Advertorial
Home » Tag Archives: glucometer

Tag Archives: glucometer

susu ibu keluar walaupun tidak hamil

SUSU IBU KELUAR WALAUPUN TIDAK HAMIL     “Assalamualaikum doktor, saya berumur 27 thun dan mempunyai anak seorang berumur 8 tahun. Saya ingin bertanya, pada baru-baru ini saya mengalami kelewatan haid dan melakukan pemeriksaan kehamilan melalui air kencing (UPT). Keputusannya negatif. Begitu juga dengan pemeriksaan ultrasound. tidak kelihatan kantung janin. Jadi saya tidak hamil. Yang menjadi kekeliruan saya adalah kedua belah payudara mengeluarkan lendiran seperti susu. Apakah seorang wanita yang tidak hamil, boleh mengeluarkan susu? Mohon penjelasan, terima kasih.”     WA ALAIKUMMUSSALAM   Pada kebiasaannya apabila seorang wanita tidak hamil, payudara mereka tidak akan mengeluarkan susu ibu. Namun ada beberapa wanita yang mengalami masalah ini.   Tubuh wanita akan mengeluarkan susu ibu bermula di akhir usia kehamilan, bertujuan sebagai persediaan makanan untuk bayi yang bakal dilahirkan. Jadi ia adalah normal ... Read More »

Bolehkah wanita hamil menggunakan lozenges untuk menghilangkan batuk ketika hamil

BOLEHKAH AMBIL LOZENGES UNTUK HILANGKAN BATUK KETIKA HAMIL.     “Assalamualaikum, doktor. Saya sedang hamil dan mengalami batuk. Ia sangat mengganggu saya sehingga ada kalanya batuk tidak berhenti, bersin dan hidung saya berhinggus. Saya telah pergi buat pemeriksaan doktor dan doktor hanya mengatakan ia disebabkan oleh virus. Dia memberikan saya lozenges untuk melegakan batuk saya. Adakah ia selamat untuk saya yang sedang hamil? Mohon pencerahan, terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM.   lozenges adalah ubat tablet yang dihisap dan diberikan perasa seperti rasa oren dan strawberi. Ia yang mengandung 2 bahan aktif, yakni 2,4 dichlorobenzil alcohol dan amymetacresol.     Kedua bahan aktif tersebut merupakan antiseptik lemah yang bertujuan membantu meringankan rasa gatal pada kerongkong dan membunuh virus dan bakteria.     Secara amnya kedua-dua bahan tersebut adalah ... Read More »

bacaan gula terlalu rendah

BACAAN GULA SAYA TERLALU RENDAH.         “Assalamualaikum dan selamat malam doktor, Saya ingin tanya, saya bukan pesakit diabetis. Baru-baru ini saya baru melakukan ujian tahap gula menggunakan mesin glukometer saya sendiri. Keputusannya ialah gula dalam darah saya adalah LO. Adakah ia bermakna gula dalam darah saya yang sangat rendah? Saya tiada mengalami masalah penat, menggigil atau berpeluh Mohon penjelasan. Terima kasih”     WA ALAIKUMMUS SALAM.     Alat glukometer yang puan gunakan mempunyai kemampuan mengukur gula secara terbatas. Bila telah lama digunakan ia perlu diservis agar bacaan yang diberikan menjadi tepat. Begitu juga dengan strip test yang puan guna. Perhatikan jika ia telah melewati tarikh luput.     Selalunya jika bacaan menunjukkan keputusan LO, bermakna gula dalam darah puan sangat rendah sehingga ia tidak boleh dibaca ... Read More »

Adakah makan buah-buahan akan menambahkan gula dalam darah wanita yang hamil

  “Assalamu alaikum doktor,  saya ada pertanyaan mengenai kadar gula yg terkandung dalam buah-buahan seperti mangga, ciku dsb.  Adakah dengan mengambil buah-buahan ini juga akan meningkatkan kadar gula dalam badan, sekaligus meningkatkan bacaan gula semasa ujian BSP bagi wanita hamil?  Mohon penjelasan, terima kasih.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semua wanita hamil perlu disaring untuk mengesan penyakit kencing manis semasa hamil dengan mengambil kira sejarah perubatan wanita itu.   Setelah seorang wanita itu risiko mengalami penyakit  itu, ujian Ujian Toleransi Glukosa akan dilakukan dengan meneriksa  kandungan gula wanita itu sebelum sarapan, sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan sebelum tidur. Ia juga dikenali sebagai BSP.   Kandungan gula yang normal antara  4-6 mmol/L.   Gula dalam buah-buahan termasuk gula dari tebu adalah gula yang kompleks iaitu sucrose iaitu ... Read More »

Perlukah melakukan MGTT ketika hamil?

    “Assalam mu alaikum. Doctor, saya ingin bertanya berkenaan MGTT. Berat saya sebelum hamil 52.5kg, kemudian turun kepada 50 kg setelah memasuki kehamilan bulan ke 3. Saya melakukan pemeriksaan pada 25 minggu kehamilan, dan berat saya naik mendadak sebanyak 2kg. Doctor yang memeriksa menyuruh saya melakukan MGTT. Saya ada baca  blog doctor dan saya rasa kenaikan berat 2 kg/sebulan adalah normal. Ketinggian saya 163 cm, dan BMI saya ideal. Adakah saya perlu melakukan MGTT?”   Wa alaikum mus salam.   Saya mendapati BMI puan adalah ideal dan kenaikan 2 kg ketika berada trimester kedua adalah normal.   Jika puan tiada masalah lain, puan tidak perlu melakukan ujian MGTT.   MGTT hanya dilakukan untuk wanita yang berisiko tinggi, antaranya:   1. wanita yang obese (BMI lebih dari 30)   2. ... Read More »

Phthalates Menyebabkan Diabetes Mellitus

Seperti mana yang ramai ketahui bahawa peningkatan kes diabetes mellitus semakin menjadi-jadi di Malaysia. Saban hari saya berhadapan dengan kes-kes baru di pusat kesihatan tempat saya bekerja. Yang pelik, kebanyakan mereka berusia dalam lingkungan 30an. “Doktor bagaimana saya boleh kena diabetes. Badan saya tidak gemuk. Mak dan ayah saya tiada diabetes. Agaknya mesin yang doktor guna tersilap” Saya mengulangi pemeriksaan gula di awal pagi di mana pesakit belum lagi  bersarapan dan belum mengambil apa-apa makan semenjak pukul 10pm malam tadi. Bacaan pertama tadi 12.0mmol/L, bacaan ulangan kedua pula 12.5mmol/L. Lebih kurang saja. Saya mencadangkan pemeriksaan semula setelah dua jam pesakit mengambil sarapan berat. Saya juga mencadangkan pemeriksaan Hb1Ac agar saya dapat memberikan diagnosa sama ada pesakit itu sudah mengalami penyakit diabetes mellitus atau tidak. Saya termenung memikirkan fenomena yang menjadi-jadi, ... Read More »

Bagaimana Cara untuk Menguji Gula dalam Darah

Ujian pemeriksaan glucose dalam darah adalah penting bagi pesakit diabetik. Glucose yang terhasil dari penghadaman makanan karbohidrat, menjadi sumber utama tenaga dalam badan. Insulin yang dikeluarkan dari organ pancreas membantu tubuh menggunakan glucose ini bagi menghasilkan tenaga. Biasanya kandungan glucose dalam badan akan meningkat sedikit selepas makan, lalu menyebabkan pancreas mengeluarkan insulin bagi mengawal kandungan gula. Tahap gula yang tinggi akan merosakkan mata, ginjal, saraf dan saluran darah. Pemeriksaan darah dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah dari hujung jari atau mana-mana bahagian badan dan diletakkan ke atas strip yang disediakan pada mesin glucometer. Beberapa jenis pemeriksaan glucose yang dijalankan: Fasting blood sugar (FBS) atau pemeriksaan glucose ketika berpuasa. Ia adalah pemeriksaan yang dijalankan apabila seseorang itu tidak mengambil apa-apa makanan sekurang-kurangnya 8 jam. 2-hour postprandial blood sugar (2HPP) atau pemeriksaan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!