Infectiosum erythema, atau “fifth disease” adalah penyakit yang biasa menjangkiti kanak-kanak akibat jangkitan virus Parvovirus B19. Jangkitan boleh menyebabkan ruam pada tubuh dan muka. Ia bermula apabila kanak-kanak itu mengadu sakit kepala, demam yang rendah, dan hidung selsema dan berair 2-3 hari sebelum bermulanya ruam. Kanak-kanak ini akan pulih secara spontan tanpa rawatan, pastikan minum air secukupnya , insha ALLAH.
Read More »Bayi/Kanak-kanak
Penjelasan Terhadap Keraguan Suntikan Vaksin (Imunisasi)
KENYATAAN AKHBAR BERSAMA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya …
Read More »Vaksin disahkan selamat dan berkesan?
Banyak kajian telah mengesahkan bahawa vaksin yang biasa digunakan untuk meninggikan daya tahan kanak-kanak di Amerika Syarikat adalah selamat, malah berkesan dalam mencegah banyak penyakit yang boleh mengancam nyawa. Tetapi oleh kerana telah banyak informasi yang mengelirukan mengenai risiko vaksin ini, dan sebenarnya bahaya sebenar apabila ibubapa enggan untuk menghantar anak mereka untuk diberikan suntikan vaksin, maka sekumpulan pengkaji telah mengambil keputusan untuk meneliti semula secara sistematik semua kajian yang telah dijalankan dan yang telah diterbitkan dalam journal-journal perubatan. Mereka mendapati dan membuat kesimpulan bahawa pemberian suntikan vaksin adalah selamat malah berkesan. Para penyelidik itu mengkaji …
Read More »Rawatan untuk Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)
“Salam doctor. Baru-baru ini anak saya disahkan mengalami jangkitan HFMD. Apa yang saya tidak faham doctor hanya memberikan ubat demam saja, pada hal anak saya tidak demam. Malah beliau menyuruh kami balik tanpa pemeriksaan lanjut di wad. Mohon pencerahan, doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM HFMD adalah penyakit jangkitan virus yang bahaya dan selalunya akan sembuh sendiri, walaupun mengambil masa beberapa hari. Oleh itu kes seperti ini tidak perlu dimasukkan ke wad dan doctor selalunya akan memberikan rawatan sebagai pesakit luar saja. Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak yang lain. Doktor selalunya akan memberikan ubat menurunkan demam, seperti paracetamol, yang …
Read More »Tanda Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)
“Salam doktor. baru-baru ini anak saya berumur 5 tahun mengalami demam yang kuat. Saya telah memasukkan ubat ke dalam punggungnya bagi meredakan demam. Saya perasan ada ruam pada tapak tangannya. adakah ini yang dikatakan penyakit tangan, kaki dan mulut? Terima kasih atas pencerahan. Wa alaikum mus salam. Tanda-tanda jangkitan kuman virus HFMD ialah ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul …
Read More »BAYI JATUH DARI KATIL
“Salam doktor. Baru-baru ini anak saya berusia 5 bulan telah jatuh dari katil tempat kami tidur. Kami tidurkan dia di atas katil kerana ia lebih selesa. Malangnya saya tidak menyedari dia telah bangun dan bergolek. Dia jatuh dan menangis kuat. Apakah ini berbahaya kepada anak saya? Mohon pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Memang sangat bahaya jika bayi yang kecil terjatuh dari katil. walaupun katil itu tidak tinggi, namun ketinggian katil itu sangat tinggi jika dibandingkan dengan ketinggian bayi. Bayangkan jika kita jatuh dari tempat yang setinggi aras kepala kita. Begitulah bahaya apabila bayi terjatuh dari katil. Namun begitu tidak …
Read More »Mengapa Anak Saudara Saya Dimasukkan ke Wad Neonatal Unit Hanya sebentar Saja?
“Salam doctor. Baru-baru ini anak saudara saya telah dilahirkan pramatang 32 minggu. Bayi yang dilahirkan hanya 2.5kg. Yang menjadi kemusykilan saya ialah kenapa anak saudara saya itu hanya dimasukkan ke wad neonatal unit hanya beberapa hari saja. Boleh mendapat penjelasan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Neonatal Unit (NNU) yang disediakan oleh hospital menyediakan sekumpulan pakar yang terlatih bertugas secara 24 jam bagi menjaga bayi baru dilahirkan yang mengalami komplikasi kelahiran atau mengalami penyakit sejak dalam rahem atau dilahirkan secara pramatang. Mereka yang terlibat dalam penjagaan NNU ini ialah: Jururawat yang terlatih dalam penjagaan …
Read More »Ramai bayi yang meninggal dunia semasa tidur
“Salam doktor. Saya ingin bertanyakan tentang kejadian di mana mati meninggal dunia semasa tidur. Adakah ia dapat dielakkan? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai ibu bapa sangat risau mengenai risiko kematian bayi secara tidak disedari ketika tidur terutama pada usia mereka beberapa bulan pertama setelah dilahirkan. Oleh itu saya mencadangkan agar bayi yang berusia enam bulan ke bawah haruslah tidur berdekatan dengan ibubapa mereka tetapi tidak semestinya satu katil atau satu tilam. Saya juga mencadangkan agar: 1. Tidurkan bayi dalam keadaan telentang, bukannya meniarap atau disisinya. 2. Berhati-hati dengan penggunaan selimut kerana ramai bayi yang lemas dalam …
Read More »Bagaimana Melatih Bayi Tidur Sepanjang Malam
“Salam doktor. Saya ingin bertanya kepada doktor mengenai anak saya. Usia anak saya baru memasuki enam bulan. Namun saya terpaksa bangun setiap empat jam kerana anak saya sering terjaga dan mahukan susu. Ada beberapa rakan saya pula dapat tidur sepanjang malam kerana anaknya tidur dengan lena. Bagaimanakah saya dapat melatih anak saya agar dia dapat tidur sepanjang malam? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak menafikan bahawa sesetengah bayi mudah tidur dan akan tidur sepanjang malam seawal usia lapan minggu. Namun kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau mungkin lebih lewat dari …
Read More »ANAK SENGAU
“Salam doctor. Saya mempunyai anak berusia 7 tahun dan baru memasuki sekolah. Beliau mempunyai masalah sengau. Apakah punca sengau dan perlukah beliau menjalani pembedahan? Mohon perncerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya bersimpati dengan anak puan. Masalah sengau haruslah diatasi segera kerana selalunya kanak-kanak sebegini mempunyai rasa rendah diri dan sering menjadi mangsa buli. Apabila seorang bercakap antara satu sama lain, pertuturan berlaku ketika bunyi dihasilkan apabila udara keluar melalui mulut atau hidung. Bunyi yang keluar dari hidung ialah bunyi ‘m’, ‘n’, ‘ng’ dan ‘ny’. Bunyi selain dari ini dihasilkan dari mulut. Jadi sekiranya, bunyi yang sepatutnya keluar dari mulut, tetapi …
Read More »Adakah makan buah-buahan akan menambahkan gula dalam darah wanita yang hamil
“Assalamu alaikum doktor, saya ada pertanyaan mengenai kadar gula yg terkandung dalam buah-buahan seperti mangga, ciku dsb. Adakah dengan mengambil buah-buahan ini juga akan meningkatkan kadar gula dalam badan, sekaligus meningkatkan bacaan gula semasa ujian BSP bagi wanita hamil? Mohon penjelasan, terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM Semua wanita hamil perlu disaring untuk mengesan penyakit kencing manis semasa hamil dengan mengambil kira sejarah perubatan wanita itu. Setelah seorang wanita itu risiko mengalami penyakit itu, ujian Ujian Toleransi Glukosa akan dilakukan dengan meneriksa kandungan gula wanita itu sebelum sarapan, sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan …
Read More »Payudara kecil menyebabkan susu sedikit?
“Salam doctor. Saya seorang ibu yang menyusukan anak kembar saya berumur 6 bulan. Masalah saya ialah saya mengalami kekeringan susu dan saya merasakan bahawa saya tidak cukup untuk memberikan susu kepada kedua orang anak kembar saya. Saya bertubuh kecil 150cm dan mempunyai payudara yang bersaiz C saja. Adakah saiz payudara saya mempengaruhi susu yang dihasilkan? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Tahniah kerana puan mempunyai dua orang anak kembar. Itlah rahmat ALLAH. Namun setiap rahmat dan rezeki yang ALLAH berikan, ada juga ujian yang disertakan, bagi melihat siapakah di antara kita yang baik amalannya. …
Read More »Perubahan Payudara ketika Hamil
“Salam doctor. Saya ingin bertanya. Saya hamil 32 minggu dan saya mendapati bahawa payudara agak tegang dan kawasan sekitar nipple saya berwarna lebih gelap dan terdapat banyak bintik-bintik kecil disekitarnya. Adakah ini bahaya, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Puan jangan risau atas perubahan payudara yang puan alami. Ia adalah perubahan yang normal dan semulajadi. Sebaik sahaja puan hamil, payudara puan akan mula mengalami perubahan bagi menyiapkan payudara puan mengeluarkan susu. Oleh itu tanda seorang wanita sedang hamil adalah payudara mereka menjadi lembut dan membengkak. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan wanita itu. Walau bagaimana pun ia bukanlah …
Read More »Perlukah Mengepam Susu di Tempat Kerja?
“Salam doctor. Saya menyusukan anak dan masalah saya payudara cepat penuh dengan susu. Kalau di tempat kerja saya, adakalanya sampai baju saya basah. Ia memalukan. Perlukah saya mengepam susu saya? Bolehkah ia diberikan kepada anak saya nanti bila pulang di rumah? ” WA ALAIKUM MUS SALAM Bagi wanita yang menyusukan anak seperti puan, mengepam susu badan di tempat kerja ada kalanya tidak menyenangkan kerana ada kalanya puan tidak mendapat tempat yang lebih privasi. Walau bagimanapun, ia banyak memberikan faedah kerana susu itu boleh puan simpan untuk diberikan kepada anak puan apabila pulang nanti. Cuma …
Read More »Kecederaan kepala anak: keretakan tulang dan darah beku
“Assalam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya mengenai anak saya yang berusia 9 tahun, telah jatuh dari motorsikal pada pada 3/3/14. Doktor telah melakukan pemeriksaan CT scan kepala dan mendapati terdapat sedikit darah beku. Doktor pakar neusosurgeri di HKL mengatakan anak saya tidak memerlukan pembedahan kerana hanya mengalami keretakan pada tengkorak di sebelah belakang telinga kanan. Anak saya sekarang normal seperti dulu. Dia boleh pergi sekolah dan belajar, bergurau dan bermain. Doktor pesan jika ada cecair keluar dari hidung atau telinga, ia berpunca dari kebocoran tengkorak. Adakah ia boleh pulih seperti biasa ? Doktor mendapati tiada …
Read More »BAYI BERDENGKUR KETIKA TIDUR
“Dr…saya nak btanya.anak saya berusia 4bulan.nafas anak saya selalu berbunyi.mcm ade kahak.tp die xpernah pun selsema atau batuk sblm ni.dan anak saya bdengkur sewaktu tdo..sewaktu cek up di klinik ksihatan. Mereka beritahu mgkin sbb salur pernafasan die masih lg kecik.sbb tu nafas die bbunyi.adakah pkara ini normal Dr?perlukah saya pergi ke Dr pakar utk langkah seterusnya? Trima kasih krana sudi luangkan masa mbaca emel ini.“ WA ALAIKUM MUS SALAM Jawaban yang diberikan seperti itu adalah tidak benar kerana ramai bayi yang normal dilahirkan tidak mempunyai masalah yang sama seperti anak puan. Ini bermakna, anak puan bukan berada dalam …
Read More »Anak muntah selepas diberikan ubat.. Perlukah diberikan semula?
“Salam doc, anak saya demam. Dia berumur 8 tahun. Saya baru saja memberikan dia makan ubat demam dan antibiotic. Tidak sampai 5 min dia muntah semula. Perlukah saya beri makan semula ubat tadi tu, atau kena tunggu lama sikit baru beri semula, ataupun tak perlu beri kena tunggu next schedule baru makan ubat semula? terima kasih doctor.” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai kanak-kanak yang agak sukar mengambil ubat-ubatan terutamanya antibiotic. Ada pula yang muntah setelah diberikan ubat. Selalunya muntah begini disebabkan lendiran pada tekak dan saluran pernafasan, atau punperut mereka punuh dengan gas (angin) Jangan …
Read More »Sembelit Punca dari Pemakanan
“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”. Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar. Oleh itu saya menasihatkan agar ibu bapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka …
Read More »Berapa banyak serat yang anak-anak perlu dalam diet mereka ?
“Doktor, saya berada di UK dan agak sibuk sebagai pelajar PhD. Adakalanya saya tidak sempat memasak untuk anak saya dan membeli makanan bayi yang telah siap diproses dalam tin, kerana ada kalanya anak saya yang berusia 3 tahun ini agak sukar untukdilayan selerenya. Selalunya saya memesan kepada pengasuh anak saya (pelajar yang sedang bercuti) untuk memberikan makanan itu kepada anak saya. Bagaimana saya memastikan anak saya mendapat cukup serat dalam makanan bagi mengelakkan dia mendapat sembelit?. Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Ramai kanak-kanak yang tidak makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, malah mempunyai lemak yang agak tinggi dalam pemakanan mereka. …
Read More »Memberi susu botol pada bayi sebelum tidur
“Salam doctor. Saya banyak kejadian tersedak susu berlaku di kalangan kanak-kanak dan bayi. Saya ingin bertanya, bahayakah kalau kita membiarkan anak kita minum sendiri dalam botol susu. Kadang kala saya tertidur ketika menemankan anak saya yang berumur setahun ketika dia menyusu botol sebelum tidur di atas katil. Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Memberi bayi puan susu dalam botol ketika dia berada di dalam katil, telah menjadi amalan ramai ibu dan pengasuh ketika memujuk bayi mereka untuk tidur. Walau bagaimanapun , meninggalkan botol dalam mulut bayi ketika beliau hendak tidur, bukanlah amalan yang baik. Ia boleh menyebabkan bayi puan mengalami …
Read More »Bayi mati akibat mandi air sejuk
“Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak. Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. …
Read More »Simpan susu formula dalam peti sejuk
“Doktor, anak saya selalu tidak menghabiskan susu Isomil yang saya berikan. Memandangkan susu itu agak mahal, bolehkah saya menyimpan dalam peti sejuk, dan berapa lama ia boleh disimpan?” Wa alaikum mus salam. Setelah puan membancuh susu formula, jangan biarkan ia berada pada suhu bilik untuk lebih dari sejam. Ini kerana dibimbangi susu itu akan membiakkan bakteria di dalamnya. Jadi jika bayi puan tidak mahukan lagi sus botol, buangkan saja bakinya jika sudah melebihi sejam pada suhu bilik. Oleh itu, saya mencadangkan puan membancuh susu formula setiap kali waktu penyusuan dan bukannya membancuh susu …
Read More »Bayi hanya berak sebulan sekali
“Salam doctor. Anak saya berumur dua tahun mengalami sembelit yang teruk sejak dilahirkan. Dia hanya sembuang air besar hanya sebulan sekali, sehinggakan perutnya kembung dan tiada selera makan. Adakah ia normal. Mohon pencerahan.” Wa alaikum mus salam. Bayi dan kanak-kanak sesekali yang mengalami sembelit adalah normal. Sembelit disebabkan oleh pergerakan usus tidak normal dan berlaku secara perlahan. Ini menyebabkan hasil perkumuhan (najis) tidak dapat ditolak ke bahagian rectum dengan cepat dan najis menjadi lebih keras. Bayi dan kanak-kanak yang mengalami sembelit akan meneran kerana najis mereka keras dan sukar dikeluarkan. Oleh itu bayi yang tidak meneran walaupun mereka hanya membuang …
Read More »Adakah bayi montel adalah bayi yang sihat ?
“Assalamu alaikum doctor. Saya ingin bertanya tentang anak saya. Anak saya berumur dua tahun tetapi berat beliau 20kg. Adakah anak saya obese dan perlukah saya berikan ubat diet untuk beliau?” Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang percaya bahawa bayi yang montel adalah bayi yang sihat. Penambahan berat badan bayi secara berterusan, dan menandakan bayi itu mempunyai selera makan yang baik. Hanya bayi yang sihat saja mempunyai selera makan yang baik. Bagi mendapat anak yang “sihat”, ramai ibubapa yang memberikan makanan bayi mereka dengan makanan yang mempunyai banyak lemak dan kalori minyak sapi, mentega dan gula. Ini adalah konsep yang …
Read More »Sukar Meninggalkan Bayi Walaupun mahu ke Bilik Air
“Assalamu alaikum. Saya adalah seorang ibu muda berusia 21 tahun dan mempunyai anak sulong berusia setahun dan sudah boleh berjalan. Saya tidak bekerja dan tiada pembantu. Saya tinggal bersendirian. Adakalanya saya amat bimbang hendak meninggalkan anak saya, sama ada untuk buang air, mandi atau memasak. Hanya hanya melakukan perkara-perkara tersebut apabila anak saya telah tidur. Doktor, adakah selamat untuk saya meninggalkan bayi saya tanpa pengawasan semasa saya mandi lima minit? Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Saya memahami situasi puan yang terpaksa menjaga anak dan menguruskan rumah tanpa pembantu. Saya percaya ia sangat sukar untuk menguruskan anak …
Read More »Membawa Anak dalam Kereta
“Assalamu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Saya dan suami tinggal berjauhan. Dia tinggal di Melaka dan saya tinggal di KL. Kami ada anak berumur 2 tahun. Jika saya ingin memandu berjumpa dengan suami dan membawa anak saya, bolehkan saya letakkan dia di tempat duduk di sebelah saya. Untuk pengetahuan doctor, kereta saya mempunyai system air-bag. Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan yang terpaksa melakukan pemanduan yang jauh bersama anak. Sistem beg udara dalam kereta boleh menyelamatkan nyawa penumpang yang berada di sebelah pemandu, tetapi ia sangat bahaya kepada bayi jika diletakkan …
Read More »Adakah bayi saya mengalami cirit-birit?
“As salamualaikum doktor, saya ingin bertanya, anak saya berusia 2 bulan. Adakah menjadi kebiasaan bayi berusia 2 tahun membuang air besar sebanyak 4-5 kali sehari. Najis dia berwarna kuning dan kadangkala kehiijauan. Saya risau. Mohon pencerahan.” Walaikum mus salam. Ramai ibu bapa seperti puan berasa bimbang bahawa bayi mereka mengalami ceret beret kerana kerap membuang air besar. Secara kebiasaannya bayi yang baru lahir mempunyai banyak pergerakan usus. Ini akan menyebabkan anak puan akan buang air besar banyak kali dalam sehari. Warna najis bayi puan akan bergantung kepada pemakanan yang diberikan, sama ada dia meminum susu ibu atau formula. Najis bayi …
Read More »Sudah Setahun Tapi Belum Tumbuh Gigi
“Assalamualaikum doktor, anak saya hamper berusia setahun, tetapi belum tumbuh gigi lagi. Adakah ia normal? Mohon pencerahan?”. Walaikum mus salam. Selalunya gigi susu tumbuh pada usia 6 bulan, dimulai dengan siri gigi bawah pada usia 6-10 bulan diikuti dengan siri gigi atas pada usia 8-12 bulan. Namun jangan risau kerana setiap kanak-kanak mempunyai pertumbuhan gigi yang berbeza. Malah ada yang lambat tumbuh gigi, sehingga berusia satu tahun baru tumbuh. Pertumbuhan gigi ini selalunya disebabkan oleh tulang rahang atau gusi yang tebal. Tetapi jika gigi susu masih tidak tumbuh selepas anak berusia 18 bulan, puan perlu membawa anak puan untuk …
Read More »Apakah Penyusuan Ibu boleh Dilanjutkan?
“Asalamualaikum doktor. Anak saya sudah 2 tahun 4 bulan dan masih menyusu badan. Kalau anak bersama saya dia tak mahu susu botol. Adakah dibenarkn dalam islam doctor? Bukankah digalakkan sehingga berumur dua tahun saja?” Wa alaikum mus salam. Menurut kaedah Islam, tidak ada masalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dengan persetujuan suami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain. Dalam al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 233: وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ Maksudnya: “Dan para ibu itu …
Read More »Meningkatkan daya tahan ibu dan anak
“Assalamu alaikum doktor, saya mengalami alahan yang kuat pada makanan dan habuk. Saya kerap demam, selsema dan sakit. Anak saya yang berusia 2 tahun juga selalu demam dan sakit. Banyak kali saya membawanya berjumpa doctor, tetapi beliau tetap mengalami masalah yang sama, iaitu demam dan selsema. Adakah daya tahan kami tidak kuat, doctor?”. Walalaikum mus salam. Daya tahan seorang ibu sangat berkait rapat dengan bayinya. Hubungan emosi dan fizikal, sama ada memeluk anak, memberi makan dan menguruskan fizikal anak, sangat mempengaruhi daya tahan anak yang dijaganya. Bagi ibu yang baru melahirkan anak, saya amat menggalakkan mereka memberikan …
Read More »SUSAH BERI UBAT PADA ANAK
“Salam doctor, saya mempunyai anak berusia 2 tahun. Baru-baru ini dia mengalami sawan akibat demam yang panas. Doktor menasihatkan agar memberikan ubat demam jika suhu badannya terlalu tinggi. Malangnya anak saya agak sukar untuk menelan ubat. Bolehkan saya memasukkan ubat ke dalam makanannya? Mohon pencerahan”. Wa alaikum mus salam. Kanak-kanak bukan sengaja tidak mahu menelan ubat. Mereka berbuat demekian kerana rasanya yang pahit atau tidak sedap. Selalunya mereka akan memuntahkan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Saya tidak rasa ada kanak-kanak yang sengaja melakukannya semata-mata untuk mencari perhatian ibubapa. Jika kanak-kanak melakukan hal tersebut, saya berpendapat …
Read More »Pemakanan untuk kanak-kanak hiperaktif
Pemakanan yang bernutrisi sangat baik untuk anak-anak. Pemakanan yang bernutrisi bermakna makanan yang berkhasiat, berzat dan seimbang. Ia saja ia dapat menghalang masalah jantung dan kanser apabila mereka besar nanti, tetapi dapat merangsang otak anak-anak. Banyak kajian telah membuktikan bahawa pemakanan yang bernutrisi akan menggalakkan kesuburan otak, mengurangkan stres dan gangguan emosi yang dihadapi oleh mereka. Bagi kanak-kanak yang hiperaktif (ADHD), selain memberikan rawatan menggunakan ubat-ubatan hospital, pemakanan yang baik juga membantu kanak-kanak ini. Berikan omega 3 setiap hari selama enam bulan dan ia dapat mengurangkan keresahan, sikap agresif, dan mereka dapat melengkapkan kerja serta meningkatkan …
Read More »Bagaimana saya boleh tahu demam bayi saya serius?
As salam mu alaikum, doctor. Anak saya sudah berusia setahun 2 bulan dan sudah 7 hari demam. Saya ada bawa diake hospital dan telah melakukan ujian darah. Doktor memberitahu bahawa semuanya OK tetapi saya rasa dia sekarang makin panas 39 c. Apa nasihat doktor.Terimma kasih. Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan puan. Ibu mana yang tidak risau jika anaknya mengalami demam yang panas dan berlarutan. Saya juga selalu merawat bayi dan kanak-kanak yang mengalami demam, dan jarang memberikan ubat antibiotic kecuali jika ianya benar-benar perlu. Cuma ibubapa yang risau, datang semula dan bertanyakan jika anak mereka perlukan antibiotik. Antibiotik …
Read More »Penyakit Kawasaki boleh membawa maut pada bayi dan kanak-kanak
Sewaktu saya menghadiri satu konferens mengenai penyakit kanak-kanak, antara penyakit yang ditekan ialah Penyakit Kawasaki (PK). Ini kerana penyakit ini dapat dirawat, tetapi boleh menyebabkan kematian jika ia lambat dikesan. Ini kerana pesakit PK yang tidak dirawat dengan betul akan mengalami kerosakan saluran darah pada jantung (coronary artery aneurysme), menyebabkan otot jantung menjadi bengkak (myocarditis), dan injap pada jantung menjadi rosak, sehingga menyebabkan jantung gagal berfungsi. Oleh itu ibubapa tidak boleh berlengah untuk membawa anak mereka ke hospital untuk berjumpa pakar perubatan kanak-kanak bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan apabila doctor di klinik mengesyaki anak mereka mengalami tanda-tanda jangkitan penyakit Kawasaki. …
Read More »Jangkitan Rotavirus mudah berlaku di TASKA
Rotavirus, sejenis virus berbahaya yang menjadi punca cirit-birit teruk terutama di kalangan bayi dan kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah, sehingga menyebabkan kematian. Apabila berlaku wabak jangkitan rotavirus yang menyebabkan cirit-berit, mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi sahaja adalah tidak mencukupi untuk mencegah jangkitan rotavirus. Vaksin rotavirus adalah antara langkah pencegahan yang paling berkesan dan selamat. Ramai doctor yang menyarankan agar suntikan vaksin diberikan kepada bayi dan kanak-kanak, namun saya mengharapkan ibubapa menimbangkan keperluan suntikan itu terutama pada bayi yang berumur enam bulan. Boleh baca penulisan saya di https://drzubaidi.com/blog/?p=2594 Cirit-birit tidak semestinya berpunca dari …
Read More »Bolehkah bayi dan kanak-kanak minum air glukos?
“As salamu alaikum doctor, Saya ingin bertanya adakah pemberian air glukos pada bayi digalakkan dan pada usia berapakah ia boleh dilakukan? Mohon pencerahan. Terima kasih ” Wa alaikum mus salam. Memberikan air glukos pada bayi dan kanak-kanak telah menjadi amalan biasa dalam sesebuah keluarga. Mereka percaya bahawa air glukos memberikan faedah pada bayi dan anak mereka seperti mana orang dewasa mendapat kesegaran apabila minum air glukos setelah penat bekerja atau sedang dalam pantang. Glucose adalah bahan yang sangat penting untuk bayi mendapatkan tenaga dan mengaktifkan minda mereka. Namun begitu memberikan bayi berumur kurang setahun air glukos bukanlah langkah yang baik. …
Read More »