Artikel Terkini

APA PUNCA ASYIK KENTUT?

Kentut adalah perkara yang normal apabila terlalu banyak gas dalam usus besar. Otot anus akan melonggar dan mengeluarkan gas tersebut. Selalunya ia berbau busuk. Gas yang dihasilkan dan berkumpul dalam usus adalah sebahagian dari proses pencernaan dan tindak balas aktiviti bakteria dalam saluran usus besar kita. Kentut berlaku sesekali, tetapi kerap kentut mungkin menandakan ada masalah yang lebih serius. 1. Perubahan pemakanan Apabila kita melancong ke sebuah negara yang agak asing dan makanan yang disediakan sangat berbeza dengan makanan yang selalu kita makan, menyebabkan perubahan proses pencernaan. Mungkin lebih banyak gas dihasilkan dan kita mungkin kentut dengan lebih banyak. 2. …

Read More »

SENDAWA BERLEBIHAN MENANDAKAN PENYAKIT TERTENTU

SENDAWA BERLEBIHAN MENANDAKAN PENYAKIT TERTENTU Sendawa adalah proses yang biasa berlaku apabila udara dari keluar dari perut melalui mulut. Jika tidak dikeluarkan, udara berlebih boleh menyebabkan perut kembung. Antara punca sendawa yang banyak adalah : 1. Makan atau minum terlalu cepat. 2. Terlalu banyak berbual ketika makan. 3. Mengunyah gula-gula getah. 4. Minum minuman berkarbonat. 5. Merokok. 6. Makan makanan yang berangin Ada beberapa keadaan di mana sendawa disebabkan oleh masalah tertentu : 1. Aerofagia Aerofagia adalah masalah akibat menelan udara terlalu banyak. Jadi tubuh pun cuba mengeluarkannya kembali terutama ketika gugup atau stress. Ini menyebabkania akan kerap bersendawa. 2. …

Read More »

APA ITU PANKREATITIS?

Pankreas adalah organ yang mengeluarkan pelbagai hormon dan enzim bagi tujuan pencernaan. Keradangan pankreas dinamakan pankreatitis, dan ia menyebabkan pankreas tidak lagi dapat mengeluarkan hormon dan enzim untuk pencernaan. Pankreatitis boleh dikategorikan sebagai akut atau kronik. PANKREATITIS AKUT berlaku secara tiba-tiba dan menyebabkan rasa sakit pada bahagian kiri abdomen (bahagian atas). Rasa sakit ini boleh merebak ke bahagian belakang. Selain rasa sakit, pesakit mungkin akan mengalami: 1. Loya 2. Muntah 3. Demam Pesakit akan mengalami rasa sakit yang kuat sehingga terpaksa ke hospital. Ramai pesakit menyangka ia adalah serangan gastritis, tetapi setelah buat ujian darah dan pemeriksaan radiologi, barulah diketahui …

Read More »
error: Content is protected !!