drzubaidi

Perokok Boleh Menyebabkan Anak Lelakinya Mandul

“Doktor mengapa saya mengalami masalah kesuburan?” seorang rakan FB menulis mesej dalam ruangan chatting  di facebook. “Masalah yang bagaimana ..?” “Saya telah berkahwin selama lima tahun, belum lagi mendapat cahaya mata. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan airmani bagi  mengetahui sama ada punca masalah ini, adakah berpunca  dari saya..” “Saya terkejut apabila saya diberitahu bahawa air mani saya tidak berkualiti. Saya buat pemeriksaan semula dan mendapati hal yang sama..” “Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan..” (saya ada …

Read More »

Bolehkah lelaki yang mempunyai sperma yang cacat mempunyai anak?

  Semakin saya dedahkan permasalaah ketidaksuburan yang dihadapi oleh para lelaki dalam FB, semakin rami pula yang bertanya. Pada saya ini adalah perkembangan yang baik kerana lelaki mula memberikan perhatian terhadap masalah yang mereka hadapi.   Selama ini hanya sebilangan kecil lelaki yang ambil peduli tentang masalah ‘sukar mendapat anak’ dan sering menyalahkan pihak perempuan dalam hal ini. Padahal hal mendapat anak ini memerlukan usaha suami dan isteri.   Ada seorang lelaki yang bertanya kepada saya, “apakah rawatan yang terbaik untuk lelaki yang mempunyai sperma yang cacat..”   Saya agak  keliru apabila beliau menggunakan istilah ‘’cacat”. Rupanya doctor yang merawat …

Read More »

Panduan untuk hamil selepas usia 35 tahun

    Lelaki dan wanita yang baru mendapat jodoh dan merancang untuk mendapatkan zuriat, mereka harus melakukan lebih banyak usaha. Ini kerana tahap kesuburan mereka semakin menurun dan memerlukan lebih banyak suplemen untuk mengekalkan kesuburan mereka.   Kesuburan yang rendah akan menyebabkan kehamilan semakin sukar dan mengambil lebih banyak masa.   Ramai pasangan yang sudah berumur 35 tahun ke atas yang berputus harap. Padahal kebanyakan mereka masih berpeluang untuk menimang cahaya mata sendiri asalkan terus berusaha dan berdoa kepada ALLAH.   Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas.   “Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,  anak-anak lelaki dan perempuan, dan …

Read More »

Kitaran Haid tidak berjaya dirawat dengan Clomid dan Proglyluton

Salam Dr.. Saya mohon Dr dapat tolong saya bagaimanakah untuk saya mengetahui hari subur. Dari zaman remaja recycle period saya antara 35-45 hari.walaubagaimanapun, saya xpernah miss period. Saya telah berkahwin pada Feb 2012. Pada April 2012 doktor detect saya mengandung luar rahim.tiub sebelah kanan telah dibuang. selepas operation itu, period saya tidak datang 2-3 bulan.kadang2 saya terpaksa ambil ubat turun darah. Pada awal tahun 2013, saya mendapatkan rawatan di hospital pakar.doktor kata saya pcos melalui ujian darah. rahim saya pula jenis terbalik.lain2 semuanya ok. doktor beri rawatan dgn mkn ubat metaformin dan progyluton. dan baru2 ini saya diberikan clomid. Di …

Read More »

Sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

  “Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..”   Itu  adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook.   Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar.   Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.   Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa …

Read More »

Bengkakan kelenjar pada kanak-kanak

As salamu a’laikum doktor. Anak saya berumur 5tahun, mula-mula ada kelenjar yang membengkak di leher anak saya, kelenjar tu tidak pernah susut tapi sekarang ini semakin banyak pula kelenjar yang tumbuh. Yang terbaru terdapat kelenjar di celah-celah kelengkangnya. Saya sudah bawa dia berjumpa doktor di hospital & sedang menunggu untuk berjumpa pakar 2 minggu lagi. Ujian darah juga sudah diambil. Sekarang ini saya risau sebab kelenjar tu semakin banyak. Boleh ke saya tunggu sehingga dua minggu lagi untuk berjumpa pakar. Bagaimana dengan status kelenjar ini, membahayakan atau tidak… Terima kasih Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati …

Read More »

Sakit lutut dan suntikan Orthovisc ketika hamil

“Salam doc, sy berumur 33 thn dah mengalami arthritis. pd 14 june 2013 lalu sy ada telah disuntik dgn orthovisc injection ke atas lutut kiri saya. Sy sekarang merancang utk mengandung anak ketiga. sekiranya sy merancang utk mengandung atau sy disahkan mengandung, adakah othovisc injection itu selamat? utk pengetahuan doctor, next appointment sy utk orthovisc injection adalah 25 june 2013 dan saya telah lewat period selama 3 hari” Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Sebagai pengetahuan umum, Orthovisc adalah sejenis cairan sintetik yang sama seperti cairan sendi (synovial fluid). Ia dibuat daripada bahan hyaluronic acid. Cairan sendi adalah …

Read More »

PUNCA RAMBUT BERUBAN PADA KANAK-KANAK

“Ingin penjelasan Dr., mengapa kanak-kanak usia di bawah 12 boleh  ada rambut beruban yg banyak? kekurangan vitamin atau masalah pemakanan. Dr.Terima kasih” Salah satu tanda bagi seorang dewasa semakin meningkat usianya ialah terdapat banyak rambut berubat di kepala. Ini kerana semakin kita berumur, sel melanocytes yang membekalkan pigment pewarna melanin pada rambut semakin berkurangan dan menyebabkan rambut kita tidak lagi berwarna hitam. Kehilangan warna hitam pada rambut menyebabkannya kelihatan coklat dan kemudian menjadi putih, dan kita namakannya uban. Imam Nawawi menulis dalam kitab al-Majmoo’ (1/344) bahawa hukum mencabut uban adalah makruh, berdasarkan satu hadis dari ‘Amr ibn Shu’ayb dari bapanya, …

Read More »

Adakah cervical cysts merbahaya dan sebahagian kanser?

  “Salam. Kawan saya belom berkahwin. Pada tahun 2011 dia telah melakukan pembedahan buang cyst pada pangkal rahim. Sehingga sekarang dia merasa sakit pada luka pembedahan itu. Adakah ia normal dan sesuai tidak dia amalkan EKF ini?” Jawaban: Sebenarnya apa yang dimaksudkan cyst di pangkal rahem atau “cervical cysts” adalah kelompang yang mengandungi lendiran mucus yang berada pada pangkat rahem (cervix). Kadang kala ia disebut  “nabothian cyst”. Jawapan:  Ia bukan sebahagian dari kanser pangkal rahem. Cervical cysts selalunya dijumpai secara tidak sengaja ketika pemeriksaan pelvis.  Selalunya ia tidak memberikan tanda dan tidak memerlukan pembedahan yang major. Namun begitu jika terdapat …

Read More »

Bahayakah Amalgam sebagai Penampalan Gigi ?

“Betulkah doctor, amalgam penampal gigi membuatkan kita mengalami masalah mental” .. Seorang pelajar perubatan tahun akhir bertanya kepada saya melalui ruang chatting di FB. Saya belum pernah terfikir hal itu. Saya percaya jika ia mendatangkan kemudaratan yang serius, tentu KKM tidak membenarkannya. “Mana dapat maklumat ini?” “Saya baca dari penulisan yang dikongsikan di FB” Cepat saya balasannya. “Nasihat saya, jika kita mahu menjadi seorang doctor yang bijak dan matang, jangan terus percaya dengan apa saja yang dikongsikan di fb. Buat kajian sendiri di mana-mana journal perubatan. Sekarang ini mudah mendapatkannya secara online..”       Penggunaan amalgam sebagai bahan penampal gigi …

Read More »

Apakah saya mengalami menopause?

  Assalamualikum, Dr. Zubaidi ,   Saya berumur 45 tahun dan belum berkahwin . Situasi saya pernah menjalani major operation sebanyak 3 kali berkaitan dgn perut iaitu endometriosis , hernia dan yg terakhir usus bocor pada penghujung tahun 2011. Sejak dari itu saya hanya didatangi haid pada Jan 2012 selepas itu pada bulan Mac , Jun 2012 dgn pengeluaran haid yg byk . Seterusnya bulan Sept jumlah yg sedikit , Nov 2012 terlalu sedikit saja . Sejak dari itu saya tidak didatangi haid sehingga skrg sedangkan sebelum pembedahan pada 2011 putaran haid saya adalah normal . Tidak pernah mengalami masalah sengugut. …

Read More »

PENDARAHAN SELEPAS HAID

PENDARAHAN SELEPAS HAID Salam doctor, saya ingin bertanyakan satu soalan. Saya adalah seorang pelajar luar negara. Saya mengalami pendarahan selepas haid hampir setiap bulan semenjak lima tahun yang lalu.Kebaisaannya pendarahan itu berlaku dalam tempoh dua tiga hari selepas saya habis haid dan belanjutan sehingga 5-7 hari. Saya sudah berjumpa doktor di negara yang saya belajar tetapi hanya mentertawakn saya dan katanya itu hanya ovulation spotting. Tetapi ape yang merungsingkan saya ialah cecair yang keluar itu agak lama, kadang-kadang berwaran hitam dan keluar dengan cecair seperti air kencing, kadang kala ia keluar bersama-sama dengann lendir yang terdapat darah tetapi tidak begitu …

Read More »

Komplikasi Selepas Pembedahan Buang Appendix

Salam Doc, saya nak minta pandangan Doc mengenai anak saya berumur 13 tahun. Dua  minggu lepas beliau telah menjalani pembedahan appandix. Dua hari selepas keluar, beliau ok tapi selang beberapa hari hingga kini beliau kerap rasa sakit dan kadang-kadang badan panas dan demam. Adakah ini disebabkan angin dalam badan yang tak lepas keluar. Dr Zubaidi Hj Ahmad: (untuk grafik perubatan, sila google perkataan ‘appendectomy’. Diharap penulisan Bahasa Melayu ini membantu pemahaman anda berkenaan masalah penyakit ini) Pembedahan appendectomy adalah pembedahan membuang appendix yang dijalankan secara emergency, bermakna harus segera dilakukan. Pengalaman saya semasa bekerja di hospital, tidak semua pesakit yang …

Read More »

Bahaya menggunakan Sauna selepas bersenam

  Assalamu alaikum. Saya nak tanya dan minta pendapat doktor. Saya sedang mulakan aktiviti jogging setiap hari.selepas  joging dlm 10 minutes sy akan sauna dalam gym.Bolehkah kita ber-sauna setiap hari.Mohon pendapat doctor,terima kasih doctor     Ramai orang yang berpendapat bahawa sauna boleh mengurangkan berat badan. Apatah lagi jika sauna dilakukan selepas senaman kardio yang mengeluarkan peluh. Sudah tentu mesin penimbang berat badan akan menunjukkan pengurangan yang mendadak.     Tetapi adakah kita benar-benar kehilangan berat badan? Adakah yang hilang itu hanya kandungan air dalam badan atau lapisan lemak?     Sauna sebenarnya boleh memberikan kebaikan dan boleh mendatangkan keburukan. …

Read More »

Tepislah bisikan hati yang negatif

    Apa saja pemikiran yang terlintas adakalanya akan masuk ke otak bawah sedar kita, walaupun tanpa kebenaran kita dan tanpa kita sedari. Pemikiran ini akan menguasai perasaan dan emosi kita. Apatah lagi jika kita seorang yang sangat visual, boleh membayangkan sesuatu.   Sebagai contoh apabila kita berjalan di sebuah perkuburan, ada pemikiran dan bisik hati bahawa terdapat hantu di kawasan itu. Pemikiran dan bisik hati ini akan masuk ke pemikiran bawah sedar, bergaul dengan emosi kita.   Maka kita mula merasakan satu perasan seram dan takut. Bagi orang yang mempunyai kekuatan visual pula segera membayangkan rupa bentuk hantu yang …

Read More »

RAHEM JATUH ATAU RAHEM TURUN (PROLAPS RAHEM)

RAHEM JATUH ATAU RAHEM TURUN (PROLAPS RAHEM)     Soalan : “Nenek saya berusia 70 tahun. Dia tidak mengalami penyakit kronik. Dalam beberapa bulan kebelakangan, beliau perasan ada ketulan keluar dari faraj. Mulanya kecil dan jika dia berbaring ketulan tersebut hilang. Ketulan ini lebih ketara semasa mencangkung untuk buang air besar tetapi tidak sakit. Masalahnya, kadang-kala dia berasa tidak selesa atau ngilu pada bahagian belakang. Mulanya, dia berasa amat malu untuk memberitahu kami masalah yang dialaminya. Dalam seminggu dua ini, ketulan tersebut tidak masuk semula ke dalam faraj. Ini membuatkan nenek berasa tidak selesa sebab ketulan itu berada di antara …

Read More »

RISIKO FIBROID KETIKA HAMIL

RISIKO FIBROID KETIKA HAMIL     Fibroid merupakan ketumbuhan yang tidak merbahaya yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim.   Ketumbuhan fibroid berlaku pada seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Sebanyak 20 %  wanita dalam lingkungan usia reproduktif, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid. Pada usia melebihi 35 tahun, kejadian fibroid berlaku secara lebih kerap, iaitu menjangkau sebanyak 40 %.   Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah: wanita pada usia subur (30 hingga 40 tahun), wanita yang over weight atau obese wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid wanita …

Read More »

“The Kung Fu Panda”

    Apa yang saya belajar dari video “The Kung Fu Panda”…   Video “Kung Fu Panda” mempunyai banyak pengajaran yang tersirat dan tersurat, sesuai ditontoni oleh kanak-kanak dan orang dewasa yang ingin mencari inspirasi dalam kehidupan. Ia mengajar erti takdir (destiny) dan percaya pada kebolehan sendiri (the power of self-belief).   Ia adalah suatu kisah “dari zero kepada hero” apabila seekor Panda bernama Po yang membantu ayahnya di restoren akhirnya menjadi pahlawan lagenda Dragon Warrior.   Po sangat meminati pahlawan ‘Furious Five’ iaitu Tigress, Crane, Mantis, Viper dan Monkey dan berangan-angan untuk menjadi seperti mereka. Tetapi hasratnya dihalang oleh …

Read More »

Keguguran Berulang

SOALAN: “Saya baru sahaja keguguran seminggu lalu. Kandungan saya mencecah dua bulan setengah. Masalah saya ini keguguran kedua. Keguguran pertama juga kandungan saya masuk dua bulan. Kedua-duanya turun sendiri bersama sarung. Saya juga tidak menggunakan kaedah D&C kerana menurut doktor rahim saya sudah kosong dan bersih.  Saya ingin bertanya doktor adakah disebabkan janin saya atau rahim saya tidak kuat. Suami saya juga kuat mengambil ubatan seperti ubat asma. Adakah itu juga puncanya?” Keguguran sering berlaku di awal kehamilan selalunya disebabkan masalah ‘janin yang tidak kuat’secara gentiknya. Keguguran yang puan alami juga bukan disebabkan oleh ubat asma yang diambil oleh suami …

Read More »

Kejang Otot Belakang atau Sciatica?

    Jika sakit belakang dirasakan selepas mengangkat benda berat atau melakukan senaman yang agresif, selalunya sakit belakang ini disebabkan oleh kekejangan otot (muscle strain).   Namun ia juga boleh disebabkan oleh tulang rawan disc yang berada di celah-celah tulang belakang, terkeluar dari kedudukan asalnya.   Ini akan menyebabkan kesakitan di bahagian belakang dan rasa sakit ini ‘turun’ ke bahagian punggung dan sebelah kaki. Ini dinamakan “sciatica”.

Read More »

Pilih waktu subur

  Soalan: “Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga sebulan yang lepas. Kami sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata. Tetapi setiap kali bersama saya mendapati air mani suami saya meleleh keluar walaupun saya tidak bergerak. Apabila saya bangun tidur keesokan harinya, saya dapati kain saya terdapat tompokan air mani. Apabila saya membuang air kecil juga, air mani akan meleleh keluar. Saya juga telah meletakkan bantal di bawah punggung ketika bersama. Peluang untuk saya hamil akan tipis sekiranya air mani suami selalu tumpah. Adakah keadaan ini menganggu usaha kami untuk mendapatkan zuriat?”     Tahniah kepada puan dan Selamat Pengantin Baru! Insya …

Read More »

PENYAKIT HATI BERLEMAK

Ia adalah satu lagi penyakit yang disebabkan oleh kegemukan dan diabetes. Malah remaja seawal usia 15 tahun turut berisiko mendapat penyakit berkaitan hati ini akibat kedua-dua masalah tersebut. Penyakit hati berlemak turut dikenali sebagai “Fatty Liver Disease”. Ia merupakan satu keadaan di mana sejumlah besar lemak tepu berkumpul di dalam sel hati. Kebanyakan punca penyakit ini akibat pengambilan alkohol terutama di negara barat. Namun, terdapat juga perubahan pada enzim hati secara abnormal yang seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan metabolisma menjurus kepada masalah hati berlemak. Penyakit ini tidak menunjukkan tanda-tanda luaran yang khusus. Tanda-tanda awal ialah kegemukan, rasa mudah penat dan tidak bertenaga. …

Read More »

Tiada kolagen dalam rumpai laut tetapi banyak khasiat lain

Rumpai laut tidak mempunyai kolagen tetapi mampu membantu mengekalkan mahupun mengaktifkan proses pembentukan dan penghasilan kolagen dalam kulit manusia…… Artikel pendek oleh Dr.Mariani Abdul Hamid IBD UTM untuk dibaca oleh kawan-kawan. Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh badan manusia. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ianya membantu melambatkan proses penuaan sebaliknya tidak membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian. …

Read More »

Demam Campak boleh berulang?

Sebelum ini ramai doktor dan ibubapa yang menganggap bahawa jangkitan virus varicella yang menyebabkan penyakit chickenpox hanya akan berlaku sekali seumur hidup. Jika seorang kanak-kanak telah dijangkitan virus ini semasa kanak-kanak, bermakna beliau telah mempunyai daya tahan penyakit yang mampu mengelakkan jangkitan virus yang sama untuk kali kedua. Namun baru-baru ini, banyak kes di mana kanak-kanak dijangkiti oleh penyakit chickenpox beberapa kali. Adakah ini bermakna tanggapan para doctor selama ini bahawa jangkitan chickenpox hanya berlaku sekali saja seumur hidup tidak boleh digunakan lagi? “Salam doktor. Saya ingin bertanya, kenapa demam campak boleh berulang-ulang? Anak saya berumur 3 tahun dan sudah …

Read More »

Berwaspada Memberikan Ubat pada Bayi Anda

Seorang ibu bertanya di kaunter farmasi. ”Mana ubat batuk anak saya? Antibiotik? Macam mana nak baik kalau tak bagi ubat. Doktor jenis apa ni.. tak bagus!!” Pegawai farmasi yang bertugas terus menelefon saya. Menceritakan kejadian itu setelah wanita itu pulang dengan marah-marah. ”Biarlah orang yang kurang cerdik macam dia marah. Mungkin dia menyangka ubat-ubat itu penting untuk anak dia. Pada hal ubat-ubat itu boleh memberikan mudarat pada anak dia yang berumur 6 bulan itu” saya menerangkan hal sebenar. Semenjak saya belajar kaunseling dan psychology, saya mendapati manusia akan meluahkan perasaan mereka berdasarkan satu sistem kepercayaan yang mereka pegang. Jika mereka …

Read More »

Hindari Alahan Protein Susu

Ramai ibu yang bekerja mengalami dilemma memberikan anak mereka susu formula atau susu tepung berasaskan susu lembu. Sebaik saja tamat cuti bersalin, mereka mencari-cari susu yang terbaik untuk anak-anak mereka. “Susu yang mahal tidak semestinya susu yang terbaik..” jelas saya kepada seorang ibu. Dia kelihatan keliru dengan penjelasan saya. “Susu ibu adalah susu yang paling murah dan susu yang paling baik” Kanak-kanak terutama yang berusia satu tahun ke bawah amat memerlukan susu sebagai diet utama mereka, bagi membantu menyokong perkembangan fizikal dan mental terutama otak mereka sebelum meningkat dewasa. Ia seperti menyiapkan pembentukan hardware bagi sebuah computer bagi memastikan semua …

Read More »

Berkhatan secara SMART KLAMP

Berkhatan menggunakan teknik Smartklamp adalah satu inovasi baru dunia perubatan bagi memudahkan prosedur berkhatan yang diamalkan oleh seluruh umat Islam, Yahudi dan Orthodox Kritian. Semenjak ia diperkenalkan di pameran perubatan di Dusseldorf, German,pada tahun 2001, alat ini telah digunakan oleh jutaan kanak-kanak dan oraang dewasa di Eropah, Amerika Syarikatdan Asia Tenggara, termasuk Malaysia kerana alat sangat mudah digunakan. Dengan menggunakan smartclamp, pendarahan yang banyak dapat dihindarkan ketika prosedur berkhatan dan tidak memerlukan sebarang jahitan . Ia sangat mudah dan cepat antara 10-15 minit sahaja . Oleh itu menjadi alternative terbaik bagi kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami penyakit Diabetes, Hemofilia, …

Read More »

Pemakanan untuk Chicken Pox

“Doktor, saya ingin bertanya anak saya mengalami Chicken Pox sudah beberapa hari. Ibu saya menasihatkan agar menghindarkan kicap, telur, ayam dan pelbagai lagi agar ia mudah sembuh. Adakah boleh saya mengikuti nasihat ibu saya” Chicken Pox atau dikenali sebagai penyakit cacar air (kerana ia menyebabkan gelembung air pada kulit) merupakan penyakit kanak-kanak yang disebabkan oleh virus varicella. Ia akan menyebabkan ruam pada badan, kulit akan menjadi seperti melepuh dan kemerah-merahan. Selepas beberapa hari, ruam mula kering dan mengeras. Pada tahap ini, ia mungkin akan menyebabkan kegatalan. Ruam akibat cacar air ini boleh berlaku pada mana-mana anggota badan, termasuklah di dalam …

Read More »

Wanita Gemuk Sukar Hamil

“Saya mendirikan rumah tangga empat tahun lalu. Sehingga kini saya belum ada zuriat. Bentuk fizikal saya besar, tetapi suami normal. Saya membuat pemeriksaan dengan klinik kesihatan dan doktor mengesahkan saya normal. Cuma haid saya tidak teratur. Adakah teknik hubungan kelamin saya tidak betul? Apa patut saya lakukan doktor?” Saya amat memahami permasalahan yang sedang dialami oleh puan. Memang agak tepat apa yang puan sangkakan. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengalami ketidaksuburan. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih oleh folikel yang matang atau dalam kenyataan biasa adalah tidak bertelur. Dalam bidang perubatan, keadaan ini …

Read More »

Penurunan hormone Testosterone

  Andropaus disebabkan kejatuhan hormon lelaki, testosterone dalam tubuh. Ia selalunya berlaku pada lelaki yang berusia 40 tahun ke atas, namun boleh berlaku pada lelaki berusia lebih muda,   Penurunan paras testosteron bukan saja menyebabkan penurunan nafsu syahwat semata-mata, tetapi juga mempengaruhi fisiologi tubuh dalam membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat, membentuk sel darah merah dan mengekalkan keseimbangan mental. Ia turut membantu memperkukuhkan memori serta aspek tumpuan.   Kadar penurunan paras testosteron sangat cepat dan bermula apabila seorang lelaki mencecah usia 30. Ketika itu tahap penurunan testosterone telah berlaku sebanyak 10% dari tahap hormone yang sedia ada.   Dalam …

Read More »

Tongkat Ali Herba Lelaki Melayu

Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumia dalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia.   Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah,hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.   Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.   Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak(penggalak seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap,disentri, bengkak, …

Read More »

Madu untuk Bayi ?

  Salam Dr. Saya nak mintak pendapat doctor dari segi perubatan moden. Bolehkah kita bagi bayi yg baru lahir (bawah 1 tahun) makan madu? Saya cuba mencari jawaban dalam internet, ada yang kata boleh dan ada yang kata memudaratkan. Mintak pendapat doctor. Terima kasih doctor.   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam.   Saya menerima banayk pertanyaan yang sama mengenai sama ada madu boleh diberikan kepada bayi yang berumur satu tahun ke bawah.   Seperti yang mana kita ketahui bahawa terdapat banyak kebaikan dalam madu.   Madu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengekalkan kulit yang lembut. Ia …

Read More »

Lama tidak datang haid

  As salam mu alaikum Dr Zubaidi. Saya selalu baca penulisan Dr tentng kehamilan dan saya ingin bertanya. Saya mengalami haid pada 13.12.12, masalahnya sehingga sekarang haid saya belum dating. Saya selalu sakit perut dan kadang rasa berdenyut, kadang di sebelah kiri, kadang belah kanan. Saya telah melakukan ujian UPT dan negatif. Saya pernah ke klinik, dan saya diberi pil hormone, tetapi masih juga belum dating haid. Saya risau kalau ada pnyakit lain yg saya tak tahu dan akan terlambat.  Doktor pernah membuat pemeriksaan ultrasound dan mengatakan bahawa rahim saya elok n cantik. Mohon nasihat.   Dr Zubaidi Hj Ahmad …

Read More »

Merawat Jerawat dengan Pil Perancang

  Sebagai  seorang gadis yang mengalami masalah jerawat, saya telah diberitahu oleh seorang kawan agar mengamalkan pil perancang. Persoalannya, saya belum berkahwin dan saya risau jika pil perancang akan menyebabkan saya mandul nanti. Apakah nasihat doktor?     JAWAPAN   Masalah jerawat disebabkan oleh pengeluaran sebum daripada kelenjar di kulit muka dan tubuh badan kita. Sebum ini akan menyekat liang roma. Liang roma yang tersumbat amat senang untuk dijangkiti bakteria. Ini menyebabkan proses keradangan dan seterusnya menjadi jerawat.   Pil perancang memang boleh membantu kerana pil ini akan mengurangkan penghasilan sebum. Pada masa sama, para doktor sering menyarankan agar pesakit …

Read More »

Pendarahan haid yang banyak

SAYA amat risau kerana selepas melahirkan anak bongsu pada dua tahun lalu, haid saya semakin banyak dan berketul-ketul. Adakah ini bererti saya mengalami penyakit barah rahim?   Dr Zubaidi: saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Masalah haid yang berpanjangan atau berlanjutan memang membimbangkan wanita Islam apabila tidak dapat bersolat dengan sempurna. Darah yang keluar melebihi tempuh 15 hari, dinamakan sebagai darah istihadah di mana puan harus soalat dan berpuasa, jika berada di bulan Ramadhan. Saya menasihatkan puan agar berjumpa dengan doctor untuk melakukan pemeriksaan. Keadaan puan dinamakan menoragia dan terdapat pelbagai punca. Di hospital selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan …

Read More »

Kehamilan setelah Pembedahan Buang Ovari

    As salam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya, semasa saya hamil anak sulung saya disahkan menghidap penyakit ovarian cyst bersaiz 10×20 cm pada usia kehamilan 32 minggu. Kini ovari kanan keseluruhannya telah dibuang semasa pembedahan mengeluarkan bayi sulung saya.  Selepas itu saya masih gagal hamil untuk anak kedua? Apakah saya sukar untuk hamil kerana mempunyai hanya satu ovari sahaja. Terima kasih.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Semoga kesabaran yang puan tunjukkan akan diberikan ALLAH  ganjaran yang terbaik.     Pembedahan yang puan lakukan ialah pembedahan yang dinamakan ‘unilateral oophorectomy’ (membuang ovari) semasa pembedahan Cesarean untuk mengeluarkan anak …

Read More »
error: Content is protected !!