Artikel Terkini

Pelvic Pain: Adakah Perlu Dibedah Segera?

Normal physiology atau penyakit ? Saya sangat simpati dengan wanita yang sering mengalami masalah sakit di bahagian abdomen bawah. Sebenarnya ramai wanita yang mengalami sakit perut (pelvic pain) dari masa ke semasa sepanjang hidup. Kesakitan sebegini ada kalanya merupakan normal physiology seorang wanita seperti senggugut dan sakit ketika melahirkan. Kesakitan seperti ini menunjukan bahawa fungsi physiology mereka adalah normal. Namun ada juga kesakitan yang terlalu parah memerlukan rawatan segera dan pembedahan. Saya berdoa setiap wanita muslimah diberikan kekuatan untuk menghadapi kesakitan seperti ini. Saya mengharap juga agar artikel ringkas ini dapat membantu wanita muslimah khasnya memahami kesakitan yang mereka alami. …

Read More »

Multiple Myeloma: Kanser Darah Yang Jarang Berlaku

Saya diminta oleh rakan FB agar menceritakan secara ringkas tentang penyakit ini. Sepanjang ingatan saya ketika di universiti, Multiple Myeloma adalah antara topik yang diajar dalam dua kuliah yang berturutan di samping tutorial di hujung minggu. Saya perlu ingatkan artikel ringkas yang bakal dibaca bukanlah nota kuliah untuk pelajar perubatan atau artikel journal yang mengemaskinikan ilmu seorang doktor. Ianya sekadar suatu nota ringkas agar orang awam yang tidak mempelajari perubatan, boleh memahami keadaan pesakit yang menghidap penyakit Multiple Myeloma (MM). Saya mengharapkan gaya bahasa tidak menjemukan malah memudahkan pemahaman si pembaca. Selain itu saya mengharapkan pembaca memahami bagaimana MM terjadi …

Read More »

Keguguran rambut : Fenomena Normal atau Perlu Dirawat?

Memahami situasi sebenar   Banyak sekali soalan mengenai rambut yang diajukan kepada saya. Saya juga tidak mampu menyusun artikel ini dalam masa yang singkat disebabkan komitmen yang terlalu banyak. Terima kasih yang bertanya dan bersabar menunggu artikel ringkas ini. Terimakasih juga beberapa rakan FB yang merupakan pendandan rambut yang bertanya, memberikan input dan idea bagaimana artikel ringkas ini harus ditulis. Ilmu mengenai rambut mungkin sebanyak helaian rambut di kepala. Namun apa yang mahu saya beritahu pembaca adalah tentang masalah keguguran rambut yang bukan disebabkan penyakit jangkitan kulit kepala. Rambut sebenarnya organ ringkas yang amat dihargai oleh wanita. Namun tidak kurangnya …

Read More »
error: Content is protected !!