dah makanan apa kah yg blh di mkn sebab skrg sya hanya mkn syur sup dan nasi sahaja..