Bagi wanita hamil, saya mencadangkan mengelakkan dari mengambil hati haiwan seperti hati lembu dan hati ayam dalam menu makanan.
Ini kerana terdapat banyak dos vitamin A di dalamnya. Dos vitamin A yang berlebihan akan menggangu perkembangan bayi dalam rahem.
Perkataan vitamin A merujuk kepada dua jenis nutrien iaitu retinol (atau juga dipanggil retinoids), dan provitamin A carotenoid.
Retinol (atau retinoid) terdapat dalam menu yang berasakan haiwan seperti telur , susu, dan hati. Ia boleh digunakan secara langsung oleh tubuh.
Sementara carotenoid pula banyak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia harus ditukar dahulu kepada vitamin A oleh tubuh sebelum dapat digunakan.
Bagi wanita hamil, keperluan vitamin A yang disyorkan ialah 750 mg (2,500 IU ) dalam sehari.
Seorang wanita yang hamil tidak perlu mengambil jumlah vitamin A yang disyorkan setiap hari. Ia hanyalah jumlah purata yang boleh diambil untuk beberapa hari atau dalam seminggu. Ini kerana vitamin A adalah vitamin yang tidak larut air dan akan kekal dalam tubuh untuk beberapa hari.
Oleh kerana menu pemakanan kita banyak terdapat daging merah, tenusu, ikan, dan telur, juga sayur-sayuran yang mempunyai banyak vitamin A, maka wanita yang hamil harus berhati-hati supaya tidak mengambil terlalu banyak vitamin A.
Pengambilan vitamin A yang banyak dari sumber produk haiwan, boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam rahem.
Namun harus difahami, vitamin A yang berbentuk carotenoids pada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh diambil sebanyak mana yang disukai kerana sifatnya tidak bertindak terus kepada tubuh.
Pengambilan vitamin A sebanyak 10,000 IU adalah pengambilan vitamin A yang maksima dibenarkan.
Oleh itu saya menasihatkan ibu yang hamil agar berhati-hati apabila mengambil suplemen vitamin tambahan, apabila telah mengambil menu prosuk haiwan dalam makanan. Pastikan dos yang diambil tidak berlebihan.
Wallahua ‘lam.