“Salam doctor, apa yang boleh membantu untuk cepat sembuh dari luka pembedahan Caesarean? Ubat apa yg perlu diambil. Terima kasih, doctor” Wa alaikum mus salam. Saya ucapkan tahniah kerana puan telah selamat menjalani pembedahan Cesarean yang besar. Puan mula menjalani tanggungjawab yang besar, iaitu selain menanggung tanggungjawab sebagai seorang ibu, puan juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga luka yang puan alami. Nasihat pertama saya ialah ialah cuba elakkan dari mengangkat barang-barang berat, selain dari bayi puan. Mengangkat benda berat akan mengganggu proses penyembuhan luka puan kerana ia akan regangkan luka dan melonggarkan ikatan jahitan di situ. Jahitan pada luka pembedahan …
Read More »Kehamilan
Adakah Saya Hamil?
“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya sudah berkahwin selama enam bulan. Baru-baru ini saya tidak datang haid selama 2 bulan. Saya juga mempunyai tanda-tanda seperti loya, muntah, bengkak payudara, bertambah berat badan, perut membesar dan kerap kencing. Adakah saya hamil, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya amat memahami perasaan puan yang mahu hamil segera. Kehamilan pertama adalah peristiwa yang amat dinantikan oleh kebanyakan pasangan muda. Kadang-kadang perasan untuk hamil begitu kuat sehinggakan seorang wanita merasa telah hamil, padahal dia belum lagi hamil. Jadi seorang wanita yang mengalami masalah seperti puan, belum tentu disahkan hamil. Beliau perlu melakukan beberapa pemeriksaan …
Read More »Batuk dan selesema ketika hamil
“Assalamualaikum doktor. Saya hamil 16 minggu. Saya mengalami selsema. Kepala saya asyik berdenyut-denyut dan saya mengalami batuk berpanjangan. Saya mohon penerangan doctor . Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Apabila seorang wanita sedang hamil, sistem pertahanan badan akan menjadi rendah. Ini bertujuan untuk melindungi bayi dalam rahem, tetapi puan akan lebih mudah terkena jangkitan kuman yang menyebabkan batuk dan selesema. Ini bermakna, ketika hamil sistem pertahanan badan puan anda menjadi rendah dan demam selesema akan menjadi lebih teruk. Selesema adalah antara tanda puan diserang penyakit sinuditis. Antara tanda lain ialah: 1. sakit tekak 2. batuk 3. …
Read More »Panduan Untuk Wanita Hamil yang Berkerja
“Salam doktor. Saya seorang pegawai tadbir di sebuah agensi kerajaan. Ini kehamilan pertama saya. Walaupun saya tidak banyak melakukan pergerakan fizikal, ada kalanya saya merasa stress dengan kerja dan kerenah ketua pejabat saya. Ada kalanya saya duduk di hadapan komputer dalam jangka masa yang lama. Adakah semua ini akan menjejaskan kehamilan saya?” Wa alaikum mus salam. Ramai wanita yang bekerja ketika hamil tidak begitu menitikberatkan soal kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Sebagai contoh, mereka menganggap kerjaya sebagai pegawai tadbir yang bekerja di pejabat, tidak mengganggu kehamilan dan kesihatan diri mereka. Mereka berpendapat dengan menjalani pemeriksaan antenatal secara berkala di …
Read More »Suntikan Pethidine untuk sakit kronik
“Salam Dr, saya sekarang mengidap cellulitis, dalam masa yg sama saya memang mengambil pethedine IV 150mg, sekali atau dua kali sehari. Sekarang saya mengalami sakit badan, sakit sendi dan sakit kepala. Walaupun telah diberi suntikan itu, saya masih merasa sakit. Mohon pandangan” Wa alaikum mus salam. Pethidine adalah suatu ubat penahan sakit yang kuat, selalunya diberikan kepada pesakit-pesakit yang tertentu saja, terutamanya pesakit kanser dan pesakit yang baru saja menjalani pembedahan. Ia bukanlah ubat yang terbaik untuk pesakit yang mengalami sakit kepada atau sendi kerana tidak mengurangkan rasa sakit. Selain itu kesan ubat ini selalunya akan berkurangan di mana pesakit …
Read More »PENYAKIT FIBROID MENYEBABKAN SUKAR HAMIL?
PENYAKIT FIBROID MENYEBABKAN SUKAR HAMIL? Fibroid menjadi salah satu punca masalah kesuburan dalam kalangan kaum wanita dalam usia yang subur. Tetapi tidak semua wanita yang menghidap fibroid akan mengalami kesukaran untuk hamil kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mendapat anak. Hal kesuburan ini bergantung kepada bilangan, posisi dan saiz fibroid yang dialami. Hanya kira-kira lima peratus daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid yang berada pada posisi di lapisan dalam rahem (jenis submukosa) atau fibroid yang mempunyai saiz yang besar saja mempunyai masalah kesukaran untuk hamil. Fibroid itu yang mempunyai saiz terlalu besar, boleh …
Read More »Bolehkah Mengambil Halia Ketika Hamil?
Halia atau “Zingiber officinale” boleh bertindak sebagai anti-loya dan anti-muntah bagi wanita yang hamil. Namun begitu harus berhati-hati dengan dos yang digunakan. Jika membeli ekstrak halia di farmasi, pastikan ia mengandungi 1,000 hingga 1,500 mg dalam sehari. Dos ini boleh dibahagikan kepada tiga kali sehari atau dua kali sehari. Berhati-hati ketika mengambil ekstrak halia terutama di awal kehamilan. Cara paling selamat ialah mengambil halia yang segar dan potong nipis kira-kira sebesar 1-2cm dan masukkan ke dalam air teh yang panas dan minum perlahan-lahan untuk mengurangkan rasa loya dan mahu muntah. Wallahu a’lam. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi …
Read More »SAKIT PADA LUKA LAMA
“Asalamualaikum doktor saya nak bertanya , saya melahirkan anak yang ke 4 melalui pembedahan. Walaupn sudah masuk 4 tahun kalau sya buat angkat berat2 atau buat keja kasar, tempat pembedahan itu ade rasemacam menggigit-gigit, ngilu dan pedih . Adakah ia normal?” Wa alaikum mus salam. Puan merasa tidak selesa pada luka pembedahan, kerana luka puan belum benar-benar sembuh atau parut puan tidak berapa kuat menyambungkan dua bahagian yang dipotong ketika pembedahan. Antara punca-puncanya ialah : 1. Setiap wanita mengalami proses penyembuhan yang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Jika pesakit mengalami penyakit kronik seperti …
Read More »Lebam selepas suntikan
“Assalamualaikum Dr, Semasa sy mengandung anak kedua saya mengalami masalah kurang darah. Seminggu sebelum bersalin hb saya hanya 9 sahaja. Kemudian doktor mengarahkan saya agar mengambil suntikan. Tetapi setelah setahun tempat suntikan saya masih lebam dan sakit. Saya risau jika ada kesan jangka masa panjang. Saya harap dr dapat menjawab masalah saya” Dr Zubaidi Hj Ahmad Wa alaikumussalam. Semasa suntikan itu, berkemungkinan jarum telah menembusi saluran darah yang kecil sehingga menyebabkan pendarah di bawah kulit. Pengumpulan darah yang banyak akan menyebabkan kulit kelihatan lebam, dan adakalanya menyebabkan rasa sakit. Dalam masa sehari boleh dituamkan dengan ketukan ais yang dibalut dengan …
Read More »Kehamilan di luar rahem
“Assalamu alaikum doctor, saya berumur 23 tahun dan baru-baru ini saya telah hamil selama 8 minggu, disahkan melalui ujian air kencing UPT. Ini kehamilan pertama saya. Malangnya apabila doctor melakukan pemeriksaan ultrasound, mendapati janin saya berada di dalam saluran fallopian. Doktor mengesahkan saya mengalami kehamilan luar rahim. Bagaimana hal ini boleh berlaku, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya amat bersimpati dengan ujian ALLAH yang puan hadapi. Saya harap puan banyak bersabar dan berada dalam rawatan yang terbaik. Kehamilan luar rahim sebenarnya kerap berlaku, iaitu satu dalam 20 kehamilan. Ia berlaku di luar kawalan wanita yang hamil, dan hanya wanita …
Read More »Hubungan intim selepas pembedahan Ceserean
“Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor”. Wa alaikum mus salam. Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu. Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang berlebihan mengambil masa lebih lama untuk …
Read More »Bahaya Bau Petrol pada Wanita Hamil
Wanita hamil yang kerap terdedah dengan pencemaran udara tahap tinggi mempunyai kemungkinan dua kali ganda untuk mendapat anak yang mengalami autism. Banyak kajian saintifik mendapati wanita yang terdedah kepada bau dari minyak petrol yang mengandungi plumbum di udara mempunyai kemungkinan dua kali ganda untuk mempunyai anak yang menghadapi masalah autism. Selain itu ia boleh menyebabkan keguguran di kalangan wanita yang hamil pada awal usia kehamilan. (rujuk: Golub, Mari S., ed. (2005). “Summary”. Metals, fertility, and reproductive toxicity. Boca Raton, Fla.: Taylor and Francis. p. 153. ISBN 978-0-415-70040-5). Selain dari petrol, saya nasihatkan juga wanita yang hamil supaya mengelakkan aktiviti yang …
Read More »Perlukah melakukan MGTT ketika hamil?
“Assalam mu alaikum. Doctor, saya ingin bertanya berkenaan MGTT. Berat saya sebelum hamil 52.5kg, kemudian turun kepada 50 kg setelah memasuki kehamilan bulan ke 3. Saya melakukan pemeriksaan pada 25 minggu kehamilan, dan berat saya naik mendadak sebanyak 2kg. Doctor yang memeriksa menyuruh saya melakukan MGTT. Saya ada baca blog doctor dan saya rasa kenaikan berat 2 kg/sebulan adalah normal. Ketinggian saya 163 cm, dan BMI saya ideal. Adakah saya perlu melakukan MGTT?” Wa alaikum mus salam. Saya mendapati BMI puan adalah ideal dan kenaikan 2 kg ketika berada trimester kedua adalah normal. Jika puan tiada masalah lain, puan tidak …
Read More »Perlukah rawatan D&C selepas Keguguran?
“Salam, doctor. Baru-baru ini saya mengalami keguguran. Saya telah menjalani rawatan “cuci rahem”. Setengah doctor berpendapat ia tidak perlu kerana menyebabkan luka dalam rahem. Jadi apakah rawatan yang sebenarnya harus saya terima selepas keguguran? Bolehkah saya hamil semula selepas ini? Terima kasih.” Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah puan. Saya doakan agar ALLAH permudahkan usaha puan untuk hamil semula. Apabila puan keguguran, melalui ujian UPT yang negatif dan doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat sama ada janin yang telah meninggal dunia itu masih berada dalam rahem, atau rahem puan telah kosong. Jika rahem …
Read More »Sakit lutut dan suntikan Orthovisc ketika hamil
“Salam doc, sy berumur 33 thn dah mengalami arthritis. pd 14 june 2013 lalu sy ada telah disuntik dgn orthovisc injection ke atas lutut kiri saya. Sy sekarang merancang utk mengandung anak ketiga. sekiranya sy merancang utk mengandung atau sy disahkan mengandung, adakah othovisc injection itu selamat? utk pengetahuan doctor, next appointment sy utk orthovisc injection adalah 25 june 2013 dan saya telah lewat period selama 3 hari” Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Sebagai pengetahuan umum, Orthovisc adalah sejenis cairan sintetik yang sama seperti cairan sendi (synovial fluid). Ia dibuat daripada bahan hyaluronic acid. Cairan sendi adalah …
Read More »Bahayakah Amalgam sebagai Penampalan Gigi ?
“Betulkah doctor, amalgam penampal gigi membuatkan kita mengalami masalah mental” .. Seorang pelajar perubatan tahun akhir bertanya kepada saya melalui ruang chatting di FB. Saya belum pernah terfikir hal itu. Saya percaya jika ia mendatangkan kemudaratan yang serius, tentu KKM tidak membenarkannya. “Mana dapat maklumat ini?” “Saya baca dari penulisan yang dikongsikan di FB” Cepat saya balasannya. “Nasihat saya, jika kita mahu menjadi seorang doctor yang bijak dan matang, jangan terus percaya dengan apa saja yang dikongsikan di fb. Buat kajian sendiri di mana-mana journal perubatan. Sekarang ini mudah mendapatkannya secara online..” Penggunaan amalgam sebagai bahan penampal gigi …
Read More »Mengambil antibiotik ketika hamil
Saya selalu memberikan nasihat agar berhati-hati terhadap penggunaan antibiotic di kalangan bayi dan kanak-kanak. Tetapi bagaimana pula dengan wanita yang hamil? Adakah ia selamat digunakan oleh ibu yang hamil dan bayi dalam rahem? Antibiotik selalu diberikan kepada wanita hamil yang mengalami jangkitan kuman. Ia tidak diberikan kepada jangkitan virus atau jangkitan fungal. Oleh itu penggunaan antibiotic yang berhati-hati tidak memudaratkan ibu yang hamil dan bayi dalam rahem. Adakah wanita hamil yang dijangkiti meninggalkan penggunaan antibiotic adalah langkah yang bijak? Seorang wanita sedang sakit dan memerlukan antibiotic untuk sembuh, perlu mengambil rawatan antibiotic. Tidak semua rawatan …
Read More »RISIKO FIBROID KETIKA HAMIL
RISIKO FIBROID KETIKA HAMIL Fibroid merupakan ketumbuhan yang tidak merbahaya yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Ketumbuhan fibroid berlaku pada seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Sebanyak 20 % wanita dalam lingkungan usia reproduktif, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid. Pada usia melebihi 35 tahun, kejadian fibroid berlaku secara lebih kerap, iaitu menjangkau sebanyak 40 %. Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah: wanita pada usia subur (30 hingga 40 tahun), wanita yang over weight atau obese wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid wanita …
Read More »Kebocoran Air Tuban
Salam doktor. Saya hamil 15 minggu. Dua minggu lepas saya mengalami pendarahan yang serius. Alhamdullillah sekarang sudah tiada pendarahan. Sekarang ini, saya risau dengan mengenai air yang keluar melalui faraj saya dan sering membasahi ‘panty liner’ saya. Kuantitinya sedikit sedikit. Doktor membuat pemeriksaan dan confirm air ketuban saya bocor. Persoalan saya adakah bayi saya akan selamat? Mohon jawapan dan pendapat daripada doktor. Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Kehamilan puan telah diuji dua kali, pertama dengan pendarahan di awal kehamilan, dan sekarang kebocoran air tuban. Kebocoran air tuban boleh berlaku apabila terdapat koyakan kecil pada selaput …
Read More »Bacaan hormon hCG ketika hamil
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada sikit pertanyaan..saya ada endometrosis stage 4 dan saya sedang buat treatment ivf utk kali 4. Semlm merupakan hari ke 10 ivf..saya ambil hgc..resultnya 11.3. Saya diminta utk ambil sekali hgc pd hari isnin. Soalan saya apakah bacaan yg sepatutnya utk mengesahkan sesorg itu hamil bagi kami yg buat ivf. Harap doc sudi menjawab. Trima kasih. Perkataan hCG adalah singkatan bagi “Human Chorionic Gonadotropin” dan merupakan hormone yang menandakan seorang wanita itu hamil. Ia dikeluarkan oleh placenta (uri) setelah seminggu setelah janin ditanam ke dalam lapisan endometrium setelah seminggu berlaku proses persenyawaan. Tahap hormone hCG akan …
Read More »Lapisan Endometrium dalam Rahem Menebal
As salam mu alaikum doktor, saya baru melakukan proses D&C yang pertama pada 19/1/13 ketika usia kandungan 10 minggu. Namun begitu setelah 2 minggu darah masih keluar dan doctor telah melakukan D&C untuk kali ke 2 kerana doktor beritahu ada darah beku tidak keluar. Seminggu selepas itu saya datang untuk melakukan pemeriksaan ultrasound tapi doktor memberitahu bahawa rahem saya masih tebal. Apakah risiko yang akan saya hadapi dan bagaimana cara utk pulihkan rahim? Wa alaikum mus salam.. Saya tertanya-tanya berapa ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang puan maksudkan. Ini kerana ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang normal …
Read More »Keguguran dan Kitaran Haid Tidak Teratur
As salam mu alaikum doctor, saya berumur 28 tahun, berat 45kg,tinggi 150cm. Saya baru lepas keguguran pada bulan December 2012. Bila discan jantung bayi tidak dapat dikesan, dan tidak membesar. Doktor beritahu bayi saya telah meninggal dunia dalam rahem. Ketika itu usia kehamilan baru 13 mnggu dan saya dinasihatkan supaya melakukan prosedur D&C. saya keliru mengapa boleh terjadi sebegitu. Sekarang saya ingin merancang kehamilan semula, tetapi saya tidak pasti kitaran haid saya selepas keguguran. Bagaimana mahu tahu hari subur saya. Terima kasih. Dr Zubaidi Hj Ahmad: WA ALAIKUM MUS SALAM.. Saya telah membaca email puan dan bersimpati dengan masalah yang …
Read More »Peluang hamil selepas Tubectomy
“Assalammualaikum doctor, 6 tahun yang lalu saya telah melahirkan 3 cahaya mata hasil perkongsian saya bersama dengan bekas suami melalui pembedahan cesaerean, iaitu pada tahun 2004, 2005 dan 2006. Selepas itu doktor telah mengikat tali rahim (saluran fallopian) saya supaya tidak hamil lagi. Apakah saya mempunyai harapan untuk hamil semula? Ini kerana umur saya masih muda dalam lingkungan 30. Saya berhasrat untuk hamil dua orang cahaya mata lagi untuk bakal suami baru saya, biarpun saya tahu risikonya tinggi. Terima kasih.” Komplikasi Pembedahan Cesarean Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya telah membaca email puan dan bersimpati dengan masalah …
Read More »BENGKAKAN PAYUDARA KETIKA HAMIL
“Assalam mu alaikum doktor. Saya mempunyai masalah ketulan di sebelah kiri paydara saya.Untuk pengetahuan doctor saya menyusukan bayi saya sepenuhnya. Pada mulanya saya ingat bengkak susu tetapi seminggu kemudian masih ada ketulan tu. Saya telah pergi ke klinik swasta dan diberi surat untuk dirujukkan ke doctor pakar. Saya telah pergi mendapat tarikh temujanji di hospital kerajaan pada 14hb Feb nanti nanti. Saya sangat risau dan tidak tahu apa harus saya lakukan. Saya mohon pendapat doctor. Jasa baik doctor amatlah dihargai. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Saya berdoa agar puan diberikan ketabahan menghadapi …
Read More »Diabetes ketika hamil
SAYA berusia 36 tahun dan kini sedang mengandung anak ketiga dengan usia kandungan sudah tujuh bulan. Masalahnya, saya kini berasa sakit dan pedih di sekitar kemaluan dan kedua-dua belah paha apabila berjalan, berdiri terlalu lama dan apabila bangun jika duduk dalam tempoh yang lama. Perlukah saya berurut untuk mengurangkan kesakitan itu? Selain itu, saya baru mengambil ujian glukosa darah yang disebut OGTT oleh doktor pada minggu lepas dan keputusannya adalah 9.0 mmol/L (berpuasa) dan 11 mmol/L selepas dua jam minum glukosa. Adakah keadaan ini akan berterusan sehingga saya bersalin dan apakah keburukannya pada bayi saya? * Mas, Subang, Selangor. Jawapan: Terima …
Read More »Kehamilan Blighted Ovum..
Saya sangat simpati dengan kesedihan yang menimpa para wanita yang keguguran di awal kehamilan. Namun percayalah bahawa ini adalah ujian dari ALLAH untuk menguji kekuatan iman kita dan saya percaya ALLAH mahu berikan yang terbaik untuk kita. Maka eloklah kita jangan terlalu bersedih, malah berdoa agar ALLAH menggantikan kehilangan kita itu dengan sesuatu yang lebih baik. Kebanyakan punca keguguran di awal kehamilan disebabkan oleh keadaan yang dinamakan ‘blighted ovum’. Ia berlaku apabila ovum yang disenyawakan dengan sperma, membentuk embryo,yang kemudiannya melekat pada dinding rahem, tetapi gagal berkembang menjadi janin. Embryo ini atau lebih sesuai dipanggil ‘tisu’ ini hanya membentuk kantung …
Read More »‘Hanya nampak kantung’ saja…
“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…” “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti …
Read More »Kehamilan anggur
Assalamu alaikum, doktor. Saya telah berkahwin pada akhir tahun lepas. Pada awal tahun Januari 2012, isteri saya disahkan hamil tetapi isteri saya perlu membuat prosedur D&C kerana pakar sakit puan berkenaan memberitahu isteri saya hamil tetapi janin dalam rahem telah hancur. Keputusan makmal mengesahkan bahawa isteri saya telah mengalami ‘kehamilan anggur’. Apakah faktor-faktor perkara ini terjadi doktor? Terima kasih. Wa alaikum mus salam. Saya sangat bersimpati dengan takdir yang menimpa sudara dan isteri. Ini semua ujian ALLAH bagi menguji keimanan kita dan bagi mereka yang bersabar akan dibalas dengan kebaikan di akhirat sana. Saya juga mengucapkan tahniah atas kesabaran yang …
Read More »Dusphaton dan Keguguran
“As salamu alaikum doktor. Saya baru keguguran 19 hari lepas Saya ingin bertanya adakah pil dupasthon boleh menyebabkan keguguran. Untuk makluman doktor, ketika kehamilan saya berusia 5 minggu, saya disahkan dan dirawat sebagai ”threatened abortion” dan semasa hamil kali ke dua, saya masih menyusukan anak pertama. Adakah rahim saya tidak kuat ? Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan simpati terhadap takdir yang dialami oleh puan, dan saya berdoa agar ALLAH memberikan yang terbaik untuk puan. Saya ada menulis mengenai keguguran ini dan mengharapkan puan dapat membacanya di https://drzubaidi.com/blog/?p=1083. …
Read More »Ubat penahan sakit dan keguguran
“Doktor saya sering mengalami sakit kepala dan telah didiagnosakan oleh doctor sebagai migraine. Kadang kala saya tidak tahan menanggung sakit kepala saya, seolah-olah ada batu berat yang berada pada kepala saya. Adakalanya saya rasa mahu menghantukkan kepala saya bagi mendapatkan kelegaan. Sakit kepala sangat mengganggu kerja saya sehingga saya terpaksa MC beberapa hari dalam sebulan. Nasib baik saya menjalankan perniagaan sendiri. Doktor yang merawat saya telah memberikan ubat penahan sakit bagi meredakan sakit kepala saya. Ia sangat mujarab. Setiap kali saya sakit, saya akan cepat-cepat menelan ubat itu. Jika tidak saya akan menaggung sakit kepala sepanjang hari. Baru-baru ini seorang …
Read More »Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?
As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur. Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative. Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat …
Read More »Dos Vitamin C yang dibenarkan?
Ramai yang keliru dengan dos vagi vitamin C yang selamat diambil setiap hari. Jika kita melihat label pada botol suplemen Vitamin C yang dijual di farmasi, kita kadang kala juga menjadi keliru Ada yang melabelkan sebagai 200mg, da nada yang mencecah 500mg bagi setiap tablet pil. Malah ada yang mencecah 1000 mg. Saya tidak menafikan masih terdapat perdebatan di kalangan ahli sains mengenai dos yang dibenarkan untuk mendapat manfaat yang terbaik bagi mengekalkan kesihatan manusia. “Linus Pauling Vindicated; Researchers Claim RDA For vitamin C is Flawed” (Press release). Knowledge of Health. July 6, 2004. Walau bagaimana pun, mengikut North American …
Read More »Bahaya ubat Epilim (sodium valproate) ketika hamil
Assalamualaikum doktor, maaf mengganggu. Sekarang saya sedang hamil anak pertama 5 minggu. Saya didiagnosakan sebagai pseudoseizure dan diberikan ubat Epilim 200 pada usia 13 selepas kemalangan jalanraya. Apabila memasuki university saya tidak pernah mendapat serangan epilepsy dan doktor telah mula kurangkan dosnya. Sekarang saya tidak lagi menggunakan pil itu. Saya ingin bertanya jika saya masih berisiko untuk mengalami komplikasi ubat itu ketika hamil. Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH permudahkan usaha puan untuk hamil. Untuk pengetahuan puan, ubat Epilium yang diberikan doktor mengandungi bahan aktif sodium valproate, yang digunakan untuk merawat epilepsy (sawan). Dalam …
Read More »Psoriasis boleh diwarisi?
Salam doctor, Saya bakal mendirikan rumahtangga. Pasangan saya menghidap penyakit kulit yang serius iaitu Psoriasis selama 10 tahun, terutama pada kaki, badan dan kulit kepala. Adakah bakal zuriat saya nanti akan mengalami psoriasis juga ? Adakah ia penyakit genetik ? Sekian . Saya amat bersimpati dengan ujian yang diterima oleh pasangan puan dan mengucapkan tahniah atas kesabaran beliau menghadapi ujian itu selama ini. Sebenarnya agak sukar untuk menjawab soalan puan kerana ia adalah kebarangkalian yang belum dapat dipastikan. Firman Allah bermaksud, “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja.” (Surah …
Read More »Air tuban atau air kencing?
“Assalamu alaikum.. Saya hamil 20 minggu. Bila saya batuk atau bersin kuat, saya perasan seluar dalam saya akan basah. Walau bagaimana pun ia tidak sering belaku. Saya sangka ia disebabkan ‘leaking’ air tuban. Tetapi bidan terlatih mengatakan ia bukan air tuban. Saya keliru..” Wa alaikum mus salam. Agak sukar untuk menentukan sama ada cecair yang keluar itu adalah air tuban atau air kencing. Kalau mahu menilai dari segi fizikal, air kencing mungkin lebih berbau lebih hancing. Tetapi ia bukanlah suatu kemestian, kerana kuantiti air kencing yang sedikit ada kalanya tidak bersifat hancing. Saya mencadangkan agar puan berjumpa dengan doctor …
Read More »Mengesan Duchenne Muscular Dystrophy ketika hamil
As salam mu alaikum doktor, Dua minggu lepas 2 orang anak lelaki kakak saya telah diagnose sebagai penghidap Duchenne Muscular Dystrophy (DMD). Selama yang saya ketahui tiada susur galur keturunan saya yang mengidap penyakit ini. Saya dimalumkan bahawa penyakit ini dikategorikan sebagai penyakit yang jarang dihidapi dan ia adalah penyakit genetik. Perlukah saya atau anak lelaki saya melakukan ujian utk mengesan sama ada saya juga adalah pembawa DMD/pengidap DMD? Sekiranya saya hamil, perlukan saya memberitahu pakar sakit puan tentang penyakit ini supaya ujian pengesanan dapat dibuat? Terima kasih. Walaiakum mus salam, Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Banyaklah bersabar …
Read More »