Artikel Terkini

JANGAN SIMPAN MADU DALAM PETI SEJUK

JANGAN SIMPAN MADU DALAM PETI SEJUK     Semalam di Melaka, saya berkongsi berkaitan Pemakanan Untuk Pesakit Kanser di hadapan bekas pesakit kanser. Ada beberapa makanan yang dipantang, ada yang perlu ditambah dan ada yang perlu diganti. Saya juga berkongsi bagaimana madu sangat berkhasiat terutama bagi pesakit kanser. Madu juga mempunyai mineral, vitamin dan enzim dari air liur lebah yang bagus untuk kesihatan terutama untuk pesakit kanser. Carilah madu yang asli, bersih dan dipercayai. Bila simpan madu, kita tidak patut meletakkan madu di dalam peti sejuk. Ini kerana apabila sejuk, madu akan menjadi butiran kristal dan akhirnya boleh menjadi keras …

Read More »

KEBAIKAN KOPI

KEBAIKAN KOPI Kopi bukan saja mempunyai rasa yg sedap dan meningkatkan tenaga, tetapi ia juga memberikan manfaat kesihatan. Ini kerana selain memberikan kafein, ia juga memberikan banyak mikronutrien dan antioksida. Saya tidak dapat menafikan sumbangan kopi dalam menurunkan berat badan. Kafein dapat meningkatkan kadar metabolik, iaitu tahap penghasilan tenaga. Oleh itu ia membakar bekalan tenaga yang tersimpan dengan lebih banyak apabila seseorang itu berpuasa dan melakukan aktiviti fizikal. Data dari National Health and Nutrition Examination Survey di Amerika Syarikat menunjukkan wanita yang minum 2-3 cawan kopi sehari mempunyai tahap lemak yang lebih rendah (3.4 %) dari mereka yang tidak minum …

Read More »

BAHAYA MAKAN BUAH NAGA?

BAHAYA MAKAN BUAH NAGA?     Ada peserta Kelab Sihat yang bertanya kenapa air kencing mereka berwarna merah setelah memakan buah naga. Adakah buah naga menyebabkan air kencing berdarah? Buah naga adalah sejenis buah tropikal daripada beberapa jenis pokok kaktus yang berasal daripada Amerika Selatan. Nama lain bagi buah ini ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid. Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus (isi putih) dan Hylocereus polyrhizus (isi merah). Buah naga yang berwarna merah kerana kaya dengan sejenis pigment yang dikenali sebagai betalains. Ia menyebabkan air kencing malah najis kita berwarna merah. …

Read More »
error: Content is protected !!