Bayi/Kanak-kanak

Demam Campak boleh berulang?

  Sebelum ini ramai doktor dan ibubapa yang menganggap bahawa jangkitan virus varicella yang menyebabkan penyakit chickenpox hanya akan berlaku sekali seumur hidup. Jika seorang kanak-kanak telah dijangkitan virus ini semasa kanak-kanak, bermakna beliau telah mempunyai daya tahan penyakit yang mampu mengelakkan jangkitan virus yang sama untuk kali kedua. Namun baru-baru ini, banyak kes di mana kanak-kanak dijangkiti oleh penyakit chickenpox beberapa kali. Adakah ini bermakna tanggapan para doctor selama ini bahawa jangkitan chickenpox hanya berlaku sekali saja seumur hidup tidak boleh digunakan lagi? “Salam doktor. Saya ingin bertanya, kenapa demam campak boleh berulang-ulang? Anak saya berumur 3 tahun dan …

Read More »

Berwaspada Memberikan Ubat pada Bayi Anda

Seorang ibu bertanya di kaunter farmasi. ”Mana ubat batuk anak saya? Antibiotik? Macam mana nak baik kalau tak bagi ubat. Doktor jenis apa ni.. tak bagus!!” Pegawai farmasi yang bertugas terus menelefon saya. Menceritakan kejadian itu setelah wanita itu pulang dengan marah-marah. ”Biarlah orang yang kurang cerdik macam dia marah. Mungkin dia menyangka ubat-ubat itu penting untuk anak dia. Pada hal ubat-ubat itu boleh memberikan mudarat pada anak dia yang berumur 6 bulan itu” saya menerangkan hal sebenar. Semenjak saya belajar kaunseling dan psychology, saya mendapati manusia akan meluahkan perasaan mereka berdasarkan satu sistem kepercayaan yang mereka pegang. Jika mereka …

Read More »

Hindari Alahan Protein Susu

Ramai ibu yang bekerja mengalami dilemma memberikan anak mereka susu formula atau susu tepung berasaskan susu lembu. Sebaik saja tamat cuti bersalin, mereka mencari-cari susu yang terbaik untuk anak-anak mereka. “Susu yang mahal tidak semestinya susu yang terbaik..” jelas saya kepada seorang ibu. Dia kelihatan keliru dengan penjelasan saya. “Susu ibu adalah susu yang paling murah dan susu yang paling baik” Kanak-kanak terutama yang berusia satu tahun ke bawah amat memerlukan susu sebagai diet utama mereka, bagi membantu menyokong perkembangan fizikal dan mental terutama otak mereka sebelum meningkat dewasa. Ia seperti menyiapkan pembentukan hardware bagi sebuah computer bagi memastikan semua …

Read More »

Berkhatan secara SMART KLAMP

Berkhatan menggunakan teknik Smartklamp adalah satu inovasi baru dunia perubatan bagi memudahkan prosedur berkhatan yang diamalkan oleh seluruh umat Islam, Yahudi dan Orthodox Kritian. Semenjak ia diperkenalkan di pameran perubatan di Dusseldorf, German,pada tahun 2001, alat ini telah digunakan oleh jutaan kanak-kanak dan oraang dewasa di Eropah, Amerika Syarikatdan Asia Tenggara, termasuk Malaysia kerana alat sangat mudah digunakan. Dengan menggunakan smartclamp, pendarahan yang banyak dapat dihindarkan ketika prosedur berkhatan dan tidak memerlukan sebarang jahitan . Ia sangat mudah dan cepat antara 10-15 minit sahaja . Oleh itu menjadi alternative terbaik bagi kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami penyakit Diabetes, Hemofilia, …

Read More »

Pemakanan untuk Chicken Pox

“Doktor, saya ingin bertanya anak saya mengalami Chicken Pox sudah beberapa hari. Ibu saya menasihatkan agar menghindarkan kicap, telur, ayam dan pelbagai lagi agar ia mudah sembuh. Adakah boleh saya mengikuti nasihat ibu saya”.   Chicken Pox atau dikenali sebagai penyakit cacar air (kerana ia menyebabkan gelembung air pada kulit) merupakan penyakit kanak-kanak yang disebabkan oleh virus varicella.   Ia akan menyebabkan ruam pada badan, kulit akan menjadi seperti melepuh dan kemerah-merahan. Selepas beberapa hari, ruam mula kering dan mengeras. Pada tahap ini, ia mungkin akan menyebabkan kegatalan.   Ruam akibat cacar air ini boleh berlaku pada mana-mana anggota badan, …

Read More »

Benjolan di Payudara Bayi

Assalam mu alaikum. Doktor, anak saya baru berusia 7 bulan dan saya baru perasan dalam 2 hari lepas. terdapat benjolan di puting payudara sebelah kiri anak saya. Adakah keadaan ini normal atau membahayakan. terima kasih   Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam.   Ia adalah sesuatu yang normal bagi sesetengah bayi sama ada lelaki atau perempuan mengalami bengkakan atau benjolan pada putting atau tisu di bawah puting mereka.   Bengkakan atau benjolan ini tidak bahaya kerana ia terbentuk apabila bayi itu terdedah kepada hormone ibu mereka ketika berada dalam rahem. Hormon yang menyebabkan payudara seorang ibu mengalami bengkakan untuk membekalkan …

Read More »

MENGENAL TANDA MASALAH AUTISM

Saya pernah mendapat email dari seorang bapa yang keliru dengan keadaan anaknya. Anaknya memasuki  usia 2 tahun, namun belum dapat bertutur/bercakap  dengan baik seperti kanak-kanak seusianya. Jika berada dalam suasana orang ramai anak beliau tidak begitu mesra dan lebih suka bermain sendirian.   Beliau tidak pasti sama ada anak beliau mengalami masalah autism dan mahukan kepastian. Saya bersimpati dengan masalah yang beliau hadapi. Saya kagum dengan kesabaran beliau menghadapi ujian yang ALLAH berikan ini. Semua ujian yang diberikan adalah sebagai ujian keimanan kita, siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya.   Agak terlalu sukar untuk mendiagnosa kanak-kanak yang berumur tiga tahun …

Read More »

Kurangkan penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak

Saya sering mendapat bantahan ibubapa yang membawa anak yang demam dan selsema apabila  saya tidak memberikan ubat antibiotik. Mereka bersungguh-sungguh mahukan antibiotik kerana percaya kata-kata rakan-rakan bahawa “demam dan selsema tidak akan sembuh tanpa antibiotik”. Padahal penggunaan antibiotik haruslah dikurangkan kerana kebanyakan batuk dan selsema disebabkan oleh virus, bukannya bakteria. Saya sangat mengharapkan agar penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak semakin berkurangan seperti berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat, bilangan preskripsi untuk menggunakan antibiotik yang dikeluarkan untuk merawat bayi dan kanak-kanak semakin berkurangan, sebanyak 14% pada tahun 2010berbanding dengan tahun 2002 . Walau bagaimana pun …

Read More »

Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah hal yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pesakit yang datang ke Pusat Kesihatan di tempat saya bekerja, kebanyakan kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibubapa mereka untuk masalah yang sama. “Doktor sebelum ini tidak memberikan antibiotik, jadi anak saya sudah seminggu demam” Itulah antara keluhan yang biasa saya dengar. Telah menjadi amalan saya untuk tidak memberikan ubat yang banyak untuk merawat kanak-kanak kecuali ubat yang saya fikirkan perlu. Namun ada kalanya saya agak terkilan dengan desakan ibubapa yang mahukan antibiotik untuk anak mereka yang demam dan selsema. …

Read More »

Kematian bayi disebabkan oleh penyakit VACERL

Salam doktor. Saya ada pertanyaan. Saya baru melahirkan seorang bayi perempuan pada pertengahan tahun ini, akan tetapi usianya tidak panjang meninggal selepas empat hari pembedahan jantung. Doktor mengesahkan anak saya mempunyai sindrom VACTERL. Boleh doktor terangkan lebih lanjut apa punca VACTERL? Adakah kemungkinan berlaku lagi pada kelahiran seterusnya? Terima kasih. Wa alaikum mus salam. Semoga ALLAh berikan kekuatan dan kesabaran kepada puan dalam menghadapi ujian ALLAH. Saya doakan agar ALLAH mengampunkan semua dosa-dosa puan dan saya. Saya tersentuh membaca ketabahan puan menghadapi semua ujianNYA. Saya percaya ALLAH ‘menyimpan’ anak puan dalam lindunganNya dan berada dalam syurga ALLAh menunggu puan. Sebenarnya …

Read More »

Perlukah tonsillectomy untuk anak saya?

“Assalamualaikum Dr, saya ingin bertanyakan tentang masalah jangkitan tonsil yang alami oleh anak saya. Baru-baru ini anak saya dinasihatkan oleh pakar ENT untuk menjalani pembedahan tonsillectomy kerana sering  demam dan mengganggu persekolahan beliau. Tetapi suami saya pula ‘dicadangkan’ tidak dibuang tonsilnya semasa kecil dulu oleh pakar ENT juga, kerana jika dibuang tonsil itu, maka sukar untuk mengesan penyakit/tahap kesihatan dia. Saya menjadi keliru.”   Wa alaikum mus salam. Saya masih ingat lagi satu peristiwa seorang ibu yang ‘educated’ membawa anaknya berjumpa dengan saya akibat jangkitan kuman pada tonsil anaknya.   Oleh kerana serangan kuman itu sangat teruk, sering berlaku (hampir …

Read More »

Craniosynostosis – Kecacatan tulang tengkorak

As salam mu alaikum doktor, saya ada 2 org anak yang mempunyai masalah CRANIOSYNOSTOSIS yang berumur 1tahun 8bulan dan sorang lain berusia 8 bulan. Saya mohon pendapat doktor, kenapa masalah ini tidak boleh dikesan semasa hamil & adakah saya akan mendapat bayi yg ada masalah yang sama jika saya hamil semula? Harap doktor dapat membantu .   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat bersabar menghadapi ujian dari ALLAH.  Sabar adalah ubat bagi hati dan motivasi yang kuat untuk kita semua.   Dalam al Quran, ALLAH berfirman : “Orang-orang yang bersabar …

Read More »

Pertumbuhan gigi bayi

Pada suatu masa dulu ramai menyangka bahawa jika bayi mempunyai gigi ketika dilahirkan, ia adalah tanda buruk. Pada hal proses pembentukan gigi bermula semenjak dari mereka dalam rahem lagi. Ini semua takdir ALLAH dan tidak ada kena mengena dengan nasib manusia. Gigi yang keluar ketika bayi, yang disebut sebagai ‘gigi susu’ adalah gigi yang sementara sebelum digantikan dengan gigi yang lebih kuat. Gigi yang keluar tidak mengoyakkan gusi, tetapi gusi hanya akan menjadi bengkak dan kemudian lembut  bagi memudahkan laluan untuk pertumbuhan gigi. Ramai ibubapa yang agak risau apabila bayi mereka agak lambat mengeluarkan gigi berbanding dengan bayi-bayi yang lain. …

Read More »

Selamatkah Vaksin Untuk Bayi Kita?

Saya menyedari ramai ibubapa yang agak khuatir untuk memberikan suntikan vaksin kepada bayi mereka. Ini kerana mereka membaca berita-berita dari internet mengenai bahaya vaksin, padahal berita-berita ini diberitahu oleh orang yang tidak ada ilmu perubatan dan kebanyakan hujah yang diberikan adalah tidak benar. Malah ada di kalangan kita yang menuduh bahawa program vaksin yang diberikan adalah konspirasi jahat untuk melemahkan umat Islam di seluruh dunia. Kononnya dengan pemberian vaksin ini akan menyebabkan umat Islam menjadi mudah diserang penyakit. Saya sebenarnya tidak faham bagaimana teori konspirasi ini telah diterima oleh sebahagian dari kita. Pada hal dengan tidak memberikan vaksin, kita sebenarnya …

Read More »

Tahnik dan Kebaikannya dalam Perubatan Moden

Dalam Islam, tahnik atau pun belah mulut merupakan satu amalan sunnah Rasulullah SAW yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu lahir. Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan, berusia 7 hari akan disapukan air liur yang bercampur dengan sedikit kunyahan buah kurma pada lelangit mulut bayi itu. Ia boleh dilakukan oleh ibubapa kanak-kanak itu atau dibawa ke rumah orang-orang yang dianggap soleh untuk ditahnikkan. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, anak-anak yang lahir telah dibawa kepada rasulullah SAW untuk ditahnik oleh baginda. Tahnik afdal dilakukan dengan buah kurma. Jika tiada kurma, boleh gunakan rutob (kurma muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu …

Read More »

Krim Ezerra untuk Merawat Eczema

Ezerra cream adalah krim yang digunakan untuk merawat penyakit atopic dermatitis dengan segera dan dapat juga digunakan untuk merawat eczema tetapi mengambil masa yang lebih lama. Bagi ibu bapa yang terlalu risau terhadap kesan steroid yang sering diberikan kepada anak-anak mereka yang mengalami eczema, Ezerra cream adalah alternatif yang baik kerana tidak mengandungi steroid. Atopic dermatitis sering berlaku kepada kanak-kanak dan dianggar seramai 2 dari 10 orang kanak-kanak mengalami masalah kulit ini, mengakibatkan kulit mereka menjadi merah akibat radang, mengalami kegatalan  dan kekeringan. Ezerra mengandungi dua bahan utama iaitu Stimutex AS yang bertindak sebagai antihistamine untuk mengurangkan kegatalan dan Saccharide …

Read More »

Jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV)

Baru-baru ini seorang rakan FB menandakan gambar anaknya yang sedang dirawat di ICU di sebuah hospital awam ke dalam dinding GB saya. Beliau mengesahkan bahawa nak beliau sedang dijangkiti oleh virus RSV. Melihat gambar bayi yang sedang dimasukkan tiub melalui mulut dan beberapa wayar di beberapa tempat di tubuhnya, saya dapat memahami kepiluan seorang ibu. “Bersabarlah dengan ujian ini, dan harapkanlah yang terbaik dari ALLAH.” Dalam keadaan ini, doctor hanya melakukan rawatan setakat yang mereka mampu. ALLAH yang akan menyembuhkan kanak-kanak ini. Banyaklah berdoa… Jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV), boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan yang lain, terutama …

Read More »

Berhati-hati menggunakan PONSTAN

Ponstan adalah ubat penahan sakit yang agak terkenal di kalangan pesakit-pesakit yang sering mengalami sakit kepala. Malah ada yang menggunakan ubat ini secara berpanjangan sehinggakan ubat ini tidak lagi membantu mengurangkan kesakitan yang mereka alami. Malah Ponstan ini boleh dibeli secara mudah, tanpa preskripsi, di farmasi dan kedai-kedai ubat. Ia dikenali dengan pelbagai nama, seperti Holostan, ata lebih mudah disebat ‘ubat kuning lonjong’. Ponstan sebanranya adalah ubat yang terkawal, yang seharusnya diambil dengan nasihat doctor atau ahli farmasi. Ini kerana setiap ubat mempunyai risiko dan manfaat. Doktor hanya akan memberikan ubat ini jika mendapati Ponstan memberikan manfaat kepada pesakitnya. Ponstan …

Read More »

Bolehkah bayi minum air mineral?

Baru-baru ini seorang rakan doktor memberitahu ada satu kes seorang bayi berumur 4 bulan mengalami sawan seterusnya koma apabila ibu yang menjaga bayi itu mmberikan terlalu banyak air kepada bayi dalam bancuhan susu formula.   Apa yang berlaku ialah ibu bayi itu adalah seorang ibu tunggal yang kesempitan hidup, lalu cuba mencairkan susu formula yang diberikan dengan lebih banyak air dari kadar sukatan yang sepatutnya.   Setelah diberikan beberapa hari, bayi itu menunjukkan perubahan yang yang tidak baik seperti tidak aktif, menangis dengan suara yang perlahan dan selalu tidur. Tidak lama selepas itu bayi itu mengalami sawan dan mengeluarkan buih …

Read More »

Berapa banyak kuantiti susu untuk bayi?

  Saya sering ditanya oleh ibu yang baru melahirkan tentang berapa kali kekerapan bayi mereka harus disusui. Ianya menjadi tekanan kepada mereka kerana bayi-bayi mereka kerap menangis dan seperti mahu disusui segera. “Doktor, saya tidak dapat tidur semalaman kerana anak saya kerap mahukan susu, tidak kira di malam hari atau di siang hari. Saya sangat letih..” Sememangnya, banyak pahala dan jasa ibubapa ketika membesarkan anak-anak mereka. Mereka sentiasa risau tentang keselamatan dan keperluan anak-anak-anak mereka. Adakalanya pula bayi yang telah disusukan mengalami muntah susu. Apa yang membimbangkan mereka ialah bayi akan mengalami ‘tersedak susu’ seperti yang dilaporkan di akhbar-akhbar dan …

Read More »

Menentukan Penglihatan Bayi Yang Normal

Baru-baru ini seorang ibu bertanyakan kepada saya mengenai penglihatan anaknya yang baru berusia 3 bulan. Beliau sangat risau kerana anaknya seolah-olah masih tidak dapat melihat apa-apa. Saya tidak berkesempatan memeriksa bayi beliau kerana beliau hanya menelefon saya untuk mendapatkan kepastian. Saya hanya memberikan nasihat agar beliau bertenang dan memberikan sedikit masa untuk anaknya mengalami perkembangan fizikal. Oleh kerana anaknya masih belum mencapai usia enam bulan, terlalu sukar untuk memastikan sama ada anaknya mempunyai masalah penglihatan. Bayi yang baru dilahirkan sebenarnya tidak mempunyai daya penglihatan yang baik seperti orang dewasa. Mereka hanya mampu mengesan cahaya dan bentuk bayangan secara kabur. Itu …

Read More »

Keperluan Vaksin Rotavirus

Jangkitan rotavirus  adalah penyebab utama bagi gejala cirit-birit yang serius di kalangan bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia. Cirit-birit yang disebabkan oleh virus ini boleh menyebabkan demam, muntah, kekurangan air (dehidrasi) dan boleh menyebabkan kematian. Ia mudah merebak dari seorang ke seorang yang lain hanya dengan sentuhan. Penjagaan kebersihan sahaja tidak mencukupi bagi mengawal jangkitan rotavirus ini. Vaksin rotavirus adalah salah satu cara terbaik bagi mencegah jangkitan ini. Kebanyakan bayi yang diberikan vaksin ini tidak mengalami cirit-birit akibat jangkitan rotavirus di mana ia menyebabkan dehirasi yang serius dan kematian. Menurut statistik di U.S. Centers for Disease Control (CDC), sebelum vaksin …

Read More »

Mengapa Suntikan BCG Menjadi Parut?

Ramai ibubapa muda tidak faham mengapa anak mereka yang baru dilahirkan memerlukan suntikan vaksin BCG. Malah mereka risaukan parut BCG yang timbul di bahu anak. Sudah menjadi tugas doktor dan jururawat di pusat kesihatan ibu dan anak menerangkan dengan jelas tentang suntikan vaksin ini dengan lebih terperinci. Jika tidak, banyak salah faham yang mungkin timbul. Minggu lepas saya ada membaca satu blog seorang ibu muda yang bertanyakan soalan mengenai parut BCG secara terbuka. Saya pasti ada nasihat-nasihat yang tidak tepat akan diberikan oleh pembaca blog. “Do you have any petua untuk hilangkan parut BCG?  My baby girl dah masuk dua bulan …

Read More »

Bolehkah Susu Ibu Menyebabkan Kekuningan Pada Bayi?

Isu Jaundice dan penyusuan Ketika saya mempromosikan penyusuan ibu kepada bakal ibu-ibu yang masih lagi sarat hamil, saya telah dikejutkan oleh satu soalan yang mendebarkan. “Doktor, saya membaca di internet bahawa susu ibu boleh menyebabkan bayi kita mengalami kekuningan jaundice. Boleh doktor terangkan?” Saya tergamam dan tidak bersedia memberikan jawapan. Saya pernah mendengar perkhabaran angin seperti itu, namun saya tidak mengikuti perdebatannya dengan teliti. Semua orang tahu kebaikan susu ibu. Seingat saya semasa menuntut di universiti, penyusuan ibu adalah topik yang besar. Ia disebut secara terperinci kebaikannya dalam matapelajaran Paediatric dan Community Medicine. Malah pernah beberapa tahun keluar sebagai soalan …

Read More »

Scoliosis: Jalani Pembedahan atau Guna Brace?

Tidak ada yang lebih mengujakan perasaan saya apabila ada pembaca yang membaca artikel penulisan saya dan memberikan komen. Saya bersyukur kerana usaha saya menulis (yang sudah tentu mengorbankan banyak tenaga dan masa) tidak menjadi sia-sia. Untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh rakan FB, saya terpaksa mengorbankan masa rehat makan tengah hari. Bagi rakan-rakan yang tidak mengetahui skop tugasan saya, tentu mereka menganggap tugas saya hanya menjawab soalan-soalan yang dikemukan di ruangan FB saya. Mereka mungkin membayangkan saya hanya duduk di hadapan komputer dan menunggu soalan dikemukakan kepada saya. Pada hal, tugas utama saya ialah merawat pesakit dan tugas-tugas berkaitan dengan …

Read More »

Apakah Masa Depan Bayi Yang Tidak Menangis Ketika Dilahirkan?

  Saya telah menjalani latihan housemanship di Jabatan Obstetric selama enam bulan di hospital awam di selatan tanah air. Saya diwajibkan berada di ’pusat bersalin’ selama enam bulan. Sepanjang latihan di sana saya mencatatkan bilangan kelahiran yang disambut ialah sebanyak kira-kira 450 orang bayi. Namun apa yang saya amat bimbang ketika menyambut kelahiran bayi ialah apabila tiada tangisan yang didengar. Bayi tidak menangis langsung dan pada masa itu saya menjadi amat panik. Kalau menurut ustaz yang mengajar saya dahulu, bayi menangis ketika lahir kerana takutkan syaitan dan jin-jin jahat yang sedang menunggu mereka di alam dunia. Tapi kali ini, bayi …

Read More »

Bila Anak Saya Boleh Mula Berjalan?

Saya mendapati anak saudara saya yang berumur sebelas bulan sudah mula berjalan sendirian tanpa dibantu oleh bapanya. Sementara sepupunya yang berumur satu tahun dua bulan, belum lagi mahu mengatur langkah. Ramai ibubapa yang bertanyakan saya bila anak mereka boleh berjalan. ”Doktor, apa agaknya masalah anak saya ini. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan yang serius?” tanya ibubapa yang bimbang. Belajar berjalan adalah salah satu langkah yang penting dalam perkembangan fizikal bayi. Bayi yang membesar tidak lagi berbaring sahaja di dalam buaian. Mereka mula bangun berdiri, bertatih, berjalan  tanpa dipegang, berlari dan melompat dengan penuh keyakinan. Itu adalah perkembangan fizikal yang sihat. …

Read More »

Bolehkah Probiotik Diberi Kepada Bayi

  Seorang ibu membawa bayinya yang berumur 8 bulan, setelah mengalami ceret-beret selama tiga hari. Alhamdulillah keadaannya bertambah baik. Saya rasa amat bersyukur dengan perubahan baik ini. Beliau datang untuk bertanya kerana beliau keliru dengan istilah ‘kuman baik’ yang diberitahu oleh seorang doktor. “Doktor, ada ke kuman yang baik? Bahaya tak kalau kuman itu diberikan pada anak saya yang masih bayi?” Saya cuba memahami soalan yang diberikan. Soalannya pendek tetapi memerlukan jawapan yang agak panjang. Ramai pakar kanak-kanak mencadangkan pengambilan ‘kuman yang baik’ sebagai supplement. ‘Kuman yang baik’ yang dimaksudkan ialah probiotik. Ia dijual sama ada bersama dengan makanan seperti …

Read More »

Perlukah Lidah Yang Pendek (Tie-Tongue) Dibedah?

Baru-baru ini seorang sahabat membawa anaknya yang baru berumur 2 tahun berjumpa saya. Dia meminta saya memeriksa lidah anaknya. Apabila saya meminta membuka mulut dan menggerakkan lidah, didapati lidah  anak itu tidak dapat digerakkan sebebasnya. Saya dapat melihat selaput pendek di bawah lidah yang melekat pada lantai mulutnya. Ini menyebabkan hujung lidah tidak boleh diangkat ke lelangit dan tidak boleh digerak ke kanan dan ke kiri dengan mudah. Apabila saya memintanya menjelir, lidahnya tidak dapat dikeluarkan dengan sepenuhnya dan terdapat lekukan pada hujung lidah. Keadaan ini dinamakan “tongue-tie”, atau dinamakan “ankyloglossia” di mana lidah tidak dapat digerakkan sebebasnya kerana terdapat …

Read More »

Perlukah Ubat Cacing untuk Anak?

Penulisan saya kali ini akan memberitahu kepentingan memberikan ubat cacing pada kanak-kanak. Kadang kala ibu bapa ‘terlepas pandang’ mengenai hal ini. Jangkitan cacing adalah jangkitan parasit yang boleh hidup dalam darah, usus atau organ tubuh. Cacing akan masuk ke tubuh kanak-kanak apabila mereka termakan telur cacing yang berada dalam makanan. Ini dilakukan secara tidak sengaja apabila mereka membeli makanan-makanan yang dimasak secara tidak sempurna di gerai-gerai. Telur cacing ini akan menetas di dalam usus kecil. Mereka membesar dengan mendapat zat pemakanan di usus ketika proses penghadaman. Cacing yang dewasa mengawan dan bunting akan bergerak ke usus besar dan rektum. Telur …

Read More »

Bahayakah Puting Getah Pada Anak?

Memberikan puting getah (pacifier) pada bayi dianggap sebagai satu amalan yang tidak sihat. Apatah lagi kebersihannya tidak dijaga. Saya pernah melihat bagaimana pacifier yang jatuh di atas lantai hanya dikesat atau disapu pada baju ibunya dan kemudian diberikan semula kepada bayi. Pacifier juga dikatakan sebagai penyebab pada pembentukan gigi yang tidak cantik. Keadaan jonggang biasa dikaitkan dengan pengamalan menghisap puting getah atau menghisap ibu jari di kalangan kanak-kanak. Atas alasan itu saya tidak memberikannya pada anak-anak saya. Namun beberapa penulisan perubatan baru-baru ini telah mengubah pendirian saya. Akademi Perubatan Kanak-kanak Amerika, American Academy of Paediatric (AAP) telah memberikan ’lampu hijau’ pada …

Read More »

Melatih Anak Hindari Tabiat Kencing Malam

Tabiat kencing malam atau ‘bedwetting’ ialah kencing yang tidak disengajakan pada waktu malam di atas katil bagi kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun. Oleh itu jika kanak-kanak itu berumur kurang dari 5 tahun, tabiat kencing malam masih boleh diterima. Ini adalah kerana apabila pundi kencing mereka mengumpulkan air kencing di waktu malam, otak mereka belum dilatih untuk memproses rangsangan itu bagi mengejutkan kanak-kanak itu untuk bangun dan membuangnya di bilik air. Malah ada kanak-kanak yang berjaya melatih diri mereka pada umur yang lebih awal. Ia adalah sebahagian dari proses pembesaran kanak-kanak itu, maka janganlah disalahkan kanak-kanak itu. Apabila kanak-kanak …

Read More »

Obesiti Pelajar Direkod dalam Kad Laporan

Saya amat mengalu-alukan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran bagi menangani masalah obesiti atau kegemukan di kalangan pelajar-pelajar sekolah. KKM mencadangkan agar indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa. Pada saya ini akan menarik perhatian ibubapa tentang ‘masalah kesihatan’ anak mereka. Ramai ibubapa tidak menyedari anak-anak mereka mula mengalami obesiti. Tidak dapat dinafikan juga penjualan makanan yang tidak berkhasiat, contohnya mengandungi gula dan garam berlebihan serta minuman ringan di kantin sekolah, juga menyumbang kepada masalah kesihatan pada kanak-kanak. Ia perlu dihentikan segera. Kadangkala saya gelihati melihat telatah ibubapa. Apabila …

Read More »

Kimia Toksik dalam Permainan dan Peralatan Bayi

Tanpa kita sedari banyak pencemaran toksik merbahaya berada di dalam rumah kita. Paling membimbangkan ialah bayi-bayi kita terdedah secara langsung kepada pencemaran ini. Sebelum ini saya ada menulis tentang bahaya pencemaran sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai BPA yang terdapat pada botol susu plastik. Kini saya cuba membawa beberapa kerisauan badan-badan bukan kerajaan tentang beberapa bahan-bahan kimia merbahaya lain yang ‘dekat’ dengan bayi kita. Belum banyak kajian saintifik mengenai kesan buruk pencemaran bahan kimia ini jika terdedah pada jangkamasa yang panjang. Malah bahan-bahan kimia ini menyebabkan banyak ‘penyakit-penyakit misteri’, telah dikategorikan sebagai “penyakit yang tidak diketahui sebabnya” atau unknown caused …

Read More »

Suntikan Vitamin K Meningkatkan Risiko Leukaemia?

Banyak sangat kontroversi perubatan yang melanda. Paling baru saya mendapat pertanyaan dari seorang ibu di Australia. Pertanyaan itu dihantar ke dalam inbox facebook saya. ”Doktor, saya berada di Australia sekarang. Doktor yang menyambut kelahiran anak saya tidak memberikan suntikan Vitamin K. Beliau hanya memberikan titisan supplemen Vitamin K di mulut anak saya. Apakah kesan jika saya mendapat suntikan Vitamin K kerana saya diberitahu oleh rakan-rakan bahawa suntikan Vitamin K amat merbahaya”   Amalan di Malaysia Di hospital kerajaan Malaysia, suntikan vitamin K diberikan kepada semua bayi yang baru dilahirkan. Saya belum mendengar di mana-mana conference perubatan yang saya hadiri tentang …

Read More »

Adakah BPA Selamat Pada Bayi Kita?

“Assalamualaikum, doktor.  Maaf mengganggu. Apa pendapat doktor tentang penggunaan botol yang mengandungi BPA. Bagaimana kita mahu menganalpasti botol itu mengandungi BPA atau tidak?” Soalan ini amat mengujakan saya. Saya rasa mahu menjawab segera. Saya percaya ramai ibu-ibu muda yang masih alpa akan kesan buruk bahan-bahan kimia yang terdapat pada produk-produk yang selalu digunakan. Padahal kesan bahan-bahan kimia ini amat besar ke atas generasi kita yang akan datang. Tentunya kita tidak menyangka bahawa dalam botol plastik susu anak kita mengandungi sejenis unsur kimia yang bahaya. Ini juga salah satu fakta yang menggalakkan penyusuan ibu kerana botol plastik susu bayi sekarang semakin …

Read More »
error: Content is protected !!