Halia Herba Nusantara yang Bermanfaat

HALIA  HERBA NUSANTARA YANG BERMANFAAT

Siaran  Salam FM,  pada 11  Nov 2017

  1. Kita ketahui halia sebagai bahan dalam masakan dan ia juga digunakan sebagai ubat-ubatan dalam perubatan lama. Jadi apa sebenarnya halia ini?

Halia atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai ginger atau dalam bahasa botaninya sebagai Zingiber officinale adalah tumbuhan renek yang berbunga yang mana akarnya (atau disebut rhizome) digunakan secara meluas sebagai perencah dalam masakan dan digunakan sebagai ubat. Ia adalah tumbuhan yang tidak hidup lama, mempunyai daun hijau dan berbunga kuning.

Halia adalah sebahagian ‘adik beradik” atau satu keluarga besar Zingiberaceae, termasuk kunyit  (turmeric  atau curcuma longa),  pelage (cardamom atau elettaria cardamomum), dan lengkuas (galangal atau alpinia officinarum).

Halia berasal dari hutan tropika di Selatan Asia, berkemungkinan di India, kerana terdapat pelbagai jenis halia di sana. Perkataan halia (atau ginger juga berasal dari perkataan Sanskrit “srngaveram”,  “srngam” bermakna tanduk dan “vera” bermakna tubuh, berdasarkan kepada bentuk halia ini.

Halia yang segar sebaiknya dibuang kulitnya sebelum digunakan untuk memasak. Jika disimpan dalam peti sejuk, seeloknya dibungkus dengan plastic untuk disimpan lebih lama.

Jadi apakah istimewanya halia ini? Sebenarnya halia mengandungi Gingerol, bahan yang sangat penting dalam perubatan lama, termasuk perubatan Melayu zaman silam.

Bau dan rasa yang ada pada halia sebenarnya disebabkan kehadiran minyak pati halia. Minyak pati ini merupakan 1-3% dari berat halia yang segar. Ia mengandungi  3 bahan utama iaitu zingerone, shogaols dan gingerols. Gingerols adalah bahan yang memberikan bau dan rasa halia yang kuat, sementara singerone memberikan rasa dan bau yang sedikit.

Gingerol dan shogaols juga merupakan bahan bioaktif yang utama dalam halia dan merupakan bahan utama dalam perubatan lama. Ini kerana gingerol bersifat anti inflammatori dan anti-radang yang kuat.

Rujukan: Semwal RB, Semwal DK, Combrinck S, Viljoen AM Gingerols and shogaols: Important nutraceutical principles from ginger. Phytochemistry. 2015 Sep; 117:554-68.

  1. Selama ini kita tidak beri perhatian kepada halia. Kita menganggap halia hanya memberikan rasa dalam masakan kita. Adakah halia ini sangat bermanfaat? Apakah nutrisi yang ada dalam halia?

Halia adalah herba yang bermanfaat. Saya mencadangkan kita mengambil lebih banyak herba dalam makanan kita. Selama ini ini kita gunakan halia untuk buat sup dan masakan lain tanpa mengetahui nutrisi yang ada dalam halia.

Dalam 100 g halia, mengandungi sebanyak 80 kCal yang bersumber dari 17.8 g karbohidrat, 1.8 g protein dan 0.75 g lemak. Ia mempunyai 2 g fiber. Ia mempunyai banyak vitamin seperti vitamin B kompleks, terutama folate, vitamin C dan vitamin E. Ia mengandungi mineral seperti kalsium, iron, magnesium, manganese, potassium dan  zinc.

Walau bagaimanapun halia yang dalam bentuk serbuk, satu sudu teh memberikan nilai kalori yang hamper sama (80 kCal) tetapi kandungan vitamin dan mineral sangat-sangat sedikit.

Halia dianggap selamat oleh FDA (iaitu badan berautoriti yang mengawal pemakanan dan ubat-ubatan di Amerika Syarikat) mengganggap herba yang mengandungi ekstrak halia sebagai selamat digunakan (“generally recognized as safe”). Cuma ia mungkin tidak sesuai diambil oleh pesakit jantung yang mengambil ubat pencair darah warfarin dan ubat darah tinggi nifedipine.

  1. Kita sudah mengetahui manfaat halia yang biasa digunakan sebagai bahan dalam masakan. Bolehkah ia digunakan sebagai ubat dalam rawatan?

Seperti mana kita ketahui, sebelum terciptanya ubat-ubatan sintetik dalam perubatan moden, halia digunakan sebagai ubat dalam perubatan silam. Begitu juga dalam perubatan Melayu lama, halia digunakan sebagai ubat-ubatan untuk merawat pelbagai penyakit seperti rasa loya, pening, masalah kembung perut dan pedih hulu hati.

Namun dalam zaman moden ini, peranan halia sebagai ubat ini semakin tenggelam kerana terdapat ubat sintetik yang lebih cepat kesannya. Namun begitu ubat-ubatan sintetik ini juga harus diambil dengan nasihat doctor, agar ia tidak diambil dengan dos yang berlebihan atau diambil berpanjangan.

Pada saya halia berperanan sebagai adjuvant (atau pelengkap) kepada rawatan moden yang sedia ada. Juga bagi symptom-simptaom yang ringan ia boleh digunakan bagi melegakan symptom yang dihadapi. Namun  jika ia tidak berkurangan atau semakin teruk, pemeriksaan doctor harus dilakukan.

Apa yang menyebabkan halia ini bermanfaat? Seperti yang disebut di awal tadi, manfaat halia  sebenarnya disebabkan kehadiran 3 sebatian bahan utama iaitu zingerone, shogaols dan gingerols.

Gingerol dan shogaols juga merupakan bahan bioaktif yang utama dalam perubatan lama. Ini kerana gingerol bersifat anti inflammatori dan anti-radang yang kuat.

Rujukan: Semwal RB, Semwal DK, Combrinck S, Viljoen AM Gingerols and shogaols: Important nutraceutical principles from ginger. Phytochemistry. 2015 Sep; 117:554-68.

Apakah manfaat halia?

  1. Halia membantu melegakan loya dan muntah.

Halia juga herba yang sangat berkesan dalam membantu melegakan pelbagai punca loya dan muntah seperti mabuk laut, selepas chemotherapy, muntah selepas pembedahan dan loya dan muntah di awal kehamilan.

Rujuk:

  1. Bone ME, Wilkinson DJ, Young JR, McNeil J, Charlton S. The effect of ginger root on postoperative nausea and vomiting after major gynaecological surgery. Anaesthesia. 1990 Aug; 45(8):669-71.
  2. Chaiyakunapruk N, Kitikannakorn N, Nathisuwan S, Leeprakobboon K, Leelasettagool C. The efficacy of ginger for the prevention of postoperative nausea and vomiting: a meta-analysis. Am J Obstet Gynecol. 2006 Jan;194(1):95-9.

Wanita yang hamil, boleh mengambil kestrak halia (perah halia bagi mendapatkan airnya) dan bancuhkan dalam air suam atau the kosong.  Dalam penilaian 12 kajian yang telah dilakukan yang melibatkan 1,278 wanita hamil, pengambilan  1.1-1.5 gm membantu mengurangkan rasa loya dan muntah wanita yang di awal kehamilan.

Rujuk:  Estelle Viljoen, Janicke Visser, Nelene Koen,1 and Alfred Musekiwa. A systematic review and meta-analysis of the effect and safety of ginger in the treatment of pregnancy-associated nausea and vomiting . Nutr J. 2014; 13: 20.

 

  1. Halia mengurangkan rasa sakit otot

Halia juga didapati sangat berkesan dalam mengurang rasa sakit otot selepas beriadah. Dalam satu kajian yang melibatkan satu kumpulan kecil, pengambilan ekstrak halia sebanyak 2 g sehari selama 11 hari membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian otot pada mereka yang melakukan senaman dan riadah. Ini disebabkan halia mengandungi bahan bioaktif yang bersifat anti-inflammatory (anti-keradangan).

Rujuk: Black CD, Herring MP, Hurley DJ, O’Connor PJ. Apr Ginger (Zingiber officinale) reduces muscle pain caused by eccentric exercise. J Pain. 2010 Sep;11(9):894-903

  1. Halia mengurangkan rasa sakit lutut akibat Osteoarthritis

Osteoarthritis adalah masalah yang biasa berlaku pada lutut akibat proses degenerative (proses penuaan) terutama mereka yang obese dan athlete yang melakukan pergerakan. Ia menyebabkan rasa sakit lutut dan sendi lutut menjadi lebih sukar dibengkokkan.

Dalam kajian yang melibat 247 orang mengalami osteoarthritis pada sendi lutut, mendapati mereka yang mengambil ekstrak halia kurang merasa sakit berbanding dengan mereka yang tidak mengambil ekstrak halia. Jadi mereka juga kurang mengambil pil tahan sakit.

Rujuk: Altman RD, Marcussen KC. Effects of a ginger extract on knee pain in patients with osteoarthritis. Arthritis Rheum. 2001 Nov;44(11):2531-8.

Dalam kajian lain, mereka yang mengambil kombinasi herba halia, mastic, cinnamon (kayu manis) dan minyak bijan dapat mengurangkan rasa sakit apabila disapukan pada lutut mereka.

Rujuk: Zahmatkash M, Vafaeenasab MR. Comparing analgesic effects of a topical herbal mixed medicine with salicylate in patients with knee osteoarthritis. Pak J Biol Sci. 2011 Jul 1;14(13):715-9.

  1. Halia membantu mengurangkan kandungan gula dan mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung

Pengambilan ekstrak halia dapat dapat merendahkan tahap gula dan mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung bagi pesakit diabetes jenis 2 jika diambil dengan pemakanan yang betul.

Dalam satu kajian yang dilakukan pada 2015 yang melibatkan 41 pesakit diabetes jenis 2,  mereka diminta mengambil 2 g ekstrak halia setiap hari dan mendapati dapat mengurangkan tahap gula sebanyak  12% . Ia juga mengurangkan tahap HbA1c sebanyak 10% dalam masa 12 minggu. Terdapat juga penurunan sebanyak 28% penurunan ratio ApoB/ApoA-I, dan pengurangan sebanyak 23% penanda keradangan yang terlibat dalam pengoksidaan  kolestrol.

Rujuk: Bordia A, Verma SK, Srivastava KC. Effect of ginger (Zingiber officinale Rosc.) and fenugreek (Trigonella foenumgraecum L.) on blood lipids, blood sugar and platelet aggregation in patients with coronary artery disease. Prostaglandins Leukot Essent Fatty Acids. 1997 May; 56(5):379-84.

Walaupun kajian ini masih diperingkat permulaan, ia adalah perkembangan yang baik mereka yang ingin kembali sihat dengan cara natural. Namun penjagaan makanan merupakan asas yang penting dalam setiap pengamalan herba.

  1. Halia membantu masalah penghadaman yang kronik

Masalah penghadaman yang kronik (dyspepsia) adalah masalah yang menyebabkan seseorang pesakit itu merasa rasa sakit dan tidak selesa pada ulu hati.  Ia berpunca dari masalah proses penghadaman dalam perut yang terlalu lama.

Yang menariknya ialah halia dapat mempercepatkan proses penghadaman ini, jadi makanan yang diproses tidak tinggal terlalu lama di dalam perut. Bagi mereka yang mengalami masalah penghadaman dan kekembungan selepas makan, dengan mengambil 1.2 g ekstrak halia sebelum makan dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman ini.

Rujuk:

1.Ming-Luen Hu, Christophan K Rayner, Keng-Liang Wu, Seng-Kee Chuah, Wei-Chen Tai, Yeh-Pin Chou, Yi-Chun Chiu, King-Wah Chiu, and Tsung-Hui Hu. Effect of ginger on gastric motility and symptoms of functional dyspepsia. World J Gastroenterol. 2011 Jan 7; 17(1): 105–110.

2.Wu KL, Rayner CK, Chuah SK, Changchien CS, Lu SN, Chiu YC, Chiu KW, Lee CM. Effects of ginger on gastric emptying and motility in healthy humans. Eur J Gastroenterol Hepatol. 2008 May;20(5):436-40.

  1. Halia membantu mengurangkan rasa senggugut

Senggugut adalah rasa sakit yang dirasai oleh wanita yang sedang mengalami haid. Dalam perubatan lama, halia diperahkan dan diminum ketika senggugut dapat mengurangkan rasa sakit. Ia sangat mujarab dan berkesan jika diambil pada awal kedayangan haid. Halia dapat mengurangkan rasa senggugut sama kesannya dengan ubat sintetik mefenamic acid dan ibuprofen.

Dalam satu kajian yang melibatkan 150 orang, wanita yang mengalami senggugut di awal 3 hari pertama, diminta mengambil 1 g ekstrak halia dan mendapati ia sangat berkesan mengurangkan rasa senggugut..

Rujuk: Ozgoli G, Goli M, Moattar F. Comparison of effects of ginger, mefenamic acid, and ibuprofen on pain in women with primary dysmenorrhea. J Altern Complement Med. 2009 Feb;15(2):129-32

  1. Halia mengurangkan tahap kolestrol

Tahap LDL lipoproteins (“kolestrol jahat”) yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko mendapat serangan sakit jantung.  Oleh itu ia harus ditiunkan ke tahap yang normal.

Dalam kajian selama 45 hari yang diterbitkan dalam journal Saudi medical Journal, terhadap 85 orang pesakit yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi menunjukkan mereka mengalami penurunan tahap kolestrol.

Rujuk:  Alizadeh-Navaei R, Roozbeh F, Saravi M, Pouramir M, Jalali F, Moghadamnia AA. Investigation of the effect of ginger on the lipid levels. A double blind controlled clinical trial. Saudi Med J. 2008 Sep;29(9):1280-4.

Dalam kajian lain pula mendapati, ekstrak halia dapat mengurangkan total kolestrol dan triglyceride.

Rujuk:  Iranloye BO, Arikawe AP, Rotimi G, Sogbade AO. Anti-diabetic and anti-oxidant effects of Zingiber officinale on alloxan-induced and insulin-resistant diabetic male rats. Niger J Physiol Sci. 2011 Nov 23; 26(1):89-96. Epub 2011 Nov 23.

 

  1. Halia mengurangkan risiko mendapat kanser.

Kanser merupakan penyakit yang serius. Ia berpunca dari pertumbuhan sel-sel yang abnormal tanpa kawalan. Dalam kajian awal (yang memerlukan lebih banyak kajian), menunjukkan ekstrak halia yang mengandungi  bioaktif  6-gingerol, dapat mengurangkan risiko mendapat kanser.

Rujukan:

1.Baliga MS, Haniadka R, Pereira MM, D’Souza JJ, Pallaty PL, Bhat HP, Popuri S. Update on the chemopreventive effects of ginger and its phytochemicals. Crit Rev Food Sci Nutr. 2011 Jul; 51(6):499-523.

2.Shukla Y, Singh M. Cancer preventive properties of ginger: a brief review. Food Chem Toxicol. 2007 May; 45(5):683-90.

Dalam satu kajian yang melibatkan 30 orang, pengambilan 2 gram ekstrak halia dapat mengurangkan isyarat yang diberikan kepada molekul yang bertanggungjawab dalam proses keradangan. Ianya dapat mengurangkan kebarangkalian dan risiko untuk kanser kolon yang berulang.

Rujuk:  Cathcart MC, Lysaght J, Pidgeon GP. Eicosanoid signalling pathways in the development and progression of colorectal cancer: novel approaches for prevention/intervention. Cancer Metastasis Rev. 2011 Dec;30(3-4):363-85.

Begitu juga dengan kajian awal yang menunjukkan keberkesanan ekstrak halia terhadap pencegahan risiko kanser pancreas, breast dan ovary. Walaupun ekstrak halia bukannya kaedah rawatan kanser, ia adalah suplemen sampingan yang sangat bermanfaat.

Rujuk:

  1. Oyagbemi AA, Saba AB, Azeez OI. Molecular targets of [6]-gingerol: Its potential roles in cancer chemoprevention. Biofactors. 2010 May-Jun;36(3):169-78.
  2. Yon Jung Park, Jing Wen, Seungmin Bang, Seung Woo Park, and Si Young Songcor. [6]-Gingerol Induces Cell Cycle Arrest and Cell Death of Mutant p53-expressing Pancreatic Cancer Cells. BMC Complement Altern Med. 2007; 7: 44.

3.Jennifer Rhode, Sarah Fogoros, Suzanna Zick, Heather Wahl, Kent A Griffith, Jennifer Huang, and J Rebecca Liu. Ginger inhibits cell growth and modulates angiogenic factors in ovarian cancer cells. BMC Complement Altern Med. 2007; 7: 44.

  1. Halia membaiki fungsi otak dan mengelakkan penyakit Alzheimer’s.

Proses oksidatif dan keradangan yang kronik akan menyebabkan seseorang itu akan mengalami proses penuaan yang cepat. Ia juga menjadi punca bagi penyakit Alzheimer’s yang menyebabkan otak semakin tidak berfungsi dengan baik.  Pengamalan halia dalam makanan dan minuman secara berkekalan membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit Alzheimer’s.

Rujuk : Faizul Azam, Abdualrahman M Amer, Abdullah R Abulifa, and Mustafa M Elzwawi. Ginger components as new leads for the design and development of novel multi-targeted anti-Alzheimer’s drugs: a computational investigation. Drug Des Devel Ther. 2014; 8: 2045–2059.

Dalam satu kajian pengamalam halia dapat meningkatkan fungsi otak dan mengekalkan ingatan terutama bagi wanita yang berusia 60 tahun ke atas.

Rujuk: Naritsara Saenghong, Jintanaporn Wattanathorn, Supaporn Muchimapura, Terdthai Tongun, Nawanant Piyavhatkul, Chuleratana Banchonglikitkul, and Tanwarat Kajsongkram . Zingiber officinale Improves Cognitive Function of the Middle-Aged Healthy Women.  Evid Based Complement Alternat Med. 2012; 2012: 383062.

 

  1. Halia mengurangkan risiko jangkitan kuman

Halia mengandungi bahan bioaktif gingerol yang merendahkan risiko untuk mendapat jangkitan. Walaupun ia bukanlah rawatan bagi pesakit yang mengalami jangkitan kuman, tetapi ia merupakan suplemen yang boleh diambil secara segar dengan mencampurkan halia dalam minuman dan makanan bai mengurangkan risiko mendapat jangkitankuman.

Rujukan:

1.Gull I, Saeed M, Shaukat H, Aslam SM, Samra ZQ, Athar AM. Inhibitory effect of Allium sativum and Zingiber officinale extracts on clinically important drug resistant pathogenic bacteria. Ann Clin Microbiol Antimicrob. 2012 Apr 27;

2.Ponmurugan Karuppiah, Shyamkumar Rajaram. Antibacterial effect of Allium sativum cloves and Zingiber officinale rhizomes against multiple-drug resistant clinical pathogens.  Asian Pac J Trop Biomed. 2012 Aug; 2(8): 597–601.

Kesimpulannya halia bukan saja bermanfaat apabila digunakan dalam masakan atau minuman kerana ia kaya dengan nutrisi, tetapi ia boleh digunakan bagi rawatan untuk symptom atau gejala ringan.  Ia juga boleh digunakan sebagai rawatan pelengkap yang membantu rawatan yang diberikan doktor.

Jadi amalkan pengambilan halia dengan sederhana dan berkekalan. Bila minum air, sesekali boleh campurkan halia dengan madu dan lemon atau limau kasturi. Dalam masakan, kita boleh tambah lebih banyak halia bagi mendapat manfaatnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

[IKLAN]

Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak yang mengambil  Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengecutkan rahem ke saiz asal dan merawat kecederaan dalaman semasa melahirkan anak.  Mereka juga digalakkan diambil bersama vitamin C dan vitamin E.

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu juga dicadangkan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah (dalam dos yang sesuai) bersama vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM, Vitamin C dan Natrieo dengan klik di sini.

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!