Bayi/Kanak-kanak

Anak 5 tahun masih tidak dapat bertutur

  “Assalam mu alaikum doktor. Saya mempunyai anak yang sudah berusia 5 tahun. Masalah anak saya ialah dia masih belum bertutur dgn baik. Dia boleh bercakap (mengeluarkan bunyi), tetapi belum boleh bertutur seperti kanak-kanak yang sama usia dengan beliau. Jika dia bertutur, hanya satu patah perkataan sahaja, dan kami juga tidak faham pertuturan dia kerana seperti bercakap dalam bahasa asing. Kebanyakan doktor memberitahu saya bahawa secara fizikal anak saya ok. Lagipun anak saya aktif. Sekarang ni saya tidak tahu tahu apa yang patut saya lakukan. Mohon pencerahan”. Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang dialami oleh anak puan. …

Read More »

Bahayakah Thalassaemia?

“As salamu alaikum doctor. Anak saya berumur 3 tahun dan telah diagnosakan sebagai Beta Thalasemia trait. Adakah ia berbahaya?”.   Wa alaikum mus salam. Saya memahami kebimbangan puan. Puan tidak perlu bimbang. Penyakit “Beta Thalassaemia Trait” sebenarnya tidak berbahaya dan pesakit tidak memerlukan apa-apa rawatan. Thalassaemia adalah suatu penyakit keturunan yang disebabkan masalah dalam genetik sehingga menyebabkan darah menjadi mudah pecah. Secara mudah untuk fahaman puan, terdapat dua jenis penyakit Thalassaemia, iaitu ‘Beta Thalassaemia Trait’, yang tidak berbahaya ‘Beta Thalassaemia Major’, yang berbahaya dan memerlukan rawatan transfusi darah sepanjang hayat. Cuma perlu diingatkan apabila anak puan dewasa dan ingin berkahwin, …

Read More »

Risau Anak Tidak Buang Air Besar

“Assalamu alaikum doctor.Bayi saya baru berusia 20 hari dan diberikan susu ibu sepenuhnya. Masalahnya dia tidak membuang air besar selama 10 hari. Saya perhatikan tiada masalah kembung, menangis atau kelihatan meneran. Bayi saya buang air kecil (kencing) dan kentut setiap hari. Saya susah hati kerana dia tidak buang air besar. Mohon pencerahan” Dr Zubaidi Hj Ahmad : Wa alaikum mus salam. Puan tidak perlu dirisaukan atau memaksa bayi puan untuk membuang air besar dengan memberikan apa-apa ubat. Jika anak puan semasa di wad bersalin telah pun membuang air besar, atau sudah membuang angin  (kentut) bermakna tiada masalah di saluran najis …

Read More »

Bagaimana Meningkatkan Berat Badan Bayi Saya?

“As salam mu alaikum doctor. Saya ingin bertanya bagaimana untuk meningkatkan berat badan bayi saya berusia 11 bulan. Beratnya hanya 6.8kg. Saya sudah beri dia makan bubur nasi. Dia masih masih menyusu badan dan campur susu formula. Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan perasaan risau puan alami. Sememangnya pada umur 11 bulan dan mempunyai berat 6.8 kg, agak sedikit ketinggalan. Namun puan masih berpeluang untuk meningkatkan berat bayi puan. Peningkatan berat bayi mengikut berat yang  sepatutnya amat penting bagi bayi kerana pertumbuhan otak berlaku dengan hebatnya sehingga anak puan berumur 3 tahun. Banyak kajian menunjukkan bayi yang …

Read More »

Bayi yang mengalami masalah Pierre Robin Syndrome mudah tercekik

Pierre Robin syndrome adalah keadaan di mana bayi dilahirkan dengan tulang rahang bawah yang kecil, menyebabkan lidah boleh menyekat tekak sehingga menyebabkan sukar bernafas. Ia adalah masalah genetik, dan tidak perlu diubat. Ia bukan kecacatan seumur hidup. Selepas berumur setahun, selalunya tulang rahang bawah akan membesar dengan lebih cepat. Oleh itu ibubapa yang mempunyai anak seperti ini harus memerhatikan anak mereka kerana bayi seperti ini mudah mengalami ‘choking’ dan sukar bernafas ketika berbaring. Wa allahu a’lam.

Read More »

Makanan segera tidak sesuai untuk anak-anak

Sebut saja makanan segera, semua orang pasti tahu jenis makanan yang dimaksudkan. Ayam goreng, kentang goreng, burger, sosej, piza dan mi segera, antara makanan segera yang popular. Makanan segera yang diambil dalam jumlah kerap dan banyak berbahaya kepada kesihatan. Ini kerana makanan segera mempunyai kandungan zat makanan yang tidak seimbang, dan mempunyai berlebihan garam dan bahan kimia dalam serbuk perasa yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Kadar kolesterol dalam badan juga boleh bertambah dan menyebabkan masalah obesiti serta darah tinggi jika tidak dikawal. Makanan segera juga menyebabkan masalah penambahan berat badan atau obesiti kerana mempunyai saiz hidangannya yang besar dan tinggi …

Read More »

Makanan untuk minda anak-anak

Otak adalah organ terpenting dalam tubuh. Otak  terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kanan melihat sesuatu perkara secara menyeluruh dan lebih  fokus kepada imaginasi dan kreativiti. Bahagian kiri otak pula adalah untuk menyelesaikan sesuatu yang kritis. Otak kiri lebih kepada urutan, kemahiran analitis dan pemikiran logik. Pada usia lima hingga enam tahun anak-anak  sedang berada pada  usia pra sekolah. Kebiasaannya,  besar daripada otaknya sudah diterokai. Pendedahan kepada apa sahaja yang dilihat dan didengar dan disebut kekal di dalam memori otak. Setiap saraf dan sel otak berhubung antara satu sama lain untuk membentuk satu sesuatu kemahiran …

Read More »

Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang

  Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg.   Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik.   Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan.   Inilah tanda kebesaran ALLAH.   “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran …

Read More »

Awas kemalangan di taman permainan kanak-kanak

  Taman Permainan Kanak-kanak (TPK) yang dibina di hampir semua kawasan perumahan di seluruh negara mempunyai tahap keselamatan yang meragukan.   Dianggarkan sebanyak 17 peratus kes patah tulang dalam kalangan kanak-kanak berlaku ekoran kemalangan di TPK.   Bahan permukaan yang tidak sesuai menjadi punca utama kemalangan di TPK dan tidak cukup lembut untuk menyerap hentakan meningkatkan risiko kecederaan apabila kanak-kanak terjatuh.   Selain itu, kemalangan lain yang boleh berlaku di TPK adalah terjerut. Apabila pakaian atau perkakasan leher tersangkut atau terbelit dengan peralatan permainan dan pemerangkapan yang berlaku apabila kepala kanak-kanak tersangkut semasa mereka memasukkan kaki dan badan ke dalam …

Read More »

Bayi mati secara tiba-tiba dalam tidur

  “As salamu alaikum doctor, baru-baru ini seorang rakan saya mendapat panggilan dari taska, dan diberitahu bahawa anaknya lemas dan terus bawa ke hospital. Doktor di hospital mengesahkan bayi beliau telah meninggal semasa dalam tidur. Saya terkejut kerana anak rakan saya hanya berumur 3 bulan dan baru dua hari dihantar ke taska. Persoalan saya, bolehkah bayi rakan saya meninggal dunia tanpa sebab?. Terima kasih atas perkongsian doctor” Wa alaikum mus salam. Saya tidak dapat memberikan komen dalam peristiwa ini kerana saya tidak memeriksaan keadaan anak rakan puan, lebih-lebih lagi dalam kes ini adalah kes kematian yang melibat pendakwaan (medicolegal) dan …

Read More »

Hydrocephalus

Hydrocephalus adalah masalah kecacatan pada tempurung kepala bayi yang dilahirkan akibat pengumpulan cecair cerebrospinal fluid (CSF). Ia menyebabkan peningkatan tekanan dalam dan otak sehingga menyebabkan pembesaran tempurung kepala secara tidak normal. Bayi seperti ini selalunya menderita akibat sawan, penglihatan yang menyempit dan masalah perkembangan mental yang tidak sihat. Keadaan ini adalah takdir ALLAH. Jika bayi ini pergi, relakanlah pemergian mereka kerana ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk bayi-bayi seperti ini dan ibubapa mereka. Sesungguhnya kita adalah hak ALLAH.

Read More »

Panduan menindik telinga anak

“Assalamu alaikum, doktor. Ibu saya mencadangkan anak saya yang berumur 3 bulan ditindikkan telinga sempena kenduri kesyukuran. Mohon pendapat doktor. Terima kasih”.   Wa alaikum mus salam.   Ramai ibubapa yang mahu menindik telinga bayi perempuan mereka. Imam Ahmad berpendapat, hukum menindik telinga bayi perempuan hukumnya harus, manakala menindik telinga lelaki adalah makruh. (Ahkam Maulud, Ibn Qayyim hlm 27) Jadi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam. Kongres Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak kanak-kanak (UNICEF) juga menentang amalan ini kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar pada bayi. Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak …

Read More »

MENGHILANGKAN BATUK BERLENDIR PADA KANAK-KANAK

“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama.   Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.   Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di …

Read More »

LENDIR MELEKAT DI TEKAK

“Assalammualaikum Dr, saya nak tanya,  saya  mengalami lendir di tekak yg tak hilang hilang dah 3 bulan dan mcm melekat lekat, membuat dia rasa sukar untuk bernafas dan kerap meludah.  saya terpaksa menggunakan nebulizer apabila sesak nafas. Tambahan dia mempunyai sakit asma. Adakah lendir tu berpunca dari lendir hidung yg mengalir ke tekak kerana saya  kerap sakit kepala, rasa gatal kat mata. Lendir tu berwarna putih likat. Adakah dia juga ada sakit resdung? Doktor sudah berikan  makan ubat cetirizine dan prednisolone juga nasal spray tapi lendir tu masih melekat di tekak. Apakah ubat yg sesuai untuk saya?  Harap doktor dapat …

Read More »

Merawat kutu di kepala anak

  Saya sudah lama tidak melihat kutu, apatah lagi mendapat pesakit yang mengalami jangkitan kutu  di kepala.   Namun baru-baru itu seorang kanak-kanak telah dibawa oleh ibubapa mereka kerana sering gatal kepala. Mereka telah mencuba pelbagai shampoo untuk mengurangkan kegatalan yang dihadapi oleh anak mereka.   Bila saya memeriksa rupanya terdapat banyak kutu dan telur kutu di pangkal rambutnya.   Kutu kepala sebenarnya adalah serangga parasite kecil yang menghisap darah dari kulit kepala manusia. Ia tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat.   Ramai kanak-kanak dijangkiti oleh kutu kepala tanpa disedari oleh ibubapa mereka kerana ia sukar dikesan.   Walau …

Read More »

Perlukah menggunakan inhaler biru dan coklat

“Salam doctor, baru-baru ini anak saya diserang asthma. Ini kali keempat anak saya diserang penyakit ini dan telah dimasukkan ke dalam wad kerana ubat-ubat yang anak saya makan tidak lagi berkesan. Ketika keluar wad, anak saya diberikan 2 jenis inhaler berwarna biru dan coklat. Perlukah anak saya menggunakan dua jenis inhaler dalam satu masa?” Wa alaikum mus salam. Secara amnya, ada dua jenis ubat inhaler untuk pesakit asthma yang biasa diberikan. Pertama inhaler yang berwarna biru. Ia memberikan kelegaan kepada pesakit yang sedang diserang asthma. Ia mengandungi ubat ventolin atau nama lain, salbutamol. Apabila asma menyerang, gunakanlah inhaler ini. Bagi …

Read More »

Pesakit Asthma tidak perlu ubat hospital?

“Salam doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini rakan saya memberitahu bahawa ubat-ubat hospital untuk pesakit asthma, sangat merbahaya. Ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan menyebabkan pesakit bergantung kepada ubat.   Anak rakan saya semasa kecil selalu menghidap asthma, tetapi bila masuk sekolah, dia tidak lagi menghidap asthma kerana diberikan suplemen.   Soalan saya benarkah pesakit asthma tidak memerlukan ubat hospital?” Wa alaikum mus salam. Terima kasih atas pertanyaan puan, kerana inilah peluang untuk saya memberikan pencerahan atas kekeliruan ini. Untuk pengetahuan puan, ubat doctor yang diberikan untuk pesakit asthma adalah selamat untuk digunakan, terutama inhaler dan nebulizer. Inhaler dan …

Read More »

Merawat dan mencegah ruam lampin

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya mempunyai anak berusia 8 bulan, dan mengalami ruam merah di celah peha. Dia kerap menangis bila ditukarkan lampin pakai buang. Saya menyapunya dengan krim, tetapi ruam merah itu berulang. Soalan saya adakah saya perlu menyapu krim tersebut pada waktu terdapat ruam merah atau pada setiap masa.” Wa alaikum mus salam. Saya percaya anak puan mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘nappy rash’ atau ‘ruam lampin’. Ia berlaku kerana sentuhan air kencing pada kulit punggung dan kelengkang bayi terlalu lama akibat lampin yang telah basah, lambat ditukar menyebabkan bahagian itu menjadi luka lecetan dan …

Read More »

Bolehkah saya memberikan garam pada bayi saya?

“Assalamu alaikum, baru-baru ini ibu saya mencadangkan kepada saya agar memberikan sedikit ‘garam bukit’ kepada bayi saya yang berumur satu tahun kerana katanya ia adalah cara untuk mengelakkan gangguan jin dan memberikan tenaga untuk bayi saya. Saya keliru, bolehkan bayi saya diberikan sedikit garam pada bayi saya?”   Wa alaikum mus salam. Saya berpendapat bahawa memberikan sebarang jenis garam pada bayi, terutama berumur satu tahun ke bawah boleh membahayakan kesihatan malah nyawa bayi puan. Ini kerana bayi puan masih yang kecil. Organ penghadaman mereka masih tidak matang dan  masih tidak berfungsi dengan sempurna. Bayi hanya memerlukan kuantiti garam yang kecil …

Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu. Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang. Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan …

Read More »

Meningkatkan Berat Badan Bayi

  “Salam doctor, saya mempunyai seorang bayi baru berumur 3 bulan. Masalanya bayi saya mengalami berat badan. Semasa dilahirkan berat bayi saya hanya 2.84kg, selepas berumur sebulan beratnya naik 3.8kg, kemudian ketika berumur 2 bulan, berat bayi saya meningkat kepada 4.1kg saja. Hanya meningkat 300gm saja. Sekarang bayi saya berumur 3 bulan dan beratnya hanyar 4.4 kg saja. Mohon pendapat doctor untuk penambahan berat badan anak saya” Wa alaikum mus salam. Untuk pengetahuan puan, kebiasaannya bayi akan mengalami pengurangan berat badan pada beberapa hari selepas dilahirkan. Kemudian bayi akan mengalami penambahan berat badan yang secara perlahan-lahan. Secara pengiraan mudah, berat …

Read More »

TABIAT MENGETAP GIGI DI KALANGAN KANAK-KANAK

“Salam doktor. Saya mempunyai masalah. Anak saya berumur 3 tahun mula melakukan habit yang pelik. Anak saya suka mengetap giginya dan menggoreskan gigi-giginya sehingga menyebabkan bunyi yang nyaring. Saya risau ia akan menyebabkan kerosakan gigi yang teruk. Saya harap doctor boleh membantu”. Wa alaikum mus salam. Anak puan melakukan tabiat ‘grinding teeth’ atau ‘bruxism’ yang  agak biasa dilakukan oleh kanak-kanak, terutamanya ketika tidur. Ada banyak sebab, antaranya: Ada banyak sebab, antaranya: 1) gigi atas dan bawah tidak sekata atau tidak “align” dengan sepatutnya. 2) tindakbalas pada rasa sakit. Ada kanak-kanak yang merasakan lega dengan melakukannya apabila mengalami rasa sakit pada …

Read More »

Vitamin Tambahan untuk Bayi dan Kanak-kanak

  “Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Saya ingin bertanya adakah anak saya perlu diberikan sebarang vitamin tambahan untuk kecerdasan otak. Ramai kawan-kawan di tempat kerja mencadangkan pengambilan vitamin tambah bagi membantu peningkatan IQ anak saya. Mereka telah memberikan dan mengatakan bahawa anak mereka bertambah cerdik. Mohon penjelasan” Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang mahu melihat anak-anak mereka sihat dan menjadi orang bijak. Lebih-lebih lagi banyak produk-produk kesihatan  yang dijual dan dikatakan mampu meningkatkan IQ kanak-kanak. Produk-produk ini dikatakan mengandungi vitamin-vitamin dan mineral yang sangat berguna. Saya tidak menghalang mana-mana ibubapa yang membeli …

Read More »

Doktor, betul ke anak saya juling?

“Assalamu alaikum, doctor. Saya mempunyai seorang anak yang berumur 4 bulan dan dilahirkan secara pramatang pada usia kehamilan 34 minggu. Ketika usianya mencecah 3 bulan, saya mendapat pandangan matanya tidak selari. Adakah anak saya juling?” Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya. Saya menasihati puan agar jangan risau terhadap pemandangan mata anak puan yang tidak selari itu, kecuali jika anak puan telah berusia 6 bulan. Masalah penglihatan yang tidak selari ini tiada kena mengena dengan kelahiran pramatang. Ia berlaku hampir pada semua bayi yang lahir berumur 6 bulan ke bawah, sama ada cukup tempuh hamil atau lahir pra-matang. Ketika …

Read More »

Ibu Penagih Membunuh Anaknya Tanpa Sengaja

    Saya membaca satu berita yang sedih berlaku di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.   Seorang bayi lelaki Ryder Salmen, berusia lapan bulan mati pada September 2012 selepas menghisap susu ibunya yang disahkan mengandungi campuran ubat metadon (ubat yang mengurangkan ketagihan dadah), Opana (ubat penahan sakit) dan Xanax (ubat merawat kemurungan dan masalah sukar tidur) yang tinggi.   Sarah Stephen, 32 tahun sebelum ini mengalami masalah ketagihan dadah dan diberikan beberapa ubat untuk sebagai rawatan masalah ini.   Lima bulan sebelum bayi itu meninggal dunia, Sarah pernah diarahkan oleh mahkamah untuk menghentikan penyusuan  isu apabila doktor mengesan kandungan …

Read More »

Perlukah saya berjumpa doctor apabila anak selesema?

“Salam Dr, Anak saya telah mengalami selsema dan susah bernafas selama sebulan. Alhamdullilah selsema sudah beransur pulih, tetapi pernafasan semasa tidur dia  sangat susah sehingga beliau terpaksa bernafas melaui mulut. Saya telah bawa ke pakar kanak-kanak. tetapi hanya ubat selsema, nose spray dan ubat kahak diberi. Tetapi keadaan beliau masih sama. Untuk pengetahuan doctor beliau adalah kanak-kanak yang aktif. Ada ke cara lain saya dapat pulihkan pernafasan anak saya? perlu ke di rujuk ke ENT?” Wa alaikum mus salam. Selsema sering terjadi pada kanak-kanak dan bayi. Ia menyebabkan mereka merengek da nada kalanya tidak boleh tidur dan terus menangis. Bayi …

Read More »

Bahayakah cucuk air tulang belakang?

Saya pernah membawa anak saya yang berusia setahun, secara tiba-tiba pengsan di rumah ke Jabatan Kecemasan. Beliau terus dibantu dengan bantuan sistem pernafasan sehingga peratusan kandungan oksigen dalam darah memuaskan. Akhirnya beliau ditahan diwad untuk pemerhatian dan pemeriksaan lanjut punca sebenar beliau mengalami masalah itu. Banyak ujian yang dibuat, tetapi semuanya negative. Masih tidak diketahui punca sebenar. Saya bimbang jika tidak dirawat punca sebenar, masalah yang sama (pengsan secara tiba-tiba) akan berulang. Pakar pediatric akhirnya mencadangkan kepada saya untuk melakukan pemeriksaan air tulang belakang atau disebut sebagai ‘lumbar punture’. Sebagai seorang doctor, saya faham prosedur itu. Saya juga faham faedah …

Read More »

Mengapa Anak Saya Batuk waktu Malam?

“Assalamualaikum, doktor. Saya mempunyai anak berusia 5 tahun yang sering mengalami batuk yang kuat terutama malam dan subuh. Dia telah membuat pemeriksaan di klinik dan doctor memberitahu memberikan rawatan nebulizer untuk mengurangkan batuknya tetapi masih tidak lagi sembuh. Mohon pencerahan doctor.”   Wa alaikum mus salam.   Ibubapa selalu membawa anak mereka ke klinik kerana anak mereka mengalami batuk. Adakalanya batuk mereka tidak disertai dengan demam, hanya batuk kering yang berterusan sebaik saja batuk bermula.   Batuk berlaku sebagai satu tindak balas apabila ada bendasing sama ada kahak, habuk dan sebagainya yang memasuki saluran pernafasan. Dengan cara ini, paru-paru kita …

Read More »

‘Baby Walker’ tidak membantu bayi berjalan

“Assalamu alaikum, saya nak bertanya apa pendapat doktor tentang penggunaan ‘baby walker’ untuk bayi yang berumur kurang setahun. Adakah ia selamat ?” Para ibu yang berkerjaya dan mempunyai anak kecil menghadapi satu cabaran yang besar, terutama yang tiada pembantu rumah. Apabila mereka pulang dari kerja dan kepenatan, anak kecil pula meminta perhatian dan merengek minta didukung. Untuk seketika mendukung anak kecil memberikan keseronokan kepada ibu untuk melepaskan rindu. Akhirnya tangan yang letih akan menyebabkan ibu tadi meletakkan semula anaknya. Namun tangisan anak kebosanan bermain di lantai, membuat para ibu memikirkan bagaimana cara untuk mengalihkan perhatian anak dan dalam masa yang …

Read More »

Adakah sudah terlambat ambil vaksin ?

  “Salam anak saya sudah berusia 20 bulan dan belum pernah divaksin kecuali BCG dan Hep B selepas dilahirkan. Ini kerana saya ragu-ragu dengan kesan sampingan vaksin. Baru-baru ini saya mendapat tahun anak saudara saya teruk diserang measles kerana tidak pernah disuntik vaksin dan telah dimasukkan dalam hospital beberapa hari. Doktor telah mengatakan ada jangkitan kuman pada paru-paru beliau. Saya menjadi risau ingin memberikan semula vaksin pada anak saya. Bolehkah saya melakukannya sekarang ?”   Imunisasi adalah langkah pencegahan yang sangat penting untuk kanak-kanak, kerana dapat melindungi mereka daripada penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya.   Ramai kanak-kanak yang tidak diberi vaksin …

Read More »

Doktor, kenapa anak saya tak mahu makan?

” Doktor, saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Apa yang merisaukan saya ialah anak saya agak sukar untuk makan.Beliau hanya makan apabila benar-benar lapar, itu pun satu dua suap saja. Saya pernah memberikan anak saya vitamin untuk menambah selera makan beliau, tetapi nampaknya tidak berkesan. Saya amat risau apabila anak saya kelihatan kurus, walaupun beliau aktif.” Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Masalah anak yang agak sukar untuk makan agak biasa berlaku, terutama apabila umur beliau memasuki umur setahun. Banyak punca anak mempunyai masalah ini. Jika anak puan sihat dan telah mendapat pemeriksaan doctor, maka …

Read More »

Mata Bayi Kerap Berair

  ‘Salam doktor,  saya ada bayi  berumur 3 bulan, Masalahnya dia mengalami  mata sebelah kanan yang sentiasa  berair. Saya sudah berjumpa dengan doktor tetapi  dia memberikan  ubat mata saja, tetapi  sampai sekarang pun lagi mata dia masih  berair. Ada cara lain untuk menguraangkan mata berair mata bayi saya? “ Dr Zubaidi Hj Ahmad Wa alaikum mus salam. Anak puan mengalami satu masalah salur air mata yang tersumbat, yang dikenali sebagai “blocked nasolacrimal duct”. Terdapat salur-salur halus di bahagian tepi mata, yang menyalurkan air mata ke dalam rongga hidung. Kadangkala, salur-salur ini tidak terbuka sepenuhnya, atau tersumbat, terutama di kalangan bayi baru …

Read More »

Holoprosencephaly : Sains membuktikan kelahiran dajjal?

    Baru-baru ini saya melihat kelahiran seorang bayi melalui kongsian di facebook. Saya sangat sedih melihat bayi ini masih hidup dan bergerak-gerak di dalam incubator, malangnya bayi ini bermata satu.   Saya memikirkan bagaimana nasib beliau di masa akan datang apabila telah meningkat dewasa, dan lebih malang ada rakan-rakan di facebook yang terlalu dangkal dengan mengaitkan kelahiran bayi yang tidak berdosa ini dengan kelahiran makhluk dajjal.   Pada saya kelahiran bayi ini hanya menunjukkan kekuasaan ALLAH yang boleh mencipta makhluknya dengan pelbagai bentuk kejadian.   Bayi yang tidak bersalah ini tidak seharusnya dikaitkan dengan makhluk dajjal yang dikatakan bermata …

Read More »

Sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

“Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..” Itu  adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook. Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar. Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit. Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran …

Read More »

Bengkakan kelenjar pada kanak-kanak

“Assalamualaikum doktor. Anak saya berumur 5tahun, mula-mula ada kelenjar yang membengkak di leher anak saya, kelenjar tu tidak pernah susut tapi sekarang ini semakin banyak pula kelenjar yang tumbuh. Yang terbaru terdapat kelenjar di celah-celah kelengkangnya. Saya sudah bawa dia berjumpa doktor di hospital & sedang menunggu untuk berjumpa pakar 2 minggu lagi. Ujian darah juga sudah diambil. Sekarang ini saya risau sebab kelenjar tu semakin banyak. Boleh ke saya tunggu sehingga dua minggu lagi untuk berjumpa pakar. Bagaimana dengan status kelenjar ini, membahayakan atau tidak… Terima kasih”. Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan …

Read More »

PUNCA RAMBUT BERUBAN PADA KANAK-KANAK

“Ingin penjelasan Dr., mengapa kanak-kanak usia di bawah 12 boleh  ada rambut beruban yg banyak? kekurangan vitamin atau masalah pemakanan. Dr. Terima kasih”.   Salah satu tanda bagi seorang dewasa semakin meningkat usianya ialah terdapat banyak rambut berubat di kepala. Ini kerana semakin kita berumur, sel melanocytes yang membekalkan pigment pewarna melanin pada rambut semakin berkurangan dan menyebabkan rambut kita tidak lagi berwarna hitam. Kehilangan warna hitam pada rambut menyebabkannya kelihatan coklat dan kemudian menjadi putih, dan kita namakannya uban.   Imam Nawawi menulis dalam kitab al-Majmoo’ (1/344) bahawa hukum mencabut uban adalah makruh, berdasarkan satu hadis dari ‘Amr ibn …

Read More »
error: Content is protected !!