Mata Bayi Kerap Berair

  ‘Salam doktor,  saya ada bayi  berumur 3 bulan, Masalahnya dia mengalami  mata sebelah kanan yang sentiasa  berair. Saya sudah berjumpa dengan doktor tetapi  dia memberikan  ubat mata saja, tetapi  sampai sekarang pun lagi mata dia masih  berair. Ada cara lain untuk menguraangkan mata berair mata bayi saya? “ Dr Zubaidi Hj Ahmad Wa alaikum mus salam. Anak puan mengalami satu masalah salur air mata yang tersumbat, yang dikenali sebagai “blocked nasolacrimal duct”. Terdapat salur-salur halus di bahagian tepi mata, yang menyalurkan air mata ke dalam rongga hidung. Kadangkala, salur-salur ini tidak terbuka sepenuhnya, atau tersumbat, terutama di kalangan bayi baru …

Read More »

Pendarahan selepas haid

“Salam doktor. Saya mengalami pendarahan yang tidak banyak berwarna merah gelap, sebaik saja haid haid tamat selepas dua hari selama beberapa hari. Minggu lepas saya sudah pergi berjumpa doctor dan diberitahu bahawa saya mengalami perubahan hormon. Pemeriksaan UPT negatif, dan pemeriksaan ultrasound tidak menunjukkan saya hamil. Doktor itu memberikan “ubat henti darah”.  Apabila saya makan ubat itu, pendarahan berhenti. Selepas beberapa hari, pendarahan berlaku semula. Adakah saya keguguran?” Wa alaikum mus salam. Puan telah melakukan pemeriksaan UPT dan ultrasound dan menunjukkan bahawa puan tidak hamil. Jadi mustahil berlaku keguguran pada wanita yang tidak hamil. Darah yang keluar sebenarnya adalah darah …

Read More »

Hidup bersederhana tapi ada banyak wang

    Dengan kenaikan harga petrol dan barang makanan yang melonjak, ramai pekerja dalam golongan pertengahan merasa sangat tertekan. Ini kerana peningkatan harga menyebabkan nilai wang yang mereka ada semakin mengecil.     Kalau dulu jika pergi pasaraya Giant, wang sebanyak RM100 boleh penuh troli yang ditolak dengan barang-barang keperluan yang dibeli. Sekarang tidak lagi. Dengan RM100 setengah troli pun tidak dapat dipenuhkan.     Peningkatan harga barang yang mendadak, serta gaji yang tidak pernah dinaikkan setara dengan peningkatan harga barang dan komitmen kepada keluarga semakin bertambah, menyebabkan perbelanjaan kebanyakan kita melebihi pendapatan yang sedia ada.     Di akhir …

Read More »

Lendiran kental dari kemaluan

Salam doctor, Saya telah mengamalkan EKF sejak bulan Januari 2013, dan menunjukkan perubahan positif. Kitaran haid saya lebih baik dan teratur.  Saya mempunyai satu pertanyaan. Kali terakhir saya mengalami haid pada 15/5/2013. Soalan saya ialah  pada 1 dan 2 Jun saya mendapati ada lendir yang kental dan panjang keluar dari faraj saya bersama dengan sejalur darah warna pink dan kemudiaannya coklat. Ia hanya berlaku selama 2 hari saja. Setelah sebulan berlaku, pada 9.6.2013, perkara yang sama berlaku  semula. Soalan saya adakah keadaan itu merbahaya kepada saya? Saya belum lagi pergi ke klinik untuk pemeriksaan.. Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum …

Read More »

Holoprosencephaly : Sains membuktikan kelahiran dajjal?

    Baru-baru ini saya melihat kelahiran seorang bayi melalui kongsian di facebook. Saya sangat sedih melihat bayi ini masih hidup dan bergerak-gerak di dalam incubator, malangnya bayi ini bermata satu.   Saya memikirkan bagaimana nasib beliau di masa akan datang apabila telah meningkat dewasa, dan lebih malang ada rakan-rakan di facebook yang terlalu dangkal dengan mengaitkan kelahiran bayi yang tidak berdosa ini dengan kelahiran makhluk dajjal.   Pada saya kelahiran bayi ini hanya menunjukkan kekuasaan ALLAH yang boleh mencipta makhluknya dengan pelbagai bentuk kejadian.   Bayi yang tidak bersalah ini tidak seharusnya dikaitkan dengan makhluk dajjal yang dikatakan bermata …

Read More »

Darah Haid, Darah Nifas atau Darah Istihadah Selepas Keguguran

“ Salam Ramadan Dr. 1 ) Saya ada kemusykilan. Saya mengalami keguguran  kali kedua pada tahun ini.  Kedua-dua keguguran saya berusia 5 minggu.  Masa keguguran saya kali ini,  darah saya kering pada 3/08/13 dan kemudian keluar lagi pada 18/08/13 dan berlarutan sehingga sekarang 29/8/13. Adakah  darah kali ini adalah darah haid atau darah nifas?   2) Saya pernah tanyakan kepada 2 org doktor perempuan tentang status darah keguguran saya yang baru berusia 5 minggu, adakah darah itu dianggap nifas atau darah penyakit? Saya masih keliru untuk mengerjakan solat. Saya ada terbaca tentang darah setelah keguguran nie, jika yang keluar itu …

Read More »

Sakit pinggang selepas bius spinal anesthesia

    “Salam doktor. Saya melahirkan nak pada awal Februari lalu secara pembedahan Ceserean kerana extended breech presentation. Saya telah dibius secara spinal. Masalah saya adalah sehingga kini saya masih alami sakit belakang yang agak teruk. Ia menggangu tidur dan saya terpaksa meminta bantuan suami untuk duduk dari posisi baring. Ia berlaku sesekali. Saya harap dapat penjelasan doktor doctor. Terima kasih”   Ramai wanita yang telah melahirkan anak secara ceserean dan diberikan bius spinal, mengadu mengalami masalah yang sama seperti yang dicerita oleh wanita di atas.   Terasa sakit menyucuk-cucuk pada tempat yang disuntik dengan jarum bius spinal, hingga kadang …

Read More »

Adakah Ovarian Cyst Merbahaya?

 “Doktor adakah ovarian cyst merbahaya dan dianggap sebagai kanser?” Kehadiran cyst pada ovari setiap bulan adalah normal bagi semua wanita. Semua wanita yang sihat dan subur akan menghasilkan cyst pada ovary mereka. Ovarian cyst seperti ini disebut ‘functional ovarian cyst.’ Cyst ini mengandungi ovum atau telur/benih perempuan, dan cyst ini akan pecah untuk mengeluarkan ovum itu apabila mencapai saiz lebih kurang 20mm, atau 2cm diameter. Apabila ovum telah keluar dari ovarian cyst yang pecah ini, menyebabkan tiada lagi ovarian cyst. Pada kitaran haid yang berikutnya, ovarian cyst yang baru pula akan muncul, membesar dan mempunyai peranan yang sama . Secara …

Read More »

Demam suatu musibah atau rahmat?

Saya sering didatangi oleh pesakit yang demam. Demam bukanlah suatu penyakit tetapi lebih kepada tanda-tanda kewujudan penyakit dalam tubuh. Sungguhpun ia hanya suatu tanda, tetapi sudah cukup untuk menyebabkan seseorang yang demam merasa menderita akibat rasa tidak sedap badan, kurang berselera makan, sakit kepala dan tubuh dan malah ada yang menggigil. Saya pernah ditanya, “Sebagai seorang doctor Muslim, adakah doctor berpendapat bahawa kita perlu mengambil ubat demam? Bukankah itu kifarah dosa?” “Jadi apa tujuan tuan datang berjumpa saya? Untuk menerima rawatan atau hanya bertanya hukum?” soal saya pula. “Kedua-duanya, doctor..” Saya merasakan ia seolah-olah soalan perangkap. Entah apa tujuannya bertanyakan …

Read More »

Kegatalan pada faraj (Candidiasis) harus segera dirawat kerana boleh menjangkiti suami

  “Doktor saya mengalami kegatalan yang kronik pada alat kelamin saya. Adakah ini jangkitan penyakit kelamin?”   “Sudah berapa lama berlaku dan adakah saudara sudah berkahwin?”   “Sudah doktor. Baru saja. Awal tahun ini kami bernikah.”   “Maaf bertanya. Saya tidak mengenali saudara, jadi jangan marah kalau saya bertanya dan tolong berterus terang. Pernah melakukan hubungan seksual dengan wanita-wanita lain selain isteri saudara?”   “Iskh, doktor ni. Mana saya pernah lakukan semua itu.”   “Saudara marah ke? Kalau marah dan tidak berterus terang, saya tidak boleh bantu..”   “Saya tidak marah tapi terkejut. Saya juga bimbang isteri saya menuduh perkara …

Read More »

Perokok Boleh Menyebabkan Anak Lelakinya Mandul

“Doktor mengapa saya mengalami masalah kesuburan?” seorang rakan FB menulis mesej dalam ruangan chatting  di facebook. “Masalah yang bagaimana ..?” “Saya telah berkahwin selama lima tahun, belum lagi mendapat cahaya mata. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan airmani bagi  mengetahui sama ada punca masalah ini, adakah berpunca  dari saya..” “Saya terkejut apabila saya diberitahu bahawa air mani saya tidak berkualiti. Saya buat pemeriksaan semula dan mendapati hal yang sama..” “Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan..” (saya ada …

Read More »

Bolehkah lelaki yang mempunyai sperma yang cacat mempunyai anak?

Semakin saya dedahkan permasalaah ketidaksuburan yang dihadapi oleh para lelaki dalam FB, semakin rami pula yang bertanya. Pada saya ini adalah perkembangan yang baik kerana lelaki mula memberikan perhatian terhadap masalah yang mereka hadapi. Selama ini hanya sebilangan kecil lelaki yang ambil peduli tentang masalah ‘sukar mendapat anak’ dan sering menyalahkan pihak perempuan dalam hal ini. Padahal hal mendapat anak ini memerlukan usaha suami dan isteri. Ada seorang lelaki yang bertanya kepada saya, “apakah rawatan yang terbaik untuk lelaki yang mempunyai sperma yang cacat..” Saya agak  keliru apabila beliau menggunakan istilah ‘’cacat”. Rupanya doctor yang merawat beliau yang memberikan istilah …

Read More »

Panduan untuk hamil selepas usia 35 tahun

    Lelaki dan wanita yang baru mendapat jodoh dan merancang untuk mendapatkan zuriat, mereka harus melakukan lebih banyak usaha. Ini kerana tahap kesuburan mereka semakin menurun dan memerlukan lebih banyak suplemen untuk mengekalkan kesuburan mereka.   Kesuburan yang rendah akan menyebabkan kehamilan semakin sukar dan mengambil lebih banyak masa.   Ramai pasangan yang sudah berumur 35 tahun ke atas yang berputus harap. Padahal kebanyakan mereka masih berpeluang untuk menimang cahaya mata sendiri asalkan terus berusaha dan berdoa kepada ALLAH.   Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas.   “Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,  anak-anak lelaki dan perempuan, dan …

Read More »

Kitaran Haid tidak berjaya dirawat dengan Clomid dan Proglyluton

Salam Dr.. Saya mohon Dr dapat tolong saya bagaimanakah untuk saya mengetahui hari subur. Dari zaman remaja recycle period saya antara 35-45 hari.walaubagaimanapun, saya xpernah miss period. Saya telah berkahwin pada Feb 2012. Pada April 2012 doktor detect saya mengandung luar rahim.tiub sebelah kanan telah dibuang. selepas operation itu, period saya tidak datang 2-3 bulan.kadang2 saya terpaksa ambil ubat turun darah. Pada awal tahun 2013, saya mendapatkan rawatan di hospital pakar.doktor kata saya pcos melalui ujian darah. rahim saya pula jenis terbalik.lain2 semuanya ok. doktor beri rawatan dgn mkn ubat metaformin dan progyluton. dan baru2 ini saya diberikan clomid. Di …

Read More »

Sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

“Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..” Itu  adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook. Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar. Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit. Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran …

Read More »

Bengkakan kelenjar pada kanak-kanak

“Assalamualaikum doktor. Anak saya berumur 5tahun, mula-mula ada kelenjar yang membengkak di leher anak saya, kelenjar tu tidak pernah susut tapi sekarang ini semakin banyak pula kelenjar yang tumbuh. Yang terbaru terdapat kelenjar di celah-celah kelengkangnya. Saya sudah bawa dia berjumpa doktor di hospital & sedang menunggu untuk berjumpa pakar 2 minggu lagi. Ujian darah juga sudah diambil. Sekarang ini saya risau sebab kelenjar tu semakin banyak. Boleh ke saya tunggu sehingga dua minggu lagi untuk berjumpa pakar. Bagaimana dengan status kelenjar ini, membahayakan atau tidak… Terima kasih”. Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan …

Read More »

Sakit lutut dan suntikan Orthovisc ketika hamil

“Salam doc, sy berumur 33 thn dah mengalami arthritis. pd 14 june 2013 lalu sy ada telah disuntik dgn orthovisc injection ke atas lutut kiri saya. Sy sekarang merancang utk mengandung anak ketiga. sekiranya sy merancang utk mengandung atau sy disahkan mengandung, adakah othovisc injection itu selamat? utk pengetahuan doctor, next appointment sy utk orthovisc injection adalah 25 june 2013 dan saya telah lewat period selama 3 hari” Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Sebagai pengetahuan umum, Orthovisc adalah sejenis cairan sintetik yang sama seperti cairan sendi (synovial fluid). Ia dibuat daripada bahan hyaluronic acid. Cairan sendi adalah …

Read More »

PUNCA RAMBUT BERUBAN PADA KANAK-KANAK

“Ingin penjelasan Dr., mengapa kanak-kanak usia di bawah 12 boleh  ada rambut beruban yg banyak? kekurangan vitamin atau masalah pemakanan. Dr. Terima kasih”.   Salah satu tanda bagi seorang dewasa semakin meningkat usianya ialah terdapat banyak rambut berubat di kepala. Ini kerana semakin kita berumur, sel melanocytes yang membekalkan pigment pewarna melanin pada rambut semakin berkurangan dan menyebabkan rambut kita tidak lagi berwarna hitam. Kehilangan warna hitam pada rambut menyebabkannya kelihatan coklat dan kemudian menjadi putih, dan kita namakannya uban.   Imam Nawawi menulis dalam kitab al-Majmoo’ (1/344) bahawa hukum mencabut uban adalah makruh, berdasarkan satu hadis dari ‘Amr ibn …

Read More »

Kacip Fatimah Membantu Kitaran Haid?

“Assalamualaikum doktor,saya sudah berkahwin selama 2 tahun 3 bulan dan belum dikurniakan zuriat. Berat saya 88kg tinggi 158. Masalah saya ialah kitaran haid saya tak teratur, dan sekarang period saya yang terakhir ialah pada bulan dec tahun lepas, sehingga bulan Jun tahun ini, saya masih tidak datang haid.   Saya sudah mengambil suplemen EKF selama 5 minggu. Pada minggu ke4, bahagian bawah perut rasa sakit seperti mahu datang haid, rasa sakit selama 5 hari. Saya rasa ngilu dan mmg rasa mcm nak period, setiap kali buang air kecil, selalu check kalau-kalau ada darah keluar, tapi tak ada. Sekarang dah masuk …

Read More »

Adakah cervical cysts merbahaya dan sebahagian kanser?

  “Salam. Kawan saya belom berkahwin. Pada tahun 2011 dia telah melakukan pembedahan buang cyst pada pangkal rahim. Sehingga sekarang dia merasa sakit pada luka pembedahan itu. Adakah ia normal dan sesuai tidak dia amalkan EKF ini?” Jawaban: Sebenarnya apa yang dimaksudkan cyst di pangkal rahem atau “cervical cysts” adalah kelompang yang mengandungi lendiran mucus yang berada pada pangkat rahem (cervix). Kadang kala ia disebut  “nabothian cyst”. Jawapan:  Ia bukan sebahagian dari kanser pangkal rahem. Cervical cysts selalunya dijumpai secara tidak sengaja ketika pemeriksaan pelvis.  Selalunya ia tidak memberikan tanda dan tidak memerlukan pembedahan yang major. Namun begitu jika terdapat …

Read More »

Bahayakah Amalgam sebagai Penampalan Gigi ?

“Betulkah doctor, amalgam penampal gigi membuatkan kita mengalami masalah mental” .. Seorang pelajar perubatan tahun akhir bertanya kepada saya melalui ruang chatting di FB. Saya belum pernah terfikir hal itu. Saya percaya jika ia mendatangkan kemudaratan yang serius, tentu KKM tidak membenarkannya. “Mana dapat maklumat ini?” “Saya baca dari penulisan yang dikongsikan di FB” Cepat saya balasannya. “Nasihat saya, jika kita mahu menjadi seorang doctor yang bijak dan matang, jangan terus percaya dengan apa saja yang dikongsikan di fb. Buat kajian sendiri di mana-mana journal perubatan. Sekarang ini mudah mendapatkannya secara online..”       Penggunaan amalgam sebagai bahan penampal gigi …

Read More »

Apakah saya mengalami menopause?

  Assalamualikum, Dr. Zubaidi ,   Saya berumur 45 tahun dan belum berkahwin . Situasi saya pernah menjalani major operation sebanyak 3 kali berkaitan dgn perut iaitu endometriosis , hernia dan yg terakhir usus bocor pada penghujung tahun 2011. Sejak dari itu saya hanya didatangi haid pada Jan 2012 selepas itu pada bulan Mac , Jun 2012 dgn pengeluaran haid yg byk . Seterusnya bulan Sept jumlah yg sedikit , Nov 2012 terlalu sedikit saja . Sejak dari itu saya tidak didatangi haid sehingga skrg sedangkan sebelum pembedahan pada 2011 putaran haid saya adalah normal . Tidak pernah mengalami masalah sengugut. …

Read More »

Mengambil antibiotik ketika hamil

    Saya selalu memberikan nasihat agar berhati-hati terhadap penggunaan antibiotic di kalangan bayi dan kanak-kanak. Tetapi bagaimana pula dengan wanita yang hamil? Adakah ia selamat digunakan oleh ibu yang hamil dan bayi dalam rahem?   Antibiotik selalu diberikan kepada wanita hamil yang mengalami jangkitan kuman. Ia tidak diberikan kepada jangkitan virus atau jangkitan fungal. Oleh itu penggunaan antibiotic yang berhati-hati tidak memudaratkan ibu yang hamil dan bayi dalam rahem.   Adakah wanita hamil yang dijangkiti meninggalkan penggunaan antibiotic adalah langkah yang bijak?   Seorang wanita sedang sakit dan memerlukan antibiotic untuk sembuh, perlu mengambil rawatan antibiotic. Tidak semua rawatan …

Read More »

PENDARAHAN SELEPAS HAID

PENDARAHAN SELEPAS HAID Salam doctor, saya ingin bertanyakan satu soalan. Saya adalah seorang pelajar luar negara. Saya mengalami pendarahan selepas haid hampir setiap bulan semenjak lima tahun yang lalu.Kebaisaannya pendarahan itu berlaku dalam tempoh dua tiga hari selepas saya habis haid dan belanjutan sehingga 5-7 hari. Saya sudah berjumpa doktor di negara yang saya belajar tetapi hanya mentertawakn saya dan katanya itu hanya ovulation spotting. Tetapi ape yang merungsingkan saya ialah cecair yang keluar itu agak lama, kadang-kadang berwaran hitam dan keluar dengan cecair seperti air kencing, kadang kala ia keluar bersama-sama dengann lendir yang terdapat darah tetapi tidak begitu …

Read More »

Komplikasi Selepas Pembedahan Buang Appendix

Salam Doc, saya nak minta pandangan Doc mengenai anak saya berumur 13 tahun. Dua  minggu lepas beliau telah menjalani pembedahan appandix. Dua hari selepas keluar, beliau ok tapi selang beberapa hari hingga kini beliau kerap rasa sakit dan kadang-kadang badan panas dan demam. Adakah ini disebabkan angin dalam badan yang tak lepas keluar. Dr Zubaidi Hj Ahmad: (untuk grafik perubatan, sila google perkataan ‘appendectomy’. Diharap penulisan Bahasa Melayu ini membantu pemahaman anda berkenaan masalah penyakit ini) Pembedahan appendectomy adalah pembedahan membuang appendix yang dijalankan secara emergency, bermakna harus segera dilakukan. Pengalaman saya semasa bekerja di hospital, tidak semua pesakit yang …

Read More »

Bahaya menggunakan Sauna selepas bersenam

  “Assalamu alaikum. Saya nak tanya dan minta pendapat doktor. Saya sedang mulakan aktiviti jogging setiap hari.selepas  joging dlm 10 minutes sy akan sauna dalam gym.Bolehkah kita ber-sauna setiap hari.Mohon pendapat doctor,terima kasih doctor”.   Ramai orang yang berpendapat bahawa sauna boleh mengurangkan berat badan. Apatah lagi jika sauna dilakukan selepas senaman kardio yang mengeluarkan peluh. Sudah tentu mesin penimbang berat badan akan menunjukkan pengurangan yang mendadak.   Tetapi adakah kita benar-benar kehilangan berat badan? Adakah yang hilang itu hanya kandungan air dalam badan atau lapisan lemak?   Sauna sebenarnya boleh memberikan kebaikan dan boleh mendatangkan keburukan.   Bayangkan puan …

Read More »

Tepislah bisikan hati yang negatif

    Apa saja pemikiran yang terlintas adakalanya akan masuk ke otak bawah sedar kita, walaupun tanpa kebenaran kita dan tanpa kita sedari. Pemikiran ini akan menguasai perasaan dan emosi kita. Apatah lagi jika kita seorang yang sangat visual, boleh membayangkan sesuatu.   Sebagai contoh apabila kita berjalan di sebuah perkuburan, ada pemikiran dan bisik hati bahawa terdapat hantu di kawasan itu. Pemikiran dan bisik hati ini akan masuk ke pemikiran bawah sedar, bergaul dengan emosi kita.   Maka kita mula merasakan satu perasan seram dan takut. Bagi orang yang mempunyai kekuatan visual pula segera membayangkan rupa bentuk hantu yang …

Read More »

RAHEM JATUH ATAU RAHEM TURUN (PROLAPS RAHEM)

RAHEM JATUH ATAU RAHEM TURUN (PROLAPS RAHEM)     Soalan : “Nenek saya berusia 70 tahun. Dia tidak mengalami penyakit kronik. Dalam beberapa bulan kebelakangan, beliau perasan ada ketulan keluar dari faraj. Mulanya kecil dan jika dia berbaring ketulan tersebut hilang. Ketulan ini lebih ketara semasa mencangkung untuk buang air besar tetapi tidak sakit. Masalahnya, kadang-kala dia berasa tidak selesa atau ngilu pada bahagian belakang. Mulanya, dia berasa amat malu untuk memberitahu kami masalah yang dialaminya. Dalam seminggu dua ini, ketulan tersebut tidak masuk semula ke dalam faraj. Ini membuatkan nenek berasa tidak selesa sebab ketulan itu berada di antara …

Read More »

RISIKO FIBROID KETIKA HAMIL

RISIKO FIBROID KETIKA HAMIL     Fibroid merupakan ketumbuhan yang tidak merbahaya yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim.   Ketumbuhan fibroid berlaku pada seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Sebanyak 20 %  wanita dalam lingkungan usia reproduktif, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid. Pada usia melebihi 35 tahun, kejadian fibroid berlaku secara lebih kerap, iaitu menjangkau sebanyak 40 %.   Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah: wanita pada usia subur (30 hingga 40 tahun), wanita yang over weight atau obese wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid wanita …

Read More »

“The Kung Fu Panda”

    Apa yang saya belajar dari video “The Kung Fu Panda”…   Video “Kung Fu Panda” mempunyai banyak pengajaran yang tersirat dan tersurat, sesuai ditontoni oleh kanak-kanak dan orang dewasa yang ingin mencari inspirasi dalam kehidupan. Ia mengajar erti takdir (destiny) dan percaya pada kebolehan sendiri (the power of self-belief).   Ia adalah suatu kisah “dari zero kepada hero” apabila seekor Panda bernama Po yang membantu ayahnya di restoren akhirnya menjadi pahlawan lagenda Dragon Warrior.   Po sangat meminati pahlawan ‘Furious Five’ iaitu Tigress, Crane, Mantis, Viper dan Monkey dan berangan-angan untuk menjadi seperti mereka. Tetapi hasratnya dihalang oleh …

Read More »

KEGUGURAN BERULANG

  SOALAN: “Saya baru sahaja keguguran seminggu lalu. Kandungan saya mencecah dua bulan setengah. Masalah saya ini keguguran kedua. Keguguran pertama juga kandungan saya masuk dua bulan. Kedua-duanya turun sendiri bersama sarung. Saya juga tidak menggunakan kaedah D&C kerana menurut doktor rahim saya sudah kosong dan bersih.  Saya ingin bertanya doktor adakah disebabkan janin saya atau rahim saya tidak kuat. Suami saya juga kuat mengambil ubatan seperti ubat asma. Adakah itu juga puncanya?”.   Keguguran sering berlaku di awal kehamilan selalunya disebabkan masalah ‘janin yang tidak kuat’secara gentiknya. Keguguran yang puan alami juga bukan disebabkan oleh ubat asma yang diambil …

Read More »

Kejang Otot Belakang atau Sciatica?

      Jika sakit belakang dirasakan selepas mengangkat benda berat atau melakukan senaman yang agresif, selalunya sakit belakang ini disebabkan oleh kekejangan otot (muscle strain).   Namun ia juga boleh disebabkan oleh tulang rawan disc yang berada di celah-celah tulang belakang, terkeluar dari kedudukan asalnya.   Ini akan menyebabkan kesakitan di bahagian belakang dan rasa sakit ini ‘turun’ ke bahagian punggung dan sebelah kaki. Ini dinamakan “sciatica”.       KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz  

Read More »

Pilih waktu subur

  Soalan: “Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga sebulan yang lepas. Kami sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata. Tetapi setiap kali bersama saya mendapati air mani suami saya meleleh keluar walaupun saya tidak bergerak. Apabila saya bangun tidur keesokan harinya, saya dapati kain saya terdapat tompokan air mani. Apabila saya membuang air kecil juga, air mani akan meleleh keluar. Saya juga telah meletakkan bantal di bawah punggung ketika bersama. Peluang untuk saya hamil akan tipis sekiranya air mani suami selalu tumpah. Adakah keadaan ini menganggu usaha kami untuk mendapatkan zuriat?”     Tahniah kepada puan dan Selamat Pengantin Baru! Insya …

Read More »

PENYAKIT HATI BERLEMAK

Ia adalah satu lagi penyakit yang disebabkan oleh kegemukan dan diabetes. Malah remaja seawal usia 15 tahun turut berisiko mendapat penyakit berkaitan hati ini akibat kedua-dua masalah tersebut. Penyakit hati berlemak turut dikenali sebagai “Fatty Liver Disease”. Ia merupakan satu keadaan di mana sejumlah besar lemak tepu berkumpul di dalam sel hati. Kebanyakan punca penyakit ini akibat pengambilan alkohol terutama di negara barat. Namun, terdapat juga perubahan pada enzim hati secara abnormal yang seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan metabolisma menjurus kepada masalah hati berlemak. Penyakit ini tidak menunjukkan tanda-tanda luaran yang khusus. Tanda-tanda awal ialah kegemukan, rasa mudah penat dan tidak bertenaga. …

Read More »

Tiada kolagen dalam rumpai laut tetapi banyak khasiat lain

Rumpai laut tidak mempunyai kolagen tetapi mampu membantu mengekalkan mahupun mengaktifkan proses pembentukan dan penghasilan kolagen dalam kulit manusia…… Artikel pendek oleh Dr.Mariani Abdul Hamid IBD UTM untuk dibaca oleh kawan-kawan. Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh badan manusia. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ianya membantu melambatkan proses penuaan sebaliknya tidak membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian. …

Read More »

Kebocoran Air Tuban

Salam doktor.  Saya hamil 15 minggu. Dua minggu lepas saya mengalami pendarahan yang serius. Alhamdullillah sekarang sudah tiada pendarahan. Sekarang ini, saya risau dengan mengenai air yang keluar melalui faraj saya dan sering membasahi ‘panty liner’ saya. Kuantitinya sedikit sedikit. Doktor membuat pemeriksaan dan confirm air ketuban saya bocor. Persoalan saya adakah bayi saya akan selamat? Mohon jawapan dan pendapat daripada doktor.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Kehamilan puan telah diuji dua kali, pertama dengan pendarahan di awal kehamilan, dan sekarang kebocoran air tuban.   Kebocoran air tuban boleh berlaku apabila terdapat koyakan kecil pada selaput …

Read More »
error: Content is protected !!