Artikel Terkini

BOLEHKAH MENGGABUNGKAN MAGNESIUM DAN MELATONIN?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya seorang yang mengalami anxiety tetapi tidak teruk. Jadi saya tidak mengambil ubat penenang atau ubat tidur. Sebelum ini saya mengambil magnesium untuk masalah saya. Saya dapati ia tidak berkesan untuk saya. Saya ingin mendapatkan melatonin. Bolehkah saya menggabungkan melatonin dan magnesium dalam satu masa? Apakah fungsi kedua-duanya? Terima kasih”. ******** Waalaikumussalam Puan boleh menggabungkan melatonin dan magnesium kerana tiada interaksi yang diketahui antara kedua-duanya. Malah, terdapat produk di pasaran yang mengandungi kedua-dua bahan ini kerana kombinasi mereka boleh membantu meningkatkan kualiti tidur. Melatonin adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pineal di otak sebagai …

Read More »

RASA BERDEBAR-DEBAR SELEPAS MAKAN

“Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya, kenapa setiap kali selepas berbuka puasa (lepas makan), jantung saya menjadi laju dan berdebar-debar?Kenapa ya, doktor? Terima kasih”. ******** Waalaikumussalam Jantung berdebar-debar selepas makan boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti peningkatan aliran darah untuk pencernaan, pengambilan makanan atau minuman tertentu yang merangsang sistem saraf simpatetik, atau reaksi badan terhadap makanan tertentu. Terdapat beberapa jenis makanan yang elok dielakkan untuk mengatasi masalah ini. 1. Makanan yang tinggi lemak: Makanan seperti makanan bergoreng, pasta berkeju, dan pencuci mulut berkrim boleh membebankan sistem pencernaan dan degupan jantung menjadi laju. 2. Makanan yang tinggi gula: Makanan seperti bijirin sarapan …

Read More »

KETO-KOKO OLEVAGREEN PRODUK KOKO GELAP YANG BERMANFAAT

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya seorang pesakit darah tinggi. Saya ingin bertanya.Bolehkan dark chocolate berbahaya pada pesakit GERD, pesakit vertigo dan pesakit yang ada masalah hempedu? Bagaimana pula dengan kebaikan dark chocolate yang lain. Terima kasih Dr.”   *******   Waalaikumussalam.   Keto-koko OLEVAGREEN adalah minuman koko, tanpa gula (hanya stevia) dan mengandungi MCT dan VCO.   Ia adalah dark chocolate (atau coklat gelap) kerana mengandungi 80% koko.   Dark chocolate adalah coklat yang mengandungi peratusan tinggi koko (biasanya 70% atau lebih) dan sedikit atau tiada gula tambahan. Ia berbeza dengan coklat susu yang mengandungi lebih banyak gula dan susu.   …

Read More »
error: Content is protected !!