Tag Archives: cuaca

ANAK DIJANGKITI VIRUS CHICKEN POX BOLEH MANDI

“Salam, doktor. Saya mahu bertanya anak saya berumur 4 thn 3 bulan, dia kena sakit chickn pox. Bolehkah dia mandi dan berkipas?”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ya boleh. Pesakit harus mandi dan bersabun bagi menjaga kebersihan diri. Cuma tuala jangan digunakan oleh orang lain bagi mengelakkan jangkitan. Tiada masalah untuk berkipas. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Read More »

IUCD dan Sukar Hamil

IUCD DAN SUKAR HAMIL “ Salam Doktor. Saya pernah menggunakan alat pencegah kehamilan IUCD yang dimasukkan ke dalam rahem saya, ketika saya mula berkahwin. Ini kerana pada masa itu saya belum bersedia untuk hamil. Setelah 3 tahun saya mengeluarkannya kerana cuba hamil. Malangnya sudah masuk 2 tahun, saya dapati saya agak sukar hamil. Mengapa ya doctor? Ketika ini umur saya sudah 32 tahun. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Alat pencegah kehamilan IUCD (Intra Uterine Contraceptive Device) atau kadang kala dikenali sebagai ‘Copper T’, adalah alat pencegah kehamilan yang dimasukkan ke dalam rahem. Ia diperbuat daripada plastik …

Read More »

KAFEIN DAN IVF

KAFEIN DAN IVF “Salam doktor, bagaimana dengan pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF. Bolehkah mengambil kaffein? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pengambilan kafein lebih daripada 50mg sehari setiap hari boleh menggagalkan rawatan IVF. Selain itu pengambilan terlalu banyak kafein juga dikaitkan dengan pertumbuhan fizikal janin yang perlahan’ sehingga menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat yang rendah dan keguguran. Jadi bagi pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF cuba hindari pengambilan kafein. Wa allahu a’lam. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI   Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Read More »

Jumlah Kafein Untuk Wanita Hamil

“Salam doktor. Saya penggemar kafein. Benarkah pengambilan kafeine boleh menyebabkan keguguran. Mohon pencerahan, terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya benar, pakar perubatan menasihatkan agar mengurangkan, jika tidak mampu menghentikan pengambilan kafein semasa hamil. Setakat ini tiada ada panduan khas yang menghadkan pengambilan kafein untuk wanita yang ingin hamil.   Cuma saya cadangkan agar pengambilan kafein tidak melebihi 200mg sehari.     Pengambilan kafein melebihi 200mg sehari meningkatkan risiko untuk keguguran. Jika puan seorang penagih kafein, cuba kurangkan kafein, jika tidak dapat menghentikan pengambilannya.   Wallahu a’lam.     KAPSUL KACIP FATIMAH PHYTO PLUS digunakan secara tradisional untuk menyokong …

Read More »

BOLEHKAH KAFEIN MENGGANGGU KESUBURAN?

” Salam. Saya sudah berkahwin selama 3 tahun, berumur 35 tahun. Saya penggemar kafein. Adakah kafein mengganggu kesuburan saya? Mohon pencerahan. Terima kasih ”    Setakat ini tidak ada bukti yang sahih menunjukkan kafein boleh seorang wanita tidak boleh hamil. Namun beberapa kajian telah mencadangkan bahawa tahap kafein boleh membuat ia lebih sukar untuk hamil berbanding dengan wanita yang tidak mengambil kafein dalam minuman. Pakar-pakar mengatakan mungkin ada kesan kafein ke atas masa ovulasi dan tahap keseimbangan hormon atau mungkin menyebabkan saliran fallopian menjadi tersumbat apabila otot-otot pada saluran itu mengecut akibat kesan kafein. Saluran fallopio yang membawa telur ovum …

Read More »

Adakah selsema disebabkan virus berbahaya untuk wanita hamil?

    ADAKAH SELSEMA DISEBABKAN VIRUS BERBAHAYA UNTUK WANITA HAMIL?   “Salam doktor. Baru-baru ini saya mengalami selsema. Saya baca artikel di internet, mengatakan bahawa selsema itu bahaya di kalangan wanita yang hamil. Mohon penjelasa, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya, selsema yang disebabkan oleh virus sangat berbahaya kepada wanita hamil kerana mereka mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit yang rendah semasa hamil. Jika tidak dirawat dengan baik dan sempurna, mereka mungkin boleh mengalami jangkitan kuman pada paru-paru yang serius. Mereka juga boleh mengalami kelahiran pramatang. Walaupun kebanyakan wanita yang hamil yang mengalami selsema akibat jangkitan virus …

Read More »

DOS ASID FOLIK

“Salam. Bolehkah pengambilan pil asid folik dimulakan sebelum wanita itu hamil? Sekiranya boleh dan jika wanita itu tidak hamil misalnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan kemudian, adakah dia patut menghentikan pengambilannya? Apakah dos yang sewajarnya diambil oleh wanita yang merancang untuk hamil? Adakah pil ini mempunyai kesan sampingan? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Folik asid ialah sejenis vitamin B. Ia bersifat larut air, maka berlebihan dos lazimnya dikeluarkan ke dalam air kencing. Jadi selagi ginjal masih sihat dan dapat mengeluarkan lebihan folik asid, ia tidak memberikan kesan sampingan. Asid folik sangat penting dalam pembentukan otak dan sistem saraf tunjang …

Read More »

Menghilangkan Morning Sickness

MENGHILANG MORNING SICKNESS “Salam doktor. Berapa lamakah mabuk hamil seperti loya dan muntah akan berlangsung? Bolehkah ia menjejaskan perkembangan bayi yang kini lapan minggu dalam kandungan? Bagaimana untuk mendapatkan bantuan jika simptom ini berterusan atau semakin teruk? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang hamil mengalami morning sickness atau rasa muntah dan loya di awal kehamilan. Ia adalah normal, dan tahap ketidakselesaan ini berbeza antara wanita dengan wanita yang lain. Ramai yang mengalaminya pada waktu pagi, sebab itu dinamakan morning sickness. Ada wanita yang mengalaminya sepanjang hari.   Jika puan bimbang dengan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor, …

Read More »

Bolehkah mengambil folic acid walaupun belum hamil?

BOLEHKAH MENGAMBIL FOLIC ACID WALAUPUN BELUM HAMIL? “Salam. Dr saya ingin bertanya tentang pengambilan asid folik di hospital kerajaan. Saya dan suami merancang utk mempunyai zuriat. Bolehkah kami mengambil asid folik 5mg untuk persediaan? Saya juga mengalami masalah sengugut yg agak teruk. Mohon pencerahannya doktor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ada dua isu yang diutarakan: Pertama adakah pengambilan asid folik asid 5mg sebagai persediaan untuk hamil itu bermanfaat? Ya pengambilan asid folik sangat bermanfaat ketika hamil dan harus bermula ketika seorang wanita itu sedang berusaha untuk hamil (belum hamil lagi). Asid folik membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada risiko …

Read More »

Kesan Sampingan Pengambilan Vitamin C Terlalu Banyak

KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN VITAMIN C TERLALU BANYAK     “Salam doctor. Saya ingin bertanya, apakah kesan pengambilan vitamin C yang terlalu banyak? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Vitamin C (asid askorbik) adalah nutrien yang penting dalam pemakanan. Ia  adalah vitamin larut air yang membantu pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak yang normal.   Vitamin C juga membantu badan kita menyerap zat besi. Oleh kerana badan kita tidak menghasilkan atau menyimpan vitamin C, ia adalah penting bagi kita pastikan vitamin C ada dalam pemakanan kita.   Sebiji atau dua biji oren yang besar sudah cukup  menyediakan vitamin …

Read More »

Adakah selamat mengambil vitamin C ketika hamil?

ADAKAH SELAMAT MENGAMBIL VITAMIN C KETIKA HAMIL? “Salam. saya ada soalan tentang vitamin C. Soalannya adakah ibu hamil dan menyusukan anak boleh mengambil vitamin C dengan dos 1000mg. Saya beli dari  farmasi di United Kingdom. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pengambilan Vitamin C semasa hami sebenarnya sangat bagus.  Ada kajian menunjukkan bahawa wanita yang tidak mengambil cukup vitamin C dengan mudah mengalami kebocoran air tuban dan menyebabkan kelahiran pramatang. Rujuk: “Vitamin C intake and the risk of preterm delivery.” Am J Obstet Gynecol. 2003 Aug;189(2):519-25. Siega-Riz AM1, Promislow JH, Savitz DA, Thorp JM Jr, McDonald T. Saya menasihatkan agar …

Read More »

Kitaran Haid Yang Normal Bagi Remaja

KITARAN HAID YANG NORMAL UNTUK REMAJA   “Salam doktor. Saya baru berusia 17 tahun. Belum nerkahwin. Saya ada masalah tentang haid saya. Dua bulan lepas haid saya datang pada hari ke 24. Begitu juga pada bulan berikutnya. Tetapi haid saya berlarutan sehingga dua minggu. Darah haid saya juga agak banyak, sehingga saya terpaksa menukarkan 8 pad pada hari pertama. Adakah saya mempunyai penyakit serius, doktor? Mohon pencerahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Adalah normal bagi remaja perempuan yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Ssecara purata bagi wanita, kitaran haid mereka berlangsung selama  28 hari. Tetapi tidak …

Read More »

Berkhatan tidak menyebabkan pancutan pramatang

BERKHATAN TIDAK MENYEBABKAN PANCUTAN PRAMATANG     “Salam doctor, saya ingin bertanya. Saya bukan Melayu dan bukan Islam. Saya mahu berkhatan, malangnya saya banyak membaca dari majalah mengatakan bahawa berkhatan boleh menyebabkan pancutan awal. Adakah ini benar? Terima kasih doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tahniah kerana mahu berkhatan. Berkhatan bukan saja tuntutan agama Islam, tetapi juga tuntutan agama Yahudi dan beberpa mazhab dalam Kristian.   Malah ramai orang lelaki yang tidak percayakan tuhan di barat, turut berkhatan kerana mereka mahu menjaga kebersihan.   Lelaki yang berkhatan mempunyai risiko yang sangat rendah mendapat penyakit kanser penis.   Berkaitan dengan …

Read More »

Pendarahan selepas melakukan HVS

PENDARAHAN SELEPAS MELAKUKAN HVS   “Salam doktor. Saya mengalami keputihan sehingga bertukar warna kekuningan. Kemudian saya buat HVS pagi semalam tadi. Sebelum magrib tadi saya dapati lendir saya bercampur darah. Adakah darah ini disebabkan swab tadi? Mohon penerangan doktor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   High Vaginal Swab (HVS) adalah teknik yang digunakan di Jbatan Obstetrics & Gynaecology untuk mengambil contoh sampel lendiran dalam faraj. Ia diambil di bahagian berdekatan dengan pangkal rahem.   Sampel lendiran ini akan dihantar untukujian “ culture and sensitivity” untuk memeriksa punca jangkitan pada faraj.   Selalunya dilakukan apabila doctor mengesyaki ada jangkitan …

Read More »

Risau Anak Belum Merangkak Umur 8 Bulan

RISAU ANAK BELUM MERANGKAK UMUR 8 BULAN   “Salam doc, saya  ingin bertanya, anak saya lelaki masuk 8 bulan, masih belum pandai bangun dari baringnya,tidak mahu meniarap juga. Tapi bila didudukkan dia memang suka. Tegap saja bila duduk. Saya risau sebab belum pandai bangun dari baring. Ada ke cara urutan yang saya perlu buat untuk anak saya? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan bayi mula belajar merangkak di antara usia 7 dan 10 bulan.   Bayi hanya akan mula merangkak sebaik sahaja beliau dapat duduk dengan baik tanpa sokongan. Selalunya ketika berumur 8 bulan.   Pada masa …

Read More »

Risau anak belum merangkak umur 8 bulan

RISAU ANAK BELUM MERANGKAK UMUR 8 BULAN   “Salam doc, saya  ingin bertanya, anak saya lelaki masuk 8 bulan, masih belum pandai bangun dari baringnya,tidak mahu meniarap juga. Tapi bila didudukkan dia memang suka. Tegap saja bila duduk. Saya risau sebab belum pandai bangun dari baring. Ada ke cara urutan yang saya perlu buat untuk anak saya? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan bayi mula belajar merangkak di antara usia 7 dan 10 bulan.   Bayi hanya akan mula merangkak sebaik sahaja beliau dapat duduk dengan baik tanpa sokongan. Selalunya ketika berumur 8 bulan.   Pada masa ini, bayi …

Read More »

Kekeringan faraj selepas melahirkan anak

KEKERINGAN FARAJ SELEPAS MELAHIRKAN ANAK “salam doc.. Maaf andai soalan saya agak sensitif Saya baru bersalin 3bulan lepas..dan umur saya baru saja 24tahun.. Masalah sy,pertama kali sy bersama suami selepas bersalin vagina sy terasa kering.. Tapi bila bersama suami,sy tidak merasa sakit ketika bersama. Cuma di bahagian bibir vagina saya tidak basah.. Dan ia agak susah nk masukkan zakar semula apabila ia terkeluar kerana kesat. Dan apabila sy mencapai tahap klimaks pon sy masih tak rasa bibir vagina sy basah.. Sy rse buntu dgn masalah ini.. Takut andai suami mula hilang selera.. Harap doktor dapat membantu.. Terima kasih”   WA …

Read More »

Fungsi dusphaton untuk pesakit endometriosis

FUNGSI DUSPHATON UNTUK PESAKIT ENDOMETRIOSIS Tablet Duphaston 10mg mengandungi ramuan dydrogesterone, iaitu hormone wanita progesteron sintetik (buatan). Struktur kimia hormone buatan ini hampir menyerupai progesteron yang asli dihasilkan oleh tubuh seorang wanita secara semula jadi. Oleh itu ia memberikan kesan yang sama. Dalam kitaran haid yang normal, hormone progesteron yang dihasilkan oleh ovari,  akan bertindak pada lapisan endometrium pada dindang dalam rahem, untuk kekal menebal. Ini sangat penting untuk mengekalkan kehamilan. Jika tidak janin yang telah disenyawakan akan mudah gugur. Jika wanita itu tidak hamil, tahap kandungan estrogen dan progesteron dalam tubuh akan menurun dan lapisan endometrium akan turun sebagai …

Read More »

Kesan ubat gatal akibat chickenpox terhadap kehamilan

KESAN UBAT GATAL AKIBAT CHICKENPOX TERHADAP KEHAMILAN   “Salam Dr, saya sedang mengandung anak pertama, usia kandungan 14 minggu. Saya telah mendapat chicken pox,  dan diberi ubat gatal (piriton) dan ubat sapu calamine. Adakah pengambilan ubat ini akan memberi kesan kepada bayi saya? Sy pernah djangkiti chickenpox semasa kecil.”   WA ALAIKUM MUS SALAM Seorang individu yang mengalami jangkitan chickenpox akan mengalami kegatalan pada parut dari kelompang yang dialaminya. Bagi mengurangkan kegatalan ini, doctor akan memberikan ubat antihistamine, selalunya tablet Piriton. Tablet ini mengandungi ramuan chlorphenamine maleate, iaitu sejenis ubat yang dikenali sebagai antihistamine yang menyebabkan rasa mengantuk. Ramuan ini akan …

Read More »

Lendiran faraj berkurangan, sakit ketika bersama suami

LENDIRAN FARAJ BERKURANGAN, SAKIT KETIKA BERSAMA SUAMI     “Salam doctor, saya mengalami masalah kekeringan faraj. Hal ini sangat merisaukan saya kerana saya baru berumur 32 tahun dan mempunyai seorang anak. Apabila bersama suami, saya mengalami rasa sakit dan pedih. Adakah ini berbahaya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami. Ini disebabkan luka pada vulva, iaitu pembukaan faraj. Antara puncanya ialah apabila wanita itu belum cukup lagi dirangsang dengan sepenuhnya, sehinggakan tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan batang zakar ke dalam faraj.   Kemasukan batang zakar ke …

Read More »

Demam

DEMAM Berikut adalah  perkongsian saya pada 26 Mac 2015 di BERNAMA Radio 24, bertajuk “DEMAM” 1. “Doktor, apa yang dikatakan sebagai demam?” Suhu tubuh kita yang normal ialah 37.5 hingga 38.5 C. (99.5-100.9F).  Apabila ada jangkitan kuman, pertahanan tubuh kita (daya tahan tubuh), akan meningkatkan suhu dalam badan. Ia adalah perubahan normal. Ini bertujuan bagi mempercepatkan kesembuhan dalam melawan kuman. Namun thermostat tubuh (bahagian otak yang terletak di hypothalamus) yang mengesan dan mengawal suhu dalam tubuh, sangat sensitif terhadap perubahan suhu ini. Thermostat kita akan memberitahu otak dan tubuh agar mengeluarkan prostaglandin, iaitu bahan biokimia yang semulajadi dalam tubuh. Prostaglandin akan …

Read More »

Kesan cuaca panas pada kesihatan

KESAN CUACA PANAS PADA KESIHATAN   Berikut adalah perbincangan dan perkongsian saya pada 19 Mac 2015 di BERNAMA Radio 24, bertajuk “KESAN CUACA PANAS PADA KESIHATAN”   1. “Doktor, boleh jelaskan suhu badan yang normal dan suhu yang bagaimana boleh menjejaskan kesihatan manusia?”   Suhu tubuh kita yang normal antara 37,5 C hingga 38.5 C.  Suhu persekitaran akan mempengaruhi suhu dalam tubuh kita, namun ALLAH mencipta pengawal suhu dalam tubuh (seperti thermostat) yang menurunkan suhu badan jika ia terlalu tinggi dan menaikkan suhu badan jika ia terlalu rendah.  Termostat ini berada dalam otak kita di kawasan yang dinamakan preoptic di …

Read More »

SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP

“Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya. Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185). Mengikut kajian saintifik, pesakit diabetes …

Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang …

Read More »

AIR KETUBAN YANG BANYAK

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung.   Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin …

Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …

Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …

Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu. Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang. Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan …

Read More »

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”     “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti …

Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat …

Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis …

Read More »

Nenas boleh Sebabkan Keguguran?

“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik …

Read More »

Hormone Progestrone dan Kesuburan

Saya amat menginsafi bahawa Allah amat berkuasa terhadap diri dan nasib kita. Walaupun semasa bertunang kita mungkin merancang untuk mempunyai anak yang ramai, namun perancangan Allah lebih tepat. Sudah tentu perancangaNYA lebih baik jika kita dapat menyingkap tabir hikmah yang tersembunyi. Seorang rakan FB bertanya pada saya. “Apa punca saya sering mengalami keguguran di awal kehamilan, doktor? Ini masuk kehamilan yang ke empat. Baru masuk 8 minggu. Semua kehamilan saya sebelum ini keguguran. Saya takut ia berulang kembali” Begitu juga seorang lagi. “Saya mengalami masalah kesuburan. Doktor pakar yang memeriksa memberitahu bahawa saya mengalami masalah hormone progesterone yang rendah. Apakah …

Read More »

PENAMBAHAN BERAT BADAN KETIKA HAMIL

Saya sangat risau apabila seorang wanita yang hamil, mahu mengekalkan berat badannya supaya sentiasa kelihatan cantik. Saya faham kehendak ini, namun semasa proses kehamilan, adalah mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan berat badannya. Penambahan berat pasti berlaku. Jika tidak mencapai berat yang sesuai, doktor dan jururawat tentu akan cemas dan menasihati agar memakan lebih banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. “Doktor, saya hamil untuk kali pertama. Saya membuat pemeriksaan kehamilan di salah sebuah klinik awam di bandar tempat saya tinggal. Jururawat di situ memberitahu saya tidak mempunyai penambahan berat badan yang cukup. Apakah yang dimaksudkan oleh jururawat yang bertugas. …

Read More »

Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda

“Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?” Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen. Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat …

Read More »

Kehamilan dan Ubat Batuk Diphenhydramine (Benadryl®)

Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan. Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia difikirkan …

Read More »
error: Content is protected !!