Kehamilan

Ovarian Cyst Ketika Hamil

Ovarian cysts berlaku kepada kira-kira 1 dalam 1,000 wanita hamil. Kebanyakan cyst ini tidak berbahaya (bukan kanser) dan didiagnosa oleh doktor secara tidak sengaja ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui perkembangan bayi dalam rahem. Oleh kerana organ kilang telur ovari terletak berhampiran dengan rahem, maka ia mudah dikesan. Saya selalu menasihati wanita hamil yang didiagnosa mempunyai ovarian cyst agar bertanya saiz dan jenis cyst yang mereka hadapi. Ini dapat diberitahu oleh doktor yang melakukan pemeriksaan ultrasound berkenaan. Baru-baru ini saya menerima pertanyaan dari rakan FB. Beliau runsing kerana telah didiagnosa ovarian cyst ketika hamil. “Salam doktor, saya telah didiagnosa mengalami …

Read More »

Masalah Pendengaran Ketika Hamil

Hari raya telah berlangsung selama hampir seminggu, dan saya masih lagi menikmati cuti raya. Namun pertanyaan-pertanyaan yang diajukan di dalam email dan inbox, sangat menguja saya untuk berada di hadapan komputer. Seorang rakan FB, telah mengalami masalah pendengaran untuk beberapa tahun tetapi kehamilannya menyebabkan masalah pendengaran bertambah teruk sehingga beliau ditegur oleh rakan-rakannya akibat tidak mendengar dengan baik. Saya tidak dapat memberikan diagnosis kepada masalahnya kerana saya tidak memeriksa beliau, tetapi saya boleh memberikan nasihat dan panduan bagi beliau. Beliau telah pun berjumpa dan diperiksa oleh doktor pakar ENT, tetapi masih tertanya-tanya apa yang berlaku pada dirinya. Menurut satu artikel …

Read More »

Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?

“Hamil lagi..??!!” “Ish abang ni. Macam tak percaya pulak. Yang buat saya mengandung adalah abang. Abang jangan buat-buat tak percaya pulak”. Saya nak tergelak mendengar perdebatan suami-isteri itu. “Doktor, macam mana ni, anak saya baru masuk umur satu tahun. Masih lagi menyusu badan.” keluh si isteri. “Maaf puan, saya tak buat pengguguran bayi. Saya takut dosa. Lagi pun perkara ini sepatutnya boleh dielakkan kalau puan dan suami merancang. Lainlah kalau kehamilan puan mengancam nyawa..” “Habis macam mana doctor?” “Teruskan saja kehamilan ini. Jika puan rasa berat untuk membesarkannya kerana tekanan ekonomi, saya boleh bantu dengan mencari ibu bapa angkat untuk …

Read More »

Hamil Walaupun Menggunakan IUCD

“Tahniah, melalui ujian air kencing, kami mendapati puan hamil. Boleh saya tahu bila tarikh haid puan?” “Haa.. Saya hamil? Tak mungkin sebab saya guna alat perancang. Macam mana saya boleh hamil. Saya tak mahu bayi ini!!” Terkedu saya mendengar jawapan wanita ini. Apakah ujian air kencing yang dibuat telah memberikan keputusan yang silap? “Kalau macam itu, apa kata kita lakukan pemeriksaan ultrasound untuk kepastian..” saya sudah hilang kekuatan untuk berfikir. Nasib baik alat IUCD bukan dimasukkan oleh saya. Saya memang tidak berminat untuk memasukkannya walaupun memasukkan alat IUCD adalah mudah dan dapat dilakukan oleh mana-mana doktor. “Bagaimana doktor, betulkah saya hamil?” …

Read More »

Kekurangan Gula (Hypoglycemia) Ketika Hamil

“Doktor, saya nak tanya. Maaflah kerana terpaksa menelefon. Isteri saya tidak tahan untuk meneruskan puasa. Bolehkah beliau berbuka?” Macamlah saya seorang ustaz pula. Tetapi  terdetik juga dalam hati, apa sebenarnya yang berlaku sehingga isteri beliau mahu meninggalkan puasa. “Isteri saya sedang hamil 8 minggu. Dia kata badannya letih, menggigil dan lemah. Saya pun hairan sebab dia bersahur pagi tadi dengan saya” “Kalau begitu, bolehlah berbuka. Jangan tunggu sampai pengsan pula” jawab saya ringkas. Saya percaya isteri beliau sedang mengalami hypoglycemia. “Tahun lepas pun dia berpuasa, tapi dia tidak pernah mengalami rasa lemah, menggigil dan lemah badan walaupun badannya agak kurus. …

Read More »

Bahaya Dehidrasi Ketika Hamil

“Teruk betul isteri saya hamil kali ini. Asyik muntah saja sampai badannya lemah…” Saya tersenyum kerana rakan saya ini bercerita dengan bersungguh-sungguh. “Habis tu siapa yang masak di rumah?” saya menduga beliau. “Makan kat kedailah doktor. Dia bukan saja lemah badan dan tak terdaya hendak masak, bau makanan dia pun tak boleh nak hidu..” “Sekarang ini dia di mana?” “Kat rumah. Sudah 3 hari terbaring di atas katil..” “Kalau sudah terbaring  3 hari, itu sudah tanda bahaya. Kena bawakan ke hospital. Jangan dibiarkan tanpa rawatan. Berbahaya pada ibu dan anak dalam rahem” Terbeliak mata dia mendengar penjelasan saya. Tidak sempat …

Read More »

Adakah Pil Perancang Boleh Menyebabkan Kecacatan Bayi?

Saya baru sahaja selesai melakukan pemeriksaan ultrasound bagi seorang wanita untuk menentukan umur bayi dalam rahemnya. Selesai menuliskan preskripsi, saya membuka email. “Salam doktor, saya ada masalah besar. Baru-baru ini saya mengamal semula pil perancang kehamilan, tanpa menyedari bahawa saya sudah hamil. Apa yang harus saya lakukan? Adakah bayi ini akan mengalami kecacatan?” “Wa’alaikumussalam. Puan harus menghentikan segera pil pencegahan kehamilan itu. Namun jangan bimbang. Pil perancang kehamilan itu tidak memberi kesan kepada bayi puan, Insya Allah” Saya simpati dengan kegelisahan beliau. Sesiapa jua akan risau tentang kecacatan yang mungkin dialami oleh bayi yang di dalam rahem. Bagaimana mahu memastikan …

Read More »

Adakah Selamat Bagi Wanita Hamil Untuk Berpuasa

Sepanjang bulan Ramadan, ramai di kalangan kita yang bersungguh-sungguh mengejar barakah yang berada di dalamnya dengan mengerjakan amalan berpuasa dengan sempurna. Bagi lelaki dan wanita yang tidak hamil, tentunya ia tidak menjadi masalah. Bagaimana pula dengan wanita hamil? Pakar perubatan sendiri tidak menggalakkan mereka berpuasa terutama pada 3 bulan yang pertama. Ini kerana kehamilan di peringkat awal selalunya memberikan komplikasi yang tidak menyenangkan bagi wanita hamil di samping di saat ini bayi memerlukan nutrien yang secukupnya. Namun begitu ramai wanita hamil yang tidak mahu mensia-siakan keberkatan dan peluang untuk beramal di bulan ini. Kebanyakan ulama juga tidak menggalakkan wanita hamil …

Read More »

Adakah Pengambilan EPO Selamat Ketika Hamil?

“Doktor, benarkah EPO boleh memberikan manfaat kepada wanita hamil?” “Tak merbahaya ker?” tanya seorang wanita yang hamil 13 minggu dalam inbox fb saya. Ini adalah soalan yang amat sukar dijawab. Saya bertanyakan tentang manfaat evening primrose oil (EPO) kepada beberapa orang rakan yang menjadi pakar perbidanan dan mereka hanya mengangkat bahu dan tidak mahu memberikan komen. Kebanyakan pakar perbidanan mengambil jalan tengah. Oleh kerana tiada bukti yang menyokong bahawa EPO selamat digunakan ketika hamil, maka ada baiknya jika tidak mengambil EPO ketika hamil. Walaupun belum ada bukti bahawa EPO memberikan kemudharatan pada ibu dan bayi, kita juga tidak tahu kesan …

Read More »

Faedah Asid Folik kepada Kesuburan dan Kehamilan

Ramai yang bertanya mengenai satu produk kesuburan yang hangat di pasaran. Produk ajaib itu ibarat cahaya yang memberikan sinar kepada pasangan-pasangan yang mengalami masalah kesuburan dan telah berkahwin bertahun-tahun lamanya. Dengan mengamalkan beberapa kotak produk kesuburan itu, banyak testimonial yang mengatakan ramai telah pun hamil dan menjadi ibu dan bapa pada anak masing-masing. Namun testimonial yang tidak diberitahu adalah rungutan pasangan yang telah mencuba beberapa kali produk kesuburan itu namun masih berada di jalan yang tidak berpenghujung. Nasihat yang saya boleh berikan ialah masalah kesuburan bukanlah masalah seperti demam dan batuk, yang hanya boleh dibelikan ubat di farmasi dan mencubanya. …

Read More »

UBAT ‘SAKIT GASTRIK’ UNTUK WANITA HAMIL

“Doktor, saya tak tahan dengan pedih perut dan rasa mahu muntah.. Teruk sangat pembawakan budak kali ini. Ada tak, ubat untuk hilangkan rasa pedih perut, loya dan muntah? ” “Untuk hilangkan rasa loya dan muntah memang tidak ada, tapi kalau untuk kurangkan rasa loya dan muntah, saya boleh berikan ubatnya. Selagi berada di peringkat awal kehamilan, selagi itulah akan rasa loya dan muntah” (Pening kepala dan tidak faham dengan dialog di atas? Cubalah bezakan perkataan “hilangkan” dan “kurangkan”.) Rasa loya dan muntah disebabkan oleh peningkatan hormon hCG yang dikeluarkan oleh uri (placenta). Keadaan ini biasanya akan berlaku pada usia kehamilan di …

Read More »

KEHAMILAN DAN FIBROID

Ramai ibu-ibu yang hamil tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid. Fibroid adalah ketumbuhan yang bukan kanser, yang berada di dalam rahem. Fibroid biasanya dijumpai secara ‘tidak sengaja’ semasa pemeriksaan ultrasound ketika doktor sedang memeriksa fizikal bayi dalam rahem. Soalan yang sering ditanya adalah, adakah fibroid itu merbahaya pada pada ibu dan bayi dalam rahem? Kedudukan dan saiz fibroid Fibroid boleh membesar dari beberapa sentimeter sehingga 15 cm diameter. Kedudukan fibroid boleh berada di dalam dinding rahem (intramural), berada di luar dinding rahem (subserosal) atau berada dalam rongga rahem (submucosal) di sebelah kedudukan bayi/janin. Ada baiknya jika pesakit bertanya kepada doktor …

Read More »

Penjagaan Gigi Semasa Hamil

“Doktor, saya sedang hamil. Saya mendengar dari kawan-kawan, bahawa pemeriksaan gigi tidak boleh dilakukan semasa hamil. Saya bimbang dengan ubat bius dan ubat penahan sakit yang diberikan. Harap doktor dapat memberikan komen” Saya sering mendapat pertanyaan-pertanyaan sebegini. Banyak informasi yang salah dan ada kalanya mengelirukan kerana mendengar kata kawan-kawan. Saya cuba menjernihkan kekeliruan ini dengan memberikan penerangan dalam blog ini, semoga ianya bermanfaat. Ramai wanita yang hamil mempunyai masalah gusi dan gigi kerana gusi mereka mudah menjadi bengkak, mudah berdarah dan makanan yang dimakan mudah terselit di antara gigi dan gusi. Ini semua disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Oleh …

Read More »

Kepentingan Mengetahui Berat Bayi dalam Rahem

”Doktor, semasa saya berada di klinik, doktor memberitahu saya anak yang berada dalam kandungan mempunyai berat yang tidak normal. Maknanya pembesaran fizikalnya dalam rahem tidak mengikut umur kehamilan saya. Saya bimbang jika anak yang saya lahirkan akan mempunyai berat badan dan saiz yang kecil. Boleh doctor komen?” Saya sudah lama tidak melakukan pemeriksaan ultrasound untuk bayi dalam rahem. Saya amat kagum dengan teknologi kini yang mampu mengukur berat bayi yang bakal dilahirkan dengan lebih tepat. Sejak awal kelahiran, bayi di dalam rahem akan membesar dengan kadar yang berlainan jika dibandingkan dengan bayi-bayi yang lain. Ada bayi yang bersaiz besar dan …

Read More »

RASA KEBAS TANGAN SEMASA HAMIL

Seorang wanita hamil datang berjumpa saya pagi itu. Dari jauh saya dapat mengagak bahawa dia sedang hamil walaupun dia berjaya menyembunyikan abdomennya dengan baju yang besar kerana muka dan tangannya nampak tembam. Itu tanda-tanda kehamilan. Dia seorang kerani di sebuah syarikat swasta yang setiap hari bekerja menulis laporan-laporan syarikat. Jari dan tangannya mengalami kesakitan dan mengganggu tidurnya. “Doktor, mengapa saya mengalami rasa kebas, seperti menyucuk-nyucuk pada tangan saya. Saya tidak boleh tidur kerana ia sungguh tidak selesa.” Saya kasihan mendengarkan ceritanya. Sudahlah terpaksa bekerja membantu suami mendapatkan rezeki, hamil pula dan kini mengalami kesakitan di pergelangan kedua-dua belah tangannya. Bagaimana …

Read More »

Selamatkah Wanita Hamil Menaiki Kapalterbang?

”Doktor saya ada emergency ni..” ”Isteri saya sudah mahu check in tapi tidak dibenarkan. Dia hamil 28 minggu. Kami mahu balik ke Sarawak.” ”Jadi apa yang emergency?” saya kehairanan. ”Pintu gate sudah mahu ditutup. Saya dan isteri nanti tidak akan dibenarkan masuk. Tolonglah..” ”Ok, tapi saya masih keliru. Apa yang emergency nya? Isteri kamu sakit perut kah?” ”Tidak ! Saya mahu surat pengesahan segera. Saya mahu cepat!!” Saya gelihati bila teringat perbualan saya dengan seorang penumpang penerbangan AirAsia yang mahu balik Sarawak. Kebetulan, saya bertugas di sebuah cawangan poliklinik yang berhampiran dengan Lapangan Kapalterbang Antarabangsa Senai. Saya menulis keterangan berdasarkan …

Read More »

Perlukah Suntikan Anti Tetanus Ketika Hamil?

Klinik FB saya sekali lagi memilih soalan yang berkaitan dengan kehamilan. Suntikan vaksin Tetanus selalu diberikan kepada ibu yang hamil. Memandangkan jangkitan tetanus semakin berkurangan, adakah suntikan itu masih relevan? ”Salam doctor, saya ingin bertanya. Saya sekarang ini hamil 7 bulan. Saya menjalani pemeriksaan antenatal di klinik kerajaan dan ada kalanya di hospital swasta. Minggu ini, jururawat di klinik kerajaan telah memberiksan saya suntikan anti-tetanus. Satu lagi suntikan akan diberikan pada bulan depan. Saya menjadi keliru bila doktor di hospital swasta berkata saya tidak memerlukan suntikan itu. Perlukah saya menerima suntikan kedua pada bulan depan?” Suntikan tetanus adalah vaksin yang …

Read More »

Jangkitan Bacterial di Kemaluan Ketika Hamil

  Baru-baru ini saya menulis tentang jangkitan fungal di kemaluan ketika hamil. Ramai pula yang bertanya mengapa pula kegatalan mereka tidak berkurang walaupun telah mencuba ubat suppository dan krim dari farmasi. Saya tidak pernah menggalakkan mana-mana rakan FB yang membaca penulisan saya dan kemudiannya membeli ubat dari farmasi. Ia adaah kesalahan besar. Saya tidak membuat consultation online sebegitu. Saya hanya memberi panduan dan penerangan mengenai sesuatu penyakit agar pembaca dapat menggunakannya ketika berbincang dengan doktor. Saya pernah pergi ke farmasi kerana mahu membeli peralatan medic untuk kegunaan bapa saya dan mendapati ubat antibiotik dijual seperti menjual gula-gula. Ada juga yang …

Read More »

Kelongsong Bayi Tidak Kelihatan Semasa Ultrasound

  Komunikasi antara doktor dan pesakit adalah perlu. Tugas doktor bukan saja merawat pesakit tetapi juga memberikan penerangan terhadap penyakitnya, mengenai apa yang sedang berlaku di dalam tubuh pesakit itu. Tanpa penjelasan yang terbuka dan jelas, akan terdapat ruang-ruang kesamaran yang akan diisi oleh pelbagai tanggapan dan andaian. Klinik fb saya kali ini menjawab persoalan yang tidak dijelaskan oleh doktor dengan sebaiknya. ”Salam doktor, apa itu kelongsong bayi? Masa pemeriksaan ultrasound, doctor ada memberitahu saya mengenainya. Tapi saya tidak faham penjelasannya..” Ini adalah contoh di mana komunikasi antara doktor dan pesakit amat lemah. Saya tidak menyalahkan pesakit kerana perkataan kelongsong …

Read More »

Jangkitan Fungal Ketika Hamil

Klinik FB saya masih lagi ajukan dengan soalan berkaitan dengan kehamilan. Banyak isu-isu yang perlu dijelaskan dan diharapkan dapat memberikan manfaat bagi pembaca. Kegatalan pada kemaluan di kalangan wanita amat ketara kerana di Pusat Kesihatan tempat saya bekerja sekurangnya 10 orang wanita datang dalam seminggu akibat kegatalan pada kemaluan. Kegatalan pada kemaluan bermakna rasa tidak selesa, rasa mahu digaru dan adakalanya pedih di bahagian kemaluan luar (labia majora dan minora). Selain itu terdapat juga lendiran dari faraj yang berwarna putih, seperti susu basi. Adakalanya mendatangkan ketidakselesaan ketika melakukan jima’ dan rasa pedih dan terbakar ketika kencing. Namun begitu jangkitan fungal …

Read More »

Bila Harus Ke Hospital Untuk Kelahiran?

“Mana doktor? Mana doktor? Bini saya dah nak terberanak ni !” Saya masih ingat peristiwa itu ketika saya masih lagi menjadi houseman (doktor pelatih) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baru hari kedua. Semua kelam kabut bila saya diberikan ‘pressure’ begitu. Saya segera memanggil Dr Khairiah, registra di Jabatan O&G. Tak sempat untuk bertanyakan apa-apa lagi. “Relaxlah Zubaidi. Dah ambil history dan buat clerking?” Dr Khairiah memang relax. Sekarang sudah menjadi Pakar Perunding O&G di Pusat Bersalin Barakah, Kelang. Saya terkedu. Saya juga menjadi kelam kelam kabut seperti suami wanita itu. Dengan tenang Dr Khairiah memeriksa. Saya memerhati dan kemudiannya …

Read More »

Bolehkah Kelahiran Normal Selepas Pembedahan Cesarean?

Ramai ibu yang hamil lebih suka menjalani kelahiran normal daripada kelahiran melalui proses pembedahan Cesarean. Oleh itu ramai yang tertanya-tanya apakah mereka boleh melahirkan anak secara normal, walaupun sebelum ini pernah menjalani pembedahan Caserean? Pertanyaan kali ini datangnya dari seorang ibu yang menghadapi masalah yang serupa. “Assalamualaikum doktor. Saya membaca artikel doktor mengenai pembedahan Caseraen, hanya ingin meminta pendapat. Anak pertama saya dilahirkan secara Caseraen kerana pintu rahim hanya buka 4 cm setelah 15 jam menunggu. Anak kedua juga lahir secara Caserean walaupun bukaan sudah 7cm disebabkan tahap Hb saya menurun kepada 4. Kedua-duanya dilakukan secara Emergency Caserean” “Sekarang saya hamil …

Read More »

Selamat Menggunakan Paracetamol Ketika Hamil

Saya kerap meneliti topik yang diminati oleh pembaca blog saya. Ini membantu saya menyiapkan penulisan yang diharapkan dapat membantu menghuraikan isu besar di kalangan rakan FB saya. Penulisan saya bertajuk ”Pengambilan Paracetamol (Panadol) Ketika Hamil” adalah antara topik yang selalu dibaca oleh rakan FB. Ia adalah topik yang berada di tangga ke tiga teratas dalam senarai penulisan popular di blog. Pembaca boleh melihatnya di https://drzubaidi.com/blog/?p=509 Penulisan saya ketika itu cuba menepis dakwaan segelintir orang yang mengatakan bahawa pengambilan ubat Panadol atau Paracematol di akhir kehamilan (trimester ketiga) akan menyebabkan anak mendapat penyakit asthma atau alahan paru-paru. Walau bagaimanapun, penulisan saya …

Read More »

Punca Pendarahan di Awal Kehamilan

Sebelum ini saya ada menulis tentang pendarahan di awal kehamilan. Kebanyakan isunya mengenai keguguran dan mengapa kita harus bersabar dengan musibah yang Allah turunkan. Anda boleh membacanya di https://drzubaidi.com/blog/?p=750.   Namun banyak juga pertanyaan yang masuk di dalam inbox facebook saya bertanyakan mengenai punca-punca pendarahan itu. Malah ada yang keliru antara pendarahan dan darah haids.   “Doktor, saya tidak pasti tentang maksud pendarahan yang disebut orang. Tetapi saya mengalami haids sekarang walaupun saya hamil”   Pendarahan (atau istilah perubatan dinamakan sebagai spotting) bermaksud ialah keluarnya darah dari vagina setelah didiagnosa hamil oleh doktor. Darah yang keluar biasanya ‘ringan’ iaitu darah …

Read More »

Kegatalan Kulit Semasa Hamil

Saya merasa kasihan pada ibu yang hamil apabila mereka mengalami alahan teruk ketika hamil. Ada kalanya kulit mereka menjadi kering, beruam merah dan adakalanya terdapat bekas-bekas cakaran dan garu akibat kegatalan yang mengganggu.   Ramai juga yang berasa agak bimbang untuk memakan ubat yang diberikan kerana sayangkan kesihatan anak yang dikandung.   ”Teruk dugaan saya pada kehamilan yang lalu. Kulit saya tumbuh biji-biji gatal. Sepanjang malam saya menggarunya” keluh seorang wanita yang hamil. ”Saya sudah kurangkan makan seafood, kacang dan telur.Tapi masih lagi gatal, doc”   Bagi yang menghidap masalah alahan kulit, tentu keadaan mereka menjadi bertambah teruk. Rajin-rajinlah menyapu …

Read More »

Anak Dalam Kandungan Dilarikan Bunian

“Doc, you kena tolong sepupu I. Kesian dia. Doktor di Pusat Kesihatan kata dia tak mengandung!” Rakan saya membawa sepupunya yang dikatakan sedang hamil. Abdomennya tidaklah membesar tetapi wanita itu kelihatan seperti sukar berjalan. Agak mengangkang dan menjulurkan abdomennya. ”Mana suaminya?” soal saya. ”Dia ni ada masalah sikit dengan suami dia. Suami dia nak ceraikan dia”, kata rakan separuh berbisik. Saya melengkapkan prosedur biasa. History-taking, pemeriksaan ultrasound dan lainnya. Mengikut kiraan saya, umur kehamilan ialah 23 minggu. Namun saya tidak mengesan imej bayi yang sepatutnya bergerak-gerak dalam rahemnya. Ujian UPT juga negative. “Bro, dia memang tak mengandung lah !” “Habis …

Read More »

Urine Pregnancy Test (UPT) Boleh Mengelirukan

Saya percaya ramai ibu-ibu pernah menguji kehamilan mereka melalui ujian air kencing, sama ada yang didapati dari farmasi atau klinik. Namun ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang diuji dalam air kencing mereka. Ujian yang dilakukan ialah Urine Pregnancy Test (UPT) untuk mengesan kandungan hormon hCG atau hormon human chorionic gonadotropin yang dikeluarkan oleh uri (placenta) pada bayi. Pembentukan uri berlaku sebaik saja janin(embryo) ‘ditanam’ (implantation) pada rahim. Uri akan menghasilkan hormon hCG dan dapat dikesan melalui air kencing wanita itu. Alat UPT membantu mendiagnosa kehamilan di awal kehamilan. Adakah ianya tepat? Pada Oktober 2001 Journal JAMA article (JAMA. 2001;286:1759-1761) …

Read More »

BAHAYA KENCING KOTOR BAGI IBU HAMIL

Pada hari itu, Pusat Kesihatan Ibu dan Anak yang merawat dan menyaring ibu yang hamil bermasalah, penuh. Dari tempat parking kereta, ruang menunggu, ruang farmasi sehingga ke toilet, semuanya penuh sesak. Para ibu beratur di pintu toilet menunggu giliran mereka untuk kencing dalam bekas urine container. Air kencing kemudiannya di hantar ke makmal kecil untuk pemeriksaan sebelum dipanggil oleh doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. ”Apa pasal doktor ni menyusahkan kita? Kalau tak periksa air kencing, tak boleh ke? Ini nak masuk toilet pun beratur macam anak itik” rungut seorang ibu muda. “Alah ikut je lah arahan doktor…” ”Saya bukannya ada kencing …

Read More »

Menghadapi Kesedihan Akibat Keguguran

Dari segi perubatan, menguruskan kes keguguran di awal kehamilan adalah amat mudah. Ada kalanya wanita itu tidak perlu dimasukkan ke hospital apabila pemeriksaan ultrasound menunjukkan rahemnya telah kosong. Janin yang gugur itu telah keluar dan tidak perlu di’cuci’ dengan kaedah dilatation and curettage (D&C). Namun yang perlu dirawat ialah hati mereka yang sedih dan kecewa akibat keguguran. Saya terpaksa meluang sedikit masa untuk berbincang dan memberikan semangat kepada mereka. Saya lebih kecewa mendengar kata-kata yang seolah-olah tiada lagi masa depan untuk mereka. “Doktor apalah nasib saya. Saya telah gagal memberikan zuriat untuk suami saya. Saya wanita tak guna!” ”Masihkah suami …

Read More »

Sejauh Mana Ketepatan Ultrasound Mengesan Jantina?

“Doktor, kenapa doktor cakap bayi saya perempuan. Minggu lepas buat scan di klinik lain, doktor kata lelaki!” Fuh… berpeluh saya mahu jawab soalan itu. Apakan tidak, saya tidak tahu judgement yang dilakukan oleh doktor lain. Mungkin pada masa itu dia melihat ada petunjuk-petunjuk yang membawa kesimpulan bahawa bayi itu lelaki. Saya buat scanning sekali lagi. Berulang-ulang kali. Masih lagi mencari petunjuk yang dilihat oleh doktor ’di klinik lain’ itu. Setelah 15 minit berusaha untuk memuaskan hati ibu muda itu, akhirnya saya menyerah mengangkat bendera putih. Saya tidak jumpa imej bayang zakar yang seharusnya ditemui di layar mesin ultrasound yang membawa …

Read More »

Keperluan Menilik Jantina Bayi Menggunakan Ultrasound

“Doktor, bolehkah saya tahu jantina bayi yang sedang saya kandung ini?” Ramai doktor yang teragak-agak untuk menjawab soalan itu. Perasaan bersalah dan berdosa pernah menjelma di jiwa saya. Adakah saya mengganggu qadar Allah yang menentukan sama yang bakal dilahirkan itu lelaki atau perempuan? Selama ini saya menganggap apa yang berada di dalam rahem seorang ibu adalah rahsia Allah. Walhal rahsia Allah ialah sesuatu yang ditentukan oleh Allah sebelum benih lelaki dan wanita disenyawakan di dalam rahem. Namun apabila persenyawaan telah berlaku, jantina bayi telah ditentukan, bayi ditempatkan di sebuah ruang sementara bernama rahem. Segala-galanya telah ditentukan Allah dan bukan menjadi rahsia …

Read More »

Kehamilan dan Ubat Batuk Diphenhydramine (Benadryl®)

Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan. Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia difikirkan …

Read More »

Pendarahan Ketika Baru Hamil

Seorang wanita muda datang bersama suaminya berjumpa saya. Mukanya nampak agak sedih. Lalu dia duduk meceritakan pendarahan yang dialaminya. Musibah atau rahmat? “Doktor, saya baru bernikah 5 bulan. Baru-baru ini saya saya miss period 14 hari, dan sudah buat ujian pregnancy dan ia positif. Masalahnya ada darah keluar dari kemaluan saya. Saya keguguran ke?” Saya tidak berminat untuk bertanya lanjut mengenai masalah pendarahannya. Sebaliknya saya tersentuh dengan kesedihannya. Agaknya apa yang sedang difikirkan. “Doktor, saya memang harap-harap benar saya mengandung kali ini. Keluarga belah saya dan suami selalu bertanya. Saya harap kandungan ini boleh diselamatkan” Saya menarik nafas panjang. Saya …

Read More »

Komplikasi Pembedahan Cesarean

Mahukah anak anda lahir pada 1 Jan 2011, supaya tertera di kad pengenalannya sebagai 1.1.11 ? Caranya mudah, lakukan pembedahan Cesarean untuk melahirkan anak. Malah waktu kelahiran pada 11 pagi atau 11 malam juga boleh dirancang. Begitukah tahap kegilaan ibubapa yang kononnya menyayangi anaknya dan cuba memberikan terbaik untuk anaknya? Kelahiran bayi melalui pembedahan Cesarean secara elektif sudah menjadi popular walaupun ianya bukanlah pilihan yang baik. “Elektif” bermaksud tiada keperluan dari segi perubatan. Ianya bukannya prosedur emergency untuk menyelamatkan nyawa ibu atau anak. Maka jika seseorang wanita berhasrat untuk melakukan pembedahan Cesarean, haruslah berbincang dengan doktor untuk mengimbangi antara kebaikan …

Read More »

Memahami Kekejangan Otot Kaki

Kekejangan otot kaki adalah masalah yang kerap dihadapi oleh ibu yang hamil dan atlet. Ia adalah suatu pengalaman yang mahu dielakkan bagi mereka yang pernah mengalaminya. Namun harus diketahui bahawa kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki sahaja, malah mungkin isunya lebih besar. Ini bermakna kekejangan hanya satu simptom, bukannya satu penyakit. Jika berulang dengan kerap, berjumpalah dengan doktor. Kali ini saya cuba membincangkan kekejangan otot dalam tiga keadaan, iaitu kekejangan otot kaki di waktu malam, di kalangan atlet dan di kalangan ibu hamil. Punca dan sebabnya hampir sama. Kekejangan otot kaki di waktu malam Ia dikenali …

Read More »

Pengambilan Paracetamol Ketika Hamil

Sebelum ini, saya tidak ada masalah memberikan Paracetamol (PCM) pada pesakit-pesakit saya. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, Paracetamol menjadi ubat untuk menghilangkan demam. Ianya menepati sunnatullah. Namun baru-baru ini saya mendapat pertanyaan dari seorang rakan mengenai penggunaanya pada ibu yang hamil. Ianya berikutan dengan laporan media yang memetik satu kajian ringkas yang tidak teliti di siarkan dalam sebuah Journal Perubatan luar negeri. Dalam Journal Perubatan Thorax, kajian itu mengaitkan wanita hamil yang penggunaan paracetamol  di akhir kehamilan dengan masalah pernafasan berbunyi (wheezing) pada kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke bawah. Sila rujuk : Paracetamol use in pregnancy and wheezing in early childhood; …

Read More »
error: Content is protected !!