BOLEHKAH MENGGABUNGKAN MAGNESIUM DAN MELATONIN?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya seorang yang mengalami anxiety tetapi tidak teruk. Jadi saya tidak mengambil ubat penenang atau ubat tidur. Sebelum ini saya mengambil magnesium untuk masalah saya. Saya dapati ia tidak berkesan untuk saya. Saya ingin mendapatkan melatonin. Bolehkah saya menggabungkan melatonin dan magnesium dalam satu masa? Apakah fungsi kedua-duanya? Terima kasih”.

********

Waalaikumussalam

Puan boleh menggabungkan melatonin dan magnesium kerana tiada interaksi yang diketahui antara kedua-duanya.

Malah, terdapat produk di pasaran yang mengandungi kedua-dua bahan ini kerana kombinasi mereka boleh membantu meningkatkan kualiti tidur.

Melatonin adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pineal di otak sebagai tindak balas kepada kegelapan.

Ia membantu mengatur kitaran tidur-bangun (circadian rhythm) dan sering digunakan sebagai suplemen untuk membantu tidur, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah tidur atau jet lag.

Sementara, magnesium adalah mineral penting yang terlibat dalam lebih daripada 300 reaksi biokimia dalam badan.

Ia membantu mengatur fungsi saraf dan otot, tekanan darah, dan tahap gula dalam darah.

Magnesium juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan kualiti tidur, walaupun bukti saintifik mengenai kesannya terhadap tidur masih terhad.

Semoga menjawab soalan yang ditanya.

#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#melatonin
#magnesium
#tidur

Bagi yang mengalami masalah tidur, boleh dapatkan melatonin dari saya.

www.wassap.my/60297022391/MELATONIN

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!