Bayi/Kanak-kanak

ANAK DIJANGKITI VIRUS CHICKEN POX BOLEH MANDI

“Salam, doktor. Saya mahu bertanya anak saya berumur 4 thn 3 bulan, dia kena sakit chickn pox. Bolehkah dia mandi dan berkipas?”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ya boleh. Pesakit harus mandi dan bersabun bagi menjaga kebersihan diri. Cuma tuala jangan digunakan oleh orang lain bagi mengelakkan jangkitan. Tiada masalah untuk berkipas. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Read More »

Risau Anak Belum Merangkak Umur 8 Bulan

RISAU ANAK BELUM MERANGKAK UMUR 8 BULAN   “Salam doc, saya  ingin bertanya, anak saya lelaki masuk 8 bulan, masih belum pandai bangun dari baringnya,tidak mahu meniarap juga. Tapi bila didudukkan dia memang suka. Tegap saja bila duduk. Saya risau sebab belum pandai bangun dari baring. Ada ke cara urutan yang saya perlu buat untuk anak saya? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan bayi mula belajar merangkak di antara usia 7 dan 10 bulan.   Bayi hanya akan mula merangkak sebaik sahaja beliau dapat duduk dengan baik tanpa sokongan. Selalunya ketika berumur 8 bulan.   Pada masa …

Read More »

Risau anak belum merangkak umur 8 bulan

RISAU ANAK BELUM MERANGKAK UMUR 8 BULAN   “Salam doc, saya  ingin bertanya, anak saya lelaki masuk 8 bulan, masih belum pandai bangun dari baringnya,tidak mahu meniarap juga. Tapi bila didudukkan dia memang suka. Tegap saja bila duduk. Saya risau sebab belum pandai bangun dari baring. Ada ke cara urutan yang saya perlu buat untuk anak saya? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan bayi mula belajar merangkak di antara usia 7 dan 10 bulan.   Bayi hanya akan mula merangkak sebaik sahaja beliau dapat duduk dengan baik tanpa sokongan. Selalunya ketika berumur 8 bulan.   Pada masa ini, bayi …

Read More »

Bolehkan menyusukan anak dengan susu ibu, anak mendapat alahan susu lembu?

MENYUSU IBU JUGA BOLEH MENDAPAT ALAHAN SUSU LEMBU? “Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya menyusukan anak saya secara eksklusif, tiada bagi apa-apa susu kecuali susu ibu saja. Baru-baru ini saya perhatikan muka dan tubuh anak saya ada ruam selepas menyusu. adakah ini alahan susu? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Bayi yang menyusu badan sepenuhnya juga boleh mengalami tanda-tanda alahan apabila ibu mereka mengambil produk tenusu termasuklah susu lembu dalam pemakanan mereka. Sebahagian kecil protein lembu ini akan memasuki susu ibu dan menyebabkan bayi ini mengalami tanda-tanda alahan susu lembu (susu formula). Wallahu a’lam. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI …

Read More »

Alahan Susu Formula

ALAH PADA SUSU FORMULA “Salam doktor, saya telah melahirkan anak dan usianya sekarang 6 bulan. Sebelum ini saya memberikannya susu ibu, tetapi susu saya semakin sedikit, jadi saya berikan susu  formula. Saya perhatikan anak saya mudah kembung perut dan cirit birit. adakah anak saya tidak sesuai menggunakan susu formula? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM, Anak puan mungkin mengalami alahan pada susu formula (susu lembu).  Masalah alahan susu formula sering berlaku di kalangan bayi yang diberikan susu formula semenjak lahir atau apabila ibu mereka mencampurkan penyusuan susu badan dengan susu formula. Tanda alahan yang biasa ditunjukkan ialah sukar …

Read More »

NANAH PADA PARUT SUNTIKAN BCG ANAK 

“Salam doktor. Anak saya baru dilahirkan seminggu dan doktor telah memberikan suntikan BCG.  Apa yang saya perhatikan parut suntikan BCG, ada nanah. bahayakah perubahan ini ?”    WA ALAIKUM MUS SALAM   Suntikan vaksin BCG diberikan di bawah lapisan kulit (intradermal) iaitu di antara lapisan epidermis dan dermis pada bahagian bahu kiri pada bayi yang baru lahir.   Suntikan ini akan mengaktifkan sistem pertahanan badan (cell mediated immune response). Selepas suntikan, kawasan yang disuntik akan membengkak dan akan surut dengan sendiri dalam masa beberapa jam.   Selepas itu, tempat suntikan akan membentuk bengkakan kecil (papule). Papule ini akan membesar dan …

Read More »

Selamatkah Ubat Prednisolone untuk Anak Yang Ada Lendir?

SELAMATKAH UBAT PREDNISOLONE UNTUK ANAK YANG ADA LENDIR?   “Salam doctor, anak saya (1 tahun 5 bulan) sedang selsema, batuk dan kahak yang banyak selama seminggu. Saya sudah mengambil ubat salbutamol, ubat selsema tapi tak ada kesan. Hari ni doctor  bagi ubat prednisolone 3 kali sehari. Adakah ubat tersebut selamat utk anak saya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Prednisolone adalah sejenis steroid untuk membantu mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan lendir, terutama bagi pesakit asma. Jika anak puan diserang asma yang teruk, doctor akan memberikan ubat prednisolone untuk mencegah serangan asma supaya tidak berulang dan mengurangkan lendir. Ubat prednisolone biasanya …

Read More »

MENGENALPASTI MAKANAN YANG MENYEBABKAN ALAHAN PADA ANAK

  “Salam doktor. Saya tiada alahan. Baru-baru ini anak saya mengalami alahan yang teruk, berpunca dari makanan. Bagaimana saya mahu mengetahui makanan yang mana menyebabkan alahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang sukar untuk mengenalpasti makanan yang menyebabkan alahan kerana bayi dan kanak-kanak ini diberikan pelbagai jenis makanan.   Satu cara untuk mengenalpasti makanan yang memberikan alahan ini ialah menyediakan jadual makanan harian. Berikan makanan yang tidak mengandungi bahan -bahan menyebabkan alahan.   Jika terdapat tanda alahan, bermakna ada bahan yang disyaki boleh menyebabkan alahan dan cuba hentikan makanan tersebut. Berikan masa sehingga satu minggu, bagi melihat …

Read More »

BAGAIMANA  MENGELAKKAN ANAK DARI MENDAPAT ALAHAN?

“Salam doktor. Saya hamil dan mempunyai alahan teruk pada seafood. bagaimana saya boleh mengurangkan risiko alahan ini pada bayi yang akan saya lahirkan. Terima kasih”.   Jika masalah alahan berlaku dalam keluarga , pastikanlah bayi yang baru lahir diberikan susu badan sahaja. Pemberian susu formula, terutamanya berasakan susu lembu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi mula mengalami alahan.   Dalam satu kajian menunjukkan bahawa jika bayi yang diberikan susu formula (susu lembu) dan mengalami cirit -birit dalam tempoh dua bulan pertama kelahirannya , dia berkemungkinan besar bayi itu sedang mengalami alahan.   Ramai pakar yang menyarankan supaya bayi -bayi dari …

Read More »

Alahan makanan bermula di peringkat janin

ALAHAN MAKANAN BERMULA DI PERINGKAT JANIN “Salam doktor. Maaf bertanya, sebenarnya bila bermulanya proses rangsangan alahan pada bayi. adakah selepas diberikan makanan selain susu ibu? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Doktor telah lama mengetahui bahawa sesetengah kanak -kanak boleh mendapat gatal -gatal kulit , lelah resdung , cirit , muntah -muntuah dan sebagainya setap kali mereka makan bahan -bahan yang tidak serasi dengan mereka. Ketidakserasian ini disebabkan oleh masalah penghadaman atau oleh alahan makanan ( food allergy ). Keadaan ini boleh berlaku pada peringkat bayi lagi , malah ada para penyelidik yang berpendapat bahawa ia boleh berlaku pada peringkat …

Read More »

KESAN SAMPINGAN LACTULOSE BAGI BAYI YANG SENSITIF

“Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai bayi saya yang jarang membuang air besar. Kekerapannya ialah 4-5hari sekali. Saya menyusukan dia sepenuhnya dan dia belum makan makanan bayi. Usia 6 bulan. Saya bawa ke klinik dan doc suruh berikan lactulose. Saya risau kalau kerap beri,akan menyebabkan anak saya bergantung kepada ubat untuk membuang air besar. Perutnya tidak keras. Apa pendapat Dr? Saya kerap juga buat senaman kayuhan supaya anak saya mudah membuang air besar. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan. Ia mula berlaku pada bayi yang …

Read More »

Tanda-tanda anak berbakat dan berkebolehan luar biasa

TANDA-TANDA ANAK KITA DIBERIKAN BAKAT DAN MEMPUNYAI KEBOLEHAN YANG LUAR BIASA Tanda-tanda tersebut dimiliki oleh anak pada usia antara 2- 4 tahun ialah: 1. Mempunyai bakat tertentu, seperti kebolehan melukis atau kebolehan luar biasa dengan nombor. 2. Mencapai tahap perkembangan fizikal dan berfikir lebih awal dari rakan-rakan. 3. Mempunyai perkembangan menguasai bahasa yang lebih baik berbanding dengan rakan-rakan, seperti perbendaharaan kata yang luas atau keupayaan untuk bercakap dalam ayat yang lebih awal daripada kanak-kanak lain yang sebaya. 4. Mempunyai keinginan untuk tahu dan tidak pernah berhenti bertanya. 5. Sangat aktif (tetapi tidak hiperaktif). Walaupun kanak-kanak hiperaktif sering mempunyai tahap tumpuan …

Read More »

Rawatan pembedahan bagi tongue-tie

RAWATAN PEMBEDAHAN UNTUK TOUNGE-TIE “Salam doctor, saya berumur 25 tahun dan mempunyai masalah tounge-tie.Saya sukar untuk bertutur dengan laju dan jelas, terutama ketika bekerja. Apabila saya membaca surah al fatihah, ada beberapa perkataan yang bunyi lain. Persoalannya apakah rawatan untuk merawat tougue-tie untuk orang dewasa seperti saya. Terima kasih atas penjelasan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tongue-tie atau dalam bahasa perubatannya ankyloglossia, ada suatu keadaan apabila pergerakan lidah dalam mulut menjadi terhad (disebut frenulum) kerana terdapat satu tisu yang menghubungkan hujung lidah dengan lantai mulut. Selalunya tisu ini menghubungkan tengah lidah, jadi hujung lidah bebas bergerak.   Masalah ini …

Read More »

KESAN BAYI DAN KANAK-KANAK JATUH DAN TERHENTAK KEPALA

  “Salam doktor. Saya ingin bertanya, Bayi atau kanak-kanak sering terjatuh dan kerap terhentak kepala. Adakah perkara ini memberikan kesan tidak baik kepada mereka? Apakah tanda  bahaya pada kanak-kanak ini? Perlukah dibawa segera berjumpa doktor? Apakah apakah kesannya sama ada jangka masa pendek dan panjang. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Setiap kali bayi atau anak kecil kita jatuh dari sofa atau katil, kita berasa runsing jika mereka mengalami kecederaan terutamanya kecederaan kepala. Bagi kanak-kanak yang masih kecil dan masih tidak stabil berjalan, kemalangan lebih kerap berlaku di dalam rumah.   Walaupun sofa dan katil itu …

Read More »

KESAN BENJOL AKIBAT HANTUKAN BEBERAPA KALI

Salam doktor, saya mempunyai anak saudara berumur 3 tahun dan dia sangat aktif sehingga kerap terjatuh dan terhantuk. Di kepala sudah mempunyai beberapa benjol. Adakah ini boleh membawa kesan buruk kepada perkembangan dan pertumbuhan anak saudara dan perlukah kami membawa dia ke klinik? Johor, Malaysia WA ALAIKUM MUS SALAM Sebarang kecederaan kepala yang hanya melibatkan kulit kepala tidak mendatang sebarang kesan jangka panjang. Kecederaan pada kulit kepala biasanya dalam bentuk luka, lebam dan bengkak atau benjolan. Jadi  bayi yang beberapa kali jatuh dan tidak mengalami kecederaan atau hanya mengalami kecederaan kulit kepala, tidak perlu dirisaukan. Namun jika bayi mengalami kecederaan …

Read More »

LANGKAH-LANGKAH MUDAH MEMANDIKAN BAYI YANG BARU LAHIR

  “Salam doktor. Saya baru melahirkan anak sulong 3 hari lepas secara normal. Saya telah kematian ibu tahun lepas, jadi saya bersendirian menjaga anak, dan suami saya sudah kembali bekerja. Ibu mertua saya menjaga suaminya yang menghidap stroke. Mohon doktor mengajar saya memandikan bayi sulong saya dengan cara yang betul. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah yang biasa dihadapi oleh ibubapa muda yang pertama kali memandikan bayi mereka ialah perasaan takut dan tidak yakin untuk memandikan bayi mereka yang bertubuh kecil. Mereka bimbang akan mencederakan bayi mereka ketika membersihkan tubuh bayi atau bayi yang dimandikan terjatuh ke lantai dan …

Read More »

Anak berusia sebulan masih kekuningan (jaundice)

ANAK BERUSIA SEBULAN MASIH KEKUNINGAN (JAUNDICE)   “Salam doctor, saya ingin bertanya adakah normal bagi bayi yg usianya sudah sebulan masih ade kuning di mata dan badannya, saya risau sebab kulit dan mata anak saya masih lagi nampak kuning, dan warna najisnya pun kuning, adakah itu normal, mohon penjelasan doktor secepat mungkin. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan bayi yang dilahirkan secara matang (cukup bulan) mengalami masalah kekuningan pada tubuh mereka. Ia dikenali sebagai sebagai penyakit kuning atau jaundice.   Kekuningan ini amat jelas selepas berumur seminggu dan perlahan-lahan akan berkurangan. Ia adalah proses yang normal. Malah …

Read More »

Masih ceret beret akibat jangkitan rotavirus walaupun telah dibenarkan keluar hospital

MASIH CERET BERET AKIBAT JANGKITAN ROTAVIRUS WALAUPUN TELAH DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL   “Salam doc. Saya mempunyai anak saya kecil yang dijangkiti rota virus. Anak saya mengalami muntah yang teruk dan telah dimasukkan ke dalam hospital selama 3 hari. Selepas keluar dari hospital, anak saya masih mengalami ceret beret. Adakah ia normal ? Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jangkitan rotavirus sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. Jangkitan ini merupakan salah satu punca ceret-berit.   Bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti dengan jangkitan rotavirus selalunya akan menunjukkan tanda-tanda seperti demam, loya, dan muntah-muntah, sering diikuti …

Read More »

SUSU FORMULA TERBAIK UNTUK BAYI ECZEMA

  “Assalamualaikum Dr, saya ingin bertanya kepada Dr. susu formula apakah yang sesuai untuk bayi yang mempunyai ekzema. Buat pengetahuan Dr. Anak saya sekarang berumur 6 bulan lebih.. sejak lahir saya memang bagi bf sampai sekarang tapi saya ingin mencampur susu formula kepada anak saya.. kerana air susu saya sudah tidak banyak seperti mula2. Buat pengetahuan Dr. Jg saya sudah pernah memberikan susu formula dumex.. bayi saya menyusu dan tidak pernah memuntahkan balik susu itu tetapi selepas 2 hari begitu timbul bintik merah bengkak seperti gigitan nyamuk di kaki, peha, dan kepala , dan selepas bebrapa hari bintik tersebut baik …

Read More »

NAJIS ANAK ADA DARAH

“salam doktor.  Anak saya berumur kurang 2 bulan. Semasa pantang, najisnya mempunyai darah (seperti sehelai bulu mata), saya ingatkan ianya disebabkan pemakanan saya. Saya kurangkan pengambilan makanan pedas dan monitor najis anak saya. Namun selepas pantang, kejadian sama berulang lagi sebanyak 2kali. Kali terakhir, darah lebih banyak berbanding biasa. Adakah ini disebabkan masalah usus. Mohon pencerahan doktor dan apakah yang patut dilakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Langkah pertama yang puan lakukan ialah pastikan ia sememangnya darah pada najis, dengan melakukan ujian makmal. Adakalanya apa yang disangkakan ‘darah’ sebenarnya bukannya darah, tetapi warna najis bayi yang berubah. Saya mencadangkan …

Read More »

anak kurang berat badan

ANAK BERAT KURANG “Salam doktor, anak saya berusia satu tahun dan empat bulan. Namun berat badannya hanya 8kg. Bagaimana hendak meningkatkan berat badan dia. Adakah ini akan beri kesan sampingan pada anak saya bila besar nanti?” WA ALAIKUM MUS SALAM Walaupun mungkin berat anak puan agak ringan, namun begitu, berat badan sahaja tidak memberi makna bahawa seorang kanak-kanak itu mengalami pertumbuhan fizikal yang perlahan. Pertumbuhan fizikal kanak-kanak diukur pada ketinggiannya, berat badan dan lilitan kepala dan dipadankan dengan umur dan jantinanya. Setelah kelima-lima parameter ini akan dipadankan pada graf pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Pertumbuhan fizikal kanak-kanak tidak dikira dengan BMI, tetapi …

Read More »

Jangkitan Kuman Paru-paru di Kalangan Bayi

  “Doktor apakah tanda jangkitan paru-paru pada bayi 1 tahun 8 bulan?. Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM United Nations Children’s Fund (UNICEF) telah membuat anggaran bahawa penyakit jangkitan kuma di paru-paru (pneumonia) di kalangan kanak-kanak telah membunuh kira-kira 3 juta kanak-kanak di seluruh dunia setiap tahun. Ini bermakna jangkitan penyakit ini sangat bahaya. Kematian ini berlaku terutama di kalangan kanak-kanak yang mengalami penyakit kronik paru-paru akibat kelahiran pra-matang, penyakit jantung semenjak lahir (kongenital), dan kanak-kanak yang mengalami daya  tahan yang rendah (immunosuppression). Walaupun kebanyakan kematian berlaku di negara-negara yang miskin, tetapi ia masih menjadi punca utama kematian …

Read More »

Berapa lama susu ibu boleh bertahan

BERAPA LAMA SUSU IBU BOLEH BERTAHAN?     “Salam doctor. Semoga dr berada dlm keadaan sihat sejahtera hendaknya.  Saya mahu bertanyakan, berapakah tempoh hayat sebenar bagi susu ibu yang diperah dan disimpan dalam deep freezer? Adakah benar-benar tempoh maksimum hanya sehingga 6 bulan? Atau masih boleh digunakan setelah tempoh 6 bulan?. Ini kerana saya menghasilkan susu sebanyak lebih kurang 50-60 oz sehari, maka masih terdapat susu yang telah melebihi tempoh tersebut yang masih belum dgunakan. Saya juga telah mencuba susu tersebut  & mendapati rasanya sama sahaja dengan susu-susu  yang masih belum tamat tmpohnya. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM. …

Read More »

KENAPA BAYI TIDAK DIBENARKAN PULANG KE RUMAH?

  Salam Dr, kakak saya baru melahirkan seorang bayi, namun bayi tersebut dilahirkan  3 minggu lebih awal dari tarikh yang dijangka disebabkan kakak saya mempunyai masalah air mentuban yang sikit. Bayi telah dimasukkan ke NICU setelah dilahirkan disebabkan darah merahnya terlalu pekat. Doktor telah melarang kakak saya untuk menyusukan bayinya, namun pihak hospital telah memberikan susu ‘khas’ (mungkin susu formula, saya tak pasti). Setelah diberi susu tersebut, bayi kakak saya muntah. Setelah diberi susu ‘khas’ selama 2 hari, bayi masih lagi muntah, jadi doktor cakap bayi kakak saya mungkin mmpunyai masalah dalam perut kerana masih muntah. Jadi mereka terpaksa menahan …

Read More »

CLOMID UNTUK HAMIL KEMBAR

  “Salam. Saya hendak bertanya, adakah doctor membuat rawatan untuk mendapat anak kembar? Saya tidak ada masalah untuk hamil dan kitaran haid saya tetap dan normal. Umur anak saya yang terakhir adalah  3 tahun lebih dan tidak lama lagi saya akan membuang IUCD. Bolehkah saya mengambil pil clomid untuk mendapatkan anak kembar. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ada wanita yang beranggapan bahawa dengan mengamalkan clomid, seorang wanita itu mungkin hamil kembar. Ini tidak benar. Secara umumnya, Clomid hanya menyebabkan 10% kehamilan kembar dua, dan kurang daripada 1% menyebabkan kehamilan kembar tiga atau lebih banyak lagi. Tidak semua …

Read More »

PUNCA MIGRAINE DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

  “Salam doctor. Saya mengalami sakit kepala migraine sejak remaja. Sakit kepala itu sesekali datang dan kali terakhir saya mengalaminya ialah pada 5 tahun yang lepas. Baru-baru ini anak perempuan saya berusia 12 tahun mengadu sakit kepala. Adakah ia berpunca dari masalah keturunan. Mohon pencerahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Terima kasih kasih atas pertanyaan puan. Ya sakit kepala migraine boleh dialami oleh kanak-kanak dan remaja, walaupun ia berumur kurang dari 15 tahun. Dalam satu kajian, mendapati bahawa 40% dari kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah mengalami sakit kepala yang membimbangkan, dan 75% lagi pernah mengalami sakit …

Read More »

MIGRAINE DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

“Salam doktor Anak saya berusia 11 tahun kena migrain. Saya sudah jumpa doktor pakar dan dia bagi macam-macam  ubat termasuk ubat tahan sakit. Benarkah migraine boleh berlaku pada kanak-kanak. Mohon pencerahan. Terima kasih”. Sakit kepala pada kanak-kanak dan remaja sering berlaku dan masih kurang didiagnosis oleh doktor. Saya masih ingat ketika saya menderita sakit kepala yang teruk selama seminggu ketika belajar di matrikulasi UKM ketika saya berumur 18 tahun. Saya tidak boleh membaca buku, sering rasa loya dan muntah dan rasa mahu tidur saja. Ini sangat mengganggu pembelajaran saya dan akhirnya keputusan peperiksaan saya pada semester itu sangat teruk. Ketika …

Read More »

BAHAYA JIKA KANAK-KANAK MENGAMBIL GARAM BERLEBIHAN

Kanak-kanak dan remaja di Malaysia mengambil terlalu banyak garam natrium  setiap hari. Dianggarkan mereka mengambil lebih dari 1,000 mg dari dari tahap yang yang dibenarkan. Kebanyakan mereka mengambil kira-kira  3,500 mg natrium sehari, manakala maksimum yang disarankan ialah  2,300 mg natrium dalam sehari. Kebanyakan garam natrium ini datangnya dari makanan segera seperti yang disediakan secara komersial seperti pizza, mi segera, sup segera, dan makanan ringan. Pengambilan garam natrium yang berlebihan akan merosakkan jantung dan ginjal dalam masa yang panjang. Oleh itu tidak hairan ramai di kalangan orang muda sekarang, dalam usia lewat 20an telah mula mengalami penyakit tekanan darah tinggi. …

Read More »

Anak sering demam sejak masuk TASKA

ANAK SERING DEMAM SEJAK MASUK TASKA   “Salam doctor, anak saya berumur dua tahun dan saya telah mula menghantar dia ke TASKA kerana saya mula mendapat pekerjaan. Apa yang merisaukan saya ialah  anak saya sering demam. Ada kalanya tinggi da nada kalanya sederhana. Perlukah saya saya memberikan ubat antibiotic? Saya sangat risau Adakah beliau mengalami penyakit berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Demam di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah suatu fenomena yang biasa. Ini disebabkan daya tahan kanak-kanak adalah rendah.   Semakin kanak-kanak itu membesar, semakin jarang dia akan mengalami demam.   …

Read More »

YOGURT UNTUK KANAK-KANAK DAN BAYI

“Salam doctor, bolehkah yogurt diberikan kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah untuk mengurangkan kembung perut dan merawat sembelit ? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebaiknya bayi diberikan susu secara ekslusif (tiada tambahan makanan lain kecuali susu sahaja) sehingga berumur  satu tahun, dan boleh diberikan bersama makanan lain selepas berumur satu tahun. Islam pula menggalakkan pemberikan susu sehingga bayi/kanak-kanak berumur dua tahun. Yogurt adalah makanan bayi yang baik. Ia mengandungi banyak protein berkualiti tinggi, banyak kalsium, dan mengandungi banyak bakteria yang baik/berfaedah.  Oleh itu yogurt sesuai diberikan kepada bayi yang berusia lebih enam bulan. Selepas enam …

Read More »

Susu kambing untuk bayi berumur 6 bulan

SUSU KAMBING UNTUK BAYI BERUMUR 6 BULAN   Lifelong Left Foot Pain Sep 9, 2014 PRESENTATION   “Assalammualaikum doctor, saya ingin bertanya berkenaan susu tepung susu kambing yang semakin mendapat perhatian ibu bapa sebagai ganti susu lembu yang berada di dalam pasaran sekarang. Apa  pendapat doctor mngenai susu tepung susu kambing untuk bayi 6 bulan ke atas? Saya sebagai ibubapa perlu mendapat kesahihan produk bukan sahaja dari segi halal malah kandungan yang terdapat di dalam susu trsebut membantu dalam tumbesaran kanak-kank . Apa yang perlu saya kaji sebelum memberikan susu ini kpda anak saya? Mohon pandangan doctor. Terima kasih”   …

Read More »

Risiko bius pengsan untuk pembedahan di kalangan kanak-kanak/bayi

RISIKO BIUS PENGSAN UNTUK PEMBEDAHAN DI KALANGAN KANAK-KANAK/BAYI   “Salam doctor. Anak saya berusia 8 tahun akan menjalani pembedahan pembuangan tonsil. Doktor beritahu anak saya akan diberikan bius pengsan. Adakah ia akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan anak saya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya memahami perasaan puan, kerana sebagai ibubapa tentu merasa resah apabila melihat anak mereka akan menjalani pembedahan.   Oleh kerana bayi dan kanak-kanak mempunyai tubuh yang kecil, maka ubat bius yang akan diberikan mengikut nisbah berat badan mereka.  Oleh itu sebelum melakukan apa-apa pembedahan, doctor akan memeriksa bayi dan kanak-kanak ini …

Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang …

Read More »

Doktor juga boleh keliru apabila buah zakar anak tersimpul dan membengkak

DOKTOR JUGA BOLEH TERKELIRU APABILA BUAH ZAKAR ANAK TERSIMPUL DAN MEMBENGKAK     Antara cabaran yang besar bagi seorang doctor ialah mendiagnosa masalah yang dihadapi oleh pesakit. Cabaran ini sama besarnya dengan memberikan rawatan yang terbaik bagi pesakit.   Mendiagnosa pesakit bukanlah mudah. Ia tidak semudah seperti seorang bomoh yang ‘mendiagnosa’ pesakitnya hanya dengan melihat air dalam mangkuk.   Walaupun doctor telah melakukan pelbagai pemeriksaan, sama ada fizikal, xray atau pemeriksaan darah, dalam kebanyakkan keadaan semua keputusan itu umpama, cebisan ‘puzzle’ yang harus dicantumkan sebelum mejadi suatu lukisan yang lebih besar.   Semakin besar lukisan itu, semakin sukar untuk meneka …

Read More »

Anak Terhantuk dan Kepala Berdarah

  “SALAM doctor, baru-baru ini anak saya berusia 3 tahun mengalami hentakan yang kuat di kepala apabila rak buku terjatuh setelah digoyangnya menimpa beliau. Anak saya mengalami luka, tetapi berhenti selepas beberapa ketika. Selain itu beliau pernah beberapa kali tergelincir dan jatuh kepala dulu. Saya sangat risau terhadap kesan hantukan itu? Adakah ia berbahaya? Mohon pandangan doctor, terima kasih”    WA ALAIKUM MUS SALAM   Anak-anak dalam usia segini memang aktif dan selalu terdedah kepada kecederaan kepala.   Walau bagaimana pun, kesan luka atau koyakan pada kulit kepala sebenarnya adalah kecederaan yang tidak serius, terutama apabila tiada pendarahan yang banyak …

Read More »

Bimbang anak jatuh dari katil

“Salam Doktor, Saya ada seorang anak lelaki berusia 7 bulan. Pagi tadi anak saya jatuh dari katil. Ada bengkak diatas dahi anak saya. Dia menangis tapi selepas 3 minit mcm tu, dia berenti dan main macam biasa.  Saya juga telah bawa anak saya ke klinik sejurus lepas kejadian tu. Menurut doctor yang check anak saya, tiada apa2 yang serius. Tapi sebagai seorang ibu, saya sgt risau. Need your advice.”  WA ALAIKUM MUS SALAM Apa yg selalu kita risau apabila anak jatuh dari katil ialah anak akan mengalami kecederaan dan pendarahan otak. Kecederaan ini bergantung pada ketinggian katil, benda-benda keras yang …

Read More »
error: Content is protected !!