Bacaan hormon hCG ketika hamil

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada sikit pertanyaan..saya ada endometrosis stage 4 dan saya sedang buat treatment ivf utk kali 4. Semlm merupakan hari ke 10 ivf..saya ambil hgc..resultnya 11.3. Saya diminta utk ambil sekali hgc pd hari isnin. Soalan saya apakah bacaan yg sepatutnya utk mengesahkan sesorg itu hamil bagi kami yg buat ivf. Harap doc sudi menjawab. Trima kasih.

Perkataan hCG adalah singkatan bagi “Human Chorionic Gonadotropin” dan merupakan hormone yang menandakan seorang wanita itu hamil.

Ia dikeluarkan oleh placenta (uri) setelah seminggu setelah janin ditanam ke dalam lapisan endometrium setelah seminggu berlaku proses persenyawaan.

Tahap hormone hCG akan terus meningkat sehingga minggu ke 10-12 di mana hormone ini tidak dikeluarkan lagi dan semakin tahap hormone ini semakin merosot.

Ia adalah salah satu cara untuk mengetahui sama ada seorang wanita itu hamil atau tidak, apabila keputusan ujian UPT mengelirukan dan pemeriksaan ultrasound tidak dapat mengesahkan kehamilan kerana usia kehamilan kurang dari 4 minggu.

Jadi ramai wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan IVF, bertanya-tanya sama ada mereka hamil atau tidak setelah janin yang disenyawakan di dalam tabung uji, dimasukkan ke dalam rahim mereka.

Secara amnya kebanyakan kehamilan yang normal tahap hormone hCG berada di bawah 1,200 mIU/ml dan akan meningkat dua kali gandan setiap 48-72 jam atau meningkat sebanyak sekurang-kurangnya 60% setiap dua hari.

Apabila kehamilan semakin meningkat, tahap hormone HCG akan meningkat tetapi semakin perlahan. Antara 1,200 dan  6,000 mIU/ml selalunya mengambil masa 72-96 jam untuk meningkatkan dua kali ganda.

Selepas hormone hCG melebihi 6,000 mIU/ml, selalunya placenta akan mengeluarkan hormone ini dengan kadar yang lebih perlahan.

Secara amnya, kehamilan yang sihat dikesan dengan baik pada umur kehamilan 6-7 minggu.

Apabila telah mencapai usia kehamilan 6-7 minggu atau tahap hormone hCG telah melebihi 6,000, maka doktor akan menggunakan ultrasound untuk menentukan sama ada kehamilan itu sihat atau mengalami risiko keguguran.

Jika janin dalam rahem berada dalam keadaan sihat dan stabil, doktor dapat mengesan degupan jantung janin. Jika doktor tidak dapat melihat degupan jantung, atau dalan kantung kehamilan itu kosong, maka ada kemungkinan keguguran akan berlaku dalam  masa terdekat.

Namun begitu tiada satu bacaan hormon human chorionic gonadotropin (hCG) yang normal untuk mengaggap suatu kehamilan progress dengan baik atau tidak.

Bacaan hormone hCG hanya boleh digunakan untuk mendiagnosa seorang wanita itu hamil atau tidak saja. Kemudian untuk menentukan seorang wanita itu mempunyai progress kehamilan yang baik, pemeriksaan ultrasound perlu dijalankan. Pemeriksaan tahap hormone hCG hanya sebagai bukti sokongan bagi seorang itu hamil atau tidak saja.

Jika seorang wanita kerap mengalami keguguran, dan bimbang akan nasib yang akan menimpa kehamilan sekarang, sama ada dapat diteruskan atau akan mengalami keguguran, doktor boleh melakukan pemeriksaan tahap hormone dengan mengambil darah wanita itu beberapa kali.

Jika tahap hormone hCG meningkat dengan mendadak, bermakna kehamilan itu sihat, makakala jika tahap hCG tidak meningkat dengan mendadak, berkemungkinan besar kehamilan itu akan mengalami keguguran.

Sebagai panduan bolehlah guna jadual di bawah sepagai panduan.

 

Hari selepas LMP

Minggu selepas LMP

w=minggu

d=hari

Peristiwa 

Purata hCG
mIU/ml

Julat hCG
mIU/ml

26

3w+5d

 

25

0-50

27

3w+6d

 

50

25-100

28

4w+0d

Missed
period

75

50-100

29

4w+1d

 

150

100-200

30

4w+2d

 

300

200-400

31

4w+3d

 

700

400-1,000

32

4w+4d

 

1,710

1,050-2,800

33

4w+5d

 

2,320

1,440-3,760

34

4w+6d

 

3,100

1,940-4,980

35

5w+0d

 

4,090

2,580-6,530

36

5 1/7

 

5,340

3,400-8,450

37

5 2/7

 

6,880

4,420-10,810

38

5 3/7

yolk sac

8,770

5,680-13,660

39

5 4/7

yolk sac

11,040

7,220-17,050

40

5 5/7

yolk sac

13,730

9,050-21,040

41

5 6/7

yolk sac

15,300

10,140-23,340

42

6

degupan jantung

16,870

11,230-25,640

43

6 1/7

degupan jantung

20,480

13,750-30,880

44

6 2/7

degupan jantung

24,560

16,650-36,750

45

6 3/7

embryo

29,110

19,910-43,220

46

6 4/7

embryo

34,100

25,530-50,210

47

6 5/7

embryo

39,460

27,470-57,640

48

6 6/7

embryo

45,120

31,700-65,380

49

7

 

50,970

36,130-73,280

50

7 1/7

 

56,900

40,700-81,150

51

7 2/7

 

62,760

45,300-88,790

52

7 3/7

 

68,390

49,810-95,990

53

7 4/7

 

73,640

54,120-102,540

54

7 5/7

 

78,350

58,200-108,230

55

7 6/7

 

82,370

61,640-112,870

56

8

 

85,560

64,600-116,310

Nasihat saya ialah puan janganlah terlalu bersedih. Puan telah berusaha dan ALLAH akan menentukan apa yang terbaik untuk puan.

Insya ALLAH, jika puan tidak mendapat apa yang puan hajati di dunia, segala kesabaran dan usaha puan akan dibalas oleh ALLAH di akhirat nanti.

Wallahu a’lam.

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!