Koleksi Artikel

Merawat Luka Pembedahan

Saya mempunyai banyak pengalaman bersama pesakit yang telah menjalani pembedahan. Sepanjang lima tahun saya bekerja di wad pembedahan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, banyak teknik dipelajari yang kadangkalanya dikutip dari pengalaman. ”Entah apa-apa nurse kat pusat kesihatan tu. Cuci luka bapa saya cincai je. Lambat baik. Geram saya. Kalau dia orang tak nak kerja, baik balik saja” Baru-baru ini seorang lelaki yang berjawatan tinggi di sektor swasta mengeluh kepada saya. Melepas geram. Saya mengangguk-angguk kepala saja. Perlahan-lahan saya membaringkan bapanya yang berumur 62 tahun di atas katil pesakit. ”Sudah dua bulan. Luka masih macam ni !” Saya membuka balutan luka …

Read More »

Pancutan Awal Boleh Merosakkan Hubungan Suami Isteri

Pada mulanya saya tidak berminat untuk membincangkan soal seksual dan jima’ suami isteri. Walaupun ia termasuk dalam bidang perubatan (Sexual Health), tetapi saya amat bimbang jika penulisan saya ini akan memberikan kesan negatif kepada remaja. Bagi remaja yang sedang dalam proses menjadi dewasa, apa saja rangsangan seksual akan menyebabkan remaja teringin mencubanya. Saya amat bimbang, terutama remaja lelaki. Namun setelah saya ditanya oleh beberapa soalan yang luar biasa dari beberapa orang sahabat FB, yang mendakwa hubungan suami-isteri menjadi tegang, maka saya hanya berserah kepada Allah agar penulisan saya tidak disalahtafsirkan atau memberikan kesan buruk kepada masyarakat. “Doktor, setiap malam saya …

Read More »

Cara Mengurang Kesakitan & Bengkak pada Payudara

”Doktor, saya mengalami penyakit yang pelik. Saya merasa sakit pada ke dua-dua belah payu dara saya. Seolah-olah seperti ditekan, direntap dan bengkak. Ia berlaku pada bulan mengambang dan berulang-ulang untuk 2-3 bulan. Banyak tempat saya telah pergi untuk rawatan. Doktor di semua klinik mengatakan saya tidak mengalami apa-apa sakit. Hanya mainan perasaan” “Kemudian suami saya membawa saya kepada satu rawatan tradisonal Melayu. Bomoh yang merawat mengatakan kemungkinan saya didengki seorang perempuan kerana payu dara saya lebih besar darinya. Mengikut kata bomoh itu lagi, perempuan ini menghantar ’santau bulan’, jadi apabila bulan mengambang, saya akan berasa sakit pada payudara saya.” Saya …

Read More »

Apa yang Perlu Ada dalam ‘Air Mineral’?

Ramai yang keliru dengan pelbagai jenama air mineral yang ada di pasaran. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu yang mana yang harus saya pilih. Cuma saya ada beberapa jenama yang menjadi kegemaran saya berdasarkan deria rasa di hujung lidah saya. Air mineral yang ‘sedap’ diminum, itulah jenama pilihan saya kerana pada mulanya saya menganggap semua air mineral mempunyai kandungan mineral yang sama. Tetapi itu bukannya cara yang baik untuk memilih air mineral. Apatah lagi jika air yang berisipadu 500ml dibayar dengan nilai 1 ringgit. Bayangkan kalau ada pengilang yang hanya mengambil air paip dan membotolkannya sebagai air mineral. Tentu wang …

Read More »

Kesan Kaffein Kepada Kesuburan Wanita

Saya ditanya tentang kaitan kesuburan dengan pengambilan kaffein. Dalam penulisan kali ini saya memfokuskan kesan kaffein terhadap kesuburan wanita dan risiko keguguran. Bagi wanita yang tidak mempunyai masalah kesuburan, tentunya kaffein tidak memberikan apa-apa kesan. Bagaimana pula dengan pasangan yang telah lama berkahwin dan masih menunggu dikurniakan cahaya mata? Nasihat saya, amalan meminum kaffein harus dihentikan bagi lelaki dan wanita. Beberapa kajian telah dilakukan dan mereka mendapati wanita yang yang minum lebih dari satu cawan kopi sehari akan mengalami kesan ketidaksuburan sebanyak 50 peratus. Kajian itu dijalankan pada tahun 1999 terhadap 100 orang wanita yang tidak mengamalkan minum kopi berbanding …

Read More »

Mengapa Bulu Mata Selalu Gugur?

Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang pesakit wanita mengenai bulu matanya yang sering gugur. Walaupun kehilangan bulu mata tidak begitu jelas, namun saya memahami perasaan seorang wanita. Kehilangan sehelai bulu mata sudah cukup membuatkannya aneh dan runsing. Mungkin sebagai lelaki, saya menganggap keguguran itu remeh, tetapi amat dirasakan oleh seorang wanita. Kecantikan adalah senjata utama bagi memikat hati suami. Bulu mata (eyelashes) adalah sebahagian dari bulu yang tumbuh pada badan seseorang. Ia berfungsi sebagai struktur yang menghalang habuk daripada memasuki mata di samping menambahkan kecantikan seseorang. Seperti rambut, bulu mata akan gugur setiap hari. Ia adalah perkara yang normal. Tidak …

Read More »

Kimia Toksik dalam Permainan dan Peralatan Bayi

Tanpa kita sedari banyak pencemaran toksik merbahaya berada di dalam rumah kita. Paling membimbangkan ialah bayi-bayi kita terdedah secara langsung kepada pencemaran ini. Sebelum ini saya ada menulis tentang bahaya pencemaran sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai BPA yang terdapat pada botol susu plastik. Kini saya cuba membawa beberapa kerisauan badan-badan bukan kerajaan tentang beberapa bahan-bahan kimia merbahaya lain yang ‘dekat’ dengan bayi kita. Belum banyak kajian saintifik mengenai kesan buruk pencemaran bahan kimia ini jika terdedah pada jangkamasa yang panjang. Malah bahan-bahan kimia ini menyebabkan banyak ‘penyakit-penyakit misteri’, telah dikategorikan sebagai “penyakit yang tidak diketahui sebabnya” atau unknown caused …

Read More »

Penjagaan Gigi Semasa Hamil

“Doktor, saya sedang hamil. Saya mendengar dari kawan-kawan, bahawa pemeriksaan gigi tidak boleh dilakukan semasa hamil. Saya bimbang dengan ubat bius dan ubat penahan sakit yang diberikan. Harap doktor dapat memberikan komen” Saya sering mendapat pertanyaan-pertanyaan sebegini. Banyak informasi yang salah dan ada kalanya mengelirukan kerana mendengar kata kawan-kawan. Saya cuba menjernihkan kekeliruan ini dengan memberikan penerangan dalam blog ini, semoga ianya bermanfaat. Ramai wanita yang hamil mempunyai masalah gusi dan gigi kerana gusi mereka mudah menjadi bengkak, mudah berdarah dan makanan yang dimakan mudah terselit di antara gigi dan gusi. Ini semua disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Oleh …

Read More »

Harapan untuk Dapatkan ‘Muka’ Semula

Saya amat kagum dengan kepakaran yang dimiliki oleh satu pasukan pakar pembedahan di Hospital Brigham dan Wanita di Boston. Saya percaya ilmu dan kemahiran yang diberikan oleh Allah kepada Dr Bohdan Pomahac yang mengetuai pasukan ini adalah satu rahmat dari-NYA. Masakan tidak beberapa kes kerosakan muka yang teruk telah berjaya dipuilihkan dengan izin Allah. Sebelum ini James Maki telah berjaya dibedah pada 9 April 2009 di hospital yang sama. Walaupun James Maki memerlukan beberapa pembedahan plastik seterusnya, namun wajah barunya tetap lebih baik dari ‘muka tanpa wajah’ sebelum ini. Kali ini seorang pekerja pembinaan,  Dallas Wiens, berumur 25, telah menjalani …

Read More »

Kepentingan Mengetahui Berat Bayi dalam Rahem

”Doktor, semasa saya berada di klinik, doktor memberitahu saya anak yang berada dalam kandungan mempunyai berat yang tidak normal. Maknanya pembesaran fizikalnya dalam rahem tidak mengikut umur kehamilan saya. Saya bimbang jika anak yang saya lahirkan akan mempunyai berat badan dan saiz yang kecil. Boleh doctor komen?” Saya sudah lama tidak melakukan pemeriksaan ultrasound untuk bayi dalam rahem. Saya amat kagum dengan teknologi kini yang mampu mengukur berat bayi yang bakal dilahirkan dengan lebih tepat. Sejak awal kelahiran, bayi di dalam rahem akan membesar dengan kadar yang berlainan jika dibandingkan dengan bayi-bayi yang lain. Ada bayi yang bersaiz besar dan …

Read More »

Adenovirus 14 (Virus Selsema Pembunuh)

Malaysia dikejutkan dengan beberapa kes jangkitan virus yang menyebabkan kematian berlaku di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL). Paling baru (saya menulis pada 21 mac 2011) seorang pelatih inspektor, Mohd Redzuan Ishak, 26, meninggal dunia 4.00 pagi 17 Mac 2011 selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana dijangkiti ‘Adenovirus’. Ia menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah dua orang sejak jangkitan pertama dikesan di pusat latihan utama milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu pada 4 Mac lalu. Kematian pertama membabitkan seorang pelatih konstabel, Mohd Azizan Azirid, 21, dari Kuala Kangsar, Perak yang meninggal dunia pada 8 Mac …

Read More »

Tahyul Moden: Garam Boleh Halang Kesan Radiasi Nuklear?

Pasaraya di Beijing dan Shanghai, China telah kehabisan bekalan serbuk garam semenjak khamis 17 Mac 2011. Ini kerana rakyatnya mempercayai khabar-khabar angin mengatakan kebocoran radiasi dari Kompleks Nuklear Fukushima Daiichi, Jepun boleh menyebabkan kanser thyroid. Iodised salt (garam yang ditambah unsur iodin) yang dijual di pasaraya pula dipercayai boleh mengelakkan kanser thyroid ini. Kerajaan China gagal mengawal khabar-khabar angin ini dan rakyat China semakin panik walaupun tahap radiasi di 41 buah bandar di China masih normal. Tahap panik yang melampau membuatkan seorang pelanggan di bandar Ningbo membeli bekalan serbuk garam untuk bekalan selama lima tahun bagi melindungi dirinya dan keluarganya. …

Read More »

Suntikan Vitamin K Meningkatkan Risiko Leukaemia?

Banyak sangat kontroversi perubatan yang melanda. Paling baru saya mendapat pertanyaan dari seorang ibu di Australia. Pertanyaan itu dihantar ke dalam inbox facebook saya. ”Doktor, saya berada di Australia sekarang. Doktor yang menyambut kelahiran anak saya tidak memberikan suntikan Vitamin K. Beliau hanya memberikan titisan supplemen Vitamin K di mulut anak saya. Apakah kesan jika saya mendapat suntikan Vitamin K kerana saya diberitahu oleh rakan-rakan bahawa suntikan Vitamin K amat merbahaya”   Amalan di Malaysia Di hospital kerajaan Malaysia, suntikan vitamin K diberikan kepada semua bayi yang baru dilahirkan. Saya belum mendengar di mana-mana conference perubatan yang saya hadiri tentang …

Read More »

Adakah BPA Selamat Pada Bayi Kita?

“Assalamualaikum, doktor.  Maaf mengganggu. Apa pendapat doktor tentang penggunaan botol yang mengandungi BPA. Bagaimana kita mahu menganalpasti botol itu mengandungi BPA atau tidak?” Soalan ini amat mengujakan saya. Saya rasa mahu menjawab segera. Saya percaya ramai ibu-ibu muda yang masih alpa akan kesan buruk bahan-bahan kimia yang terdapat pada produk-produk yang selalu digunakan. Padahal kesan bahan-bahan kimia ini amat besar ke atas generasi kita yang akan datang. Tentunya kita tidak menyangka bahawa dalam botol plastik susu anak kita mengandungi sejenis unsur kimia yang bahaya. Ini juga salah satu fakta yang menggalakkan penyusuan ibu kerana botol plastik susu bayi sekarang semakin …

Read More »

Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda

“Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?” Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen. Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat …

Read More »

Deodorant Menyebabkan Kanser Payudara?

Kontroversi Saya tidak menyangka bahawa ramai di antara rakan-rakan FB belum pernah mendengar khabar angin yang beredaran di internet tentang penggunaan deodorant atau antiperspirant di ketiak akan menyebabkan kanser payudara. Padahal khabar angin ini telah beredar bertahun-tahun lamanya. Saya menganggap khabar-khabar angin telah terjawab kerana saya mengambil pendirian pakar-pakar Oncologist dari serata dunia. Saya sendiri pernah menerima email dari rakan-rakan yang memetik kontroversi itu di sebuah jurnal terkenal, Journal of the National Cancer Institute. Jadi elok juga saya mengupas isu ini dengan lebih lanjut. Ramai pakar oncologist tidak berpendapat bahawa deodorant/antiperspirant boleh menyebabkan kanser payudara. Tetapi ramai saintis yang bekerja …

Read More »

RASA KEBAS TANGAN SEMASA HAMIL

Seorang wanita hamil datang berjumpa saya pagi itu. Dari jauh saya dapat mengagak bahawa dia sedang hamil walaupun dia berjaya menyembunyikan abdomennya dengan baju yang besar kerana muka dan tangannya nampak tembam. Itu tanda-tanda kehamilan. Dia seorang kerani di sebuah syarikat swasta yang setiap hari bekerja menulis laporan-laporan syarikat. Jari dan tangannya mengalami kesakitan dan mengganggu tidurnya. “Doktor, mengapa saya mengalami rasa kebas, seperti menyucuk-nyucuk pada tangan saya. Saya tidak boleh tidur kerana ia sungguh tidak selesa.” Saya kasihan mendengarkan ceritanya. Sudahlah terpaksa bekerja membantu suami mendapatkan rezeki, hamil pula dan kini mengalami kesakitan di pergelangan kedua-dua belah tangannya. Bagaimana …

Read More »

Selamatkah Wanita Hamil Menaiki Kapalterbang?

”Doktor saya ada emergency ni..” ”Isteri saya sudah mahu check in tapi tidak dibenarkan. Dia hamil 28 minggu. Kami mahu balik ke Sarawak.” ”Jadi apa yang emergency?” saya kehairanan. ”Pintu gate sudah mahu ditutup. Saya dan isteri nanti tidak akan dibenarkan masuk. Tolonglah..” ”Ok, tapi saya masih keliru. Apa yang emergency nya? Isteri kamu sakit perut kah?” ”Tidak ! Saya mahu surat pengesahan segera. Saya mahu cepat!!” Saya gelihati bila teringat perbualan saya dengan seorang penumpang penerbangan AirAsia yang mahu balik Sarawak. Kebetulan, saya bertugas di sebuah cawangan poliklinik yang berhampiran dengan Lapangan Kapalterbang Antarabangsa Senai. Saya menulis keterangan berdasarkan …

Read More »

Bagaimana Memeriksa Pertumbuhan Fizikal Anak?

  Saya melapangkan masa menghadiri majlis kesyukuran kelahiran seorang bayi, anak rakan saya. Tersenyum bila saya mendengar perbualan kaum ibu. Mereka nampaknya amat peka terhadap apa yang berlaku pada anak yang dilahirkan. Mereka berbincang sesama sendiri dan memberikan beberapa petua agar anak mereka sihat.   Malangnya, apabila di pusat kesihatan, saya dapati ramai bayi yang mengalami kekurangan berat badan. Kelihatannya seperti tidak diberikan perhatian. Namun saya ucapkan tahniah kepadaibubapa yang dapat memastikan anak mereka sihat dan mendapat berat yang sepatutnya mengikut umur mereka.   Kali ini saya menulis agar dapat memberi panduan bagaimana pertumbuhan fizikal kanak-kanak dapat diawasi oleh ibubapa. …

Read More »

Selamatkah Makan Mi Segera?

Saya sangat geram jika ada ibubapa bertanya pada saya, bolehkah anaknya yang berusia 5 tahun dan sedang demam memakan mi segera. Saya faham niat ibubapa yang cuba memberikan sesuatu pada anak yang menghadapi kelesuan  dan tidak selera makan akibat demam. Namun itu bukanlah langkah yang bijak. Masih ingat tentang khabar angin mengenai kerajaan Taiwan telah mengharamkan mi segera yang dikeluarkan oleh satu syarikat dari Indonesia? Walaupun ia setakat khabar angin, ada iktibar yang dapat kita pelajari oleh mayarakat kita. Adakah mi segera kita selamat? Pengharaman itu disebabkan kadar bahan pengawet yang terdapat pada mi segera itu melebihi daripada kadar yang …

Read More »

Airmata Darah: Fenomena Luar Biasa

Saya khuatir dengan sikap segelintir orang Melayu yang jahil dalam akidah, begitu mudah mempercayai khurafat. Pantang saja ada keganjilan berlaku, berbondong-bondong orang kita pergi melawat dengan penuh ketakjuban. Apa yang lebih bahaya apabila hati mula mempercayai kononnya orang itu wali kerana keajaibannya dan meminta pelbagai permintaan kerana percaya orang itu boleh menunaikan permintaan mereka dengan ‘kuasa’ yang dia ada. Tahun 2011 ini, saya mendapati ada beberapa keganjilan berlaku di beberapa tempat di dunia. Seharunya dijadikan iktibar supaya jika ianya berlaku di Malaysia, kita tidaklah mengikuti orang-orang jahil. Dua kejadian ganjil berlaku di India apabila kedua-dua wanita mengeluarkan airmata bercampur darah. …

Read More »

Kekuningan Pada Bayi: Normal atau Bahaya?

Kekuningan pada bayi menjadi kebimbangan kepada ibubapa yang baru mendapat cahayamata. Mungkin disebabkan tiada pengetahuan dan pengalaman menyebabkan mereka segera membawa anak mereka ke klinik.   Kadang-kala saya rasa kasihan melihat anak yang berusia beberapa hari telah diusung ke klinik. Selalunya saya akan beri keutamaan kepada bayi.   Saya tidak pasti sama ada penerangan telah diberikan oleh para jururawat sebelum anak mereka dibenar keluar dari hospital. Mungkin Kementerian Kesihatan harus memastikan para ibu menghadiri kelas selama sejam sebelum dibenarkan pulang agar dapat diterangkan perkara-perkara yang perlu mereka tahu mengenai bayi mereka.   Saya masih teringat seorang nenek membawa cucunya yang …

Read More »

Adakah Tekanan (Stress) Mengganggu Kesuburan Wanita?

“Doktor boleh saya lakukan ujian UPT. Tiga bulan saya tidak kedatangan darah haids.” Berseri-seri wajah seorang wanita muda ditemani suaminya. Masing-masing senyum. Mengharapkan berita gembira. Sementara menunggu keputusan air kencing saya ajak mereka berbual. Bukan cerita biasa tetapi history-taking yang biasa ditanya oleh doktor. Tujuannya untuk mengetahui punca penyakit. ”Kami baru bernikah tahun lepas. Kebetulan suami saya dinaikkan pangkat terpaksa bertugas di Putrajaya, sementara saya pula ditukarkan di front office. Stress saya menghadapi kerenah pelanggan” Saya mengangguk-angguk. ”Kami sedang stress, doktor..” saya melihat ada titisan air mata bergenang di kelopak mata. “Mertua saya pula banyak memberi tekanan agar saya cepat …

Read More »

Melasma Bukan Sumpahan Buatan Orang

Lama sudah saya tidak berbicara mengenai isu-isu yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ini mengakibatkan saya kekeringan idea untuk menulis isu-isu perubatan yang lain. Satu hari ketika saya sedang membaca sebuah jurnal perubatan, tiba-tiba inbox facebook saya dimasuki mesej. ”Salam doktor, harap tidak mengganggu. Saya baru balik dari kampong selama seminggu. Tanpa saya sedari kulit muka saya menjadi kehitaman di kedua-dua belah pipi saya. Saya amat risau kerana makcik di rumah ibu saya memberitahu ianya buatan orang. Untuk pengetahuan doktor saya, ini adalah perkahwinan saya kedua dengan seorang duda. Umur saya sudah 35 tahun dan ini kali ketiga saya hamil” Saya …

Read More »

D&C dan Kehamilan Semula

Banyak soalan yang klinik FB terima mengenai kehamilan dan keguguran. Saya cuba menjawab pada kadar kemampuan saya. Klinik FB kali ini ditanya mengenai sama ada D&C mempengaruhi kebarangkalian untuk hamil semula. “Salam doktor, saya sekarang sedang mengalami kitaran haids yang tidak teratur semenjak dari keguguran sehingga sekarang. Saya ingin bertanya adakah rawatan D&C menyebabkan saya mempunyai peluang yg sgt tipis utk hamil semula?” Setiap kali musibah keguguran ditanyakan kepada saya, saya amat bersimpati. Nasihat saya banyaklah bersabar atas dugaan yang Allah berikan. Tentu banyak hikmah yang tersembunyi. Namun berusahalah agar kesihatan puan bertambah pulih seperti sedia kala. Sepanjang pengetahuan saya, …

Read More »

Ketidakseimbangan Hormone Ketika Hamil: hCG dan Progesterone

Banyak soalan yang ditanyakan mengenai ‘ketidakseimbangan hormon’ yang dikatakan menjadi punca keguguran. Sehingga perkataan itu di’kambinghitam’kan bagi setiap punca keguguran yang tidak diketahui. Untuk mendapat diagnosa ketidakseimbangan ini, jalanilah beberapa pemeriksaan darah. Ia harus dijelaskan oleh doktor yang merawat. Jangan menggunakan alasan ini tanpa bukti yang jelas. Saya mengharapkan penulisan kali ini tidak memberatkan fikiran para pembaca klinik FB. Saya cuba memudahkan penulisan ini Insya Allah.. Baru-baru ini saya menerima mesej dalam inbox FB saya berkenaan dengan keguguran dan peluang kehamilan akibat ketidakseimbangan hormon. Banyak soalan bertanyakan apa yang dimaksudkan dengan tahap hormone yang rendah. Adakah ianya akan menyebabkan keguguran bagi setiap …

Read More »

Adakah Selamat Berjima’ Ketika Hamil?

Saya tidak sangka sambutan menggalakkan terhadap Klinik FB yang saya lancarkan. Walaupun saya bertungkus lumus dengan kerja-kerja merawat dan membuat latihan First Aids di kilang-kilang, saya sempat menjawab soalan-soalan rakan-rakan FB. Saya memang memilih soalan-soalan yang dihantar, tujuannya biarlah penerangan yang saya berikan memberikan manfaat kepada pembaca yang lain. Kali ini saya ditanya mengenai hubungan jima’ bersama suami. Apakah gegaran ketika melakukan jima’ atau kesan air mani boleh menyebabkan keguguran pada janin di awal kehamilan? Ini yang saya cuba kupas pada kali ini. “Salam doktor, saya pernah keguguran sebelum ini. Anak saya meninggal dunia pada usia kehamilan 12 minggu. Prosedur D&C …

Read More »

Jangkitan Fungal di Mulut Bayi

Saya pernah didatangi oleh sepasang suami isteri yang mengadu anak mereka mengalami keputihan di dalam mulut. Bayi yang berumur 3 bulan itu menangis ketika saya memeriksanya. Mulut dan bibirnya agak kering. Bila dia menjerit, saya mengambil kesempatan untuk melihat keadaan di dalam mulutnya. Keputihan itu seakan-akan kepingan ’susu basi’ melekat di lidah, bahagian dalam mulut dan lelangit. Bahagian mulutnya telah menjadi kering dan kemerah-merahan. Sungguh menyedihkan. Bagaimana keadaan jangkitan fungal di mulut bayi? Jangkitan kulat di dalam mulut bayi dinamakan thrush. Banyak faktor yang menyebabkan jangkitan fungal itu. Pakar kanak-kanak mengatakan antara sebabnya ialah belum ada keseimbangan hormon apabila bayi …

Read More »

Perlukah Suntikan Anti Tetanus Ketika Hamil?

Klinik FB saya sekali lagi memilih soalan yang berkaitan dengan kehamilan. Suntikan vaksin Tetanus selalu diberikan kepada ibu yang hamil. Memandangkan jangkitan tetanus semakin berkurangan, adakah suntikan itu masih relevan? ”Salam doctor, saya ingin bertanya. Saya sekarang ini hamil 7 bulan. Saya menjalani pemeriksaan antenatal di klinik kerajaan dan ada kalanya di hospital swasta. Minggu ini, jururawat di klinik kerajaan telah memberiksan saya suntikan anti-tetanus. Satu lagi suntikan akan diberikan pada bulan depan. Saya menjadi keliru bila doktor di hospital swasta berkata saya tidak memerlukan suntikan itu. Perlukah saya menerima suntikan kedua pada bulan depan?” Suntikan tetanus adalah vaksin yang …

Read More »

Kematian di Jalan Raya Bagaikan Mangsa Perang Palestine

Saban tahun saya akan mengira purata kematian di jalan raya. Saya bukannya sudah tidak siuman mencatit jumlah kematian setiap tahun. Tiada kegembiraan di hati saya. Saya cuma menduga-duga, bahawa kematian rakyat Malaysia di jalan raya memang sesuatu yang tidak berbaloi. Saya membuat pengiraan kematian rakyat Malaysia setiap tahun secara puratanya 15 orang sehari di jalanraya. Di hospital kerajaan di tempat saya bekerja dulu pun tidak kurang 3 hingga 5 orang  mangsa yang meninggal dunia di Jabatan Kecemasan. (Semasa saya bekerja di hospital dahulu, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru adalah hospital yang menerima rujukan kes-kes berat dari bahagian selatan. Banyak kes-kes …

Read More »

Jangkitan Bacterial di Kemaluan Ketika Hamil

  Baru-baru ini saya menulis tentang jangkitan fungal di kemaluan ketika hamil. Ramai pula yang bertanya mengapa pula kegatalan mereka tidak berkurang walaupun telah mencuba ubat suppository dan krim dari farmasi. Saya tidak pernah menggalakkan mana-mana rakan FB yang membaca penulisan saya dan kemudiannya membeli ubat dari farmasi. Ia adaah kesalahan besar. Saya tidak membuat consultation online sebegitu. Saya hanya memberi panduan dan penerangan mengenai sesuatu penyakit agar pembaca dapat menggunakannya ketika berbincang dengan doktor. Saya pernah pergi ke farmasi kerana mahu membeli peralatan medic untuk kegunaan bapa saya dan mendapati ubat antibiotik dijual seperti menjual gula-gula. Ada juga yang …

Read More »

Kelongsong Bayi Tidak Kelihatan Semasa Ultrasound

  Komunikasi antara doktor dan pesakit adalah perlu. Tugas doktor bukan saja merawat pesakit tetapi juga memberikan penerangan terhadap penyakitnya, mengenai apa yang sedang berlaku di dalam tubuh pesakit itu. Tanpa penjelasan yang terbuka dan jelas, akan terdapat ruang-ruang kesamaran yang akan diisi oleh pelbagai tanggapan dan andaian. Klinik fb saya kali ini menjawab persoalan yang tidak dijelaskan oleh doktor dengan sebaiknya. ”Salam doktor, apa itu kelongsong bayi? Masa pemeriksaan ultrasound, doctor ada memberitahu saya mengenainya. Tapi saya tidak faham penjelasannya..” Ini adalah contoh di mana komunikasi antara doktor dan pesakit amat lemah. Saya tidak menyalahkan pesakit kerana perkataan kelongsong …

Read More »

Jangkitan Fungal Ketika Hamil

Klinik FB saya masih lagi ajukan dengan soalan berkaitan dengan kehamilan. Banyak isu-isu yang perlu dijelaskan dan diharapkan dapat memberikan manfaat bagi pembaca. Kegatalan pada kemaluan di kalangan wanita amat ketara kerana di Pusat Kesihatan tempat saya bekerja sekurangnya 10 orang wanita datang dalam seminggu akibat kegatalan pada kemaluan. Kegatalan pada kemaluan bermakna rasa tidak selesa, rasa mahu digaru dan adakalanya pedih di bahagian kemaluan luar (labia majora dan minora). Selain itu terdapat juga lendiran dari faraj yang berwarna putih, seperti susu basi. Adakalanya mendatangkan ketidakselesaan ketika melakukan jima’ dan rasa pedih dan terbakar ketika kencing. Namun begitu jangkitan fungal …

Read More »

Bila Harus Ke Hospital Untuk Kelahiran?

“Mana doktor? Mana doktor? Bini saya dah nak terberanak ni !” Saya masih ingat peristiwa itu ketika saya masih lagi menjadi houseman (doktor pelatih) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baru hari kedua. Semua kelam kabut bila saya diberikan ‘pressure’ begitu. Saya segera memanggil Dr Khairiah, registra di Jabatan O&G. Tak sempat untuk bertanyakan apa-apa lagi. “Relaxlah Zubaidi. Dah ambil history dan buat clerking?” Dr Khairiah memang relax. Sekarang sudah menjadi Pakar Perunding O&G di Pusat Bersalin Barakah, Kelang. Saya terkedu. Saya juga menjadi kelam kelam kabut seperti suami wanita itu. Dengan tenang Dr Khairiah memeriksa. Saya memerhati dan kemudiannya …

Read More »

Bolehkah Kelahiran Normal Selepas Pembedahan Cesarean?

Ramai ibu yang hamil lebih suka menjalani kelahiran normal daripada kelahiran melalui proses pembedahan Cesarean. Oleh itu ramai yang tertanya-tanya apakah mereka boleh melahirkan anak secara normal, walaupun sebelum ini pernah menjalani pembedahan Caserean? Pertanyaan kali ini datangnya dari seorang ibu yang menghadapi masalah yang serupa. “Assalamualaikum doktor. Saya membaca artikel doktor mengenai pembedahan Caseraen, hanya ingin meminta pendapat. Anak pertama saya dilahirkan secara Caseraen kerana pintu rahim hanya buka 4 cm setelah 15 jam menunggu. Anak kedua juga lahir secara Caserean walaupun bukaan sudah 7cm disebabkan tahap Hb saya menurun kepada 4. Kedua-duanya dilakukan secara Emergency Caserean” “Sekarang saya hamil …

Read More »

Kekerapan Jima’ untuk Hamil

Masalah ketidaksuburan adalah musibah dan ujian yang kerap terjadi di kalangan mereka yang baru berkahwin. Ramai yang masih menunggu dan mencuba walaupun sudah beberapa tahun berkahwin. Pada masa yang sama kita membaca banyak berita di akhbar yang memberitahu ramai anak yang baru dilahir telah dibuang dan ditinggalkan oleh ibu-ibu yang hamil di luar ikatan perkahwinan. Adakah ini suatu kebetulan atau suatu peringatan. Malah ada yang mengeluh ’kalau tak kahwin, sekali buat sudah hamil. Tapi kalau kahwin, dah bertahun-tahun tidak hamil-hamil lagi’ . Bagi mereka yang menghadapi masalah sebegini haruslah banyak bersabar. Selain mengikuti nasihat yang diberikan doktor, perlulah banyak bermohon …

Read More »
error: Content is protected !!