Tag Archives: bayi

AIR KETUBAN YANG BANYAK

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi …

Read More »

Mengapa Anak Saudara Saya Dimasukkan ke Wad Neonatal Unit Hanya sebentar Saja?

    “Salam doctor. Baru-baru ini anak saudara saya telah dilahirkan pramatang 32 minggu. Bayi yang dilahirkan hanya 2.5kg. Yang menjadi kemusykilan saya ialah kenapa anak saudara saya itu hanya dimasukkan ke wad neonatal unit hanya beberapa hari saja. Boleh mendapat penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Neonatal Unit (NNU) yang disediakan oleh hospital menyediakan sekumpulan pakar yang terlatih bertugas secara 24 jam bagi menjaga bayi baru dilahirkan yang mengalami komplikasi kelahiran atau mengalami penyakit sejak dalam rahem atau dilahirkan secara pramatang.   Mereka yang terlibat dalam penjagaan NNU ini ialah:   Jururawat yang terlatih dalam penjagaan …

Read More »

Kesan Makan Mee Segera pada wanita hamil dan bayi dalam rahem

Ramai yang ketagihan maggi. Kerisauan saya pada kanak-kanak dan wanita yang hamil yang kerap makan mee segera . Kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin.

Read More »

Ramai bayi yang meninggal dunia semasa tidur

“Salam doktor. Saya ingin bertanyakan tentang kejadian di mana mati meninggal dunia semasa tidur. Adakah ia dapat dielakkan? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai ibu bapa sangat risau mengenai risiko kematian bayi secara tidak disedari ketika tidur terutama pada usia mereka beberapa bulan pertama setelah dilahirkan. Oleh itu saya mencadangkan agar bayi yang berusia enam bulan ke bawah haruslah tidur berdekatan dengan ibubapa mereka tetapi tidak semestinya satu katil atau satu tilam. Saya juga mencadangkan agar: 1. Tidurkan bayi dalam keadaan telentang, bukannya meniarap atau disisinya. 2. Berhati-hati dengan penggunaan selimut kerana ramai bayi yang lemas dalam …

Read More »

Waktu sesuai untuk scan jantina bayi dalam rahem

“Salam doktor. Saya ingin bertanya bila waktu yang sesuai untuk mengenal pasti jantina bayi dalam rahem. Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai ibubapa sangat berminat untuk mengetahui jantina bayi mereka yang dalam rahem. Masa yang sesuai untuk melakukan scan ialah minggu ke-20. Itu pun bergantung kepada kemahiran doktor yang melakukan scan, mesin ultrasound yang digunakan dan posisi bayi dalam rahem. Pada usia kehamilan 20 minggu, perbezaan antara lelaki dan perempuan menjadi lebih jelas dan lebih mudah dikesan kerana cecair ketuban yang banyak. Jantina seorang bayi lebih mudah dikesan apabila kedudukan tapak kakinya tidak terletak di tengah kelengkangnya, keran …

Read More »

Bagaimana Melatih Bayi Tidur Sepanjang Malam

“Salam doktor. Saya ingin bertanya kepada doktor mengenai anak saya. Usia anak saya baru memasuki enam bulan. Namun saya terpaksa bangun setiap empat jam kerana anak saya sering terjaga dan mahukan susu. Ada beberapa rakan saya pula dapat tidur sepanjang malam kerana anaknya tidur dengan lena. Bagaimanakah saya dapat melatih anak saya agar dia dapat tidur sepanjang malam? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak menafikan bahawa sesetengah bayi mudah tidur dan akan tidur sepanjang malam seawal usia lapan minggu. Namun kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau mungkin lebih lewat dari …

Read More »

Kenapa orang dewasa tidak demam

“Salam, doktor. Saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik. Cuma ada sedikit kerisauan. Umur saya memasuki 25 tahun. Kali terakhir saya demam ketika saya berumur 15 tahun. Adakah normal keadaan ini? Andai kata Allah uji saya dengan demam, adakah saya berisiko untuk mendapat demam yang teruk? Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Apabila seseorang itu mengalami serangan kuman, sama ada bakteria atau virus, tubuh akan bertindakbalas dengan merangsangkan sistem daya tahun untuk membunuh kuman tersebut. Antara tanda tubuh kita sedang bertindakbalas ialah kita sedang mengalami demam, selain menghasilkan antibody. Namun begitu tidak semua serangan kuman akan menyebabkan tubuh akan mengalami …

Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …

Read More »

Makan tapai ketika hamil

  “As salamu alaikum  doktor. Bolehkah saya makan tapai pada usia kehamilan 36 minggu? Ada apa-apa kesan mudarat kepada bayi dalam rahem? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Kebanyakan makanan yang ditapai akan mengeluarkan sebahagian kecil alcohol termasuk tapai beras dan ubi. Ini kerana proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol.   Penghasilan alcohol dalam proses penapaian adalah kecil dan tidak memabukkan, dan berlaku akibat kesan sampingan proses penapaian secara semulajadi.   Agak sukar menentukan berapa banyak alkohol yang dihasilkan. Namun saya menasihatkan puan agar mengambil makanan yang mempunyai alkohol …

Read More »

Bolehkah wanita hamil makan sushi?

“Assalamualaikum dr, saya ingin bertanya tentang wanita hamil yg suka makan sushi. sy diberitahu, bahawa wanita hamil tidak boleh makan ikan mentah. sejak kebelakangan ini saya yg hamil 6 bulan suka makan sushi. adakah ia akan memberi kesan kepada bayi dan kesihatan? saya terfikir bagaimana pula dgn org jepun, adakah wanita mereka tidak makan sushi ketika hamil? selalunya saya akan ke restaurant jepun yg halal atau ke ISETAN utk membeli sushi dimana sy rasa mereka menyediakan makanan yg bersih dan halal. Harap doc dapt memberi pencerahan dan informasi. terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Susah saya hendak menyatakan sama ada …

Read More »

Perlukah Mengepam Susu di Tempat Kerja?

    “Salam doctor. Saya menyusukan anak dan masalah saya payudara cepat penuh dengan susu. Kalau di tempat kerja saya, adakalanya sampai baju saya basah. Ia memalukan. Perlukah saya mengepam susu saya? Bolehkah ia diberikan kepada anak saya nanti bila pulang di rumah? ”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bagi wanita yang menyusukan anak seperti puan, mengepam susu badan di tempat kerja ada kalanya tidak menyenangkan kerana ada kalanya puan tidak mendapat tempat yang lebih privasi.   Walau bagimanapun, ia banyak memberikan faedah kerana susu itu boleh puan simpan untuk diberikan kepada anak puan apabila pulang nanti.   Cuma …

Read More »

Wanita Hamil dan Kafeine

“Salam doktor. Saya hendak bertanya. Bolehkah wanita hamil minum kopi kerana saya amat meminati kopi. Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM, Semua wanita  yang hamil tidak digalakkan meminum kopi ketika hamil. Namun ia dibenarkan dalam kuantiti yang sederhana. Ini kerana kafein yang terdapat dalam air kopi yang diminum adalah satu bahan perangsang dan diuretic (yang menyebabkan mudah rasa mahu kencing akibat pundi kencing yang cepat penuh). Kesan kafein sebagai perangsang, akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Kafein juga menyebabkan kerap membuang air kecil, akhirnya menyebabkan pengurangan di dalam cecair badan dan akhirnya menyebabkan dehidrasi. Kafein melintasi …

Read More »

Wanita hamil perlu mengelakkan mengambil produk haiwan terutama hati dalam pemakanan

  Bagi wanita hamil, saya mencadangkan mengelakkan dari mengambil hati haiwan seperti hati lembu dan hati ayam dalam menu makanan.   Ini kerana terdapat banyak dos vitamin A di dalamnya. Dos vitamin A yang berlebihan akan menggangu perkembangan bayi dalam rahem.   Perkataan vitamin A merujuk kepada dua jenis nutrien iaitu retinol (atau juga dipanggil retinoids), dan provitamin A carotenoid.   Retinol (atau retinoid) terdapat dalam menu yang berasakan haiwan seperti telur , susu, dan hati. Ia boleh digunakan secara langsung oleh tubuh.   Sementara carotenoid pula banyak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia harus ditukar dahulu kepada vitamin A …

Read More »

Benarkah bayi sedawa dalam rahem?

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya hamil bayi pertama. Baru-baru ini saya telah berjumpa doctor dan telah menjalani pemeriksaan ultrasound. Kami diberitahu bahawa anak kami sihat dan telah mengalami “hiccup” walaupun masih berada dalam rahem. Saya agak pelik dengan kenyataan doctor itu tetapi saya tidak mendapat penjelasan yang baik dari doctor tersebut.   Benarkan bayi dalam rahem boleh “hiccup” atau sedawa?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bayi sememangnya boleh sedawa dalam rahem, tetapi sedawa bayi tidaklah seperti sedawa orang dewasa.   Apabila bayi semakin matang di dalam rahem, secara semulajadinya mereka akan mula belajar bernafas bagi memudahkan mereka bernafas dengan …

Read More »

BAYI BERDENGKUR KETIKA TIDUR

“Dr…saya nak btanya.anak saya berusia 4bulan.nafas anak saya selalu berbunyi.mcm ade kahak.tp die xpernah pun selsema atau batuk sblm ni.dan anak saya bdengkur sewaktu tdo..sewaktu cek up di klinik ksihatan. Mereka beritahu mgkin sbb salur pernafasan die masih lg kecik.sbb tu nafas die bbunyi.adakah pkara ini normal Dr?perlukah saya pergi ke Dr pakar utk langkah seterusnya? Trima kasih krana sudi luangkan masa mbaca emel ini. “ WA ALAIKUM MUS SALAM Jawaban yang diberikan  seperti itu adalah tidak benar kerana ramai bayi yang normal dilahirkan tidak mempunyai masalah yang sama seperti anak puan. Ini bermakna, anak puan bukan berada dalam keadaan …

Read More »

Anak muntah selepas diberikan ubat.. Perlukah diberikan semula?

  “Salam doc, anak saya demam. Dia berumur 8 tahun. Saya baru saja memberikan dia makan ubat demam dan antibiotic. Tidak sampai 5 min dia muntah semula. Perlukah saya beri makan semula ubat tadi tu, atau kena tunggu lama sikit baru beri semula, ataupun tak perlu beri kena tunggu next schedule baru makan ubat semula? terima kasih doctor.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai kanak-kanak yang agak sukar mengambil ubat-ubatan terutamanya antibiotic. Ada pula yang muntah setelah diberikan ubat.   Selalunya muntah begini disebabkan lendiran pada tekak dan saluran pernafasan, atau punperut mereka punuh dengan gas (angin)   Jangan …

Read More »

Mahu hamil tetapi saluran fallopian tersumbat

“Akum Dr..sy nk minta pendapat dr.Sya dh 5thun kwin tp xde rezeki lg..thun lps sya opret buang cyst…tp kputusan tiub folopio sy tersumbt..ade x cara ln utk sya mengandung??”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mencadangkan suami puan membuat pemeriksaan air mani dulu. Jika normal, maka boleh lakukan teknik IVF.   Boleh bincang dengan doktor yang merawat puan.   Jika tidak, walaupun telah melakukan teknik IVF, keguguran boleh berlaku.   Wallahu a’lam.   [IKLAN] Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C …

Read More »

Rasa sakit payudara selepas dan sesudah menyusukan bayi

  “Salam. Urat breast belah kanan saya merasa sakit selepas breastfeed anak saya berumur 26hari. Rasa sakit seperti renjatan elektrik pada urat breast kanan. Sakit sangat bila sakit itu datang.  Normal atau tidak? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Merasa sakit pada payudara ketika dan selepas menyusukan bayi adalah perkara yang normal. Ini kerana puting dan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) ditarik ke dalam mulut bayi.   Selalunya selepas satu minit rasa sakit itu menjadi reda.   Jika rasa sakit berterusan ketika menyusukan bayi, saya mencadangkan puan menukar kedudukan kepala bayi puan.   Jika puan merasa sakit …

Read More »

Punca tangan, kaki dan lidah menjadi bengkak dan kebas semasa hamil

 “Assalamualaikum doctor. Saya sedang hamil 38 minggu. Baru-baru ini secara tiba-tiba saya perasan tangan saya mengalami bengkakan (edema) yang mendadak. Saya perasan apabila cincin yang saya pakai menjadi terlalu ketat. Tangan dan kaki saya juga terasa membengkak. Mohon pencerahan. Terima kasih, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Wanita yang hamil, biasa mengalami rasa kebas dan bengkak pada pelbagai bahagian tubuh mereka, terutama pada lengan, tangan, jari tangan, kaki  dan jari kaki, mulut dan lidah.   Rasa kebas dan bengkak seperti ini biasanya disebabkan oleh ‘water retention’ atau pengekalan air dalam tubuh. Oleh itu merasa bengkak dan kebas  dan akan …

Read More »

Dimarahi kerana kehamilan kembar

“Assalamu alaikum dokter, saya baru-baru ini disahkan kehamilan kembar dan usia kehamilan saya ialah 20 minggu. Akibat kesibukan bekerja sebagai operator di sebuah kilang (majikan saya tidak menggalakkan saya kerap keluar dari kilang untuk ke klinik) maka saya terlepas beberapa tarikh pemeriksaan antenatal.   Malangnya saya pula dimarahi oleh jururawat dan bidak di Klinik Ibu dan Anak. Mereka mengatakan bahawa saya menémpah bahaya kerana gagal datang pada tarikh yang ditetapkan.   Adakah “menempah bahaya” disebabkan saya hamil kembar? Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya memahami dan bersimpati dengan masalah. Saya juga tidak bersetuju dengan cara majikan puan …

Read More »

Rahim tidak kuat

  “Assalammualaikum Dokter. Saya ingin bertanya tentang ‘cervical incompetence”. Adakah benar, apabila seorang wanita yang pernah mengalami masalah ini, akan menjalani cerclage pada kehamilan yang berikutnya? Mohon pencerahan. Terima kasih doktor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Seorang wanita yang mempunyai ‘cervical incompetence’ bermakna pangkal rahemnya (cervik) di mana ‘jalan’ di mana bayi dikeluarkan dari rahem, sebelum melalui faraj, mengembang lebih awal sebelum tiba masanya, menyebabkan proses kelahiran pramatang bermula.   Dalam bahasa yang lebih mudah, pangkal rahem menjadi tidak kuat untuk ‘memegang’ bayi dalam rahem, sehingga menyebabkan bayi mudah keluar (lahir), sebelum waktu yang sepatutnya.   Seorang wanita didiagnosakan …

Read More »

Rasa Jantung Berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang …

Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”.   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk …

Read More »

Berapa banyak serat yang anak-anak perlu dalam diet mereka ?

“Doktor, saya berada di UK dan agak sibuk sebagai pelajar PhD. Adakalanya saya tidak sempat memasak untuk anak saya dan membeli makanan bayi yang telah siap diproses dalam tin, kerana ada kalanya anak saya yang berusia 3 tahun ini agak sukar untukdilayan selerenya. Selalunya saya memesan kepada pengasuh anak saya (pelajar yang sedang bercuti) untuk memberikan makanan itu kepada anak saya. Bagaimana saya memastikan anak saya mendapat cukup serat dalam makanan bagi mengelakkan dia mendapat sembelit?. Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Ramai kanak-kanak yang tidak makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, malah mempunyai lemak yang agak tinggi dalam pemakanan mereka. …

Read More »

Memberi susu botol pada bayi sebelum tidur

“Salam doctor. Saya banyak kejadian tersedak susu berlaku di kalangan kanak-kanak dan bayi. Saya ingin bertanya, bahayakah kalau kita membiarkan anak kita minum sendiri dalam botol susu. Kadang kala saya tertidur ketika menemankan anak saya  yang berumur setahun ketika dia menyusu botol sebelum tidur di atas katil. Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Memberi bayi puan susu dalam botol ketika dia berada di dalam katil, telah menjadi amalan ramai ibu dan pengasuh ketika memujuk bayi mereka untuk tidur. Walau bagaimanapun , meninggalkan botol dalam mulut bayi ketika beliau hendak tidur, bukanlah amalan yang baik. Ia boleh menyebabkan bayi puan mengalami …

Read More »

Bayi baru lahir Susu ibu tidak cukup

“Assalam mu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak beberapa minggu yang lepas. Saya tinggal di perantauan di KL bersama suami. Ibubapa saya berada di Sabah. Saya terpaksa menguruskan diri dan anak sendirian tanpa pengetahuan. Saya mendapati anak saya tidak mahu menyusu dengan baik. Dia menysusu sebentar dan mudah kenyang. Berat badan pun semakin menyusut. Banyak nasihat yang saya dengar. Adakah saya sudah tidak mempunyai susu yang cukup. Mohon nasihat doctor” Wa alaikum mus salam. Ramai dari ibubapa yang sering keliru apabila menerima nasihat yang salah dari teman-teman mengenai perkembangan anak mereka. Nasihat yang diberikan bukanlah atas fakta yang betul, tetapi …

Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. …

Read More »

Bolehkah mandikan bayi saya pada waktu malam?

“Salam, doktor. Saya seorang peniaga di kantin sekolah. Saya sangat sibuk di siang hari. Bolehkah saya memandikan bayi saya berumur empat bulan pada waktu malam. Saya bimbang kesan pada paru-parunya.” Wa alaikum mus salam. Memandikan anak pada waktu malam tidak berbahaya atau mendapatkan penyakit pada bayi jika dilakukan dengan betul. Ia tidak memudaratkan. Secara umumnya, ia adalah selamat untuk memandikan bayi pada bila-bila masa, asalkan ia tidak mengganggu tidur dan jadual makan dan tidak menyebabkan bayi berasa sejuk. Puan boleh menggunakan air yang suam dan kemudian segera mengelap kering bayi puan. Walau bagaimana pun, cara yang terbaik ialah dengan menetapkan …

Read More »

Bayi hanya berak sebulan sekali

“Salam doctor. Anak saya berumur dua tahun mengalami sembelit yang teruk sejak dilahirkan. Dia hanya sembuang air besar hanya sebulan sekali, sehinggakan perutnya kembung dan tiada selera makan. Adakah ia normal. Mohon pencerahan.” Wa alaikum mus salam. Bayi dan kanak-kanak sesekali yang mengalami sembelit adalah normal. Sembelit disebabkan oleh pergerakan usus tidak normal dan berlaku secara perlahan. Ini menyebabkan hasil perkumuhan (najis) tidak dapat ditolak ke bahagian rectum dengan cepat dan najis menjadi lebih keras. Bayi dan kanak-kanak yang mengalami sembelit akan meneran kerana najis mereka keras dan sukar dikeluarkan. Oleh itu bayi yang tidak meneran walaupun mereka hanya membuang …

Read More »

Adakah bayi montel adalah bayi yang sihat ?

“Assalamu alaikum doctor. Saya ingin bertanya tentang anak saya. Anak saya berumur dua tahun tetapi berat beliau 20kg. Adakah anak saya obese dan perlukah saya berikan ubat diet untuk beliau?” Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang percaya bahawa bayi yang montel adalah bayi yang sihat. Penambahan berat badan bayi secara berterusan, dan menandakan bayi itu mempunyai selera makan yang baik. Hanya bayi yang sihat saja mempunyai selera makan yang baik. Bagi mendapat anak yang “sihat”, ramai ibubapa yang memberikan makanan  bayi mereka dengan makanan yang mempunyai banyak lemak dan kalori minyak sapi, mentega dan gula. Ini adalah konsep yang …

Read More »

Sukar Meninggalkan Bayi Walaupun mahu ke Bilik Air

“Assalamu alaikum. Saya adalah seorang ibu muda berusia 21 tahun dan mempunyai anak sulong berusia setahun dan sudah boleh berjalan. Saya tidak bekerja dan tiada pembantu. Saya tinggal bersendirian. Adakalanya saya amat bimbang hendak meninggalkan anak saya, sama ada untuk buang air, mandi atau memasak. Hanya hanya melakukan perkara-perkara tersebut apabila anak saya telah tidur. Doktor, adakah selamat untuk saya meninggalkan bayi saya tanpa pengawasan semasa saya mandi lima minit? Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Saya memahami situasi puan yang terpaksa menjaga anak dan menguruskan rumah tanpa pembantu. Saya percaya ia sangat sukar untuk menguruskan anak …

Read More »

Membawa Anak dalam Kereta

    “Assalamu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Saya dan suami tinggal berjauhan. Dia tinggal di Melaka dan saya tinggal di KL. Kami ada anak berumur 2 tahun. Jika saya ingin memandu berjumpa dengan suami dan membawa anak saya, bolehkan saya letakkan dia di tempat duduk di sebelah saya. Untuk pengetahuan doctor, kereta saya mempunyai system air-bag. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan puan yang terpaksa melakukan pemanduan yang jauh bersama anak.   Sistem beg udara dalam kereta boleh menyelamatkan nyawa penumpang yang berada di sebelah pemandu, tetapi ia sangat bahaya kepada bayi jika diletakkan …

Read More »

BOLEHKAH BAYI GUNAKAN BEDAK?

“Assalamu alaikum doctor. Saya menggunakan bedak untuk bayi saya selepas mandi. Adakah ia boleh menyebabkan asthma pada bayi saya?” Wa alaikum mus salam. Bedak serbuk atau bedak talkum yang digunakan untuk disapukan pada badan bayi adalah selamat, selagi puan menggunakannya dengan berhati-hati. Pastikan serbuk bedak tidak memasuki hidung anak puan. Jika tidak, ia boleh menyumbat pundi udara halus di paru-parunya dan menyebabkan alahan dan asthma. Jarang sekali serbuk bedak ini menyebabkan kesukaran  bernafas dan meninggal dunia. Ia hanya berlaku apabila bayi tersebut bermain dengan bedak itu sehingga muka mereka diliputi dalam serbuk bedak. Ada yang mendakwa serbuk bedak boleh boleh …

Read More »

Sudah Setahun Tapi Belum Tumbuh Gigi

“Assalamu alaikum doktor, anak saya hamper berusia setahun, tetapi belum tumbuh gigi lagi. Adakah ia normal? Mohon pencerahan?” Walaikum mus salam. Selalunya gigi susu tumbuh pada usia 6 bulan, dimulai dengan siri gigi bawah pada usia 6-10 bulan diikuti dengan siri gigi atas pada usia 8-12 bulan. Namun jangan risau kerana setiap kanak-kanak mempunyai pertumbuhan gigi yang berbeza. Malah ada yang lambat tumbuh gigi, sehingga berusia satu tahun baru tumbuh. Pertumbuhan gigi ini selalunya disebabkan oleh tulang rahang atau gusi yang tebal. Tetapi jika gigi susu masih tidak tumbuh selepas anak berusia 18 bulan, puan perlu membawa anak puan untuk …

Read More »

Apakah Penyusuan Ibu boleh Dilanjutkan?

“Asalamualaikum doktor. Anak saya sudah 2 tahun 4 bulan dan masih menyusu badan. Kalau anak bersama saya dia tak mahu susu botol. Adakah dibenarkn dalam islam doctor? Bukankah digalakkan sehingga berumur dua tahun saja?” Wa alaikum mus salam. Menurut kaedah Islam, tidak ada masalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dengan persetujuan suami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain. Dalam al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 233: وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ Maksudnya: “Dan para ibu itu …

Read More »

Batuk ketika hamil

“Salam 1Malaysia doctor, saya ingin bertanya, saya mengalami batuk yang lama, lebih kurang sebulan. Minggu lalu batuk saya telah reda dan kemudian ia berulang, terutama pada waktu malam. Sekarang ini saya hamil 35 minggu, dan telah melakukan pemeriksaan kahak dan doctor mengesahkan kahak saya tiada kuman. Tiga minggu yang lalu, doctor telah memberikan saya ubat batuk dan antibiotik. Saya bercadang ini menggunakan gula-gula untuk merawat batuk saya tetapi mengandungi AMBROXOL HYDROCHLORIDE. Mohon penjelasan dan nasihat. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Bagi ibu yang hamil yang mengalami batuk, saya selalu mencadangkan agar minum air secukupnya, lebih baik dari mengambil mana-mana …

Read More »
error: Content is protected !!