onani menyebabkan batang zakar patah

KUAT BERONANI BOLEH MENYEBABKAN BATANG ZAKAR PATAH

“Salam doktor, saya berumur 23 tahun. Saya mengalami masalah ketagihan untuk beronani walaupun saya sedang cuba untuk menghindarkannya. Ketika ini amalan onani saya saya agak pelik iaitu ketika onani, saya akan  membengkokkan zakar saya sedikit  untuk menambah keseronokan. Saya dapati selepas ejakulasi, saya akan merasa sakit pada zakar.

Jika saya tidak membengkokkan zakar ketika masturbasi, saya tidak akan berasa sakit selepas ejakulasi. Apa yang saya tahu, lelaki boleh melakukan banyak posisi dan gaya  ketika melakukan masturbasi atau hubungan seks.
Saya risau tidak boleh memberi kepuasan kepada isteri pada masa depan kerana saya tidak boleh beraksi seperti membengkok di sana-sini. Adakah kesakitan ini memudaratkan dan tindakan membengkokkan zakar boleh menyebabkan ia lembik? Mohon pencerahan doktor. Terima kasih” 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Beronani adalah suatu amalan yang memudaratkan. Ini kerana ia tidak normal dan ia boleh menyebabkan rasa tidak puas ketika melakukan hubungan seksual bersama isteri. Ini kerana rasa seronok akibat genggaman tangan tidak sama dengan rasa kontraksi otot-otot faraj. Genggaman tangan lebih kasar dan merosakkan saraf-saraf di permukaan kulit zakar dan saraf di dalam batang zakar, dan tidak berlaku pada genggaman otot-otot faraj.

Membengkokkan zakar ketika onani akan menambahkan kerosakan saraf. Ia akan mencederakan  pada batang zakar dengan lebih serius. Ini kerana kerosakan yang berlaku bukan setakat kerosakan saraf di permukaan dan di dalam batang zakar, tetapi mencederakan saluran darah dalam batang zakar yang bertanggungjawab ketika zakar menegang.

Struktur dalam batang zakar
Struktur dalam batang zakar

Biasanya ketika zakar  menegang, darah akan memenuhi ruang dalam tisu corpora cavernosa iaitu dua struktur yang berbentuk tiub yang menjadi  struktur utama dalam batang zakar. Darah akan kekal dalam kedua-dua struktur ini  untuk membolehkan batang zakar menjadi keras.

Dalam keadaan zakar yang tegang, enggaman yang kuat semasa beronani dengan membengkokkan batang  zakar boleh menyebabkan saluran darah ini koyak dan darah akan mengalir keluar.

Batang zakar juga tidak akan menjadi tegang lagi dan keadaan ini dikenali sebagai ‘patah’ batang zakar atau Fracture Penis dan akan menyebabkan mati pucuk yang sangat sukar dirawat.

wallahu a’lam

ETA

Bagi lelaki yang sering mengalami sering keletihan, sering mengantuk, tiada stamina dan mudah penat walaupun melakukan kerja ringan, saya mencadangkan suplemen Ekstrak Tongkat Ali keluaran UTM, selain mineral Zink dan Selenium. Info lanjut di https://www.facebook.com/EkstrakTongkatAli?fref=ts atau whatssap 0197022391.

Leave a Reply

error: Content is protected !!