KUAT BERONANI BOLEH MENYEBABKAN BATANG ZAKAR PATAH “Salam doktor, saya berumur 23 tahun. Saya mengalami masalah ketagihan untuk beronani walaupun saya sedang cuba untuk menghindarkannya. Ketika ini amalan onani saya saya agak pelik iaitu ketika onani, saya akan membengkokkan zakar saya sedikit untuk menambah keseronokan. Saya dapati selepas ejakulasi, saya akan merasa sakit pada zakar. Jika saya tidak membengkokkan zakar ketika masturbasi, saya tidak akan berasa sakit selepas ejakulasi. Apa yang saya tahu, lelaki boleh melakukan banyak posisi dan gaya ketika melakukan masturbasi atau hubungan seks. Saya risau tidak boleh memberi kepuasan kepada isteri pada masa depan kerana saya tidak …
Read More »Tag Archives: chemotherapy.
Ramai lelaki Malaysia mati pucuk
RAMAI LELAKI MALAYSIA MATI PUCUK Bilangan lelaki Malaysia yang menghadapi masalah disfungsi erektil atau Erectile Disfunction (ED) iaitu mati pucuk semakin meningkat saban tahun dan kini mencecah lebih 3.5 juta orang (2004). Masalah kelakian itu agak membimbangkan dengan bilangan penghidapnya hanya 1.7 juta pada 1997, meningkat kepada 2.3 juta pada 2003 dan 3.5 juta pada tahun lalu. Daripada angka tersebut, 15 peratus melibatkan lelaki berumur antara 25 dan 34 tahun manakala 23 peratus lagi di kalangan lelaki lingkungan umur tersebut mengalami kesukaran mengekalkan ereksi. Pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Dr. Ismail Thambi yang mendedahkan perkara itu bimbang …
Read More »Kentut Dari Faraj
KENTUT DARI FARAJ ” Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya 36 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Masalah saya ialah saya mengeluarkan bunyi ketika bersama suami saya. Seolah-olah saya kentut, padahal ia keluar dari faraj, bukannya dubur. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ada kalanya angin boleh keluar dari faraj. Ia sebenarnya adalah pembebasan udara yang terperangkap di dalam faraj semasa atau selepas hubungan seks dengan suami, menyebabkan ia berbunyi seperti kentut. Ia tidak mengandungi gas berbahaya dan dan tidak mempunyai bau tertentu. Ia hanya udara dari atmosfera. Puncanya adalah otot-otot di …
Read More »Sopak bukan Penyakit Berjangkit
SOPAK ATAU VITILIGO SOPAK atau dalam bahasa perubatannya vitiligo merupakan sejenis penyakit kulit yang membuatkan penghidapnya mempunyai kulit bertompok-tompok putih yang tidak mempunyai pigmen. Kehadirannya dipercayai berpunca daripada masalah pigmentasi, yang mana sel-sel yang menghasilkan pigmen, iaitu melanosit, dirosakkan oleh auto antibody atau antibodi yang dihasilkan oleh pesakit itu sendiri. Tanda utama penyakit ini ialah timbulnya tompok-tompok putih di atas kulit, tetapi ia juga boleh melibatkan kawasan yang mempunyai rambut atau bulu seperti kening, misai, bulu roma dan sebagainya, selain boleh menukarkan rambut menjadi putih. Penyakit vitiligo ini tidak menyebabkan rasa sakit atau gatal. Kebanyakan kes yang melibatkan …
Read More »Khasiat Peria untuk Penyakit Kronik
KHASIAT PERIA Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang. Peria juga mengandungi lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan. Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, boleh cuba meminum …
Read More »Tidak datang haid selepas pembedahan hamil luar rahim
TIDAK DATANG HAID SELEPAS PEMBEDAHAN HAMIL LUAR RAHIM “Assalam mu alaikum doktor, saya ada pertanyaan sikit. Pada bulan 5 lepas saya baru menjalani pembedahan laparoscopy d sebabkan kehamilan luar rahim. Tiub falllophian saya dipotong sebelah kanan. Sekarang sudah 2 bulan saya tidak datang haid. Bila saya lakukan pemeriksaan UPT, ia negatif. Boleh saya tahu kenapa saya lambat datang haid, adakah sebab ubat antibiotic yg saya makan selepas operation. Mohon pencerahan , saya sangat risau. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya ucapkan simpati atas ujian yang melanda puan. Semoga ALLAH menggantikan kehilangan puan dengan sesuatu yang lebih baik. Puan masih …
Read More »BAHAYA TIDUR DENGAN BAYI
Ramai ibu bapa beranggapan tidur bersama bayi dengan berkongsi katil atau tilam adalah cara paling selamat untuk melindungi si kecil, di samping dapat mengeratkan lagi ikatan antara kedua-dua pihak. Memang benar tidur bersama bayi membolehkan ibu bapa lebih rapat dengan si kecil kerana langkah itu memberi ibu bapa masa tambahan bersama bayi. Tidur dengan bayi juga membolehkan ibu bapa segera bertindak jika si kecil mula batuk atau menangis pada waktu malam. Malah, bayi yang tidur berkongsi katil dengan ibu mereka dikatakan cenderung untuk menyusu lebih kerap dan tempoh lebih lama berbanding bayi yang tidur bersendirian. Bayi yang tidur dengan ibu …
Read More »Ubat “viagra untuk wanita” diluluskan oleh FDA
UBAT “VIAGRA UNTUK WANITA” DILULUSKAN OLEH FDA Hubungan intim antara suami isteri adalah suatu perkara yang penting. Boleh dikatakan hamper 30% punca penceraian berlaku apabila suami atau isteri atau kedua-duanya tidak lagi menikmati hubungan intim ini. Sebab itu, apabila dalam hubungan suami isteri tiada lagi “chemistry” atau rasa seronok ingin bersama, selalunya nasib rumahtangga itu tidak bertahan lama, kecuali ada usaha untuk menyelamatkannya. Tanpa rasa ingin bersama dengan suami atau isteri masing-masing, maka perasaan ini akan dikogsikan dengan orang lain. Lelaki selalunya mengalami masalah ketegangan alat kelamin (erectile dysfunction) yang mana alat kelamin tidak mampu tegang …
Read More »ANAK SELALU MENGALAMI PEMBENGKAKAN TONSIL
Terima kasih kerana membaca email saya,di sini saya ingin mengajukn soalan mengenai masalah tonsil yang di alami anak saya yang berumur 2 tahun 6 bulan. Sewaktu dia berumur 1 tahun, dia kerap demam, batuk dan selsema sehingga kini. Pada usia 1 tahun 4 bulan,dia telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami “febrile fits”, dan berulang pada usia 2 tahun 3 bulan. Apa y merisaukan saya, tiap kali demam, doctor akan memberikan ubat antibiotic kerana jangkitan kuman pada tonsil, dan boleh dikatakan 2 bulan sekali diberikan antibiotics. Saya risau akan ada kesan sampingan jika ubat tersebut diambil dgn kerap. Sehingga kini, tonsil …
Read More »KESAN SAMPINGAN UBAT STATIN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROL
KESAN SAMPINGAN UBAT STATIN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROLE “Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya mempunyai tahap kolestrole yang tinggi dan doktor telah memberikan ubat Simvastatin 40mg sehari sebiji. Masalah saya ialah, selepas sebulan saya mengambil ubat itu saya mengalami rasa sakit badan dan lemah otot. Otot-otot saya terasa sakit ketika bangun pagi dan ketika mahu menaiki tangga. dakah ini disebabkan oleh kesan ubat atau tahap kolestrole saya yang tinggi ?. Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Doktor sering memberikan ubat statin (antaranya simvastatin) untuk pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Apabila kandungan kolesterol dapat dikurangkan dalam darah, ini …
Read More »Kecederaan Anterior Cruciate Ligamen (ACL) Tidak Semestinya Memerlukan Pembedahan
KECEDERAAN ANTERIOR CRUCIATE LIGAMENT “ Salam dr. Saya nk tanya pandangan dr. Saya mengalami masalah koyak ACL, tetapi belum lagi melakukan pembedahan kerana ingin beubat kampong. Alhamdulillah, sudah boleh jalan seperti biasa dalam tempuh sebulan. Cuma saya ingin bertanya apakah supplement apa yang bagus untuk pulih dan kuat kan lutut sy? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Anterior Cruciate Ligament (ACL) adalah ligamen di dalam sendi yang menjaga kestabilan sendi lutut. Kecederaan ACL sering terjadi kepada pemain sukan yang lasak, seperti pemain bola sepak, futsal, tenis, badminton, bola tampar dan sukan mempertahankan diri. Pada umumnya ACL boleh …
Read More »KITARAN HAID MASIH TIDAK MENENTU SETELAH 8 BULAN MENGHENTIKAN PENGAMBILAN SUNTIKAN DAN PIL PERANCANG KELUARGA
“Assalamulaikum. Dr saya nak bertanya, saya bersalin secara pembedahan Ceaser pda tahun 2014, Saya pernah mengambil suntikan perancang depo selama 3 bulan, kemudian saya berhenti dan mengambil pil prancang selama 8bulan. Setelah berhenti mengambil pil prancang, kitaran haid saya jadi tidak menentu. Saya mengalami pendarahan selama sebulan. Berapa lama kesan pil perancang akan hilang,dan boleh hamil. Sebab saya sudah 7 bulan tidak lagi mengambil pil perancang. Terima kasih”. WAALAIKUM MUS SALAM Masalah puan berkaitan dengan kitaran haid tidak menentu setelah menggunakan suntikan perancang dan pil pencegah kehamilan. Dan puan mengalami masalah kitaran haid haid ini selama 8 bulan. Pengambilan …
Read More »PESAKIT HYPERTHYROIDISM SUKAR BERNAFAS
“Saya di sahkan menghidap HYPERTHYROIDISM. Doktor yang merawat telah membuat pemeriksaan di leher dan keadaan saiz thyroid saya normal tiada bengkak.Saya diberikan ubat anti thyroid hormone makan 11 biji sehari. Dalam masa yang sama saya mengalami masaalah “tak puas bernafas” atau “nafas x cukup”. Adakah itu sebab kesan dari throid itu sendiri atau kesan sampingan yang biasa. Doktor juga telah membuat x-ray paru paru dan ujian paru paru/pernafsan.Katanya normal.Bila jdi keadaan kurang/x puas bernafas saya baring sekejap untuk dapatkan puas tarik nafas.harap dokto dapat bantu saya mengatasi masaalah saya dan dapat bagi panduan untuk penghidap thyroid dari segi pemakanan dan …
Read More »Darah Nifas Bermula Selepas Proses Kelahiran
DARAH NIFAS BERMULA SELEPAS PROSES KELAHIRAN “Assalamualikum Dr, saya nak bertanya. Kawan saya mengandung dan sedangmenggu hari untuk bersalin, tapi hari ni ada darah berwarna coklat keluat tapiDr kata tak belum masnya untuk bersalin lagi. Persoalan saya, bolehkan kawan saya solat seperti biasa sbb tidaktahu status darah berkenaan sama ada haid atau nifas. Sekian Terima Kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak pendapat ulamak mengenai masalah ini. Saya mengambil satu pendapat iaitu darah nifas bermula apabila darah keluar dari rahem melalui faraj apabila proses kelahiran bermula sehingga sampai 60 hari.. Ada ulamak yang mengatakan darah yang keluar …
Read More »Berapa Cepat Saya Boleh Menguji Kehamilan dengan UPT?
BERAPA CEPAT SAYA BOLEH MENGUJI KEHAMILAN SAYA DENGAN UPT? “Salam doc. saya ingin bertanya. Haid saya telah lambat selama 7 hari dan payudara saya agak menegang dan sakit. Saya juga mengalami keputihan yang banyak dan berwarna sedikit kuning. Adakah saya hamil? Bila masa sesuai untuk saya memeriksa UPT? Atau adakah gejala nak datang haid? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Tanda payudara menegang dan sakit tidak bermakna puan sedang hamil. Mungkin juga puan akan mengalami kedatangan darah haid. Jadi cara terbaik untuk menguji puan hamil atau tidak ialah dengan melakukan pemeriksaan UPT. Ketepatan ujian UPT ini bergantung kepada jenis …
Read More »KEGUGURAN LALU MENJEJASKAN PELUANG HAMIL SEMULA?
“Salam, saya telah melakukan beberapa kali D&C ketika saya masih belajar di universiti. Atas kesilapan saya, saya menjalani prosedure itu kerana kami suami isteri belum bersedia untuk hamil. Sekarang kami telah bekerja dan umur pekahwinan kami memasuki 6 tahun. Adakah saya sukar hamil akibat prosedure D&C yang lepas? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah sukar hamil yang puan alami mungkin tiada kaitan dengan keguguran dan prosedure D&C yang pernah puan jalani. Kebiasaanya prosedure itu selamat dan tidak mendatangkan komplikasi. Namun ada beberapa peratusan kecil, di mana prosedure D & C ini menyebabkan parut di bahagian atas pangkal rahem atau …
Read More »BAYI BERAK DALAM RAHEM
Ramai yang bertanya tentang masalah bayi mereka dikatakan berak dalam rahem. Dalam kes-kes yang biasa, air ketuban (cecair amniotik) yang berada di dalam rahem, akan ditelan dan masuk ke dalam paru-paru. ia tidak berbahaya kepada bayi dalam rahem, kerana ia bersifat sterile (bersih dari kuman). Meconium ialah najis awal (tahi) yang dikeluarkan oleh bayi yang baru lahir tidak lama selepas kelahiran. Kebiasaannya ia keluar dari badan sebelum bayi tersebut mula mencerna susu ibu (atau susu formula) yang diberikan sebaik saja atau beberapa jam selepas dilahirkan. Dalam beberapa kes, ada bayi yang mengeluarkan meconium ketika masih di dalam rahem. …
Read More »Berapa banyak penambahan berat badan ketika hamil?
Ada beberapa ibu hamil yang risau dengan penambahan berat badan yang agak perlahan. Hal ini telah ditegur oleh jururawat/bidan terlatih yang bertugas. Penambahan berat badan ini sangat penting kerana ia menunjukkan bayi dalam rahem sedang membesar dengan baik. Agak sukar saya memberikan komen kepada hal ini, kerana ia bergantung kepada ketinggian, bentuk tubuh dan berat sebelum hamil. Namun pada amnya di akhir kehamilan, penambahan berat badan sebanyak kira-kira 12.5kg (27,6 lb) berbanding sebelum hamil. Daripada penambahan berat ini, satu pertiga datangnya dari berat bayi, uri dan cecair ketuban. Sebagai contoh, penambahan berat badan disebabkan oleh: 1. Berat bayi kira-kira 3.3kg …
Read More »DEMAM SETELAH RAWATAN CHEMOTHERAPY
“Salam doctor. Anak saya mengalami penyakit kanser dan baru menghabiskan rawatan satu kitaran dari empat pusingan chemo. Result darah anak saya FBC anak saya menunjukkan peningkatan di mana WBC-9.6, Hb-10.6, Platelat -315. Sekarang ini anak saya berada di rumah sementara menunggu rawatan seterusnya minggu depan. Sepanjang di rumah, saya dapati suhu badannya tidak menentu. Saya mohon Dr Zubaidi boleh berikan pendapat dan jika boleh beritahu apa patut saya lakukan utk pastikan anak saya tidak demam sepanjang di rumah? Terima kasih atas masa dan perhatian Dr.” WA ALAIKUM MUS SALAM Rawatan kanser secara chemoteraphy adalah antara rawatan yang sangat berkesan untuk …
Read More »HAMIL DISYAKI DIABETES KENA BUAT BSP
HAMIL DISYAKI DIABETES KENA BUAT BSP “Salam doktor. Saya sekarang hamil anak ketiga tapi baru-baru ini saya terpaksa buat ujian BSP kerana doktor kata saya ada kencing manis. Saya sangat risau. Macam mana hendak turunkan gula dalam darah? Bagaimana pula dgn kesihatan anak saya dalam rahem. Terima kasih doktor saya dahulukan atas kesudian menjawab soalan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya puan belum lagi disahkan mengalami penyakit diabetes mellitus (kencing manis). Jika puan telah disahkan mengalami diabetes mellitus, sudah tentu doctor telah memberikan rawatan, dan tidak perlu lagi pemeriksaan BSP. Pemeriksaan BSP adalah sebahagian cara (prosedur) pemeriksaan gula bagi mendiagnosa …
Read More »Anak meninggal ketika lahir, adakah ubat menghenti susu menghalang kesuburan?
ADAKAH BROMOCRIPTINE MENGGANGGU KESUBURAN ” salam dr. Saya berumur 26thun, dan telah melahirkan anak. Malangnya anak saya telah meninggal dunia dan dapat hidup selama 2jam akibat kecacatan semasa lahir yang telah didiagnosa lebih awal. Saya diberikan sejenis ubat berhenti susu. Adakah ubat berhenti susu itu boleh menyebabkan saya lambat utk hamil lagi? Mohon penecerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucapkan takziah terhadap apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH kepada puan. Banyakkan bersabar dan semoga ALLAH berikan ganti yang lebih baik. Hanya ALLAH yang tahu hikmah di sebalik apa yang berlaku. Saya percaya doktor telah memberikan …
Read More »SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP
“Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya. Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185). Mengikut kajian saintifik, pesakit diabetes …
Read More »Ubat selsema ketika menyusukan anak
UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan. IKLAN Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang …
Read More »AIR KETUBAN YANG BANYAK
“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin …
Read More »Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa
“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea. Gabungan ini menjadikan yang diberikan menjadi sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed. Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …
Read More »Hamil berpanjangan melebihi 40 minggu
“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini isteri saya dinasihatkan masukkan ke dalam wad bersalin kerana doctor memberitahu bahawa isteri saya telah melebih jangka usia kehamilan yang sepatutnya. Selalunya kehamilan hanya berlangsung sehingga 40 minggu saja, tetapi isteri saya telah melebihi 40 minggu. Langsung tiada rasa sakit. Adakah ini suatu hal yang normal? Mohon pencerahan, doctor” WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan wanita yang hamil akan melahirkan bayi mereka antara 38-40 minggu. Jarang sangat mereka melahirkan bayi selepas 40 minggu. Dianggarkan hanya kira-kira 10 peratus saja wanita yang hamil, tidak merasa sakit untuk bayi mereka setelah mencapai tarikh yang sepatutnya …
Read More »Makanan Tambahan dan Rawatan Kanser: Antara Manfaat dan Mudharat
Pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi untuk pelbagai penyakit kanser sering mengalami kesakitan dan ketidakselesaan, akibat kesan sampingan yang melemahkan tubuh mereka. Sesetengah pesakit sanggup mengambil apa saja suplemen tambahan bagi mengurangkan kesan-kesan sampingan ini atau bertujuan untuk membantu menyembuhkan penyakit mereka. Tetapi harus diingat bahawa sesetengah suplemen atau makanan tambahan atau ubat-ubatan herba mempunyai interaksi negatif dengan rawatan kanser ditetapkan. Satu kajian dari Klinik Onkologi Midwestern diterbitkan pada tahun 2005 menunjukkan bahawa 65 peratus daripada pesakit yang menerima kemoterapi juga telah mengambil makanan tambahan , tidak termasuk vitamin. Dua puluh lima peratus daripada mereka telah menggunakan satu atau …
Read More »Makanan Tambahan dan Rawatan Kanser: Antara Manfaat dan Mudharat
Pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi untuk pelbagai penyakit kanser sering mengalami kesakitan dan ketidakselesaan, akibat kesan sampingan yang melemahkan tubuh mereka. Sesetengah pesakit sanggup mengambil apa saja suplemen tambahan bagi mengurangkan kesan-kesan sampingan ini atau bertujuan untuk membantu menyembuhkan penyakit mereka. Tetapi harus diingat bahawa sesetengah suplemen atau makanan tambahan atau ubat-ubatan herba mempunyai interaksi negatif dengan rawatan kanser ditetapkan. Satu kajian dari Klinik Onkologi Midwestern diterbitkan pada tahun 2005 menunjukkan bahawa 65 peratus daripada pesakit yang menerima kemoterapi juga telah mengambil makanan tambahan , tidak termasuk vitamin. Dua puluh lima peratus daripada mereka telah …
Read More »Rawatan Kanser Pangkal Rahim Tahap 3
“Asalamualaikum Doktor. Saya ingin tanya masalah ibu saya yang disahkan mengalami kanser servik tahap 3. Apakah rawatan yang sesuai untuk penyakitnya tersebut memandangkan usianya telah menjangkau 64 tahun. Mohon cadangan Dr ke hospital mana saya perlu merujuk berkenaan penyakit kanser servik ini.. Terima kasih atas perhatian Dr. Wassalam” Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan simpati dengan masalah ibu puan. Semoga ALLAH permudahkan usaha puan agar dia diberikan yang terbaik. Maaf jika penerangan saya sangat “direct to the point” dan menyinggung perasaan puan. Kanser pangkal rahem atau kanser servik adalah antara kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita yang berusia 50an. …
Read More »Rawatan Kanser Payudara Peringkat Satu
“Saya ingin tanya doktor, kanser payu dara tahap pertama apa ubatnya, perlu ke membuat pemebedahan buang kanser payu dara” Assalamua alikum. Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur menjadi sel yang bahaya dan mudah merebak. Ia boleh menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Dan menyebabkan kematian. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar susu atau saluran kelenjar susu. Sementara ketumbuhan yang tidak berbahaya dinamakan tumor, terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal yang tidak bahaya dan tidak merebak. Seorang …
Read More »MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG
“Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan” Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti. Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …
Read More »Ketulan Fibroadenoma pada payudara
“As salam mu alaikum doctor, saya berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami ketulan pada payudara kiri saya berukuran sebesar biji kacang kuda semenjak saya masih belajar lagi. Saya telah membuat pemeriksaan doctor, dan doctor tidak membuat melakukan apa-apa. Doktor juga tidak memberikan ubat kerana ia tidak menyebabkan rasa sakit. Doktor hanya pesan, jika ia besar, maka harus dibuang dengan melakukan pembedahan. Saya takut dengan pembedahan kerana akan merosakkan payudara saya. Pertanyaan saya ialah apakah ketulan ini boleh menyebabkan kanser payudara?. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Saya harap saudari tidak bersusah hati dengan masalah yang saudari hadapi. Saya …
Read More »Pesakit Kanser Pankreas tidak harus berputus harap
Doktor, saya cuma nak berkongsi. Saya mempunyai seorang kawan yang disahkan penyakit kanser pankreas. Pada peringkat permulaanya beliau tidak ingin buat pembedahan. Namun saya memberinya motivasi. Alhamdulillah dia tetap menjalankannya. Ketika pertama kali dia berjumpa doktor, doktor kata ‘kamu sudah terlambat’. Namun mengingatkan motivasi yang saya beri, dia teruskan juga. Alhamdulillah pembedahan berjaya. Namun doktor mengesahkan tumor tersebut masih ada. Beliau akan sentiasa di pantau dan akan diminta untuk dtg ke hospital melihat keadaannya. Ketika inilah dia berpuasa. hampir setiap hari. Setiap hari dia bersolat tahajud. Jika ada 24 jam, 20 jam digunakannya utk beribadah dan mendekatkan diri pada …
Read More »Pendarahan Pada Puting Payudara
“Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 28 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya menyedari terdapat cecair yang keluar dari puting payudara saya. Apa yang memeranjatkan saya ialah cecair itu bercampur darah. Adakah ia tanda awal kanser payudara? Saya sangat takut doctor” Wa alaikum mus salam. Saya menasihatkan saudari melakukan pemeriksaan doctor secepat mungkin. Jika saudari mahu kelesesaan, carilah doctor wanita muslimah yang berpengalaman. Semasa pemeriksaan doctor akan memastikan sama ada yang keluar dari puting itu air atau darah. Doktor akan memicit sekeliling puting dan melihat sama ada puting payudara puan berdarah lagi. Biasanya ia berpunca daripada jangkitan, atau kecederaan. …
Read More »Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi
Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu. Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang. Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan …
Read More »Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?
As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur. Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative. Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
