STRAWBERRY MENYEBABKAN KEGUGURAN?
“Assalam mu alaikum dr. Saya ada satu soalan.Saya sedang hamil 6 bulan dan saya sangat gemar memakan buah strawberi. Ada rakan yang memberitahu bahawa strawberi adalah buah yang tajam dan membahayakan kehamilan. Soalan saya, adakah jika makan strawberi terlalu kerap boleh menyebabkan keguguran. Mohon pencerahan. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Strawberi merupakan buahan bukan tropika yang sangat banyak khasiat. Beberapa kajian telah menunjukkan pengambilan strawberi dapat merendahkan risiko penyakit kardiovaskular kerana bahawa fitokimia yang terdapat dalam strawberi mempunyai ciri-ciri anti-radang dan anti-kanser.
(rujuk: Giampieri F, The potential impact of strawberry on human health. Natural product research 27 (4-5): 448–55.)
Terdapat juga kajian yang menunjukkan pengambilan strawberi dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kadar kolesterol LDL, dan mengurangkan gula dalam darah.
(rujuk: Basu A (2014), Strawberry as a functional food: an evidence-based review. Critical reviews in food science and nutrition 54 (6): 790–806.
Banyak lagi kajian yang sedang dijalankan dan menunjukkan strawberi adalah buahan yang banyak khasiatnya dan bermanfaat terhadap manusia, termasuk wanita yang hamil.
Walau bagaimana pun masalah utama strawberi dikatakan boleh menyebabkan keguguran terutama pada usia awal kehamilan.
Keguguran ini bukan disebabkan oleh kesan strawberi secara langsung tetapi kesan secara tidak langsung kerana strawberi selalunya dicemari oleh bakteria seperti Listeria, yang boleh memasuki sitem tubuh wanita hamil dan menyeberangi uri lalu menjangkiti janin. Ini akan meningkatkan risiko untuk keguguran.
Selain itu penggunaan ubat pembunuh serangga seperti methyl iodide, juga dikenali sebagai iodomethane yang sangat berkesan membunuh serangga dan kulat juga menyebabkan risiko keguguran, kanser thyroid dan kerosakan otak.
Saya mencadangkan agar wanita hamil membasuh strwaberi dengan sempurna. Rendamkan semalaman dengan air yang dicampurkan dengan garam batu bagi memastikan tiada bakteria atau racun serangga yang masih melekat pada buah strawberi itu.
Wallahu a’lam.
IKLAN
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:
![[KLIK]](https://i0.wp.com/drzubaidi.com/blog/wp-content/uploads/2017/05/ekf1.jpg?resize=300%2C225&ssl=1)
Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/