penyakit bawaan air banjir

PENYAKIT BAWAAN AIR BANJIR

9 Nov 2017 RADIO BERNAMA

 

 

  1. Ramai orang, terutama kanak-kanak tidak menyedari bahawa air banjir adalah air yang yg kotor. Mereka menjadikan spt pesta mandian. Selain boleh menyebabkan kematian akibat lemas, bagaimana air banjir ini berbahaya kpd kesihatan?

 

Air adalah komponen penting dalam kehidupan manusia. Apabila berlaku pencemaran air, terutama ketika banjir, ia memberikan kesan yang besar kepada kesihatan.

 

Ramai yang tidak menyedari, terutama kanak-kanak, apabila berlakunya banjir, air yang naik ke jalan-jalan raya dan air yang masuk ke rumah mereka adalah air yang kotor dan tercemar.

 

Air banjir mungkin akan menyebabkan kematian secara langsung apabila terdapat rumah-rumah yang didirikan berhampiran dengan sungai besar, apabila air banjir yang turun dari kawasan bukit, menyebabkan aliran deras pada sungai dan akhirnya merobohkan rumah-rumah yang berhampiran dengan sungai.

 

Selain itu hujan lebat yang berpanjangan mungkin boleh menyebabkan tanah-tanah runtuh dan menimpa rumah-rumah yang didirikan di kawasan bawah bukit. Ini yang selalunya menyebabkan kematian.

 

Namun kematian juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman bawaan air. Kebiasaannya, apabila banjir, air banjir mengalir ke kawasan yang lebih rendah dan menenggelami kandang-kandang haiwan, kawasan pembuangan sampah, tandas, dan tangki najis. Dengan itu, air banjir ini akanmembawa bersama sisa sampah dan juga najis haiwan yang terdapat pelbagai jenis kuman.

 

Kuman-kuman ini merupakan pembawa penyakit yang berbahaya kepada manusia. Kuman-kuman ini biasanya akan menyerang sistem penghadam manusia.

 

Penyakit-penyakit ini dapat dikesan sekiranya seseorang itu mengalami keracunan makanan, taun, demam kepialu, dan hepatitis A.

 

Gejala-gejala yang menunjukkan seseorang itu dijangkiti oleh penyakit bawaan air adalah seperti demam, sakit badan, sakit kepala, sakit perut, muntah, cirit-birit, atau kekuningan (jaundice). Dalam kes yang lebih serius lagi, penyakit bawaan air yang menjangkiti manusia boleh membawa maut apabila seseorang itu mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, kegagalan fungsi hati, pendarahan di bahagian paru-paru, atau infeksi di bahagian otak, dan kegagalan fungsi organ-organ dalaman yang lain.

 

Mereka yang berisiko atau yang mudah mengalami jangkitan kuman bawan air ini adalah warga emas yang berusia 60 tahun ke atas, bayi dan kanak-kanak, pesakit kronik terutama yang mengambil ubat steroid atau pesakit diabetes yang gulanya tidak terkawal, pesakit kanser yang sedang menjalankan rawatan chemotherapy dan pesakit yang menjalani rawatan hemodiialysis, dan wanita yang hamil.

 

  1. Benarkah ada berita beberapa tahun dulu ada kejadian di mana seorang wanita mengalami lepuhan dan luka yang sukar baik selepas menempuh air banjir?

Kekotoran air banjir ini bergantung kepada  kawasan yang ditenggelami air. Jika kawasan itu berhampiran dengan kawasan penternakan haiwan seperti penternakan ayam, lembu dan haiwan lain, sudah tentu air banjir ini mengandungi lebih kuman.

 

Begitu juga jika ia berhampiran dengan pusat kumbahan, kawasan perindustrian yang mungkin ada bahan-bahan kimia tertumpah semasa banjir. Malah banjir di kawasan perumah juga membawa pelbagai jenis walaupun air banjir itu kelihatan jernih dan bersih.

 

Oleh itu mangsa banjir juga boleh dijangkiti penyakit apabila mereka bersentuhan secara langsung dengan air banjir yang tercemar.  Terutama jika mereka mempunyai luka atau rekahan pada kulit atau kuit yang kering. Ini memudahkan kuman masuk ke dalam tubuh badan.

 

Mana mangsa banjir mungkin akan mengalami lepuhan dan kudis yang luar biasa. Mereka mungkin mengalami penyakit melioidosis disebabkan bakteria Burkholderia pseudomallei yang boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung dan tasik.

 

Antara tanda jangkitan melioidosis yang boleh dikategori seperti berikut:

 

  1. Jangkitan setempat : bengkak dan sakit, demam, kudis, bernanah.
  2. Jangkitan paru-paru : batuk, sakit dada, demam tinggi, sakit kepala, tidak selera makan. Selalunya ia masuk ke dalam system pernafasan seperti rongga hidung apabila mangsa banjir jatuh ke dalam air atau kanak-kanak mandi dalam air banjir yang kotor itu.
  3. Jangkitan darah : demam, sakit kepala, sakit sendi, masalah pernafasan, ketidakselesaan abdomen, kelembutan otot, kekeliruan. Ia berlaku apabila kuman ini tidak dimatikan segera dan telah merebak ke dalam tubuh.

 

Gejala-gejala  jangkitan ini muncul 2 hingga 4 minggu selepas pesakit dijangkiti oleh kuman ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, saya mencadangkan:

1.Pesakit kencing manis atau pesakit buah pinggang kronik yang mempunyai luka terbuka harus mengelakkan sentuhan langsung dengan tanah dan air tercemar.

2.Sukarelawan banjir perlu memakai but yang boleh menghalang jangkitan melalui kaki.

 

  1. Apakah langkah berjaga2 yg perlu diperhatikan oleh mangsa banjir di pusat mangsa banjir?

 

Antara langkah pencegahan yang sangat penting dan perlu diberikan perhatian ketika berada di pusat pengumpulan mangsa banjir adalah bekalan air yang bersih.

 

Air yang bersih sangat diperlukan ketika menyediakan makanan dn minuman kepada mangsa. Air yang berish juga diperlukan untuk keperluan membasuh anggota yang terkena air banjir. Basuh bahagian yang tersentuh dengan menggunakan air yang bersih dan sabun.

 

Penyediaan tandas yang bersih atau sekurang-kurangnya berfungsi dengan baik adalah penting. Ini sering terjadi di pusat pengumpulan mangsa banjir, kerana bilangan tandas yang terhad sementara ramai mangsa yang ingin menggunakannnya pada satu-satu masa. Tanpa tandas yang bersih, kuman mudah disebarkan setelah mangsa menggunakan tandas tersebut.

 

Selain itu penempatan yang lebih privasi terutama pada wanita perlu diberikan perhatian. Ini memudahkan mereka menukar pakaian, menyusukan anak dan berbaring dan tidur di waktu malam. Kemudahan ini sudah tentu tidak sama berbanding dengan kemudahan di rumah sendiri. Sekurang-kurangnya ia mengurangkan tekanan emosi pada wanita-wanita yang menjadi mangsa banjir ini.

 

Sukarelawan perlu peka kepada simptom-simptom penyakit bawaan air yang mungkin berlaku pada mangsa banjir. Mangsa banjir ini harus mendapat rawatan awal bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk.

 

Terima kasih.

 

 

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!