Banyak soalan yang ditanyakan mengenai ‘ketidakseimbangan hormon’ yang dikatakan menjadi punca keguguran. Sehingga perkataan itu di’kambinghitam’kan bagi setiap punca keguguran yang tidak diketahui.
Untuk mendapat diagnosa ketidakseimbangan ini, jalanilah beberapa pemeriksaan darah. Ia harus dijelaskan oleh doktor yang merawat. Jangan menggunakan alasan ini tanpa bukti yang jelas.
Saya mengharapkan penulisan kali ini tidak memberatkan fikiran para pembaca klinik FB. Saya cuba memudahkan penulisan ini Insya Allah..
Baru-baru ini saya menerima mesej dalam inbox FB saya berkenaan dengan keguguran dan peluang kehamilan akibat ketidakseimbangan hormon.
Banyak soalan bertanyakan apa yang dimaksudkan dengan tahap hormone yang rendah. Adakah ianya akan menyebabkan keguguran bagi setiap kehamilan?
“Salam doctor, isteri saya baru saja keguguran pada usia kehamilan 7 minggu. Di hospital, pemeriksaan darah telah dibuat dan keputusan hormon hCG hanya 2,000 mIu dan doktor mengatakan ianya terlalu rendah. Saya hendak bertanya jika isteri saya hamil semula, adakah cara untuk mencegah keguguran ini. Maksud saya jika puncanya disebabkan tahapan hormon hCG yang rendah, bolehkah dia diberikan ubat menambahkan hormon. Saya membaca dari internet hormon Progestrone juga membantu ’menguatkan’ rahem? Terima kasih atas pandangan doctor”
Saya amat simpati ada pasangan yang sedang mengalami musibah itu. Keguguran adalah suatu yang amat menyedihkan. Tentu ketika ini mencari-cari jalan bagaimanakah untuk mengelak agar keguguran tidak berulang.
Namun ketika berfikir-fikir panjang dan mencari sebab untuk mengelakkan keguguran pada kehamilan akan datang, haruslah berwaspada. Jangan sampai mempersoalkan takdir dan Qada’ yang telah ditetapkan.
Insya Allah jika keguguran itu bukan disebabkan oleh masalah perubatan yang kronik, selalunya seorang wanita tidak mempunyai masalah untuk hamil semula. Berusahalah dengan cara yang baik.
Apatah lagi jika pasangan suami isteri itu pernah hamil dan mempunyai anak. Kemungkinan besar keguguran kali ini bukan disebabkan oleh masalah ketidakseimbangan homon atau tahap hormon yang rendah.
Bagi pasangan yang sudah mempunyai anak, keguguran di awal kehamilan biasanya disebabkan oleh masalah kromosom. Hal ini telah saya tulis dengan panjang sebelum ini. Namun hal sebenarnya perlulah menjalani beberapa ujian yang dilakukan oleh doktor.
Sila rujuk : https://drzubaidi.com/blog/?p=1221
“Jadi apakah sebenarnya ketidakseimbangan hormone yang menyebabkan keguguran itu, doctor?”
Sebenarnya makna istilah ketidakseimbangan lebih kepada tahap hormon yang rendah. Terdapat dua jenis hormon yang biasa dikaji ketika hamil, iaitu hormon progesterone dan hCG.
Selepas proses ovulasi, bisanya ovum yang telah mengeluarkan telurnya, dinamakan sebagai corpus luteum. Corpus leteum akan mengeluarkan hormon progesterone yang akan membantu menyuburkan pembentukan lapisan dalam rahem (endometrium). Lapisan endometrium ini akan menerima dan menanam telur yang telah disenyawakan.
Apabila janin telah di’tanam’, ia akan mula mengeluarkan hormon hCG dan menggalakkan pengeluaran hormone progesterone dari corpus luteum.
Bayangkan jika kehamilan yang mempunyai tahap hormon yang rendah. Ini bermakna ovum yang telah disenyawakan dengan sperma tidak dapat ’ditanam’ dalam endometrium kerana lapisannya yang nipis.
Penghasilan progesterone juga penting bagi menyokong pembentukan uri (placenta) dalam 7-8 minggu pertama kehamilan. Selepas uri terbentuk, barulah tugas mengeluarkan progesterone diambil alih oleh uri.
”Jadi tahap hormon yang rendah bermakna hormon progestrone dan hCG yang tidak cukup dikeluarkan oleh tubuh ker, doctor?”
Apabila tubuh (organ corpus luteum dan uri) tidak mengeluarkan hormone pada tahap yang diperlukan, kehamilan akan bermasalah.
Oleh itu, tahap kepekatan hormon progestrone adalah sangat penting bagi mengekalkan proses kehamilan berjalan dengan baik. Begitu juga dengan kepekatan hormon hCG.
Banyak kajian saintifik mendapati jika tubuh menghasilkan hormon progesterone pada tahap rendah selepas proses ovulasi atau uri menghasilkan hormone hCG yang rendah selepas persenyawaan ovum, kehamilan itu selalunya akan mengalami keguguran.
Jadi berbincanglah dengan doktor bagaimana keadaan ketidak seimbangan atau tahap hormon yang rendah ini dapat diatasi untuk kehamilan akan datang.
Wallahu a’lam
Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (110211)
IKLAN
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:
Salam Dr,
Adakah kepekatan hormon HCG yang tinggi semasa awal kehamilan akan menyebabkan rasa loya dan mual yang teruk, sehingga menutup selera terhadap pengambilan makanan. Adakah sebarang ubat bagi mengatasi rasa ini agar badan menerima nutrien secukupnya untuk perkembangan kehamilan.
Feedback dr Dr amat saya harapkan dan didahului dengan terima kasih.
Mia
Salam Dr,
Saya dh disahkan hamil 6 + week. yang mnjadi kemunyskilan saya sewaktu semiggu seblm membuat pemeriksaan strip UPT saya ada 2 garis terang. Selepas seminggu bila saya buat pemeriksaan upt kali ke 2, strip prganant test tu menunjukkan faint line.
Feedback dari Dr diperlukan untuk menjawab keapa berlaku keadaan tersebut.
Terima kasih.
Salam Dr, Saya dh disahkan hamil 6 + week. yang mnjadi kemunyskilan saya sewaktu semiggu seblm membuat pemeriksaan strip UPT saya ada 2 garis terang. Selepas seminggu bila saya buat pemeriksaan upt kali ke 2, strip prganant test tu menunjukkan faint line. Feedback dari Dr diperlukan untuk menjawab keapa berlaku keadaan tersebut. Terima kasih.
Dr Zubaidi: Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan ultrasound transvaginal di klinik yang terdekat.