Artikel Terkini

Sukar Meninggalkan Bayi Walaupun mahu ke Bilik Air

“Assalamu alaikum. Saya adalah seorang ibu muda berusia 21 tahun dan mempunyai anak sulong berusia setahun dan sudah boleh berjalan. Saya tidak bekerja dan tiada pembantu. Saya tinggal bersendirian. Adakalanya saya amat bimbang hendak meninggalkan anak saya, sama ada untuk buang air, mandi atau memasak. Hanya hanya melakukan perkara-perkara tersebut apabila anak saya telah tidur. Doktor, adakah selamat untuk saya meninggalkan bayi saya tanpa pengawasan semasa saya mandi lima minit? Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Saya memahami situasi puan yang terpaksa menjaga anak dan menguruskan rumah tanpa pembantu. Saya percaya ia sangat sukar untuk menguruskan anak …

Read More »

Membawa Anak dalam Kereta

    “Assalamu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Saya dan suami tinggal berjauhan. Dia tinggal di Melaka dan saya tinggal di KL. Kami ada anak berumur 2 tahun. Jika saya ingin memandu berjumpa dengan suami dan membawa anak saya, bolehkan saya letakkan dia di tempat duduk di sebelah saya. Untuk pengetahuan doctor, kereta saya mempunyai system air-bag. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan puan yang terpaksa melakukan pemanduan yang jauh bersama anak.   Sistem beg udara dalam kereta boleh menyelamatkan nyawa penumpang yang berada di sebelah pemandu, tetapi ia sangat bahaya kepada bayi jika diletakkan …

Read More »

BOLEHKAH BAYI GUNAKAN BEDAK?

“Assalamu alaikum doctor. Saya menggunakan bedak untuk bayi saya selepas mandi. Adakah ia boleh menyebabkan asthma pada bayi saya?” Wa alaikum mus salam. Bedak serbuk atau bedak talkum yang digunakan untuk disapukan pada badan bayi adalah selamat, selagi puan menggunakannya dengan berhati-hati. Pastikan serbuk bedak tidak memasuki hidung anak puan. Jika tidak, ia boleh menyumbat pundi udara halus di paru-parunya dan menyebabkan alahan dan asthma. Jarang sekali serbuk bedak ini menyebabkan kesukaran  bernafas dan meninggal dunia. Ia hanya berlaku apabila bayi tersebut bermain dengan bedak itu sehingga muka mereka diliputi dalam serbuk bedak. Ada yang mendakwa serbuk bedak boleh boleh …

Read More »
error: Content is protected !!