“ Saya sudah mendirikan rumahtangga selama 8 bulan. Baru-baru ini saya disahkan mengidap policycstic ovarian disease pd kedua-dua belah ovary. Bolehkah saya dirawat?” Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah penyakit hormon melibat sistem reproduktif wanita, kerap berlaku di kalangan wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka. Punca sebenarnya PCOS masih lagi tidak jelas, namun ramai pakar perubatan memberitahu bahawa penyakit PCOS ini berkaitan dengan penyakit keturunan yang bermula dari masalah genetic. (x-linked dominant). (Lihat: Clinical gynecologic endocrinology and infertility Speroff L, Fritz MA. 7th ed. Philadelphia: Lippincott Williams and Wilkins; 2004. pp. 470–83). Bagaimana diagnose PCOS diberikan …
Read More »Bacaan hormon hCG ketika hamil
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada sikit pertanyaan..saya ada endometrosis stage 4 dan saya sedang buat treatment ivf utk kali 4. Semlm merupakan hari ke 10 ivf..saya ambil hgc..resultnya 11.3. Saya diminta utk ambil sekali hgc pd hari isnin. Soalan saya apakah bacaan yg sepatutnya utk mengesahkan sesorg itu hamil bagi kami yg buat ivf. Harap doc sudi menjawab. Trima kasih. Perkataan hCG adalah singkatan bagi “Human Chorionic Gonadotropin” dan merupakan hormone yang menandakan seorang wanita itu hamil. Ia dikeluarkan oleh placenta (uri) setelah seminggu setelah janin ditanam ke dalam lapisan endometrium setelah seminggu berlaku proses persenyawaan. Tahap hormone hCG akan …
Read More »Demam Campak boleh berulang?
Sebelum ini ramai doktor dan ibubapa yang menganggap bahawa jangkitan virus varicella yang menyebabkan penyakit chickenpox hanya akan berlaku sekali seumur hidup. Jika seorang kanak-kanak telah dijangkitan virus ini semasa kanak-kanak, bermakna beliau telah mempunyai daya tahan penyakit yang mampu mengelakkan jangkitan virus yang sama untuk kali kedua. Namun baru-baru ini, banyak kes di mana kanak-kanak dijangkiti oleh penyakit chickenpox beberapa kali. Adakah ini bermakna tanggapan para doctor selama ini bahawa jangkitan chickenpox hanya berlaku sekali saja seumur hidup tidak boleh digunakan lagi? “Salam doktor. Saya ingin bertanya, kenapa demam campak boleh berulang-ulang? Anak saya berumur 3 tahun dan …
Read More »Berwaspada Memberikan Ubat pada Bayi Anda
Seorang ibu bertanya di kaunter farmasi. ”Mana ubat batuk anak saya? Antibiotik? Macam mana nak baik kalau tak bagi ubat. Doktor jenis apa ni.. tak bagus!!” Pegawai farmasi yang bertugas terus menelefon saya. Menceritakan kejadian itu setelah wanita itu pulang dengan marah-marah. ”Biarlah orang yang kurang cerdik macam dia marah. Mungkin dia menyangka ubat-ubat itu penting untuk anak dia. Pada hal ubat-ubat itu boleh memberikan mudarat pada anak dia yang berumur 6 bulan itu” saya menerangkan hal sebenar. Semenjak saya belajar kaunseling dan psychology, saya mendapati manusia akan meluahkan perasaan mereka berdasarkan satu sistem kepercayaan yang mereka pegang. Jika mereka …
Read More »Hindari Alahan Protein Susu
Ramai ibu yang bekerja mengalami dilemma memberikan anak mereka susu formula atau susu tepung berasaskan susu lembu. Sebaik saja tamat cuti bersalin, mereka mencari-cari susu yang terbaik untuk anak-anak mereka. “Susu yang mahal tidak semestinya susu yang terbaik..” jelas saya kepada seorang ibu. Dia kelihatan keliru dengan penjelasan saya. “Susu ibu adalah susu yang paling murah dan susu yang paling baik” Kanak-kanak terutama yang berusia satu tahun ke bawah amat memerlukan susu sebagai diet utama mereka, bagi membantu menyokong perkembangan fizikal dan mental terutama otak mereka sebelum meningkat dewasa. Ia seperti menyiapkan pembentukan hardware bagi sebuah computer bagi memastikan semua …
Read More »Berkhatan secara SMART KLAMP
Berkhatan menggunakan teknik Smartklamp adalah satu inovasi baru dunia perubatan bagi memudahkan prosedur berkhatan yang diamalkan oleh seluruh umat Islam, Yahudi dan Orthodox Kritian. Semenjak ia diperkenalkan di pameran perubatan di Dusseldorf, German,pada tahun 2001, alat ini telah digunakan oleh jutaan kanak-kanak dan oraang dewasa di Eropah, Amerika Syarikatdan Asia Tenggara, termasuk Malaysia kerana alat sangat mudah digunakan. Dengan menggunakan smartclamp, pendarahan yang banyak dapat dihindarkan ketika prosedur berkhatan dan tidak memerlukan sebarang jahitan . Ia sangat mudah dan cepat antara 10-15 minit sahaja . Oleh itu menjadi alternative terbaik bagi kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami penyakit Diabetes, Hemofilia, …
Read More »Pemakanan untuk Chicken Pox
“Doktor, saya ingin bertanya anak saya mengalami Chicken Pox sudah beberapa hari. Ibu saya menasihatkan agar menghindarkan kicap, telur, ayam dan pelbagai lagi agar ia mudah sembuh. Adakah boleh saya mengikuti nasihat ibu saya”. Chicken Pox atau dikenali sebagai penyakit cacar air (kerana ia menyebabkan gelembung air pada kulit) merupakan penyakit kanak-kanak yang disebabkan oleh virus varicella. Ia akan menyebabkan ruam pada badan, kulit akan menjadi seperti melepuh dan kemerah-merahan. Selepas beberapa hari, ruam mula kering dan mengeras. Pada tahap ini, ia mungkin akan menyebabkan kegatalan. Ruam akibat cacar air ini boleh berlaku pada mana-mana anggota badan, …
Read More »Wanita Gemuk Sukar Hamil
“Saya mendirikan rumah tangga empat tahun lalu. Sehingga kini saya belum ada zuriat. Bentuk fizikal saya besar, tetapi suami normal. Saya membuat pemeriksaan dengan klinik kesihatan dan doktor mengesahkan saya normal. Cuma haid saya tidak teratur. Adakah teknik hubungan kelamin saya tidak betul? Apa patut saya lakukan doktor?” Saya amat memahami permasalahan yang sedang dialami oleh puan. Memang agak tepat apa yang puan sangkakan. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengalami ketidaksuburan. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih oleh folikel yang matang atau dalam kenyataan biasa adalah tidak bertelur. Dalam bidang perubatan, keadaan ini …
Read More »Penurunan hormone Testosterone
Andropaus disebabkan kejatuhan hormon lelaki, testosterone dalam tubuh. Ia selalunya berlaku pada lelaki yang berusia 40 tahun ke atas, namun boleh berlaku pada lelaki berusia lebih muda, Penurunan paras testosteron bukan saja menyebabkan penurunan nafsu syahwat semata-mata, tetapi juga mempengaruhi fisiologi tubuh dalam membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat, membentuk sel darah merah dan mengekalkan keseimbangan mental. Ia turut membantu memperkukuhkan memori serta aspek tumpuan. Kadar penurunan paras testosteron sangat cepat dan bermula apabila seorang lelaki mencecah usia 30. Ketika itu tahap penurunan testosterone telah berlaku sebanyak 10% dari tahap hormone yang sedia ada. Dalam …
Read More »Tongkat Ali Herba Lelaki Melayu
Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumia dalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah,hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi. Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat. Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak(penggalak seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap,disentri, bengkak, …
Read More »Madu untuk Bayi ?
Salam Dr. Saya nak mintak pendapat doctor dari segi perubatan moden. Bolehkah kita bagi bayi yg baru lahir (bawah 1 tahun) makan madu? Saya cuba mencari jawaban dalam internet, ada yang kata boleh dan ada yang kata memudaratkan. Mintak pendapat doctor. Terima kasih doctor. Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya menerima banayk pertanyaan yang sama mengenai sama ada madu boleh diberikan kepada bayi yang berumur satu tahun ke bawah. Seperti yang mana kita ketahui bahawa terdapat banyak kebaikan dalam madu. Madu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengekalkan kulit yang lembut. Ia …
Read More »Lama tidak datang haid
As salam mu alaikum Dr Zubaidi. Saya selalu baca penulisan Dr tentng kehamilan dan saya ingin bertanya. Saya mengalami haid pada 13.12.12, masalahnya sehingga sekarang haid saya belum dating. Saya selalu sakit perut dan kadang rasa berdenyut, kadang di sebelah kiri, kadang belah kanan. Saya telah melakukan ujian UPT dan negatif. Saya pernah ke klinik, dan saya diberi pil hormone, tetapi masih juga belum dating haid. Saya risau kalau ada pnyakit lain yg saya tak tahu dan akan terlambat. Doktor pernah membuat pemeriksaan ultrasound dan mengatakan bahawa rahim saya elok n cantik. Mohon nasihat. Dr Zubaidi Hj Ahmad …
Read More »Merawat Jerawat dengan Pil Perancang
“Sebagai seorang gadis yang mengalami masalah jerawat, saya telah diberitahu oleh seorang kawan agar mengamalkan pil perancang. Persoalannya, saya belum berkahwin dan saya risau jika pil perancang akan menyebabkan saya mandul nanti. Apakah nasihat doktor?”. JAWAPAN Masalah jerawat disebabkan oleh pengeluaran sebum daripada kelenjar di kulit muka dan tubuh badan kita. Sebum ini akan menyekat liang roma. Liang roma yang tersumbat amat senang untuk dijangkiti bakteria. Ini menyebabkan proses keradangan dan seterusnya menjadi jerawat. Pil perancang memang boleh membantu kerana pil ini akan mengurangkan penghasilan sebum. Pada masa sama, para doktor sering menyarankan agar pesakit menjaga …
Read More »Pendarahan haid yang banyak
SAYA amat risau kerana selepas melahirkan anak bongsu pada dua tahun lalu, haid saya semakin banyak dan berketul-ketul. Adakah ini bererti saya mengalami penyakit barah rahim? Dr Zubaidi: saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Masalah haid yang berpanjangan atau berlanjutan memang membimbangkan wanita Islam apabila tidak dapat bersolat dengan sempurna. Darah yang keluar melebihi tempuh 15 hari, dinamakan sebagai darah istihadah di mana puan harus soalat dan berpuasa, jika berada di bulan Ramadhan. Saya menasihatkan puan agar berjumpa dengan doctor untuk melakukan pemeriksaan. Keadaan puan dinamakan menoragia dan terdapat pelbagai punca. Di hospital selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan …
Read More »Kehamilan setelah Pembedahan Buang Ovari
As salam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya, semasa saya hamil anak sulung saya disahkan menghidap penyakit ovarian cyst bersaiz 10×20 cm pada usia kehamilan 32 minggu. Kini ovari kanan keseluruhannya telah dibuang semasa pembedahan mengeluarkan bayi sulung saya. Selepas itu saya masih gagal hamil untuk anak kedua? Apakah saya sukar untuk hamil kerana mempunyai hanya satu ovari sahaja. Terima kasih. Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Semoga kesabaran yang puan tunjukkan akan diberikan ALLAH ganjaran yang terbaik. Pembedahan yang puan lakukan ialah pembedahan yang dinamakan ‘unilateral oophorectomy’ (membuang ovari) semasa pembedahan Cesarean untuk mengeluarkan anak …
Read More »Pendarahan selepas Pap smear
As salam Dr…saya telah berusia 37 tahun telah berkahwin selama 15 tahun. Saya telah pergi ke hospital dan telah membuat pap smear dan semasa prosedur tu terdapat darah dan luka di ‘os ‘apabila pap smear dilakukan dan dr telah melakukan ‘burn’di kawasan luka tersebut dan berhenti sekejap pendarahan itu.dan terus sambung kerja pada hari yang sama.malam itu pula terjadi pendarahan sehingga la sekarang apa tandatu dr …adakah kanser takut la saya ..tolong saya dr…Minta dijauhkan nauzubillah.. Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Namun janganlah terlalu memikirkan perkara yang belum berlaku kerana ia belum ditakdirkan. Ia akan menyebabkan puan berasa …
Read More »Anak Kecil Demam Berpanjangan
As salam mu alaikum. Doktor anak saya berumur 3 tahun. Pada awal tahun ini anak saya demam selama sebulan. Namun beliau demam pada waktu tertentu saja, sekejap demam sekejap ok. Selepas sebulan anak saya sihat, namun pada bulan berikutnya beliay demam kembali terutama waktu petang hingga malam. Saya ada berjumpa dengan doktor pakar namun beliau mengatakan anak saya sebagai demam biasa saja. Saya amat risau. Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Demam di kalangan kanak-kanak adalah suatu perkara yang membimbangkan. Namun suatu perkara yang menjadi tanda Tanya ialah berapa tinggi demam anak puan? Mungkin puan berasa anak …
Read More »Kesan Ketoconazole pada Wanita Hamil dan Menyusukan Anak
As salam mu alaikum doktor, saya mengalami penyakit gatal dan telah mendapatkan rawatan dari doktor. Saya diberi ubat fungazol (ketoconazole 200mg).Masalahnya saya tidak sedar yang saya telah hamil 7 miggu kerana sering mengalami period yang tidak teratur. Adakah pengambilan ubat ini memberi kesan kepada kandungan saya. Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Namun apa yang telah berlaku (puan mengambil ubat ketoconazole) tanpa menyedarinya adalah suatu takdir, yang tidak dapat puan lakukan apa-apa lagi. Cuma saya mengharapkan puan banyak berdoa agar ia tidak memeberikan apa-apa kemudaratan pada anak yang puan hamilkan. Ketoconazole sebenarnya dikategorikan dalam …
Read More »Pendarahan di awal kehamilan dan Keguguran
As salam dr…. sy ada sedikit masalah. bln ini sy lewat haid seminggu dan telah berjumpa doktor skit puan. doktor telah buat utp dan ultrascan. hasilnya utp ade 2 line tp ultrasound msih xnmpk mgkin krn msih awal. esoknye, darah sprt haid keluar pula.. selepas habis haid, sye buat utp dan masih wujud 2 line itu. skrg sye selalu alami sakit ngilu pada rahim bila sye bergerak bnyk n bile angkat brg. boleh doktor bntu sye dlm hal ini? minta tlog sgt ye. terina kasih Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Mengikut kefahaman saya, puan telah disahkan hamil …
Read More »Amalan syirik, khurafat, tahyul dalam perubatan
Soalan: Saya ingin mengutarakan satu soalan di mana soalan ini adalah berkaitan budaya biasa masyarakat setempat. Saya rujuk kepada kaedah perubatan di mana insan itu apabila diduga oleh Allah SWT dengan kesakitan, amalan masyarakat setempat adalah di antara hukum syirik, khurafat, tahayul dan bid’ah. Di antara empat perkara ini, ada atau tidak ruang yang boleh membawa kepada niat doa dan usaha serta ikhtiar manusia. Mohon penjelasan ustaz. Jawapan: Berkenaan dengan sikap masyarakat setempat yang seringkali mengamalkan kaedah rawatan yang dirujuk sebagai rawatan alternatif; seperti bertemu dengan bomoh, dukun, dan terlibat dengan perkara-perkara syirik, khurafat, tahyul, sihir, dan …
Read More »Benjolan di Payudara Bayi
Assalam mu alaikum. Doktor, anak saya baru berusia 7 bulan dan saya baru perasan dalam 2 hari lepas. terdapat benjolan di puting payudara sebelah kiri anak saya. Adakah keadaan ini normal atau membahayakan. terima kasih Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Ia adalah sesuatu yang normal bagi sesetengah bayi sama ada lelaki atau perempuan mengalami bengkakan atau benjolan pada putting atau tisu di bawah puting mereka. Bengkakan atau benjolan ini tidak bahaya kerana ia terbentuk apabila bayi itu terdedah kepada hormone ibu mereka ketika berada dalam rahem. Hormon yang menyebabkan payudara seorang ibu mengalami bengkakan untuk membekalkan …
Read More »Hukum Menghisap Shisha adalah Haram
Oleh : Mufti Brunei Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda. Penggunaan shisha semakin diminati oleh sebahagian masyarakat kita. Menurut satu catatan sejarah, alat shisha ini telah dicipta di India oleh seorang doktor sebagai satu cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau. Menurut doktor tersebut, asap tembakau yang disedut itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui satu bekas air agar ia tidak mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramailah orang percaya bahawa ia selamat digunakan berbanding dengan menghisap rokok. Kepercayaan lama ini …
Read More »Hamilkah saya bila ‘Ultrasound Kosong’ ?
Assalam mu alaikum Dr Zubaidi Ahmad, saya ingin bertanya mengenai masalah saya. Saya mengalami rasa sakit di bahagian ari-ari seperti kedatangan haid, pada hal haid saya lambat lagi. Ini menyebabkan saya tidak selesa untuk meneruskan kerja untuk beberapa hari. Saya telah berkahwin pada pertengahan tahun lepas dan mengalami keguguran dua bulan selepas itu. Kitaran haid saya normal. Buat masa ini sayamengamalkan acid folic dan habatuus saud. Untuk pengetahuan doktor, saya setiap kali kedatangan haid, saya akan mengalami masalah senggut yang agak teruk. Doktor pakar yang memeriksa saya mengatakan saya normal. Pada akhir tahun lepas saya mengalami …
Read More »Lapisan Endometrium dalam Rahem Menebal
As salam mu alaikum doktor, saya baru melakukan proses D&C yang pertama pada 19/1/13 ketika usia kandungan 10 minggu. Namun begitu setelah 2 minggu darah masih keluar dan doctor telah melakukan D&C untuk kali ke 2 kerana doktor beritahu ada darah beku tidak keluar. Seminggu selepas itu saya datang untuk melakukan pemeriksaan ultrasound tapi doktor memberitahu bahawa rahem saya masih tebal. Apakah risiko yang akan saya hadapi dan bagaimana cara utk pulihkan rahim? Wa alaikum mus salam.. Saya tertanya-tanya berapa ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang puan maksudkan. Ini kerana ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang normal …
Read More »Merokok Jejas Kualiti Sperma
SAYA dan isteri berusia 27 tahun dan kami berkahwin hampir dua tahun. Sehingga kini isteri belum hamil. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan. Bolehkah masalah saya diubati kerana kami mahu cahaya mata dan latar belakang keluarga tiada masalah. Saya pernah kemalangan pada 2007 yang mengakibatkan tulang belakang terakhir di bahagian punggung mengalami keretakan. Saya juga kuat merokok sekitar 20 batang sehari. Kerja seharian saya banyak dihabiskan di dalam kereta dan pejabat dan saya juga selalu tidur …
Read More »APAKAH PUNCA DEMAM?
”Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya pendapat doctor. Pada masa saya berumur 14 tahun saya ada masalah kesihatn,saya selalu muntah darah, (sikit saja dalam setengah cawan sekali muntah), doktor kata saya ada masalah saluran darah yang lemah pada hati. Pemeriksaan OGDS telah dilakukan doctor kata tiada masalah. Sekarang saya berumur 24 tahun dan selalu mengalami demam. Adakah disebabkan pengambilan ubat-ubat yang saya ambil sebelum ini?“ Wa alaikum mus salam. Saya telah membaca email saudari dan mendapat sedikit gambaran mengenai yang berlaku pada saudari. Saya berdoa agar ALLAH permudahkan saudari berusaha mendapat kesembuhan. Terlalu banyak sebab-sebab terjadinya demam. Malah demam sendiri …
Read More »Keguguran dan Kitaran Haid Tidak Teratur
As salam mu alaikum doctor, saya berumur 28 tahun, berat 45kg,tinggi 150cm. Saya baru lepas keguguran pada bulan December 2012. Bila discan jantung bayi tidak dapat dikesan, dan tidak membesar. Doktor beritahu bayi saya telah meninggal dunia dalam rahem. Ketika itu usia kehamilan baru 13 mnggu dan saya dinasihatkan supaya melakukan prosedur D&C. saya keliru mengapa boleh terjadi sebegitu. Sekarang saya ingin merancang kehamilan semula, tetapi saya tidak pasti kitaran haid saya selepas keguguran. Bagaimana mahu tahu hari subur saya. Terima kasih. Dr Zubaidi Hj Ahmad: WA ALAIKUM MUS SALAM.. Saya telah membaca email puan dan bersimpati dengan masalah yang …
Read More »Peluang hamil selepas Tubectomy
“Assalammualaikum doctor, 6 tahun yang lalu saya telah melahirkan 3 cahaya mata hasil perkongsian saya bersama dengan bekas suami melalui pembedahan cesaerean, iaitu pada tahun 2004, 2005 dan 2006. Selepas itu doktor telah mengikat tali rahim (saluran fallopian) saya supaya tidak hamil lagi. Apakah saya mempunyai harapan untuk hamil semula? Ini kerana umur saya masih muda dalam lingkungan 30. Saya berhasrat untuk hamil dua orang cahaya mata lagi untuk bakal suami baru saya, biarpun saya tahu risikonya tinggi. Terima kasih.” Komplikasi Pembedahan Cesarean Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya telah membaca email puan dan bersimpati dengan masalah …
Read More »Ubat Zyrtec dan Kehamilan
“Assalamu alaikum doktor. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya sedang hamil 20 minggu dan mengalami selsema yg teruk. Bolehkah saya ambil zyrtex (clarityne) dan berapa dos yang sesuai?” Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya dan saya berpendapat eloklah penerangan saya dikongsikan agar dapat dimanfatakan oleh ramai wanita-wanita hamil yang mengalami masalah yang sama. Zyrtec® (cetirizine hydrochloride) adalah ubat antihistamine yang biasa digunakan dan telah disahkan berkesan untuk merawat masalah alahan termasuk selsema. Ia dijual di farmasi tanpa preskripsi doctor. Saya selalu dikunjungi oleh wanita hamil yang mengalami masalah alahan dan selsema. Wanita yang hamil lebih …
Read More »Masalah Keputihan : Normal atau Tidak ?
Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita. Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (veneral disease) seperti Syphils dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan, terutama kanser servik. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.Peranan lendir di dalam faraj. Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Di sebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa …
Read More »BENGKAKAN PAYUDARA KETIKA HAMIL
“Assalam mu alaikum doktor. Saya mempunyai masalah ketulan di sebelah kiri paydara saya.Untuk pengetahuan doctor saya menyusukan bayi saya sepenuhnya. Pada mulanya saya ingat bengkak susu tetapi seminggu kemudian masih ada ketulan tu. Saya telah pergi ke klinik swasta dan diberi surat untuk dirujukkan ke doctor pakar. Saya telah pergi mendapat tarikh temujanji di hospital kerajaan pada 14hb Feb nanti nanti. Saya sangat risau dan tidak tahu apa harus saya lakukan. Saya mohon pendapat doctor. Jasa baik doctor amatlah dihargai. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Saya berdoa agar puan diberikan ketabahan menghadapi …
Read More »Bagaimana berlaku Alahan atau Allergy?
Allergic Hypersensitivity secara mudah diterangkan sebagai ‘tindakbalas daya tahan(immune reaction) yang memudaratkan terhadap protein pada allergen (penyebab alahan) dalam persekitaran kita, yang biasanya tidak memberikan mudaratan kepada orang biasa yang tidak mempunyai alahan. “Maknanya orang yang alergik ini mempunyai daya tahan atau antibody yang lemah kah?” Sebenarnya orang yang alergik akan mempunyai daya tahan yang sensitif. Maknanya jika pada orang biasa, ‘sepuluh kekuatan’ allergen akan menyebabkan tindakbalas alahan(alergik), tetapi bagi orang yang alergik, hanya ‘satu kekuatan alergen’ boleh menyebabkan tindak balas alahan ini. Sebab itu bagi orang biasa, keadaan berhabuk dan makan makanan laut tidak memudaratkan mereka, tetapi bagi orang …
Read More »MENGENAL TANDA MASALAH AUTISM
Saya pernah mendapat email dari seorang bapa yang keliru dengan keadaan anaknya. Anaknya memasuki usia 2 tahun, namun belum dapat bertutur/bercakap dengan baik seperti kanak-kanak seusianya. Jika berada dalam suasana orang ramai anak beliau tidak begitu mesra dan lebih suka bermain sendirian. Beliau tidak pasti sama ada anak beliau mengalami masalah autism dan mahukan kepastian. Saya bersimpati dengan masalah yang beliau hadapi. Saya kagum dengan kesabaran beliau menghadapi ujian yang ALLAH berikan ini. Semua ujian yang diberikan adalah sebagai ujian keimanan kita, siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya. Agak terlalu sukar untuk mendiagnosa kanak-kanak yang berumur tiga tahun …
Read More »Kurangkan penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak
Saya sering mendapat bantahan ibubapa yang membawa anak yang demam dan selsema apabila saya tidak memberikan ubat antibiotik. Mereka bersungguh-sungguh mahukan antibiotik kerana percaya kata-kata rakan-rakan bahawa “demam dan selsema tidak akan sembuh tanpa antibiotik”. Padahal penggunaan antibiotik haruslah dikurangkan kerana kebanyakan batuk dan selsema disebabkan oleh virus, bukannya bakteria. Saya sangat mengharapkan agar penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak semakin berkurangan seperti berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat, bilangan preskripsi untuk menggunakan antibiotik yang dikeluarkan untuk merawat bayi dan kanak-kanak semakin berkurangan, sebanyak 14% pada tahun 2010berbanding dengan tahun 2002 . Walau bagaimana pun …
Read More »PUNCA SAKIT BELAKANG SEMASA HAID
As salam mu alaikum.. saya seorang gadis berumur 25 tahun dan belum berkahwin. Saya kurang pasti kenapa haid saya datang lambat, biasanya haid saya datang pada awal setiap bulan tapi semenjak 2 bulan lepas haid saya jadi lambat sehingga akhir bulan baru datang dan bulan lepas haid saya masih tidak datang sehingga sekarang. Saya kurang pasti samada ia disebabkan stress atau ada tanda pnyakit lain.Selain itu juga saya akan sakit belakang dan pinggang, terutama ketika bangun tidur dan jika terlalu lama duduk. Adakah masalah haid saya berkait dengan sakit di bahagian belakang dan pinggang. Adakah masalah haid saya ini serius …
Read More »Pembatalan Notifikasi Produk Kosmetik atas Isu CampurPalsu
Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius. Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran. Tahun 2012 Bil Nama produk No. notifikasi (NOT) Bahan kimia yang dikesan 1 Daily Protecting Cream – Joie et Beaute NOT100778850K / NOT100602230K …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
