Berkhatan secara SMART KLAMP

Berkhatan menggunakan teknik Smartklamp adalah satu inovasi baru dunia perubatan bagi memudahkan prosedur berkhatan yang diamalkan oleh seluruh umat Islam, Yahudi dan Orthodox Kritian.

Semenjak ia diperkenalkan di pameran perubatan di Dusseldorf, German,pada tahun 2001, alat ini telah digunakan oleh jutaan kanak-kanak dan oraang dewasa di Eropah, Amerika Syarikatdan Asia Tenggara, termasuk Malaysia kerana alat sangat mudah digunakan.

Dengan menggunakan smartclamp, pendarahan yang banyak dapat dihindarkan ketika prosedur berkhatan dan tidak memerlukan sebarang jahitan . Ia sangat mudah dan cepat antara 10-15 minit sahaja . Oleh itu menjadi alternative terbaik bagi kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami penyakit Diabetes, Hemofilia, anak-anak Autis atau anak-anak Hiperaktif.

Smartclamp juga sangat ringan dan tidak mengganggu aktiviti knak-kanak atau orang dewasa yang disunatkan dan boleh mula berjalan tanpa tanpa menggunakan kain sarung lagi.

Perbezaan berkhatan secara konvensional (Jahit) dan menggunakan alat Smartklamp:

  Konvensional SmartClamp
Jangkamasa Prosedur 30-45min 15min
Menggunakan Jahitan Ya Tidak
Suntikan bius Perlu Perlu
Luka Terdedah Ya Tidak
Jankamasa Sembuh Seminggu atau lebih Seminggu atau kurang

 

Walaupun selalunya kanak-kanak yang telah bersunat menggunakan alat smartklamp boleh memakai seluar seperti biasa kerana luka sunat terlindung, namun demikian, bagi kanak-kanak atau orang dewasa yang mempunyai prepuce (kulit depan) melekat pada bahagian glans dengan kuat (atau disebut sebagai kulup), maka terdapat risiko zakar kelihatan seperti tidak disunat dengan sempurna dan mungkin perlu disunat sekali lagi.

Oleh itu saya mengesyorkan agar sebelum berkhatan menggunakan alat smartclamp ini, kanak-kanak atau dewasa itu harus diperiksa dahulu oleh doctor.

Satu lagi risiko menggunakan alat smartklamp ialah terdapat risiko untuk luka khatan di kawasan di mana kulit dipotong dan dibuang, tidak bercantum kerana luka ini tidak dijahit. Ia biasa berlaku pada kanak-kanak yang saiz zakar yang lebih besar dan orang dewasa.

Wallahu a’lam.

One comment

  1. Kalau smart clamp senget pla bagaimana?

Leave a Reply

error: Content is protected !!