Kehamilan

PENGGUNAAN SPRAY UBAT NYAMUK KETIKA HAMIL

  “Salam doctor. Baru-baru ini kawasan perumahan saya dilanda bencana banjir. Setelah banjir surut, saya dapati banyak nyamuk di rumah saya. Kami terpaksa menggunakan ubat membunuh nyamuk (mosquito coli) dan adakalanya menggunakan spray. Adakah ia merbahaya kepada saya, yang sedang hamil ? Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya tidak nafikan kadang kala kita terpaksa menggunakan ubat nyamuk untuk membunuh nyamuk. Apatah lagi sekarang banyak kes denggi, ada yang terpaksa dimasukkan ke dalam wad dan ada yang meninggal dunia.   Banyak jenama ubat nyamuk yang ada di pasaran. Nama yang sering kita gunakan iaitu “ubat”, amat …

Read More »

Kencing kotor ketika hamil, pendarahan dan sakit pinggang

KENCING KOTOR KETIKA HAMIL, PENDARAHAN DAN  SAKIT PINGGANG “Assalamualaikum dr.  Saya ada terbaca blog dr mengenai masalah kencing kotor dan saya ingin pencerahan lebih lanjut mengenai masalah saya..   1- Saya merupakan pelajar di luar negara timur. Kini isteri saya hamil dua minggu.. Dalam minggu ini beliau kerap kali mengadu bahawa beliau sakit pinggang dan kerap kencing dan juga muntah2.  Baru sebentar tadi beliau dapati bahawa terdapat sedikit pendarahan.  Kemudian saya terus bawa ke klinik..   2- Hasil ujian makmal mendapati bahawa beliau ada kuman  pada air kencing dan puratanya ‘4-6’.  (Saya juga xberapa faham kerana tiada penerangan dari dr …

Read More »

Pemeriksaan gigi, ubat bius, xray dan cabut gigi semasa

PEMERIKSAAN GIGI, UBAT BIUS, XRAY  DAN CABUT GIGI SEMASA HAMIL     “Assalammualaikum Doctor, hanya Allah sahaja dapat membalas kebajikan Doc dan moga dipermudahkan urusan seharian dan moga diberkati. Saya adalah follower FB Doc sejak tahun kebelakangan lagi. Saya ingin menanyakan soalan kepada doc jika tak keberatan. Saya baru disahkan mengandung pada semalam di mana usia kehamilan sekitar 6 minggu. Soalan saya adalah di dalam masa 6 minggu ini (sebelum tahu saya hamil) saya ada mencabut gigi di klinik,   Sekarang yang menjadi persoalan dan merisaukan saya adalah adakah ubat bius yang digunakan untuk mencabut gigi bahaya untuk kandungan walaupun …

Read More »

Merancang mendapatkan anak lelaki selepas dua kali cesarean

MERANCANG MENDAPATKAN ANAK LELAKI SELEPAS DUA KALI CESAREAN   “Salam Dr. Zubaidi, saya berumur 34 tahun dan mempunyai 2 orang anak berumur 8 tahun dan 5 tahun yang kedua-duanya perempuan. Saya juga terpaksa bersalinkan kedua-dua anak saya tersebut dengan kaedah ceaserean.   Saya ingin sangat untuk mendapatkan anak lelaki pula..dari aspek kesihatan & perubatan moden, apakah nasihat Dr.dari segi cara pemakanan mahupun lain-lain cara yang sewajarnya yg boleh Dr. berikan pandangan untuk saya mencapai matlamat saya ini.  Menurut kata pegawai perubatan semasa saya bersalinkan anak kedua saya..saya hanya boleh bersalin seorang anak sahaja lagi iaitu saya hanya boleh mempunyai 3 orang …

Read More »

HABBATUS SAUDA DAN KEHAMILAN

HABBATUS SAUDA’ DAN KEHAMILAN “Salam doktor, saya sedang hamil 34 minggu. Saya bercadang untuk mengambil suplemen habbatus sauda ketika hamil dalam bentuk softgel. Saya juga ada mengambil new obimin, suplemen yang diberi di klinik kerajaan. Boleh saya mengambil kedua-dua suplemen ini dalam masa yang sama? Atau saya perlu berhenti berhenti ambil pil obimin? Adakah suplemen habbatus sauda mempunyai kesan sampingan ketika hamil? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengambilan habatus sauda sebagai suplemen sangat baik untuk orang yang tidak mempunyai penyakit, sebagai meningkatkan daya ketahanan tubuh.   Ia juga digunakan oleh perubatan purba, semenjak zaman tamadun Firaun di …

Read More »

KADAR JANTUNG PERLAHAN SEMASA HAMIL

  “Assalammualaikum Dr Zubaidi, maaf menganggu, saya ingin bertanyakan soalan mengenai kadar deyutan jantung perlahan (bradycardia). Saya berumur 29tahun baru berkahwin, tidak bekerja serta sedang mengandung anak pertama berusia 14 minggu. Saya ingin bertanyakan soalan mengenai kadar denyutan jantung saya yang perlahan sekitar 50-51 adakah ianya berbahaya? Untuk pengetahuan Dr. Saya juga telah membuat pemeriksaan ECG di klinik kesihatan dan Dr dari klinik kesihatan telah meminta saya ke HKL untuk rawatan selanjutnya. Saya atau keluarga terdekat tidak mempunyai sebarang penyakit berkaitan dengan jantung serta saya tidak mengalami sebarang symptoms seperti pening, pitam, loya atau sebagainya semasa mengandung. Cuma agak keletihan, …

Read More »

Folic acid 1 mg atau 5 mg?

FOLIC ACID 1 MG ATAU 5 MG UNTUK WANITA HAMIL?   “Assalamualaikum doktor.  Saya ada satu soalan berkenaan perbezaan antara folic acid 1mg dengan folic acid 5mg? Kebiasaan wanita hamil 1trimister mengambil folic acid 1mg atau 5mg? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengamalan folik acid ketika hamil adalah penting  kerana ia boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran terutama masalah kecacatan saraf yang dikenali sebagai neural tube defects.   Saya ada menulis dalam blog mengenainya. Rujuk  https://drzubaidi.com/blog/?p=1038.   Bagi wanita yang mempunyai hasrat untuk hamil, dicadangkan mengambil folic acid sebanyak 400 mikrogram (mcg)  atau 0.4 miligram (mg) setiap hari …

Read More »

Guna Pil Perancang Hari ke 12

GUNA PIL PERANCANG HARI KE 12 “Assalam mu alaikum doktor, Maaf menggangu, nak mintak pendapat doktor tentang pil perancang. Bolehkah sekiranya saya mula mkn pil itu pada hari ke 12 dari period? adakah fungsi pil itru akan berkesan? untuk makluman doktor, saya tidak pernah mengambil pil sebelum ini. terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Pil perancang kehamilan selalunya diambil pada hari pertama, atau ketiga atau ke lima, bergantung kepada janis pil. Tidak ada yang disyorkan untuk ambil pada hari ke 12. Pil ini selalunya berkesan selepas 2 hari diambil. Sebab itu ia diambil pada hari masih haid, bagi melindungi hubungan …

Read More »

DARAH HAID ATAU KEGUGURAN?

  “As salamu alaikum  Dr Zubaidi,  saya hendak mendapat kepastian dari DR. Semalam saya pergi check di klinik,  saya hamil.  Jalur pada UPT samar. Doktor cakap saya hamil 5 minggu. Petang tadi, saya travel ke Rawang n didapati bleeding sedikit.  Pertanyaan saya betul ke saya hamil? Adakah kehamilan saya selamat . Pagi ini saya check masih ada lagi bleeding cairan coklat . Terima kasih doctor.” WA ALAIKUM MUS SALAM Keputusan yang menunjukkan tanda samar pada bahagian “test (T)” pada UPT, tidak semestinya puan hamil. Pemeriksaan lanjut harus dijalankan untuk pengesahan kehamilan seperti pemeriksaan ulrasound atau pemeriksaan darah untuk hormon hCG. …

Read More »

Ujian kehamilan menggunakan jenama clearblue digital

UJIAN KEHAMILAN MENGGUNAKAN CLEARBLUE DIGITAL   “Salam doktor, sya telah lewat haid 3 hari dan keputusannya ialah seperti dalam gambar. Saya nak tahu, bila masa sesuai untuk saya ke klinik buat ujian kehamilan untuk memastikan saya betul-betul hamil. Terima kasih ?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ujian kehamilan jenama Clearblue Digital mempunyai satu kelebihan apabila dapat mengirakan usia kehamilan wanita yang menggunakannya.   Pihak pengeluar mendakwa usia kehamilan yang dikirakan dengan alat ini adalah tepat dan menyamai ketepatan pemeriksaan menggunakan mesin ultrasound.   Dia menggunakan teknik  Dual Smart Sensor ™ seperti ujian dua dalam satu yang bukan sahaja memberitahu …

Read More »

PUNCA RASA SAKIT KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SEMASA HAMIL

“Salam doktor, saya sekarang hamil 5 bulan.Hampir 2 bulan kami berpisah kerana suami belajar di luar negara dan sekarang suami sudah kembali ke Malaysia. Masalah saya ialah setiap kali melakukan hubungan seksual,  saya berasa sakit dan senak, sehingga saya tidak dapat menikmati seks itu sendiri. Saya ingin meminta penjelasan doktor apakah punca kesakitan itu dan apa yang perlu saya dan suami buat untuk mengurangkan rasa sakit ini seterusnya dapat sama-sama menikmati hubungan seksual sewaktu hamil.  Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Hubungan seksual bersama suami atau isteri semasa hamil adalah suatu yang normal dan tidak perlu dihalang. Ia adalah hubungan …

Read More »

Tip Memilih Bra Ketika Hamil

TIPS MEMILIH BRA KETIKA HAMIL “Salam doctor. Saya hamil 20 minggu. Saya banyak membaca dan ada yang menyatakan bahawa kita harus menukarkan bra yang sesuai. Benarkah? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Semasa hamil, akan berlaku perubahan pada saiz dan bentuk payudara seseorang wanita. Pada masa itu payudara  sedang membina  lebih banyak tisu-tisu  untuk memuatkan kelenjar-kelenjar susu. Ia persediaan awal bagi menyediakan payudara untuk menyusukan anak setelah melahirkannya kelak. Pemakaian bra semasa hamil haruslah digalakkan kerana ia memberi sokongan pada payudara untuk mengurangkan penarikan tisu yang boleh menyebabkan buah dada menjadi kendur terutama pada wanita yang mempunyai payudara …

Read More »

PERUBAHAN EMOSI KETIKA HAMIL

“Salam doktor, isteri saya hamil pada usia kehamilan 30 bulan. Saya mendapati isteri saya seolah-olah mengalami tekanan perasaan. Beliau mudah marah dan menghempas barang pada hal sebelum hamil  beliau merupakan seorang wanita yang periang. Apakah faktor utama berlakunya perubahan emosi berkenaan?. Mohon pencerahan, terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Hampir  kesemua wanita yang hamil akan mengalami perubahan emosi yang bercampur, iaitu perasaan gembira kerana berjaya hamil dan pada masa yang sama merasa tertekan dan letih, akibat keletihan di tempat kerja, balik ke rumah pula terpaksa melakukan kerja-kerja rumah dan melayan anak-anak dan suami, dan  banyak tenaga yang dihabiskan …

Read More »

GEJALA JANGKITAN KUMAN PADA GINJAL KETIKA HAMIL

  “Salam doktor, saya hamil 20 minggu. Baru-baru ini saya mengalami rasa pedih ketika kencing dan melihat air kencing saya agak keruh. Saya rasa sangat letih dan demam menggigil. Adakah ini tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Mohon pencerahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semasa hamil, jangkitan kuman pada pundi kencing lebih mudah menjangkiti berbanding dengan wanita yang tidak hamil.   Jika tidak diberikan rawatan yang sempurna, kuman akan menjangkiti pula buah pinggang (ginjal) dan boleh memudaratkan diri dan bayi dalam rahem.   Tanda-tanda jangkitan kuman pada ginjal ialah : 1. Demam panas (sehingga menggigil, dan berpeluh) 2. …

Read More »

APAKAH GELAJA JANGKITAN KUMAN PADA PUNDI KENCING PADA WANITA HAMIL?

  “Salam doktor. Saya hamil 20 minggu. Saya mengalami kencing yang kerap. Ada rakan-rakan mengatakan saya mengalami kencing kotor, dan jurarawat di pusat kesihatan pula mengatakan ia adalah normal bagi wanita yang sedang hamil. Bagaimana saya hendak mengetahui sama ada ia disebabkan oleh kencing kotor atau disebabkan rahem saya yang sudah membesar? Mohon pencerahan. Terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM. Kencing kotor adalah nama yang diberikan oleh orang awam untuk jangkitan kuman dalam air kencing. Ia boleh berasal dari pundi kencing atau dari ginjal. Gejala jangkitan pada pundi kencing (cystitis) berbeza dari seorang wanita dengan wanita yang lain. Tanda-tanda biasa …

Read More »

KESAN DEMAM DI AWAL KEHAMILAN

“Salam doktor, saya hamil 10 minggu. Demam saya sekejap naik dan sekejap turun. Adakah kesan seperti ini memberi kesan pada bayi saya yang masih dalam rahem?”  WA ALAIKUM MUS SALAM Di awal kehamilan, demam yang rendah mungkin tidak menjadi masalah, tetapi demam tinggi (lebih dari 103 darjah Fahrenheit) boleh membawa maut untuk bayi. Ini disebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan peningkatan suhu dalam badan. Peningkatan susu ini, atau demam yang rendah ini bukanlah disebabkan oleh masalah jangkitan kuman. Namun begitu jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, …

Read More »

MENGAPA DEMAM KETIKA HAMIL BERBAHAYA?

“Salam doktor. Adakah demam ketika hamil berbahaya kepada bayi dalam rahem. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Di awal kehamilan, demam yang rendah(kurang dari 103 darjah Fahrenheit atau 38.6 darjah Celcius) mungkin tidak menjadi masalah. Ini disebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan peningkatan suhu dalam badan. Ia bukanlah disebabkan oleh masalah jangkitan kuman. Namun begitu jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, melebihi 38.6 C, ia boleh menyebabkan pembentukan fizikal janin yang melibatkan pembentukan tulang dan otot tadi menjadi terjejas dan akhirnya menyebabkan kecacatan janin …

Read More »

BINGUNG CYST DAN KEHAMILAN

“Assalamualaikum Dr.  Saya ingin bertanya pendapt  tentang perkara yang sedang saya alami skrg, iaitu berkaitan dengan kehamilan. Saya  telah membuat ujian UPT di rumah dan keputusan kabur. Hari pertama haid saya yang terakhir  ialah 26.8.2014. Saya telah ke klinik swasta pada  8.10.2014 untuk kepastian dan ujian UPT menunjukkan jalur lebih terang berbanding yang dibuat di rumah. Apabila  doctor melakukan pemeriksaan perut, doctor memberitahu tiada apa-apa  yang dapat dikesan cume ada cyst sebesar 3x3cm. Doktor juga memberitahu  kemugkinan saya hamil tetapi janin tidak jelas. Saya sy perlu melakukan pemeriksaan ultrasound ulangan, tambahan pula ada  keluar cairan coklat dalam kuantiti sedikit setiap …

Read More »

berhati-hati menggunakan shampu anti kutu

BERHATI-HATI MENGGUNAKAN SHAMPOO ANTI KUTU “as salam dr zubaidi, saya nak tanya. bolehkah wanita mengandung (8 bln) menggunakan ubat kutu? terima kasih.”     WA ALAIKUM MUS SALAM Sebelum menggunakan sebarang shampoo anti-kutu, sentiasalah baca arahan pada pek atau risalah yang diletakkan di dalam kotak shampoo tersebut. Shampoo anti kutu haruslah digunakan berhati-hati oleh: 1. bayi yang berusia di bawah usia enam bulan 2. wanita hamil dan menyusukan anak 3. individu yang mengalami asma atau mudah mendapat alahan Jika anda masih tidak pasti, dapatkan nasihat daripada pegawai farmasi di tempat shampoo itu dijual. Walau bagaimana pun terdapat shampoo anti-kutu yang …

Read More »

hamil lendiran darah di mulut selepas makan antacid untuk gastrik

HAMIL LENDIRAN DARAH DI MULUT SELEPAS MAKAN ANTACID UNTUK GASTRIK   Assalammualaikum doctor. Saya hamil 12 minggu dan sering diserang gastrik yang teruk. Semalam saya kena serangan gastrik lagi. Kemudian saya ambil pil antacid, tetapi bila bangun pagi ini ada keluar lendiran berwarna merah. Adakah kesan dari pengambilan pil itu? Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Lendiran berwarna merah, (berkemungkinan darah) sangat berbeza dengan muntah darah atau batuk berdarah.   Muntah darah selalunya seseorang itu akan betul-betul muntah, dan isi muntahan itu mengandungi campuran makanan yang dimakan, dan darah yang berketul. Darah itu …

Read More »

Mahu Hamil Semula Selepas Gugur

MAHU HAMIL SEMULA SETELAH GUGUR “Salam doctor, saya mengalami mengalami keguguran  pada  dua bulan lepas, dan saya telah habis mengalami haid sekarang.  Saya  ingin tahu, adakah saya perlu rehat beberapa bulan utk hamil semula? Sekian, mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya ucapkan takziah pada puan atas kehilangan yang puan alami. Berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Janganlah bersedih. Rasulullah S.A.W bersabda:  “Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan:”Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”, maka …

Read More »

KESAN KEHAMILAN TERHADAP PENYAKIT ASTHMA

“Salam doktor. Apakah risiko saya mengalami asthma apabila saya hamil? Untuk pengetahuan doktor saya agak kerap diserang asthma tetapi setakat ini hanya menggunakan inhaler dan nebulizer salbutamol saja. Mohon pencerahan. Terima kasih”  WA ALAIKUM MUS SALAM Bagi wanita yang tidak pernah mengalami asthma sebelum hamil, selalunya kehamilan tidak menyebabkan beliau mengalami serangan asthma. Tetapi bagi wanita yang pernah mengalami asthma sebelum hamil, kesan kehamilan terhadapan penyakit asthmanya berbeza-beza. Satu pertiga dari pesakit asthma yang hamil, akan mengalami serangan asthma yang teruk. Satu pertiga lagi akan merasakan penyakit asthmanya bertambah baik. Dan satu pertiga lagi kehamilan tidak memberikan apa-apa kesan terhadap …

Read More »

Risiko bius pengsan kepada ibu dan janin dalam rahem

RISIKO BIUS PENGSAN KEPADA IBU DAN JANIN DALAM RAHEM?       “Salam doctor. Saya akan menjalani pembedahan tidak lama lagi. Adakah pembedahan dan penggunaan ubat bius akan memberik kesan pada janin saya ? Saya baru hamil 12 minggu? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Secara amnya doktor akan untuk menunggu sehingga selepas kelahiran bayi sebelum menjalankan apa-apa pembedahan yang tidak mendesak.   Doktor pakar bedah akan melakukan pembedahan kepada wanita hamil hanya jika keadaan mereka keadaan mereka sangat serius dan boleh mengancam nyawa ibu, jika pembedahan tidak dilakukan pada masa itu. Contoh penyakit itu ialah …

Read More »

Clomid ubat penyubur

CLOMID UBAT PENYUBUR     “Salam doktor. Baru-baru ini saya ke klnik kerana masalah kitaran haid saya tidak menentu dan saya telah berkahwin selama 3 tahun tapi belum ada anak. Doktor memberikan saya ubat CLOMID. Bolehkah saya menggunakannya?  Mohon pencerahan”    WA ALAIKUM MUS SALAM Pada kebiasaannya penyebab utama sukar untuk hamil ialah apabila seorang wanita mengalami ANOVULATION , iaitu wanita itu gagal menghasilkan telur ovum dalam setiap kitaran haid mereka. Selalu masalah ini selalu dihadapi oleh wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Namun begitu sebilangan kecil wanita yang mempunytai kitaran haid yang normal mengalami masalah yang sama. …

Read More »

KERAP KEGUGURAN

“Salam doctor. Saya berumur 35 tahun dan sudah sepuluh tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan zuriat. Sebelum ini saya pernah hamil beberapa kali, malangnya setiap kali hamil, saya keguguran di awal kehamilan. Kali terakhir saya hamil dan keguguran ialah pada akhir tahun lepas. Sehingga kini, saya sudah lima kali keguguran. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya bersimpati dengan masalah puan. Namun saya percaya setiap yang berlaku ini tentu ada kebaikannya. Saya doakan ALLAH menggantikan kehilangan puan dengan sesuatu yang lebih baik di akhirat nanti. Keguguran di aal kehamilan adalah suatu yang normal. Namun jika ia melebihi …

Read More »

KEGUGURAN TANPA DISEDARI AKIBAT KEHAMILAN KIMIA

“Salam doctor, saya baru berkahwin. Beberapa minggu yang lepas, saya tidak datang haid seperti biasa. Saya beli alat UPT dan hasilnya positif. Tidak lama kemudian, saya buat semula pemeriksaan UPT dan saya mendapati negative pula. Kemudian saya mengalami darah haid seperti biasa. Apakah saya keguguran kerana saya tidak perasaan ada tisu janin yang keluar. Mohon penjelasan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya berpendapat pada mulanya puan telah hamil dan pemeriksaan UPT menunjukkan keputusan positif. Ini berlaku selepas telur perempuan (ovum) telah disenyawakan oleh benih lelaki (sperma) di fallopian tiub, dan bergerak ke rahem dan akhirnya tertanam pada dinding rahem. …

Read More »

Tanda luka pembedahan Caesarean mengalami masalah

TANDA LUKA PEMBEDAHAN CAESAREAN MENGALAMI MASALAH “Salam. Saya telah menjalani pembedahan Caesarean dua minggu lepas. Saya mendapati ada cecair jernih yang keluar dari luka tersebut. Adakah ia tanda bahaya doctor. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Cecair yang keluar dari luka Caesarean adalah perkara yang normal, terutama terutama bagi wanita yang berbadan besar. Namun terdapat banyak cecair itu, ia akan mengganggu penyembuhan kerana luka pembedahan seharusnya kering dan bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman. Secara ringkasnya, saya berikan beberapa tanda yang menunjukkan luka Caesarean mengalami jangkitan kuman dan perlu dirawat segera. 1. Demam berterusan. 2. Sakit pada luka 3. …

Read More »

Penjagaan Luka Pembedahan Cesarean

PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN CESAREAN   “Salam doctor. Isteri saya baru melahirkan anak melalui pembedahan Cesarean. Bolehkah saya mengamalkan petua-petua yang sama bagi wanita yang melahirkan anak secara normal? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Luka selepas pembedahan Cesarean ketika melahirkan anak, memerlukan penjagaan yang lebih teliti kerana luka yang dijahit itu lebih besar dan dalam berbanding luka episiotomy di faraj. Bagi wanita yang dibenarkan pulang ke rumah, saya mencadangkan agar melakukan pergerakan lebih awal iaitu berjalan secara perlahan-lahan di sekeliling katil. Jangan risau dengan luka tersebut akan terbuka atau sebagainya, kerana banyak kajian menunjukkan melakukan pergerakan selepas pembedahan …

Read More »

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL

  “Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut.   Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan.   Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya ke …

Read More »

PENDARAHAN AKIBAT KETUMBUHAN POLYPS SEMASA HAMIL

“Salam doctor, saya berumur 37 tahun, hamil kali pertama. Sewaktu saya umur kehamilan saya 19 minggu saya mengalami pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan memberitahu saya bahawa uri saya berada di bahagian atas. Jadi pendarahan saya alami bukanlah disebabkan oleh masalah uri di bahagian bawah. Semenjak itu saya kerap mengalami pendarahan dan ketika usia kehamilan saya berusia 21 minggu, doctor mendapati ada  ketumbuhan polyp yang bertangkai. Adakah ketumbuhan polyp ini bahaya, doctor? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Masalah yang puan alami sebenarnya jarang berlaku. Namun ia bukanlah suatu yang berbahaya pada diri dan bayi …

Read More »

JANGKITAN HEPATITIS B KETIKA HAMIL

  “Salam, doctor. Saya hamil anak pertama dan doctor telah mengesahkan bahawa saya telah mengalami jangkitan Hepatitis B. Saya agak risau dan bingung kerana sepanjang pengetahuan saya, penyakit Hepatitis B hanya berjangkit melalui hubungan kelamin. Bagaimana saya boleh dijangkiti penyakit ini sedangkan suami saya telah melakukan pemeriksaan darah dan disahkan negative. Bagaimana pula dengan anak saya dalam kandungan? Adakah ia boleh diubati dengan ubat-ubatan tradisional? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya bersimpati dengan puan. Namun puan bukanlah berseorangan. Menurut statistic, dianggarkan seramai 1.3 juta penduduk Malaysia dijangkiti kuman Hepatitis B. Ramai pesakit pulih setelah diberikan …

Read More »

Wanita yang pernah keguguran boleh mendapat sakit jantung

KEMATIAN BAYI DALAM RAHEM DAN KEGUGURAN BERKAITAN DENGAN PENYAKIT JANTUNG PADA MASA HADAPAN     Wanita yang pernah mengalami beberapa kali keguguran (miscarriage) dan kematian bayi dalam rahem (stillbirth) adalah penanda bagi wanita itu mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung pada masa hadapan.   Kajian ini telah diterbitkan dalam journal perubatan terkenal, Annals of Family Medicine.   Dalam kajian itu mereka mendapat risiko untuk mendapat penyakit jantung (coronary heart disease) adalah 27% lebih tinggi bagi wanita yang pernah mengalami keguguran atau kematian bayi dalam rahem berbanding dengan wanita yang tidak pernah mengalaminya.   Mereka juga mendapat sebanyak banyak …

Read More »

TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL

“Salam doctor. Saya berumur 25 tahun dan hamil 24 minggu. Baru-baru saya menjalani pemeriksaan di Pusat Kesihatan Ibu dan Anak. Saya disyaki mempunyai darah tinggi. Bacaan tekanan darah saya ialah 150/90. Saya tidak pernah mnghidap penyakit ini sebelumnya. Cuma ibu dan bapa saya memang kedua-duanya pesakit darah tinggi dalam rawatan. Saya ingin bertanya, apakah punca penyakit darah tinggi dialami oleh wanita hamil? Mohon nasihat doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Seorang wanita didiagnosakan sebagai mempunyai penyakit darah tinggi ketika hamil (Pregnancy Induced Hypertension) apabila bacaan tekanan darahnya melebihi 140/90 atau bacaan diastoliknya saja yang melebihi 90 mmHg. Bacaan ini …

Read More »

TEKANAN DARAH RENDAH KETIKA HAMIL

Salam doktor, saya seorang ibu muda berusia 19 tahun. Saya mempunyai persoalan yang memerlukan kepastian. Saya kini sedang hamil dan semenjak hamil, tekanan darah saya semakin turun. Tekanan darah normal saya adalah 110/70 dan 110/60, tetapi telah mencecah kepada 90/53 dan kini 90/40. Adakah keadaan ini membahaya atau petanda yang tidak baik? Malahan, berat saya juga menurun sebanyak 3.7 kg. dalam masa tujuh minggu. Saya pernah pitam dan menjadi seram sejuk dengan tiba-tiba. Saya juga selalu hampir pitam apabila ingin berdiri ketika sedang duduk atau baring. Keadaan ini kerap berlaku. Mohon keterangan lanjut daripada yang pakar. Segala maklum balas, saya …

Read More »

Luka Pembedhan Ceserean Lebih Baik Dijahit Dari Dikokot (Staples)

“Salam doctor. Saya ingin bertanya. Saya berbincang dengan doctor sakit puan saya dan dia memberikan saya pilihan sama ada mahu menjahit luka Ceserean menggunakan jahitan biasa atau pun kokot staple. Mengikut pengetahuan dan pengalaman doctor, mana yang lebih baik. Mohon penverahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM, Di Malaysia, luka ceserean ketika mengeluarkan anak dari rahem selalunya ditutup dengan dua cara. Cara pertama menggunakan jahitan biasa dan satu lagi menggunakan kokot (staple). Penggunaan kokot semakin popular di kalangan doctor kerana ia lebih cepat dan kosnya lebih murah. Dianggarkan bahawa menutup luka menggunakan kokot, paling kurang lebih cepat 10 minit berbanding …

Read More »

Punca Sakit Belakang Ketika Hamil

“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.   Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.   Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan …

Read More »
error: Content is protected !!